Thursday, March 1, 2012

nak lukisan free tak ? jom ushaaaaaaa !







STICKY POST for those yang berminat nak HASIL LUKISAN percuma :)
SCROLL ke bawah untuk usha post terbaru :D












XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX










Assalamualaikum :)

Haaahh actually ini adalah entry kali kedua aku menaip untuk lukisan percuma nih .. 
Today's my blurrrrrr day so dengan lajunya jari aku click 'delete' pada post yang lepas .. 
Ini adalah pengajaran kepada insan yang tidur lama *melebihi 12jam* menjadikan alasan telan ubat selsema untuk menyambung tidur .. Jangan ikut yer adik-adik,walaupun cuti sila gunakan masa anda dengan bermanfaat ~


Okey okey,actually aku ada beberapa keping lukisan yang ingin diberi dan disumbangkan kepada sesiapa yang berminat ..
Ini bukanlah hasil karya aku,tapi salah seorang sahabatku di UPMKB ..
Beliau ni tersangatlah pandai melukis dan semua hasil lukisannya sangat menarik especially kartun komik :)

Bolehlah ambil lukisan ni sebagai penanda buku ker, penghias board study ker, alas fail ker, atau apa-apa sajalaaa :D

So kepada sesiapa yang berminat,boleh PM kt my facebook SINI :) Or boleh hantar email aku, kat SINI dan bagitau kod lukisan tersebut ..


TAPI


Offer ini hanya untuk kawan-kawan di UPMKB tau,hihi .. Sebab kalau posting semua kena ada kos penghantaran .. Mintak Maaf :) Pelukis pon rasanya buat offer dalam UPMKB sahaja dulu ~

Ouhyer, saiz paling besar untuk lukisan ini ialah A4 ~ Saiz lain pon available jugak :) Tertakhluk kepada permintaan, i'll try to suggest to miss pelukisnya nanti,InsyaAllah :)




DAN




Buat masa sekarang, satu lukisan terhad kepada SEORANG sahaja .. Tapi if ada permintaan lebih, InsyaAllah miss pelukis akan try buat lebih dan terbaik :) *tertakhluk kepada masa* So grab cepat2 ! First COME , First SERVE ! 




Here we aaaaaaaaaareeeeeeeeeeeeeeeee :D








AT001 - Catching The Rainbow Stars - TAKEN by Emma




AT002 - Human Sproutling




AT003 - Let's Go Get Pepsi TAKEN by Ain




AT004 - Malik Malicia



AT005 - Matantei Loki




AT006 - Starry Rainbow Girl - TAKEN !









p/s : feel free to ask me anything yahhh ^^










Tuesday, February 7, 2012

wordless wednesday : messages from angry bird ~






Assalamualaikum to all my dearest muslim's readers :)
I've something to share with all of you, may these messages will help us ~
















Sekadar kebetulan mungkin ~
Mungkin ramai yang berpendapat, tentang isu game 'Angry Bird' ni bukan?


Nahhh inila mentaliti kita,terlalu taksub dengan perkara dan pandangan negatif sehinggakan perkara yang positif langsung tidak diambil kira ..


Mungkin kerana itu kelemahan, keburukan seseorang manusia lebih mudah diingati berbanding kebaikannya kan?


Please, think more POSITIVE ! Ambil yang baik dijadikan amalan, dan yang buruk sebagai tauladan dan pedoman hidup ~




InsyaAllah, moga semuanya dapat kita praktikkan dalam kehidupan kita sebagai hambaNya atas muka bumi ini :)









Taken from my dear friend from SMKBBST, saudari Aisyah Atiyah :)





Wednesday, January 25, 2012

adik,besar nanti nak jadi apa?





Dulu masa kecik-kecik (bukan masa badan aku bersaiz 'kecik' yer),
Selalu sangat ada orang-orang yang lagi tua (makcik2 or kakak2) tanya kita,

'' Adik, besar nanti adik nak jadi apa? ''

Selalu kan ada saja kanak-kanak yang jawab,

'' Nak jadi pilot ! nak jadi doktor ! nak jadi engineer ! nak jadi lawyer ! nak jadi nurse ! nak jadi cikgu ! nak jadi arkitek ! ''

Ada tak pernah dengar kanak-kanak yang jawab macam ni,

'' Nak jadi Assistant Veterinary Officer (AVO) ! Nak jadi Agriculture Assistant Officer (AAO) ! Nak jadi Farm Manager ! Nak jadi peternak kambing,lembu, ayam yg berjaya ! ''

Zaman kecik-kecik, tahu apa kan ? Aku pun tak pernah tau animal field ni luas cabangnya . Yang bermain dalam minda hanya doktor vet, doktor vet dan doktor vet ! Kalau habis diploma ni tak dapat jadi doktor vet, nak jadi apa ? surirumahtangga sepenuh masa ? Secara jujurnya aku masuk dan pilih kos ni, sebab aku aim nak futher perubatan veterinar bila degree nanti . Impian mestilah setinggi langit kan ? Dan aku rasa ramai lagi masyarakat luar yang berfikiran macam aku dulu-dulu . Haiwan is equal to doktor vet

But bila dah masuk kos ni, minda dan pemikiran aku terbuka separuh luas . Dulu aku fikir pertanian ni orang-orang kampung saja yang ceburkan diri . Orang-orang bandar, orang-orang belajar tinggi-tinggi, tak join . Yerlah, minda tak terbuka lagi kan ? Cetek sungguh pemikiran aku time tu . Maaf . Biasalah bila dah disogok dengan fikiran macam tuh .

Masa aku mula-mula masuk, memang bila orang tanya, aku jawab aim pada doktor vet . Tapi ramai senior aku kata, bila dah belajar banyak dalam kos ni, kita akn fikir banyak kali nak ambil doktor vet, PERCAYALAH ! Yer, dan aku merasainya sekarang . Dulu aku pelik, kenapa kos (DKHP or DAHP) Animal Health & Production ni under Fakulti Sains Pertanian dan Makanan ? Apa kena mengena haiwan dan pertanian ? Sekarang jawapan aku, YA ! banyak kaitannya ! 

Haiwan, pertanian, alam sekitar dan manusia memang berkait rapat antara satu sama lain . Manusia perlukan haiwan sebagai sumber kehidupan macam makanan . Takde lembu, kambing, ayam, ikan, susah kita nak dapat sumber protein, bukan ? Then ternakan-ternakan ni mana datang ? Kalau takde yang ternak, bela, susahlah kita nak dapat supplier, takdelah produk-produk daging kat giant, tesco, jusco . Bidang pertanian lah yang banyak menyumbang kepada keperluan makanan kita nih . Takkan nak rembat saja lembu jumpa tepi jalan ? Ada HS atau Tuberculosis baru tau . Ikan ? Siapa yang larat nak memancing 24jam 7hari seminggu tu untuk dibekalkan kat pasar atau supermarket ? Peternak jugak . Ayam ? Kalau ayam kampung tu bolehlah untuk sumber sekeluarga, macam mana untuk seramai 28532246orang (atau lebih) rakyat Malaysia ni ? Belum lagi masuk PATI yang ramai2 duduk kat negara kita ni . So pertanian ada kaitan dengan haiwan (especially ternakan) dan manusia pon kait jugak dengan haiwan dan pertanian itu sendiri (peternak dsb) .

Sekarang, baru aku tahu, pertanian adalah salah satu bidang yang terSANGAT luas dan kalau negara kita ni membangun macam Amerika, Eropah sana, lagi banyak peluang pekerjaan yang kita boleh dapat . Doktor haiwan berkait dengan pertanian tak ? Of course ! Peternak-peternak yang bela ayam, kambing, lembu sampai beratus2, beriban2 tu mesti memerlukan perkhidmatan doktor vet . Ni untuk dari sudut penjagaan, kesihatan and keselamatan haiwan tu . Bila ternakan sihat, produk haiwan tu yang kita makan mestilah selamat kan ? So tu la functionnya doktor vet . 

Kalau dalam bidang perubatan manusia, ada staff nurse, ada nurse, ada doktor . Macam tu jugak bidang perubatan veterinar . Nurse tu ganti dengan AVO atau AV . Kiranya graduan macam kos aku boleh dipanggil macam nurse haiwan lah kiranya . Bila orang panggil aku doktor haiwan, automatic aku tacing sambil jawab, '' Aku nurse haiwan je, tak layak jadi doktor '' 

So nasihat kepada masyarakat luar (aicehhh), janganlah memandang rendah pada bidang pertanian . Sebab bidang pertanian adalah teramat penting dalam negara kita . Tanpa pertanian, kita nak makan apa ? Haiwan tu pon teramatlah luas cabangnya . Jangan hanya terlalu fokus dan fikir haiwan is equal to doktor vet . Doktor vet saja takkan mampu nak menampung kesihatan semua jenis haiwan kat dunia ni . Jangan pandang rendah andai awak tanya jiran-jiran, 



'' Anak ko kerja apa biah ? ''

'' Kerja apa ntah, berkaitan pertanian dengan haiwan ''

'' Masuk universiti jauh-jauh, hebat-hebat, anak ko jadi petani je ke biah ? anak ko ternak kambing je ke biah? ''



Petani, peternak boleh berjaya dan jadi lebih kaya dari bos yang duduk ofis goyang kaki dan ternak lemak . Berjaya dunia boleh, tapi berjaya akhirat aim kita okey . 


Eh, lari tajuk yer ? Alaaa takperlah, cuti-cuti bosan so merapu dalam blog apa salahnya kan ? Bukan apa, rasa macam nak perbetulkan sedikit pemikiran segelintir orang yang pandang enteng bidang yang aku ambil . Ingat arkitek, doktor, pilot, businessman je ker kerja hebat ? 


* Kawan-kawan UPMKB, saya ada lukisan free nak bagi . Next entry nanti sy story . Tapi bukan hasil tangan saya, salah seorang kawan kosmet . So tunguuuuuuuuuuuuu :) 















Friday, January 20, 2012

untuk KAMU ~
















Kadang-kadang saya tak sedar telah sakitkan hati kamu .. 

Dan saya tahu kamu juga kadang kadang tak sengaja sakitkan hati saya .. 

Walau apapun yang terjadi pada kita,

Saya nak kamu tahu .. 

Saya mahu jadi kawan kamu buat selama-lamanya .. 









Sincerely, from bottom of my heart, I miss you :') 










































Thursday, January 19, 2012

hidup bila tiada fb



Assalamualaikum ~



Zaman moden era IT ni, penggunaan laman sosial teramatlah meluas . Especially penggunaan mukabuku . Sampaikan aku rasa segala maklumat tentang kelas, assignment, report amali, blablablaablaa semua update kat fb . Kalau takde fb tuh, memang masak laa . Lagi-lagi kalau takde siapa yang baik hati sudi bagitau kelas batal ker, kelas tukar tempat ker, lecturer datang lambat ker dan sebagainya . Maklumat2 pasal exam or assignments pun banyak hupdate by fb jek . Eish tahu tak aku baru tak usha fb tak sampai 24jam macam-macam *bendasuwei* aku dapat ? #sigh




Pagi tadi tengah syok syok membuai mimpi bertinju dengan orang, tup tup dapat calling dari one of my coursemate .. Beliau tiada mukabuku makanya beliau tak tahu pun yang pagi ini tiada kelas Kesihatan Umum Veterinar . Dan dengan itu beliau menelefon aku dan bertanya kelas ada or tak, kelas kat mana ? Then aku mamai2 jawab, 




'' Ehh Tikah (bukn nama sbenar), pagi ni takde claz ! Sorry sangat333 lupa inform Tikah . Tikah kat mana ni ? Kt kelas dah ker ? ''




Dan aku ? serba salah hingga tak mampu nak sambung mimpi bertinju dengan orang #sigh




See ? Contoh yang nyata bila tiada fb ataupun tak hupdate dengan perkembangan fb ..




Then semalam masa amali Akua, aku dengan selumber dek dek nya jalan pantas menuju ke dewan taklimat . Konon rushing dah terlambat la kan . Haaa nasib baik telinga aku masih berfungsi dengan baik bila sorang coursemate aku berteriak panggil nama aku ..




'' Firaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! kelas tukar kat BK2 laaaaaaaa ~ ''




Dengan muka tak bersalah then tersengih macam kupang separuh busuk, aku pon berpatah balik menuju ke BK2 . Dan tak silap aku, Dewan Taklimat tu ada orang guna buat program apekejadah entah . Bayanglah kalau aku dengan selumbernya masuk Dewan Taklimat tu ? Malu tak ? Maluuuuuuuu laaaa weyyy #sighagain




Dan banyak banyak lagi laaaaa perkara-perkara yang telah pon berlaku sebelum sebelum ini . Kadang-kadang tu tercengang-cengang tau tak bila orang sibuk dok bercerita-cerita benda yang kita tak tahu melalui fb . Lagi bengang bila orang kata kita ni tak huptodate . #apekahh???




So secara kesimpulannya, follow laa perkembangan fb agar tidak tersilap masuk kelas, tidak menjadi tipah tertipu dan sebagainya . Selain menjadi medan untuk berkongsi maklumat, fb juga adalah medan luahan perasaan dan sindir menyindir . Ye kannn ? Yelah sebab aku pon selalu buat laa jugak . Seronok jugak kalau terkena batang hidung sendiri .










# Ouhyer ada perkhabaran gembira, kelas Kesihatan Umum Veterinar petang pon cancel ! Hoyeaah hoyeaaaahh . Jom isi borang UPU ?!?! 


# Aku suka layan twitter Imam Muda Asyraf sbb kadangkadang ustaz suka buat lawak even ada jugak orang suka tanya soklan yang budak sekolah rendah pon tau . Tapi bak kata ustaz, tak semua berpengetahuan mendalam selok belok agama ni kan ? Aku respect lah insan2 yang bertanya tu dari orang-orang yang tak tahu tapi buat-buat tahu *sombongbodoh* namanya ..


# Aku memang jahat, sekian ~ 









































Saturday, January 14, 2012

motivate diri sendiri




Assalamualaikum :)




KURUS ?
Siapa tak suka KURUS kan ?
Siapa taknak jadi KURUS kan ?
Yes, I am .. Setiap manusia kat mukabumi ni taknak la jadi obes or overweight right ?
So do I ! 


I've started to gain weight after taking my medicine (for my disease) .. It's actually some type of hormone, you know hormone ? Hormone adalah suatu chemical dalam badan kita .. Sebagai contoh insulin, testosteron, tyroidcine and others .. So when our body (my body actually) mcm tak dapat seimbangkan hormon yang baru disumbat ni, so peningkatan berat badan secara mendadak telah berlaku .. 


But aku rase masuk sem ni, my hormon mcm da stabil because setengah tahun berat tak naik-naik (alhamdulillah) macam dulu-dulu .. Turun tu aderla sikit-sikit lagi lagi masa Ramadhan haritu .. 


My bad also, maybe .. Sebab after ambik medicine tuh, langsung tak kawal pemakanan -,-'
Yelah zaman mentahmentah kurang matured .. Bila dah meningkat usia 20an barulah macam ada kesedaran .. Tu pon after I've gain my weight sampai dekat 10kg within this 2years .. 


Bila dilihat semula gambar-gambar zaman muda remaja dulu, rasa nak MENANGIS! Yes I am!
Sebab jauh beza taww takk dengan diri sekarang nii .. Sobs ! 
Walhal rasanya pemakanan aku mula kurangkan since masuk U nii .. I mean kalau dulu memang makan nasi banyak, these few years makan nasi half cup je .. Rasa macam goreng-goreng dah kurang la banding zaman-zaman sekolah dulu .. 


When I asked my doctor, yes dia kata sebab aku mula ambil hormon then badan belum dapat seimbangkan then tu yang naik mendadak .. Nasihat dia, BERSENAM ! 


Haha, BERSENAM ? malasssnyeeee -,-'


Sooo aku start motivate kan diri sendiri bila tengok gambar zaman dahulu kala .. Ouh 'slim' nya berbanding sekarang -,-' *sekarang dah macam makmak orang dah ~






This is me 3years ago .. Zaman masih belum di diagnose dengan disease, zaman masih belum badan macam mak orang (tp ada je kata aku mcm kakak org) dan zaman di mana rasa nak pakai baju kecik jer (yerr ini tak bagus tau adik-adik) .. 
















Dan sebenarnya aku bukan nak salahkan disease aku, itu seolah-olah menyalahkan takdir kan ? Aku bersyukur dapat ujian macam ni, sebab melalui ujian ni aku dapat kenal diri aku yang sebenar-benarnya .. Sayangnya Allah kat aku, Dia turunkan ujian untuk aku lebih dekatkan diri aku padaNya :') 


Cuma mungkin usaha bersungguh-sungguh itu salah satu hikmahnya kan ? Usaha untuk diri sendiri, takde rugi pon (bak kata mama) .. Aku nak susut bukan untuk cantik ditayangkan kat orang, tapi untuk kesihatan diri sendiri .. InsyaAllah, pray for me and my health :) 






p/s : HATI menangis, siapa yang tahu ? *aku rasa aku dah penat asyik nak ikut telunjuk orang sampaikan apa yang aku nak kadangkadang susah nak dapat ~ kempunan, sekian ~





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...