Wednesday, February 23, 2011

bukan ku pinta



Assalamualaikum readeeerrrssssssssssss (:

Lately ni rasa malas sudah mau menaip entry ..
Sebab rasa macam takde benda menarik or apa apa
perkongsian untuk dikongsikan bersama ..
Or maybe lately ni selalu sangat tak sihat -____________-'
Bukan tak sihat fizikal je kadang kadang mental dan rohani
pon turut join sekaki dan semangat pon jatuh gedebuk debukkkk ..
>_____________________________________________<


Maybe angkara banyak paper test 1 arituh yang hampir 50%
macam berserah dan redha jelaaa apa nak jado atas paper paper tuh =,=
Yerla maybe aku ni macam main main study tapi hakikatnya ???
Sampai demam demam segala bagai sakit urat belikat semua ..
Haaaiiiihhhhhhhhh bila nak jumpa tukang urut yang boleh hilangkan
semua penderitaan ni kadang kadang tak tertanggung rasa :(
Bila check doct overall okey heh rasa cam betul ker doktor nehh ?!?!?

Kadang kadang nak bercakap pon takde mood, nak gelak pon tade mood,
nak study pon tade mood, nak pergi claz pon tade mood,
nak layan facebook pon tade mood, nak blogwalking pon tade mood ..
Ya Allah bukan ku pinta semuaa niii tapi bantulah aku mengembalikan
kekuatan diriku dan semangatku untuk menempuhi dugaan dan
cabaran hidup di atas muka bumiMu ini ~ Terlalu banyak lagi
pengalaman dalam kehidupan yang aku perlu tempuhi dan rintangi ~

Manusia ni memang kaya dengan dugaan hidup ..
Ada orang dugaan kewangan dalam kehidupan, ada orang dugaan
dengan manusia sekeliling, ada orang dugaan masalah rumahtangga,
ada orang dugaan pasal keyakinan diri, ada orang diberi dugaan
dengan ketenangan hati dan ketenteraman jiwa dan biasanya
peristiwa yang berlaku kat sekeliling laa yang mempengaruhi kesemuanya ~

Kadang kadang dugaan tu banyak hikmah dalam kehidupan kita ..
Dengan dugaan kita boleh kenal perangai sebenar manusia kat keliling kita ..
Yang betul betul ikhlas berkawan, menolong, susah senang sama sama,
atau yang baik luaran tapi dalaman nauzubillah, talam berlapis lapis,
yang baik hanya sekadar kerna nama dan populiriti atau baik
seikhlas hati .. Senang cerita dugaan MEMATANGKAN kita !

Ohhsss kenapa entry aku kali ni macam berbaur luahan perasaan nih =.=
Apapon sila sentiasa bersangka baik denganNya kerna hanya Dia
yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita (:










notakakitembam : awak, saya minta maaf kalau terlalu membebankan
diri awak, memeningkan awak dengan luahan saya setiap masa ..
Betul, saya memang terlalu bergantung kat awak, sebab saya
percayakan awak sepenuh hati dan saya tahu, hanya awak satu
satunya manusia yang memahami apa yang saya rasa :')
Terima kasih yer awak ~ Terima kasih sangat sangat sangat :')

No comments: