Monday, February 28, 2011

memang sengaja ^^



Assalamualaikum readeerrssss (:

Hari ni kan, hari terakhir untuk bulan Februari yang menceriakan ..
Kenapa ceria ? Sebab aku lahir bulan ni laaa weyy ! HAHA
Ok tak tak actually sebab ramai la jugak yang lahir tarikh ni ..


Di samping hari ni hari last untuk bulan Februari yang comel nih ..
Hari ni jugak hari lahir ONE of my BEST BEST BEST BESTFRIEND ..
She's the one yang faham aku hampir 90% life aku, perasaan aku, etc etc ..
Senang cerita dia laa kawan baik, dia laa kawan gaduh, dia laa kawan merajuk,
dia jugaklaa kawan pujuk, dia kawan ngamuk, dia jugaklaa kawan chill n calm ..
Hoho kami memang suka bertelingkah okey tapi nak buat mcm mana ? HOHO

Okey okey hari tu kan masa birthday aku 16Februari, dia ni kan KEJAM tauu !
KEJAM kenapa ? haha sebab dia tak ingat birthday aku sobsobssss =.=

Ataupun maybe dia excited sangat sampai wish awal sangat sehari awal HAHA
Takpa takpa janji dia laa antara INSAN yang paling awal wish di samping

my beloved mom, and my beloved KA .. EHEMEHEM ! :P

Okay now aku nak PRANK dia masa birthday dia nehh..
Sengaja je aku BUAT BUAT TAK PANDAI tak ingat birthday dia :P
Even satu mesej pon aku tak hantar, call pon tak, FB pon tak ! HAHA
Aku perasan gak dia buat ayat ayat tacing ada orang tak wish dia
tak ingat dia haaaa dah mai dah perasaan sedih dia tuhhhh :P
*Tapi taktaulaa kan kalau bukan aku orangnya yerla siapa laa aku -,-



''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''






























Okay now Miss Nur Fadillahhani Bt Abdul Hamid a.k.a Hani Bambaammm
Dear my friend, HAPPY BIRTHDAY SAYANGGSSSS ..
Yesss kau DAH TUA jugak akhirnya and welcome to da club of 20th !!!

Sorry if i hurt you and make u sad on ur birthday ..
Hamboiii dah dapat
chocolate indulgence pon nak sedih sedih ker ? HAHA
Sumpah aku JELES gila dengan kau dapat kek sedap =.=
Dah dua tahun aku sambut birthday kat perantauan then this
year aku rasakan birthday aku yang paling suram seriously :'(
Tanpa KAU dan UNA, hidup aku seriously takde GELAK KETAWA lucu geli hati ..
Waaaaaaaaaaaaaa KORANG datanglaaa sini RINDU KORAANGGGGG !!!

Okay okay just nak mendoakan di hari kelahiran kau nih ..
Moga panjang usia, mendapat murah rezeki ..
Moga hidup kita dirahmati Allah sentiasa di bawah lindunganNya ..
Jangan naughty naughty, jaga diri elok elok okeyyhhh ?
Jagalah perhiasan diri kita, pelihara maruah kita sebagai wanita ..
And LAST SEKALI, Thanks for being my BEST BEST BESTFRIEND in this world !

Nahhhhhhhhhhhhhhh these are OUR MOMENTS TOGETHER ~
Still remember arhh ? Penat wookkkk aku mengedit petang petang tadi :P
















Okaayyy THE TRUTH is ; this is zaman kegemilangan ~
Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaa time ni muka tadela segelap skarang ~
Tadelaa banyak pimples2 yuckk mcm skrg, tadelah badan macam tong drum !
Huuuhhhh tolong jangan buat contest 'Bandingkan Saya dengan Tong Drum!' =,=

Okeyyy Hani Bambaammmm ~
Sorry again make u tacing2 or whatevaaaaa *kahkah



Ya Allah, berkatilah ukhuwah antara kami ..
Panjangkanlah usia kami dan rahmatilah kehidupan kami ..
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami dan berilah
kami kejayaan kehidupan di dunia dan di akhirat .. Amiiinnnnn ~


Saturday, February 26, 2011

terima kasih daun keladi



Assalamualaikum semuaaaaaa !

Tau tak tauuuuu takk tauuuu taakkkk !
Hari ni hari AHAD ..
Okey semua orang tahu kan ?
Tapi korang tau tak ?!?!
Hari ni jelaa SATU SATUNYA hari yang aku bebas beraksi apa sahaja ..
Bukan bebas beraksi atas pentas okey ! *oopssssss
Tapi bebas buat kuak lentang atas katil yang tak berapa empuk neh ..
Hoyeaahh hujung minggu ku hanyalah pada hari ahad ..

Yahyahyah as a student aku memang blogger yang busy ..
Maaf kalau ada orang tag contest itu dan ini tapi aku late nak post
yelah almaklumlah student yang kena gerak ke sana sini mcm aku ni
kadang kadang balik bilik dah tak mampu dah nak hadap lappy ~

Gerak sana sini bukanlaah MPP ker MTM ker atau sebagainya ..
Macam last Jumaat actually memang takde class tapi memandangkan
that day hari penyerahan ayam which means ayam ayam yang aku bela
tu akan diserahkan kepada pihak Taman Pertanian Universiti (TPU)
then kami pon ada buat amali sikit then dapat bawa balik then masak masak ~
*okey nanti free aku post entry alkesah masak masak
(yer aku memang suka masak)

Tapi tu bukan TAJUK UTAMA yerr nak story kat sini ..
Cuma memandangkan hari ini sahaja haro cuti umum ku ..
Tapi dek kerana 'cleaner cleaner' kat sini ambil cuti bersalin tanpa gaji laa,
ambil cuti nenek beranak laaa, kucing beranak laa dan sebagainya ..
Maka dengan itu kami ahli ahli blok yang menghuni kenalaa BEKERJASAMA
membersihkan tempat tinggal kami yang suam suam kuku kebersihannya ~

Haaaa aku bukanlah nek bercerita hal hal kerja pembersihan kami ni ..
Tapi nak UP sikit laa kan perangai perangai budak budak besar ni ..
*nak panggil orang dewasa pon otak macam budak umur 5tahun~
Okeylaa dah kata BEKERJASAMA .. Korang masih tak faham eah WORD tuh ?
Nak kata ba' wau dal wau ha' semua masuk u ni kira hebat gak laa ..
Tapi SAKIT je HATI bila dah tau diamanahkan tanggungjawab untuk
buat kerja kerja tuh, lepas tuh batang hidung or lubang hidung pon tak nampak ..

Dalam list senarai punyalaaa berbelas belas nama manusia ada ..
Tapi bila dah sampai masa, kenapa tak lebih lima orang ada ?
Bila dah diamanahkan buat kerja, tak boleh ker BERTANGGUNGJAWAB ?!?!

(haaa haaaa kan dah jadi mcm tak ikhlas aku buat kerjaaaa)

Please laaa madam madam besar sekalian ..
Kita ni UNDER ONE ROOF je kaaannnnn ..
Lainlaa kalau memang teringin sangat nak bermastautin kat roof lain ..
Tolonglaa bantu antara satu sama lain ..
Ni tak, bila jamuan ker, apa apa event laaa ada pulang lubang idung ..
Bila bab bab susah susah macam cuci jamban, LESAP DAH ?!?!

Yer, aku tau HUJUNG MINGGU waktu nak beristirehat ..
Tapi kalau kat rumah laa korang buat perangai macam tu, APA MACAM ?
Mau berlumut penuh satu jamban kat rumah korang tuu GELI TAK ?!?!
Ada macam lagu GELIMAT yang korang suka hadap tu tak ???
Jamban, bilik shower,bilik pantry, koridor tuh semuaa kita guna sama sama ..
Tak pernah la pulak aku nengok orang tak pernah mandi kat toilet ..
Tak pernah cuci cawan, pinggan, mangkuk, periuk, sudu, garfu,
chopstik, segala bagai kat dalam bilik pantry tu kan kan kan kan ?

Please laahhhhh ! Kita guna sama sama, kongsi sama sama ..
Kotorkan sama sama, busukkan sama sama then bila bab
meletihkan diri untuk bersihkan sama sama knp semua lesap ?
Assignment ? Kitorang cuci jamban dgn toilet tak sampai
sejam kot rasanya tu pon berempat kalau yang lain ada aku
rasa dalam setengah jam dah settle habis dah wangi bersih ~
Tu toilet memang lama tapi setakat sapu lantai koridor, kutip sampah,
cuci bilik pantry yang kangkang kera lagi besar ada sampai sejam ker ?!?!

Okeylah taknak mengeluh banyak banyak kang tak pasal pasal
jadi tak ikhlas pulak buat kerja kerja tadi penat je dapat kang ..
Just nak mintak laaa PLEASE lah jadi orang yang BERTANGGUNGJAWAB ..
Amalkan sikap TOLERANSI, BANTU MEMBANTU barulah
BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH !

Anyway TERIMA KASIH kepada semua semua yang bekerjasama tadi ..
Even penat tapi puas hati la kan dapat tengok tempat tuh bersih ..
Dan TERIMA KASIH DAUN KELADI jugak laaa kepada yang bekerjasama
dengan nafsu sendiri dan menjadi penjual ikan yerrrrrr ~

Maaf yer andai bahasa aku AGAK KASAR tapi korang try laaa rasa
andai korang ada kat tempat kitorang, PANAS HATI tak ????? =.=





P/S : Aku ni sakit, bukan sengaja jadi selfish ..
Kadang kadang aku rasa macam sedih je bila
orang tak faham keadaan aku yang sebenarnya ..
Bila dah jadi, mulalaa aku jadi senang terasa ..
Berdiam diri mungkin JALAN TERBAIK *sighhhh ~



CONTEST ME AND HIJAB – KHUMAERA ISMAIL



Assalamualaikum Satu Malaysiaaaaaaaaa ^^


Nii haaaa kena tag dengan member aku yang sangat tembam oke *haha

So this is the contest ; CONTEST ME AND HIJAB - KHUMAERA ISMAIL

Dan antara syarat syarat nya adalaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :


1) Mestila folower Cik Maera ni yerrr ^^

2) Buat entry bertajuk “CONTEST ME AND HIJAB – KHUMAERA ISMAIL"

3) Letak banner macam aku buat kat atas tuhhhh ~

4) Letak pic memakai tudung; TAK KISAH..PAKAI TDG BAWAL PUN OK..

janji kemas, simple, dan tudung yang korang suke pakai. =)

5) Bagitau serba sedikit nape anda suke pakai tudung spt dalam gambar.

6) last, tag at least 2 kwn


SO this is the BANNER yerr ~

Aku tau korang taleh nak right-click *padan muka :P

So click jelaa kat pix Cik Maera yang cantik molek itu keyh then boleh terus terjah blog beliau then kamu, kamu dan kamu boleh laaa follow and join contest best neeyyyy ^^


Then this is my picture ~

Errkkkk tak cantik mana pon l

tapi seriously aku suka gila pakai shawl niii ..

Even ke kelas pon selalu la jugak aku sarung hijab/shawl nihh ..

Kenapa ? kenapa ? kenapa ?

1stly, senang belit .. okey, sebab dah pakai inner cotton kat dalam then senang nak bentuk je kan sebab inner cotton mudah bentuk (boleh beli kat aku okeh kalau nak) *cehh sempat promot :P

2ndly, i like shawl yang warna HITAM ! bukan aku na tiru tiru orang yerr nak minat minat warna HITAM ni tapi dah memang dari sekolah rendah lagi aku suka beli beli baju, seluar or tudung/shawl or kasut yang berwarna gelap sebab senang nak match dengan apa apa pon ..

3rdly, shawl ni ahkak sizta nyot aku bagi pinjam or bagi teros tak taulaaa *hakhak tapi aku suka gila ahbeng shawl ni sebab dia labuh then senang nak tutup depan then nampak cam kemas ;)

4thly, aku suka pakai shawl ni dengan inner cotton 2tones .. i mean 2 lapis satu hitam then satu lagi pakailaa apa apa warna yang match dengan baju ;) aku ni SIMPLE je then tak pandai sangat nak bergaya gaya sakan so pakai jelaaa shawl itam then kepelbagaian warna inner (:


SO, DONE !

Then nak tag DUA ORANG yang BERTUAH !

:: Cloverx Erna (Sizta NYOT) ::

:: Cik Farahhana a.k.a Pokok Hijau Muda ::




Wednesday, February 23, 2011

bukan ku pinta



Assalamualaikum readeeerrrssssssssssss (:

Lately ni rasa malas sudah mau menaip entry ..
Sebab rasa macam takde benda menarik or apa apa
perkongsian untuk dikongsikan bersama ..
Or maybe lately ni selalu sangat tak sihat -____________-'
Bukan tak sihat fizikal je kadang kadang mental dan rohani
pon turut join sekaki dan semangat pon jatuh gedebuk debukkkk ..
>_____________________________________________<


Maybe angkara banyak paper test 1 arituh yang hampir 50%
macam berserah dan redha jelaaa apa nak jado atas paper paper tuh =,=
Yerla maybe aku ni macam main main study tapi hakikatnya ???
Sampai demam demam segala bagai sakit urat belikat semua ..
Haaaiiiihhhhhhhhh bila nak jumpa tukang urut yang boleh hilangkan
semua penderitaan ni kadang kadang tak tertanggung rasa :(
Bila check doct overall okey heh rasa cam betul ker doktor nehh ?!?!?

Kadang kadang nak bercakap pon takde mood, nak gelak pon tade mood,
nak study pon tade mood, nak pergi claz pon tade mood,
nak layan facebook pon tade mood, nak blogwalking pon tade mood ..
Ya Allah bukan ku pinta semuaa niii tapi bantulah aku mengembalikan
kekuatan diriku dan semangatku untuk menempuhi dugaan dan
cabaran hidup di atas muka bumiMu ini ~ Terlalu banyak lagi
pengalaman dalam kehidupan yang aku perlu tempuhi dan rintangi ~

Manusia ni memang kaya dengan dugaan hidup ..
Ada orang dugaan kewangan dalam kehidupan, ada orang dugaan
dengan manusia sekeliling, ada orang dugaan masalah rumahtangga,
ada orang dugaan pasal keyakinan diri, ada orang diberi dugaan
dengan ketenangan hati dan ketenteraman jiwa dan biasanya
peristiwa yang berlaku kat sekeliling laa yang mempengaruhi kesemuanya ~

Kadang kadang dugaan tu banyak hikmah dalam kehidupan kita ..
Dengan dugaan kita boleh kenal perangai sebenar manusia kat keliling kita ..
Yang betul betul ikhlas berkawan, menolong, susah senang sama sama,
atau yang baik luaran tapi dalaman nauzubillah, talam berlapis lapis,
yang baik hanya sekadar kerna nama dan populiriti atau baik
seikhlas hati .. Senang cerita dugaan MEMATANGKAN kita !

Ohhsss kenapa entry aku kali ni macam berbaur luahan perasaan nih =.=
Apapon sila sentiasa bersangka baik denganNya kerna hanya Dia
yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita (:










notakakitembam : awak, saya minta maaf kalau terlalu membebankan
diri awak, memeningkan awak dengan luahan saya setiap masa ..
Betul, saya memang terlalu bergantung kat awak, sebab saya
percayakan awak sepenuh hati dan saya tahu, hanya awak satu
satunya manusia yang memahami apa yang saya rasa :')
Terima kasih yer awak ~ Terima kasih sangat sangat sangat :')

Thursday, February 17, 2011



Alhamdulillah ~

Terima kasih Ya Allah mengurniakan aku ketenangan ..
Sesungguhnya aku hambaMu yang terlampau lemah ..
Jasad dan rohaniku sudah tidak termampu menanggungnya ..

Syukran Ya Rahman Ya Rahim ..
Kau beriku peluang merasai apa yang ku rasa sebelum
atau ketika ini agar aku lebih mendekatkan diri kepadaMu ..

Sesunggunya kau permudahkanlah setiap urusanku ..
Lindungilah aku dari terus terusan gangguan gangguan itu ..
Payungilah kehidupanku dengan rahmat dan keredhaanMu ..





*Allah Maha Mengetahui atas segala apa yang berlaku
pada diri kita terdapat hikmah yang tersendiri ..
Cuma kita manusia hanya perlu bersabar dan redha
atas segala ketentuan dariNya ~


Wednesday, February 16, 2011

boleh kahwin tak?




Assalamualaikum semuaaaaaaaaa :)

Mood rasa nak bakor je semua nota nota
'Genetik' sebab rasa macam tak baca apa apa
pon sepanjang stay up tak tidur malam tadi =.=
Dan memang terbaekkkk malam tadi ambil test 'Poultry

dalam keadaan kuyup dan menggigil2 akibat bermandikan hujan =.=
Dan hasilnya study 'Genetik' dalam keadaan berselubung
seperti hidup kat kutub utara bertemankan bby bear *konon2 beruang kutub ~

Okay tutup story pasal exam yg buat aku nak muntahhh ~
First of all, nak ucap terima kasih terima kasih
terima kasih, arigato kozaimas, syukran, thanks a lot ~
Kepada semua semua yang wish birthday orang yg dah tua ney ..
*Haihhh setiap yg wish mesti cakap aku dah tua mentang2laa
dah tak main umur belas belas teros kena cop orang tuaaa >.<


Terima kasih kerana wish disamping mendoakan kesejahteraan
Efira Nabilah bt Khamsah ni dan insyaAllah sama sama
kita manfaatkan peluang dan nikmat
yang Allah dah kurniakan kat kita semua (:

Kenapa tajuk entry nak kahwin boleh tak ?
Sebab sesungguhnya saya memang dah gatal nak kahwin *sepak nak ?
Setiap orang yang kata aku dah tua, teros aku balas ;
'' Yeayeayy dah tua, dah boleh kahwin ! Hahah ! ''

Amboiii kau gatai betol la kan ?
Baju kat rumah pon mama yang basuh dan jemurkan lagi =,='

Sebenarnya saya ada rasa sedikit sedih pluss bersyukur
sebab Allah masih bagi peluang hidup dan meneruskan
kehidupan atas muka bumi ni disamping memanfaatkan
segala nikmat dan kemudahan yang Dia dah bagi ..
Sedikit sedih sebab bila umur meningkat, means kita makin
jadi semakin tua, tua dan tua dan umur semakin pendek ..
InsyaAllah doa doakanlah saya panjang umur dan murah rezeki

moga moga dapat saya menambah amal kebaikan dan membalas
jasa kedua mama dan ayah pluss dapat mengejar impian
dan cita cita saya untuk menjadi seorang wanita muslimah
yang berjaya dan sentiasa dirahmat dan diredhai Allah (:

Ouhyea bercakap pasal birthday, ramai yang tanya tak sambut
mana ker ? celebrate ? kena prank dgn kawan2 ? *oh kwn2 saya baik ok :P
ehem ehem dapat hadiah apa dari incik abang ? *erkkk !

Bagi aku, nak celebrate ker, nak sambut mewah mewah ker,

tak perlu la kot ~ yerlaaa umur dah tua dah kan huhu ~
Tapi this year special sket dan limited edition okey
sebab aku memang betol betol celebrate birthday aku (:

Aku tak perlukan sambutan hebat hebat sebab hebat
tak semua sejujur dan seikhlas hati sambut hari kelahiran kita kan ?
Aku hanya perlukan orang yang betul betul ikhlas wish
dan mendoakan kesejahteraan kehidupan aku (:
Dan tak perlukan hadiah hadiah menarik segala bagai sebab
bagi aku kalau orang dah ingat birthday aku, dah syukur sangat2 (:
Thanks a lot kepada sayang sayangku Nurul, Fer dan Siyah
atas pemberian hadiah yang comel itu *made from miri kan ? haha

Aku tak sambut 16th February 2011 kat hotel mewah mewah,
kat kelas ramai ramai hu ha hu ha, bukan kat restoran
hebat hebat candle light dinner segala bagai, tapi aku
sambut kat tempat yang memang selalu aku jejak dan
rasa terharu sebab dalam kesibukan, si dia masih ada

buat surprise untuk aku dan buat aku tak sedih pagi pagi
birthday dah kena cucuk tiga kali nak ambil darah ~




Thanks a lot Mr KA for that surprise dan terima kasih sudi
temankan saya selama berjam jam tunggu turn nak ambil darah
dan terima kasih atas pemberian yang sangat bernilai itu
dan syukran sangat sangat awak ada untuk saya bila saya
perlukan seseorang untuk berkongsi semua perasaan saya (:



:: sila lihat dalam makan makan masih memegang
nota 'poultry' untuk exam pada malamnya -,-
ouhyea apa ada dalam kotak ? haha ::




Ouhh selamat ulangtahun juga buat si kembar saya
Nurul Arina bt Yazid dan kita dah sama sama tua (:
Welcome to da club of 20th haha (:



Monday, February 14, 2011

mana nak pilih ?





Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

song by Hijjaz ; Rasulullah

*Suka gila dengar lagu nih kadang2 sayu je hati
bila fikir betapa agungnya keperibadian Rasulullah
dan sayangnya baginda kat umat-umat baginda ..

Hari ni 15th Februari 2011 ..
Bersamaan 12 Rabiulawal 1432H ..
Semalam ?
14th Februari 2011 ..
Bersamaan 11 Rabiulawal 1432H ..

Sekarang kamu, kamu dan kamu pilihlaaa ..
Dan fikir fikir kan ..
Kamu punya bangga dan gembira meraikan 14th Feb tuh ..
Punya sambut dengan bunga api, hadiah mewah mewah ..

Tapi adakah kamu mengingati peristiwa untuk hari ini ?
Peristiwa 14th Feb kamu raikan, bagaimana dengan 12 Rabiulawal ?

Marilah sama sama kita menghayati pengertian sebenar
Sambutan Maulidur Rasul ini dan sama sama kita contohi
dan jadian keperibadian baginda sebagai contoh dan
panduan untuk kita menjalani kehidupan seharian ..

Moga kita dapat berhijrah kepada yang lebih baik, InsyaAllah (:




Sunday, February 13, 2011

kau pergi juaaaaa ='(



Assalamualaikum ..

Mood tengah sedikit sedih ..
Bukan sedikit, banyak laaa jugak ..

Tak sangka sangat sangat sangat :'(

Tengah melahap megi dengan kawan kawan kat bilik ..
Dapat satu mesej dari sizta nyot ~

'' Noumie mak omel, ontot dengan tomok mati daaa
kena langgar pagi tadi kat tepi rumah ''


Tersentak kot .. Terus rasa megi dengan seaweed tu
dah tak rasa apa apa daahhhhhhhhhhhh =.=
Time balik upm arituh ada lagi dah lepas ni
balik time raya nanti dah takde dah si Noumie :'(

Call my mom tadi kata maybe kena langgar dgn keta ..

Maybe ada orang park kereta belakang rumah then
kereta tu undur laju then langgar Noumie =.=
Setau aku Naoumie tak suka lepak lepak kat tepi jalan
sebab tiap masa dia suka melepettt je kat balkoni tepi rumah ..

Kesian laa kat tiga beradik tuh da takde tempat bermanja =.=
Adik aku yang paling kecik tuh *tak kecik dah pon

menangis nangis teruk da sebab memang dia yang
paling sayangg dengan kucing kucing kat rumah tuuuuu ..
Family aku ni jenis bukan obses sangat bela bela binatang
peliharaan ni sampai berpuluh puluh ekor tapi
sebab ni jelaa haiwan belaan kitorang so memang
agak terkesan untuk aku lagi lagi dah jauhhh ..

Noumie ni kira kucing yang pandai jugak laaa
sebab jenis yang mendengar kata .. Dia paling takot

dengan my mom kot sampai tak berani dah buat
benda benda yang my mom tak suka ..
Dia memang tak berani masuk rumah even hujan pon
dia masuk dalam sangkar besar yang my mom dah beli ..
Kalau nak 'melepas' pon dia tak pernah buang dalam
area rumah wajib dia keluar pergi rumput2 ker,
semak samun ker, pasir pasir kat luar rumah tuu ..





Dear my Noumie ..
Moga kau pergi dengan tenang ..
Will miss youuuuu meow meow ..
+_______________________________+





*Last few days sekor ayam mati taktau punca apa
tapi jalan terhuyung hayang gigil macam kena parkinson =.=
Pagi tadi Noumie pulak pergi sadisssnya haiwan belaan mati ~


Saturday, February 12, 2011

mari makan seaweed (:


Assalamualaikum reaadeerrsssss (:

Kamu, kamu dan kamu pernah makan seaweed tak ?

Alaaaa kalau seaweed bodo bodo je mesti ramai
tak nak makan or tak pernah terfikir nak makan kan ?
Tapi kalau yang penggemar sushi macam aku ni,

conform korang suka je makan seaweed tu kan ?




Okay laa seaweed yang balut balut kat sushi tu bagi aku
macam tak best sangat laa kot kalau makan ..
Rasa macam 'tak puas' pulak kurang feel seaweed hehe ..
Aku sukaaaa giiilaaaaaaaaaaaaaa makan seaweed yang
dah dikeringkan, then direndam balik then jadi kembang ..
Bila dah kembang tu, rupa bentuk dia 'sejibik' macam
seaweed segar kat laut tuhh memang terbaiikkkk (:

Bau dia pon silap silap ada orang pening kot especially
siapa siapa yang memang tak suka gila dengan benda nama seaweed ni ..




Ni seaweed yang aku selalu beli kat giant ..
Kat Bintulu ni tak dapat kesan la pulak ada atau tak ..
Tapi yang pasti aku siap suruh my mom post banyak banyak
oleh kerana this sem aku tak balik rumah time cuti sem ..

Macam mana nak makan menatang niiii ?
Senang jer tak perlukan periuk belanga segala bagai ..
Cuma perlukan mangkuk atau cawan atau apa apa je laa
asalkan seaweed ni boleh direndam dengan air panas ..

Dalam 4-5 minit seaweed tu makin berkembang dan kembang
dan lepas tu boleh laaa dinikmati bersama megi, nasi, bubur dsb ..




Baru kejap tadi aku melantak semangkuk seaweed ni
dengan nasi then just tambah kicap je ..
Kalau masukkan dalam sup pon sedap jugak tak pon
time masak/rendam megi tuh letak sekali seaweed ni ..
Kalau makan dengan bubur lagi laaa marvelous super duperb ! (:

Ada certain orang boleh masuk ada jugak yang tak tahan
even bau dia pon ada yang dah rasa macam nak muntah kan ?
Tapi bagi aku benda ni sedap, mudah dan lazat ! hehe
Seaweed ni banyak sangat khasiat dia sebab tuu laa kot
orang orang jepun dan korea rajin melantak seaweed ni ..
Seaweed also known as a secret for a long and healthy life !

Antara yang aku tau/carik/pernah baca pasal khasiat seaweed :

1. Lancarkan sistem metabolisme
2. Memelihara usus dalam badan
3. Menurunkan kolestrol dalam badan
4. Mengandungi Vit A,C,E, Ca dan Mg
5. Menstabilkan gula dalam darah (diabetes)
6. Sebagai medium pembuangan toksin dlm badan
7. Melicin dan menegangkan kulit
8. Mencegah kanset / gout / diabetes / HBP
9. Penstabilan hormon dalam badan
10. Merawat gastrik / anemia

dan macam macaaammm lagi laaaaaaa !

So, lepas ni try laa cuba makan seaweed okey ? (:








p/s : maaf andai saya sentiasa membebankan awak
dengan luahan dan masalah saya :'(
saya tak berniat nak membebankan awak
tapi saya betul betul memerlukan tempat untuk
berkongsi masalah yang saya hadapi sekarang :;(
duhai hati please jadi tabah , wahai perasaan tolong
berhenti memainkan perkara perkara yang membuatkan
hatiku menjadi resah, bingung .. hai semangat,
ke manakan kau menghilang dan terbang ? tolonglah pulang -____-'

Friday, February 11, 2011

sebentar sahaja


Assalamualaikum semuuaaaaa !

Bila hari dah larut malam dan dah menjengah ke pagi ..
Mula laaaa jari jemari gebu ni *ehh silap i mean
jari jemari yang kemetot lagi tembam dan bulat ni
menari nari atas papan kekunci lappynya walhal
ada banyak lagi yang belum habis di baca untuk exam esok !


Terrrbaaaaeeekkk laa wahai Efira Nabilah Bt Khamsah !

Cuma mahu singgah sebentar sahaja di sini ..
Tentang ESOK .. Yer, kenapa dengan HARI ESOK ?
ESOK aku ada exam untuk paper Sains Foraj yer kawan kawan ..
Tolong doakan saya tak tertidur terlingkup waktu menjawab nanti ..
Ehhh bukan itu yang ingin disampaikan sebenarnya ..

ESOK ; ahhhh si dia berlawan untuk Piala Dekan

Yaahhh si dia yang sepanjang hampir empat tahun ku kenal ..
Macam tak pernah tau pon si dia minat atau bahasa
crude nya pandai dan reti bermain bola sepak ..
Yang tahu teror bermain ping pong je la kottt macam

main bola kecik atas meja ke kiri ke kanan ke kiri balik ..

Eheh, bak kata orang, JANGAN PANDANG SEBELAH MATA !

Manalaaa tau kot kot si dia rupanya ada bakat terpendam
bermain bola sepak gila handal walaupun tak pernah minat ..

Apapon aku tetap TAK MINAT dengan laki laki yang
senang cerita makan tidur sepak bini sebelah mcm bola ..
Lagi lagi yang sanggup burn masa bodoh bodoh macam tu
je semata mata nak tengok bola sampai pagi pagi buta
kalau buat solat sunat dah boleh buat banyak rakaat dahhh ..


*Sang arjuna sanaaa jangan terasa okey tapi inilah realiti ! :P
Well well well anyway just wanna drop by here to wish ;

AWAK, all the best untuk esok keyh ?
Sorry saya bukanlaa macam orang orang lain
yang sanggup turun padang sekali berpayung
dan bawa sebotol air, sebekas makanan, sehelai tuala

untuk sang arjuna kesayangan mereka ..
Kebetulan saya memang fullllyyyyy booked untuk
tiap tiap hari sabtu dengan kelas dan amali serta
terpaksa menjalankan tanggungjawab sbg mummy ayam ..
Saya doakan awak boleh bermain dengan jayanya ..
Moga moga takde sebarang injured keyh kalo
pihak lawan main sepak sepak kaki, senang cerita
awak maen sepak sepak je kaki, tangan, etc , etc ..

Tapi kalau pasukan awak lawan pasukan course saya,
janganlah marah yer kalau kalau tiba tiba saya bepaling tadah
sokong pasukan course saya huhu ~ itulah realiti :P







Maaf tak dapat bagi sokongan moral dan bagi semangat
kat padang tapi apapun good luck tawwww ! (:
Aishiteruuuuu Mr KA (:


p/s : mama tanya bila awak nak start tolong jualkan
perfume perfume tuhh dah berkulat dah dalam
kotak dalam bilik saya neyyyyy =___+



Thursday, February 10, 2011

kadang-kadang




Kadang-kadang kan kan kan kannnn ..
SAKIT SANGAT HATI ni kalau kita post komen
dekat entry dia, dia takde respon pon =.=

Punyalaa canang kat semua orang suruh komen
segala bagai walhal bila dah komen,
buat kita ni macam halimunan la pulak kan ?

Tambah menyedap perisa, bila usha usha
ambooiiiiii kaaaaauuuuuuuuuuuu bila ada
sang teruna dok komen komen lajuuuu je kau
balas balik la kan dah nampak sangat kau gatal kuasa dua !
kalau motor atau kereta manual tuh da tahap
gear empat dah lajuuuuu jer takde brek brek dahhh ..

Aku ni yang dok komen la kan konon nak meramah mesra
*aku taulaa aku bukan blogger hebat macam kau nyah !
tapi kau buat buat tak nampak je laa kan ?
dulu siap siap suruh follow lagi segala bagai
peramah sangat la konon kan ?

Kadang kadang tuuu rasa menyampah pon ada
bila bajet kau hot hot gituuuu padahal
takdelaaa hot & spicy mane pon laaaaaaaa ..






:: Okay sebab tu aku tak letak suruh komen
setiap entry sebab takut tak terlayan tapi
takdelaaa sampai aku layan yang teruna teruna
je kan kalau boleh semua sama rata jekkkk ::


Wednesday, February 9, 2011

tik tok ketok tookkk !



Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaaaaa !

Dah pukul 1 pagi lebih dah ni tapi mata pulak buat hal
takmau pejam pejam effect terhantuk kuat kat siling petang tadi ker ?
Seriously bengal + berpinar pinar + bingung sekejap lepas
kejedot kat siling atas tempat parkir moto tadi ~ *kejedot = terhantuk


Lupa pulak hari ni dah masuk 10th Feb dah tapi still sempat la kan
nak wish birthday girlsssssss yang bertarikh 9th Februari ~
Ohh ramainya lahir tarikh neeyy !




First ; my beloved lil sis Ezdihar Najihah Bt Khamsah
Dah besar dah kau kan mengalahkan aku laa kejap lagi neh :P

May Allah bless u always dan jaga mama elok elok keyh kat rumah !





Second ; My beloved friend Siti Norain
Dah tua dah weh dah 20 tahun dah dan dah boleh KAHWIN ! :P
Moga panjang umor dan murah rezeki selalu okey ?
Sorry aku takde surprise yang gempak gempak ..
Aku tak mampu sambut kat tempat yang best best ..
Aku tak mampu bagi hadiah yang mahal mahal ..
Tapi aku ikhlas berkawan dengan kau selama lamanya ..
Dan berharap tiada pengawalan dan pengakhiran ..
May our friendship never end until my last breath ~
As ur friend, lil sis and also ur 'family in Bintulu' ,
I LOVE YOU (:


Dan ramai lagi laaa termasuk si cantik Erra Fazira dan
one of my best friend masa zaman nakal nakal sekolah asrama dulu ..
Sharifah Syazreen Al-Idrus may Allah bless ur life always (:

Bila usia semakin meningkat, maka jangka hayat semakin terencat ..
Disamping mensyukuri nikmat hidup, sama samalaa kita menambah
amal kebaikan kita sebagai bekalan hidup di akhirat kelak keyh ? (:


p/s : kenapa aku nak edit blogger neh asyik BERMASALAH ?
heyyy dah dekat tiga tahun aku berkecimpung takkan
nak sabotaj aku kot ? malas dah biarlaa page serabut pon =.=





Tuesday, February 8, 2011

redha




'' Aku REDHA Ya Allah andai ini DUGAAN dan UJIAN
yang kau turunkan untukku agar aku sedar dan lebih
mendekatkan diriku padaMu Ya Rabbi "

" Aku mohon KAU limpahkanlah kekuatan jasmaniah dan
rohaniah kepadaku agar aku tidak rebah di pertengahan jalanMu ''

'' Kuatkanlah semangatku, kuatkanlah diriku, teguhkan imanku ''

'' Aku mengakui berat dugaanMu terhadapku ini Ya Rahman ..
Terlalu siksa untukku menanggungnya sendirian ..
Aku pohon padaMU, KAU redakanlah kesakitanku ini ..
KAU kurangkanlah penderitaanku ini ..
KAU kurniakanlah kesihatan tubuh badan kepada
hambaMU yang teramat lemah ini kerana sesungguhnya
aku seperti tidak berdaya menanggung siksanya
penderitaan dan kesakitan yang ku lalui tiap keheningan malam ''

'' Aku bersyukur padamu Ya Rabbi kerana dikurniakan peneman peneman
yang mampu meredakan setiap kesakitan yang hinggap di tubuhku ini ''

'' Kau rahmatilah kehidupan kami di sini Ya Allah, tempat kami menuntut
ilmuMU yang sangat luas ini, jauh dari ibu bapa kami yang
mengharapkan segulung kejayaan dan mampu membalas
setiap titik peluh dan jasa jasa mereka terhadap kehidupan kami ''




:: Aku masih seperti dahulu .. Aku masih insan yang dahulu
Aku hanya impikan sebuah semangat untuk teruskan kehidupan ..
Semangat aku sepeti sudah terbang, hilang di bawa angin malam ..
Ke mana perginya diriku yang dahulu ? Tolong ilhamkan aku motivasi ::



Monday, February 7, 2011

sampai jugaaaa ! :D



Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaa ;DD


Alhamdulillah akhirnya barang yang dinanti-nantikan
tiba juaaa dengan selamatnya dan dalam keadaan baik (:
Thanks AYAH, MAMA and SIZTA NYOT ..
After this boleh laaa tambah pendapatan dan InsyaAllah
tak payah pening pening kepala sangat fikir duit nak buat praktikal (:

To all UPMKBianz members ..
Nanti aku sebar sebarkan keyh dan hopely anda, anda dan anda
bolehlaa mendapatkan barang barang tersebut dengan harga berpatutan (:


Mood ; macam PENING jek bila tiba bab KIRA KIRA nehhhh =.=


Sunday, February 6, 2011

mimpi, mimpi dan mimpi lagi


Assalamualaikum readerrssssssss ~


Mimpi hari ini ; sama seperti hari hari semalam

Mimpi apa ?

Mimpi menemui JALAN KEBAHAGIAAN :')





Ya Allah, moga aku temui semua sirna sirna dari
apa yang aku mimpikan itu moga segalanya PULIH seperti biasa :')








P/S : Hati aku memang tak dapat menipu =.=
Yerr luaran memang aku cuba menjadi Sin Chan
tapi dalaman aku tetap menjadi Efira Nabilah yang dahulu
Aku RINDUKAN KENANGAN KENANGAN itu :')



Saturday, February 5, 2011

ceritera semalam`



Assalamualaikum semuaaaaaa ..


Ini entry kali ketiga sudaaa aku menaip ..
Entry pertama sudah siap, tiba tiba lappy terpadam sendiri ..

Entry kedua sudah hampir hampir siap, internet buat kepala ..
Alhamdulillah entry ketiga berjaya jugak memboloskan diri ..
Tapi ? Idea sudah hilang dek kerana kekecewaan yg melanda =|


Cuma mahu berkongsi sedikit rasa masam manis ceritera cuti sem ..

Yahhh aku tahu ramai yang sedang bersenang lenang di rumah ..
Tapi nasib perantauan beginilah, menggapai peluang yang ada ..

Lalu dengan plan plan yang sudah last minute, akhirnya berjaya (:


Haruslah jealous kan tengok orang lain cuti cuti merayau sana sini ..
Aku ? Apa yang ada kat Bintulu ? Balik2 mall yang sama, muka yg sama ..
Harus ker aku mengajak 'dia' yang dah tak pedulikan aku lagi ? =.=
*Maaf entry ini sepatutnya penuh dengan rasa kepuasan dan
keseronokan bercuti ke Miri untuk 3H2M tapi hati sedang
dilanda sedikit kesedihan akibat hati yang diabaikan :'(




Apa yang ada di MIRI ? tapi tiada kat BINTULU ?

. mcD . sugar bun . Giant . mall banyak banyak . BIG apple . bowling .
. Secret receipe . Parkson . mi kolok marveles . famOus amos .





Yahhh sebab itu aku sudah mula SAYANGkan MIRI (:
Ohhh maaf BINTULU tapi hati sudah terpaut kat MIRI

Merancang rancang sudah hampir dua tahun tapi
entahkan jadi entahkan tidak biasalah manusia sering
mencipta alasan dan sebab musabab tersendiri kan ?

Takpelah yang penting aku sudah selamat pergi mahupun pulang ..
Sangat seronok dan have fun this enjoyable trip ..

Thanks to all of my bestfriends for the moments and survive (:

First day ; check in kt Metro Inn , melantak, jalanjalan
cuci mata dan kaki , tengok wayang movie Shaolin (:







Ouh yaaaa kepada peminat setia Andy Lau dan Jackie Chan
sila silalaaa menonton filem nih . Seriously sangat best best dan be
st .
Yerlaaa aku tahu memang filem tu dah lama keluar panggung
tapi nak buat mcm mana kat sini filem sekerkat dua je yang ada =.=
Tapi ni salah satu filem kung fu yang menarik minat dan menawan

hati sebab ending dia sangat sangat sangat laaa bagus ..
Hero dia ramai dan hampir semua terkorban akibat ketamakan
pemimpin mereka dan yang pasti Jackie Chan takkan pernah
kalah dan sentiasa menjadi watak yang masih 'hidup'
(:


Second Day ; agenda yang dirancang terlaksana (:

ohhh malam untuk hari kedua ni sangat best
sebab kami 'makan besar' bersama segerombolan
lagi student2 batch kami yang baru datang then menghinap
kat hotel yang sama so apa lagi ? melantak sakan laaaaa ! ;DD




. Seriously MI KOLOK terbaekkk yang aku pernah makan .






. ahh aku memang TAK HEBAT bermain bowling tapi aku PUAS! .


. Kepuasan kedua .


. Kepuasan Keempat >.< .



.Kepuasan Kelima .



. Mereka, mereka dan mereka =) .

Dan akhirnya tiba jua saat saat perpisahan dengan segala kepuasan ~
*okay kena betulkan niat datang ke borneo utk menuntut ilmu ..
Apa apa pon pengalaman paling best bersama beshties
dan insyaAllah moga moga lepas ni masih ada kesempatan lagi
untuk mewujudkan pengalaman best best macam ini keyh (:





Ouhyea sebelum terlupaaaa ada satu lagi pengalaman
yang takkan ada kot untuk aku kat semenanjung nanti ..
Pengalaman naik bas ekspress bersama kawan kawan haha :P
Yerr saya memang sangat jakun okey sebab tak pernah beli tiket
bas sendiri, naik bas ekspress sendiri lagi lagi dengan kawan kawan ..
Setakat pergi rombongan sekolah dulu dulu lainla cerita ..
Tapi yang best kat sarawak, takde highway PLUS segala bagai ..
Lalu jalan jalan kampung je laaa yang terhenjut henjut
sampai muntah muntah aku balik UPM =.=
Tapi yang bes bas ni berhenti henti ambil and turunkan
penumpang dari satu kampung ke satu kampung yang lain ..
Yerlah, orang orang pedalaman yang tade transport tuh maybe
susa nak bergerak ke sana sini so tahan jelaaa mana mana
bas ekspress yang lalu lalang dan dapatlaa aku melihat
gelagat gelagat kaum kaum dan etnik kat Sarawak nehh ..
Dapat jugak lihat pemandangan yang best best dan
macam macam jenis rumah panjang adaaaaaaaaaaa ~






P/S : yer saya memang jahat . saya minta maaf .
maybe u deserve much more better than me . saranghaeyo :'(