Assalamualaikum!
Almost 30 weeks dah ni. Berdebarnya! Semoga dipermudahkan urusan semuanya aminnnnnn. Journey nak sampai 30 weeks ni, Tuhan sahaja yang tahu. Me, myself can be categorized as woman with high-risk pregnancy. Because of my T1DM and also Thalesemia carrier. Tapi alhamdulillah along the journey ni jarang ada komplikasi yang teruk-teruk, melainkan blood glucose yang mcm roller coaster, BP yang tiba-tiba mencanak naik tapi masih paras borderline. Awal-awal dulu ada jugak morning sickness tahap melepet nangis-nangis tak tahu nak makan apa kahkah. Sampai hypo melampau, siap bertegang lidah hahaha. Tapi biasalah, mak buyong kenalah selalu menang kan.
Tak ada mengidam apa-apa ke?
Ramai orang sekeliling dok bertanya soalan ni. Jawapannya, TAK! Seriously memang aku tak ada mengidam apa-apa langsung even dah masuk 3rd trimester ni. Ada pun dulu Mr KA je lah yang mengidam. Mengidam durian, keropok lekor. Hmmm paling dahsyat mengidam buah dabai. Nasib baik lahai kawan pada sepupu dia memang asal sana, kebetulan nak datang semenanjung. Rejeki Allah bagi kan, semua dipermudahkan. Ker aku yang tak faham konsep mengidam tu macam mana ek? Kahkah.
Selama-lama ni craving mengada-ngada jelah kot. Tak ada lah tahap kejut Mr KA tengah-tengah malam mintak k-fry ke, sushi ke, nasi lalapan ker. Cuma craving makanan, jenis yang kalau dapat okay. Tak dapat pun tak mengapa. Poyo kan? Kahkah. Tapi paling penting dari awal mengandung, makanan yang craving tu semua spesis makanan yang Mr KA sukaaaaa. Sabaaaaauuuu jerla kan. Nasi lemak, ayam goreng, roti john, burger. Masha Allah semua yang tak berapa nak sihat. Cumanya, hal mengidam tu mungkin bantuan Tuhan lah untuk aku ni, spesis perempuan mengandung yang tak boleh sumbat sembarangan masuk perut. So perasaan mengidam tu dipindahkan ke Mr KA. I is redhaaaaaa.
Mungkin aku tak mengidam part makanan kot, sebab aku ada feeling-feeling teringin nak duduk hotel tau. Breakfast kat cafe, feeling2 tonton tv dalam bilik hotel. Selalu lah juga bagi hint-hint kat Mr KA, tapi biasalah buat donnow jer. Dia pun almost every week outstation sana sini, maybe dah bosan duduk hotel. Nak dijadikan cerita, start 28 weeks kena kira baby movement within 12 hours kan. Kena tick dalam buku pink pregnant tu. Malu nak show off buku pink sendiri, sebab dah macam belacan ooiii. Sebulan sampai dekat 5 kali tercongok kat KKIA & hospital, tebal buku tu kalah mommies yang pregnant 9 bulan datang checkup tau. So ada satu hari tu, rasa baby macam slow and steady je bergerak. Macam haluss halussss gitu movement dia. Aku ni dah lah spesis anxiety menggelabah terlebih. Asyik text Mr KA cakap baby tak gerak sangat.
Overly risau, and I should be like that because of my health condition. Any bad thing can happen kalau tak observe secata teliti, sebabnya dah ada kes dari orang sekeliling. Nauzubillah min zallik moga dijauhkan.
So after Mr KA balik, lewat petang pergi private klinik kat area Bangi. Cerita punya cerita kat Dr, dia pun buat ala-ala details scan. Salah satu sebab aku suka klinik ni, because of their doctors. Concern sangat, especially kalau pregnancy yang high-risk, atau dia detect something wrong somewhere. Memang keluar teruslah surat rujukan ke hospital. So time scan tu, baby macam okay-okay sahaja. Alhamdulillah. Tapi kan aku cakap, doktor-doktor klinik ni sangat concern. Mungkin mereka tak nak ambil risiko if anything worst happen kat clients, klinik mereka akan dipersalahkan. Ala-ala ambil langkah pencegahan jugak la kan. So Dr tu gesa jugak la kami ke hospital, sebab klinik mereka tak ada alat detect jantung baby. So keluarlah sehelai surat refer ke hospital. Aku time tu dah malas-malas nak gerak hospital sebabnya baby dah rasa gerak-gerak. Tapi sebab Dr dah suggest and advice, so ayuhlah kita.
Dalam fikiran aku, its okay after check, baby in sha allah okay dan kita boleh balik yuhuuuuu. Tapi sebaliknya pula yang terjadi. Well, biasalah goverment hospital service memang a bit slow, tak apa kita faham kan. After check, buat urine test, degupan okay, scan pun okay baby gerak (ni aku rasa baby nak prank ibu dia, sebab sepanjang kat hospital tu memang galak dia bergerak). Unfortunately, MO on duty tu decide untuk tahan aku kat wad at least 24hours. Sebab? Sebab health condition aku tu laaaa kan da cakap huhu. Dr nak monitor baby movement and also my BSP record. So untuk pertama kalinya dalam hidup ni, kena check-in kat ward. Time tu almost midnight, nak dekat jam 10/11malam rasanya. Kesian kat Mr KA sebenarnya, balik tak cukup rehat, kena pulak ulangalik rumah ambil barang sebab datang lenggang mak limah, yakin sangat tak kena check-in kan. Tapi apapun, semua ni pengalaman untuk jadi parents kan?
Maka terjadi juga lahhhh craving aku nak check-in. Tapi bukan check-in hotel huwaaaaaa. Terus check-in hospital kauuuuu. Nasib baik suami half gomen, dapatlah stay bilik 2orang. Bak kata dia, check-in hotel ni lagi best. Makanan orang hantar, setiap beberapa jam orang caring, kesihatan dipantau. I is redha okay bila suami sendiri suruh husnuzon begitu. Padahal more kepada nak buat lawak kat bini sendiri pun iye jugak tu. Sebab lepas-lepas hari kejadian check-in hospital tu, aku dah tak berani nak mention bab check-in hotel. Nanti start laaaaaa dia punya ungkit bab check-in hospital tu sampai aku sendiri gelakkan diri sendiri. Alahaiiii pengalaman check-in. Apapun doakan laaa kot suami tiba-tiba nak surprise bawa aku babymoon sebelum budak dalam perut ni keluar. Walaupun percentage tu hanya 0.01% jer kahkah. Sekian, cerita check-in dari mak buyong.
No comments:
Post a Comment