Saturday, February 26, 2011

terima kasih daun keladi



Assalamualaikum semuaaaaaa !

Tau tak tauuuuu takk tauuuu taakkkk !
Hari ni hari AHAD ..
Okey semua orang tahu kan ?
Tapi korang tau tak ?!?!
Hari ni jelaa SATU SATUNYA hari yang aku bebas beraksi apa sahaja ..
Bukan bebas beraksi atas pentas okey ! *oopssssss
Tapi bebas buat kuak lentang atas katil yang tak berapa empuk neh ..
Hoyeaahh hujung minggu ku hanyalah pada hari ahad ..

Yahyahyah as a student aku memang blogger yang busy ..
Maaf kalau ada orang tag contest itu dan ini tapi aku late nak post
yelah almaklumlah student yang kena gerak ke sana sini mcm aku ni
kadang kadang balik bilik dah tak mampu dah nak hadap lappy ~

Gerak sana sini bukanlaah MPP ker MTM ker atau sebagainya ..
Macam last Jumaat actually memang takde class tapi memandangkan
that day hari penyerahan ayam which means ayam ayam yang aku bela
tu akan diserahkan kepada pihak Taman Pertanian Universiti (TPU)
then kami pon ada buat amali sikit then dapat bawa balik then masak masak ~
*okey nanti free aku post entry alkesah masak masak
(yer aku memang suka masak)

Tapi tu bukan TAJUK UTAMA yerr nak story kat sini ..
Cuma memandangkan hari ini sahaja haro cuti umum ku ..
Tapi dek kerana 'cleaner cleaner' kat sini ambil cuti bersalin tanpa gaji laa,
ambil cuti nenek beranak laaa, kucing beranak laa dan sebagainya ..
Maka dengan itu kami ahli ahli blok yang menghuni kenalaa BEKERJASAMA
membersihkan tempat tinggal kami yang suam suam kuku kebersihannya ~

Haaaa aku bukanlah nek bercerita hal hal kerja pembersihan kami ni ..
Tapi nak UP sikit laa kan perangai perangai budak budak besar ni ..
*nak panggil orang dewasa pon otak macam budak umur 5tahun~
Okeylaa dah kata BEKERJASAMA .. Korang masih tak faham eah WORD tuh ?
Nak kata ba' wau dal wau ha' semua masuk u ni kira hebat gak laa ..
Tapi SAKIT je HATI bila dah tau diamanahkan tanggungjawab untuk
buat kerja kerja tuh, lepas tuh batang hidung or lubang hidung pon tak nampak ..

Dalam list senarai punyalaaa berbelas belas nama manusia ada ..
Tapi bila dah sampai masa, kenapa tak lebih lima orang ada ?
Bila dah diamanahkan buat kerja, tak boleh ker BERTANGGUNGJAWAB ?!?!

(haaa haaaa kan dah jadi mcm tak ikhlas aku buat kerjaaaa)

Please laaa madam madam besar sekalian ..
Kita ni UNDER ONE ROOF je kaaannnnn ..
Lainlaa kalau memang teringin sangat nak bermastautin kat roof lain ..
Tolonglaa bantu antara satu sama lain ..
Ni tak, bila jamuan ker, apa apa event laaa ada pulang lubang idung ..
Bila bab bab susah susah macam cuci jamban, LESAP DAH ?!?!

Yer, aku tau HUJUNG MINGGU waktu nak beristirehat ..
Tapi kalau kat rumah laa korang buat perangai macam tu, APA MACAM ?
Mau berlumut penuh satu jamban kat rumah korang tuu GELI TAK ?!?!
Ada macam lagu GELIMAT yang korang suka hadap tu tak ???
Jamban, bilik shower,bilik pantry, koridor tuh semuaa kita guna sama sama ..
Tak pernah la pulak aku nengok orang tak pernah mandi kat toilet ..
Tak pernah cuci cawan, pinggan, mangkuk, periuk, sudu, garfu,
chopstik, segala bagai kat dalam bilik pantry tu kan kan kan kan ?

Please laahhhhh ! Kita guna sama sama, kongsi sama sama ..
Kotorkan sama sama, busukkan sama sama then bila bab
meletihkan diri untuk bersihkan sama sama knp semua lesap ?
Assignment ? Kitorang cuci jamban dgn toilet tak sampai
sejam kot rasanya tu pon berempat kalau yang lain ada aku
rasa dalam setengah jam dah settle habis dah wangi bersih ~
Tu toilet memang lama tapi setakat sapu lantai koridor, kutip sampah,
cuci bilik pantry yang kangkang kera lagi besar ada sampai sejam ker ?!?!

Okeylah taknak mengeluh banyak banyak kang tak pasal pasal
jadi tak ikhlas pulak buat kerja kerja tadi penat je dapat kang ..
Just nak mintak laaa PLEASE lah jadi orang yang BERTANGGUNGJAWAB ..
Amalkan sikap TOLERANSI, BANTU MEMBANTU barulah
BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH !

Anyway TERIMA KASIH kepada semua semua yang bekerjasama tadi ..
Even penat tapi puas hati la kan dapat tengok tempat tuh bersih ..
Dan TERIMA KASIH DAUN KELADI jugak laaa kepada yang bekerjasama
dengan nafsu sendiri dan menjadi penjual ikan yerrrrrr ~

Maaf yer andai bahasa aku AGAK KASAR tapi korang try laaa rasa
andai korang ada kat tempat kitorang, PANAS HATI tak ????? =.=





P/S : Aku ni sakit, bukan sengaja jadi selfish ..
Kadang kadang aku rasa macam sedih je bila
orang tak faham keadaan aku yang sebenarnya ..
Bila dah jadi, mulalaa aku jadi senang terasa ..
Berdiam diri mungkin JALAN TERBAIK *sighhhh ~



No comments: