Tuesday, February 8, 2011

redha




'' Aku REDHA Ya Allah andai ini DUGAAN dan UJIAN
yang kau turunkan untukku agar aku sedar dan lebih
mendekatkan diriku padaMu Ya Rabbi "

" Aku mohon KAU limpahkanlah kekuatan jasmaniah dan
rohaniah kepadaku agar aku tidak rebah di pertengahan jalanMu ''

'' Kuatkanlah semangatku, kuatkanlah diriku, teguhkan imanku ''

'' Aku mengakui berat dugaanMu terhadapku ini Ya Rahman ..
Terlalu siksa untukku menanggungnya sendirian ..
Aku pohon padaMU, KAU redakanlah kesakitanku ini ..
KAU kurangkanlah penderitaanku ini ..
KAU kurniakanlah kesihatan tubuh badan kepada
hambaMU yang teramat lemah ini kerana sesungguhnya
aku seperti tidak berdaya menanggung siksanya
penderitaan dan kesakitan yang ku lalui tiap keheningan malam ''

'' Aku bersyukur padamu Ya Rabbi kerana dikurniakan peneman peneman
yang mampu meredakan setiap kesakitan yang hinggap di tubuhku ini ''

'' Kau rahmatilah kehidupan kami di sini Ya Allah, tempat kami menuntut
ilmuMU yang sangat luas ini, jauh dari ibu bapa kami yang
mengharapkan segulung kejayaan dan mampu membalas
setiap titik peluh dan jasa jasa mereka terhadap kehidupan kami ''




:: Aku masih seperti dahulu .. Aku masih insan yang dahulu
Aku hanya impikan sebuah semangat untuk teruskan kehidupan ..
Semangat aku sepeti sudah terbang, hilang di bawa angin malam ..
Ke mana perginya diriku yang dahulu ? Tolong ilhamkan aku motivasi ::



No comments: