Hai hai hai
Assalamualaikum!
Okaylah ni baru 3-4 bulan tak update blog. Last few weeks dah melepet je tak ada mood nak bersosial media langsung, ni dah masuk 2nd trimester Alhamdulillah budak haiwan is getting better! In sha allah hope be more better for next few months lagi. Hikhiksss.
Beberapa hari yang lalu, adalah terbaca post dari sorang individu yang berpangkat puan. Musykil dengan masalah dia, kucing yang asalnya liar dan dah diberi makanan, maka jadilah kucing yang jinak. The problem is, kucing tu mula buat perangai tak semenggah. Apa lagi, yak yak merata laaa haiyyaaaaak! Sebagai seorang pembela kucing yang tegar (mak kucing dah orang gelar aku), bagi aku berak (maaf kotoq) merata ni satu behavioral problem. Kalau kucing tu asalnya kucing liar, sebenarnya susah nak jumpa jenis yang pakai lepas merata ni. Sebabnya, kucing ni sebenarnya salah satu makhluk yang berdisplin dan pembersih.
Tahukan anda, bela kucing je yang perlu sediakan pasir sebagai tempat membuang mereka ni. Kalau haiwan lain, contohnya anjing, arnab, hamster memang tak ada pun pasir-pasir ni Kalau ada pun hamster laa tu pun sebab mereka ni spesis mandi pasir (bath sand) bukan yak yak yeayy dalam tu.
Kenapa?
Kucing ni lepas membuang, confirm mereka akan kambus balik sebab tak nak najis tu visible, atau dihidu oleh musuh especially jantan. So selalunya mereka akan cari kawasan berpasir lah, kalau rumput pun kawasan yang tertutup2 gitu. Kalau anjing la kan, biasa dari baby tuan dia akan potty train, bagi yak yak atas pads then senang dibuang. Tak ada dia nak kambus-kambus najis atas pads tu. Benda ni memang basic penting kalau nak bela indoor dogs (biasa yang ada anjing mahal-mahal la macam Shih Tzu, Poodle, Pomeranian). Kalau macam hamster, biasa letak bedding je dalam cage dia tu sebab time makan atau main wheel pun dia slumber je melepas merata.
So, bila kucing yak yak merata ni memang salah satu behavioral problem lah. Tapi sebenarnya ada jenis kepala batu degil ya ampun kencing, yak yak merata dan selalunya yang buat perangai macam ni kucing jantan (tak guna punya jate). Berdasarkan artikel dan perkongsian ilmu dari yg pakar, kucing yang behave mcm tu adalah dari beberapa faktor. Antaranya, kalau kucing tu dah biasa yak yak dalam litter box berpasir, kemungkinan besar pasir tu dah penuh dengan tinja dia. Tau tak tinja? Yak yak tu laa tinja haaa lupa la tu bahasa ibunda. Kucing kan pembersih, so dia pun ada perasaan geli tau macam mana nak kambus pasir tu kalau ada tinja penuh? Ni pun dari pengalaman sendiri juga. Dulu pun aku noob juga benda behavior ni, sebab study so balik rumah tu gap lah 4-5 hari. Kucing aku mostly dalam cage, so of course laa yak yak berpasir litter box, Selalunya lah, bila tinja dah penuh dalam litter box, mereka ni akan rebel, merata-rata main taram je buang (biasanya keliling litter box tu lah). Kalau advance sikit, yang baby-baby ni sakan membuang dalam mangkuk makanan. Haaa selain faktor kebersihan, kawalan penyakit, behavior lah antaranya sebab tu at least kena bersihkan pasir tu (scope tinja-tinja mereka tu) setiap hari. Lepastu tukar laa pasir tu dengan baru at least seminggu sekali.
Okay selain penuh tinja, kemungkinan faktor jenis pasir tu yang buatkan kucing tu rebel buang merata. Pasir tinja ni bukan setakat pasir je, ada macam-macam jenis. Ada pellet kayu, serbuk kayu, charcoal pellet, pasir kristal, dan macam-macam lagi lah. Masa aku jadi PCC dulu, ni lah penyumbang utama behavioral problem berak merata ni. Selalunya yang buat perangai macam ni kucing indoor lah, jarang dapat keluar merata terdedah dengan alam sekitar. So deria bau, rasa dia terhad sikit. Let say dia dah biasa guna pasir, deria bau dari kitten terbiasa dengan bau pasir, paws pun biasa pijak dan kambus pasir lepas yak yak. So one day, tuan ni nak try lah jenis lain, nak try yang jenis boleh flush dalam toilet pula sebab malas nak scope2 masuk plastik buang tong sampah malas pakai tudung, pakai baju keluar rumah kan (point penting masa aku nak promote produk dulu kahkah). Tapi lepas guna tu, kucing dia yak yak merata pulaaaaaaak. Haa biasanya sebab dia tak biasa dengan bau kayu tu, atau struktur pasir/habuk kayu tu sebab berbeza dengan pasir. Solution? Slowly introduce lah pada kucing anda. Maybe boleh mix pasir dengan habuk kayu tu, so dia tak terkejut dengan penukaran struktur bahan tu. Yes, memang leceh. Lagi-lagi kalau kau bela spesis mahal macam Maincoone, British Short Hair, Scottish Fold, haaaa maintenance dan kesabaran pun haruslah tinggi setinggi harganya.
Okay berbalik kepada permasalahan puan tu tadi, dia berfikir-fikir solution untuk buang kucing tu kat tempat ada makanan. Hmmmmm hmmmmmm hal buang kucing ni sensitif sangat tau! Sebab tindakan tu lebih banyak memudaratkan dari kebaikan. Hal buang-buang haiwan peliharaan ni next-next entry lah aku kupas. Apa pun, ingatlah kita ni manusia khalifah atas muka bumi ni. Tuhan bagi keistimewaan kat manusia dengan akal supaya kita boleh beza mana baik dan buruk. Ingat suka-suka ke kita ada akal ni? Kita yang berakal ni laaaa kena pandai uruskan makhluk-makhluk lain yang tak ada kurniaan akal (like haiwan dan tumbuhan). Pelihara welfare mereka sebab mereka pun makhluk Tuhan yang ada nyawa dan perasaan. Faham? Sekian takzirah ringkas budak haiwan kahkah. Okay thankyou sudi penat kan mata membaca!
No comments:
Post a Comment