Hi people!
Assalamualaikum
Okay lately ni since result UPU
dah pun dikeluarkan, makin ramai pula orang whatsapp aku bertanyakan tentang
kos diploma yang aku ada ni. Sampaikan aku boleh hilang ingatan bahawasanya aku
pernah letak phone number aku kat ruangan komen dalam satu post berkenaan kos
diploma tu. Pandai kamu-kamu ni mencari yer.
Okaylah since ramai PM tepi bertanyakan
itu dan ini, so tuan blog pun nak merajinkan diri lah throwback kenangan-kenangan
silam sepanjang kat Bintulu dulu aisehhh. Tapi tapi tapi kan sebelum start ni
tuan blog nak clear kan sesuatu lah. Ada juga some of the people tanya, “Sis,
why you anti dengan kos Vet Medicine? Is it because you cannot further and
graduate as a Vet Dr ke?”
Macamni ye adik-adik bawang, sis
ni bukan jealous. Tak tak tak. Sebab ada sebahagian kecil kawan-kawan sis pun
dah bergelar Dr Vet. Rezeki masing-masing kan. Why bother? Haha. Tak macam ni,
sebenarnya sis just nak memperluaskan pandangan adik-adik. Anything berkaitan
haiwan ni bukan berakhir dengan jadi Dr Vet semata. Noooo! Animals field ni
prospek dia sangat luas dik. Yes, Vet medicine field ni antaranyalah. Kira
kerjaya hebat lah jugak kalau akhirnya adik berjaya merangkul segulung ijazah
Perubatan Veterinar.
Tapi usahlah gentar kalau during
diploma tu adik tak capai gred pointer yang membolehkan adik further Vet
medicine. Don’t worry dik. Universiti kt Malaysia ni banyak dah sediakan
peluang kursus degree yang berkaitan dengan haiwan. Contohnya macam sis ni,
further degree in Sains Peternakan. Janganla geli-geli pulak nampak word
peternakan tu. Lebih kurang je subjek masa diploma, cumanya lebih mendalam
sikit la. Dan semestinya kursus ni lebih kepada prospek pengeluaran, lebih
melatih kita ke arah entrepreneurship gitu. Ada jugak belajar bab-bab kesihatan
tapi basic-basic jelah. Tak adalah kau belajar surgery method, yada yada semua
tu. Yang paling penting kos ni banyak belajar pasal haiwan ternakan lah kan!
Kucing ke anjing ke hamster ke sugar
glider ke takde takde. Ada pun satu dua subjek lah belajar itu pun basic-basic
je belajar pasal Vet medicine ni. Emm sis ni tak ambil pun subjek tu sebab
dapat pengecualian sebab dah ambil masa diploma.
Haaa tu pun antara benefit
jugaklaa kalau kau further degree kat UPM jugak nanti. Some of the subject kau
boleh dapat pengecualian, means tak payah ambil dah yeeehaaaaa yabedabeduuuu.
Contohnya macam subjek-subjek teras Kenegaraan, TITAS semua tu belajar benda
sama je. Melainkan kau failed subjek tu masa diploma ni haaa memang bukan
degree je time diploma ni lagi kau dah kena repeat. Doa la takda main
repeat-repeat ni. Penat tau dik. Emmm lepastu ada jugak sesetengah subjek tu
kau boleh dapat pengecualian tapi bersyarat. Contohnya kan macam subjek kimia
apa ntah lupa lah, so subjek time diploma is kimia-kimia jugakla kena dapat B
or B- ke atas macam tu lah. Sis ingat-ingat lupa subjek apa tapi konsep nya
lebih kurang begitulah. So kadang-kadang dalam satu sem tu kemungkinan kau
ambil subjek lebih sikit dari kawan-kawan yang lain. Haaa best tak best tak?
Yang tak best, just kau tak boleh nak cut tempoh pengajian tu. Sebab apa yang
aku pernah baca dan faham, macam uitm boleh further degree from diploma tu cut
year. Contoh kau diploma 3 tahun, then degree 2 ke 3 tahun je macam tu. Ye ke
UiTMians? Maaflah ye kalau salah info. Cumanya kalau kau further degree dlm UPM
jugak memang tak boleh cut lah dari 4 tahun pembelajaran tu.
Unless, kau memang
spesis otak geliga atau rajin nauzubillah subhanallah so kau boleh ambil banyak
kredit subjek dalam satu sem dan tadaaaaa dapatlah kau habis awal. Tapi 99%
lecturer tak suggest pun kau buat macam tu. Very high risk you knowwww. Kalau
Vet MD lagi laa 5 tahun tau pengajian kau. Lepastu kalau kau further kat IPTA
lain macam Unisza ke, UMK ke, Unimas ke, USM ke, aku tak sure cut-cut subjek
pengecualian tu boleh ke tak sebab setiap subjek tu macam lain laaa pengisian
setiap IPTA tu. Nanti aku double check laa dengan kawan-kawan lain then update semula.
Okay kita sambung bab – ‘Sis anti
Vet Medicine ke?’
Ada yang siap mention, “Habis sis
punya blog tu tittle Bukan Dr Veterinar tu apekehal?”
Kahhkahhh aduh. Macam ni, dulu la
kan duluuu (even aku rasa sekarang pun still lebih kurang jugak) tak ramai
terbuka fikiran tentang prospek kerjaya berkaitan haiwan ni. Kalau cakap
lulusan kursus haiwan, mesti rata-rata masyarakat ni akan feedback “Oooooooooo
Dr Vet! Dr Haiwan!”
Alaaaaaaa macam fikiran korang
jugaklaaa habis diploma further Vet medicine heheh. Takpe, tak salah pun ada mentaliti
sedemikian rupa sebab Malaysia ni belum meluas lagi field of animals ni. So aku
tak nak lah mengelirukan manusia-manusia untuk anggap aku Dr Vet. Sis bukan Dr.
Dr phD taktau lah kan aminnnn (amiiinkan
cepat-cepat!). Aku hanyalah seorang manusia yang ada diploma DKHP, degree in
Animal Science (Sains Ternakan) dan mempunyai sedikit pengetahuan tentang
peternakan, companion animals care & nutrients, dan juga wildlife (baca:
hidupan liar). Bolehlah sikit-sikit nak consult especially bab companion
animals tu (baca: haiwan kesayangan).
So adik-adik sis sekalian, kalau
rezeki adik dapat kos DKHP ni dan adik memang minat bidang haiwan, sila
teruskan. Sis yakin, adik-adik tak akan menyesal dengan ilmu yang adik akan
sedut nanti. Kalau nak cerita pasal lokasi tu, nantilah sis story lain kali kat
adik-adik. Jangan risau, Bintulu masih di bawah naungan Malaysia hakhak. Kami
tak belajar atas pokok, kami belajar dalam kelas atau hall sejuk siap pakej
lelap-lelap mata.
Okay amigos bye!
No comments:
Post a Comment