Wednesday, March 30, 2011

surat dah sampai ! alhamdulillah ! :D



Assalamualaikum semuaaaa :DD
Mood dah malas nak menghupdate blog . Kenapa ? sebab malas la . Kenapa malas ?
Sebab malas la ! Kenapa sebab malas ? Sebab memang dah malas :P

Okay sebenarnya baru habis dengan Test 2 . Then dah dapat result .
Result macam mana ? Semua macam HANTU ! Paper Environment and Livestock
yang dia dah bagitau apa yang masuk pon aku boleh dapat TERUK !
Belum masuk lagi paper Animal Health yang soalan straight to the point
tapi kepala aku teleng-teleng nak jawab =.= . Then soalan genetik lak
macam segala nota yang aku telan malam tu keluar balik ikot salur bawah =.=
Senang cer, Test2 aku semua macam tahikzz . Semua gara-gara sakit .
Sakit yang 'datang' bila malam menjelma . Ahhhh ! Aku dah penat jadi macam ni
tapi aku redha mungkin Allah nak bagi petunjuk dan hikmah kat aku . Siapa yang
tau kan ketentuanNya dan segala apa yang terjadi pasti ada sebab tersendiri .

Okay penat dah melencong ke sana sini . Surat apa dah sampai ? Surat dari
orang jauh nuuunn sana . Surat CINTA dohhh . taktau ke aku dah ada skandal baru ?
HAHAHAHAHAHA mati den kena tumbuk tinju dengan Mr KA yang garang tuh :P

Okay pagi tadi aku ponteng claz Poultry *erk perlu ke mention ?
Yer ponteng bersebab yer sebab badan aku macam kena tindih dengan lori tangki minyak .
Then si farah kemetot bagitau, surat conformation dari Lok Kawi dah sampai .
Alhamdulillah ! Bolehla suruh ayah belik tiket flight ! heeeeeeeee :P
Surat pengesahan yang menerima aku sebagai pelajar praktikal kat sana . Syukur
lepas ni dah boleh cari rumah sewa, rancang2 apa yang patot dan usha2 merisik
khabar dari teman-teman yang berada kat Sabah nun . Hai orang Sabah bulan5 nanti
kamik mau ke sinun sudi-sudi laa kitak bawak kamik yer *ayat cam paryaa


Sebenarnya memang impian aku nak buat praktikal kat Sabah . Rasanya aku dah
penah post pasal ceritera ni . Usha-usha la balik yer hehe . Alhamdulillah
surat dah sampai tinggal nak kutip je then bolehla merisik khabar dr ayah .
Kamu dan kamu doakanla aku supaya dipermudahkan segala urusan ekk (:





















errr motif GAMBAR ?
Oh please, aku ingin seperti dulu :'(
Aku taknak selemah seperti sekarang ini =.=




Sunday, March 27, 2011

sempot gila !


Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaaaa ~

Mood tengah tak puas hati gila ni =,=
Assignment belambak-lambak berguni-guni ..
Line internet lak lembap,lembam,lampi macam siput minum todi !

Hari ni hari ahad . Tapi pagi-pagi lagi aku dah rasa macam aku duduk dalam
penjara . i feel like i'm a prison ! gosshhhhhhhhhhhhhhhhh ! =,=
Malas nak story moly panjang sebab apa aku rasa macam tu . Tapi kalau
kamu orang la kan, tengah sedap2 layan feel tidur, dengar siren then
dengar orang jerit-jerit, tak ke macam penjara ? Dahlah hari ahad jela
hari aku betul-betul bercuti =,=


Okla malas nak tulis panjang-panjang . Ni pon pinjam BERUKband si farah kemetot .
Aisehhh macam mana nak selesaikan segala assignment ? Mula laa
dok tergaru-garu kepala macam orang2 utan dekat Sepilok nun .
Penat jer aku bayar mahal-mahal sudahnya line hampeh tak dapat .
Next year, please lah kalau nak jugak buat mcm ni, jangan mintak
bayar duit sama macam this year . Nak bagi perkhidmatan separuh hari,
tolong potong bayaran jadi separuh jugak . Takkan nak makan duit haram ?

Ok, TATA MU SASAAAAAAAAAA !



Monday, March 21, 2011

the masquerade night



Assalamualaikum readers ! :D
Bersawang gila la blog aku ni kan . Mana tak nya Usemp0t tak boleh connect
langsung dengan laman sesawang google mahupun blogger . puaslah aku garu2 kepala
macam mana nak cari information lebih untuk buat assignment yang menimbun
setinggi gunung fuji kat jepun tu . hah ! hiperbola betul kau ni kan feyra ?!?!

Bila dah boleh akses blogger, peghh rasa gembira semacam . assignment belambak
tolak ke tepi dah awal awal kan sibuk pulak nak buat exercise jari jemari
yang ketot lagi tembam ni menaip blog pagi pagi buta . ehh, pukul 10 tu
masih di kira pagi-pagi buta lagi kan ? heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee :P

Okay sekarang kamu kamu zoom out dan zoom in laa gambar2 di bawah
ni masa dinner course hari tu . Masquerade night this sem dengan tema
'Grammy Ballroom' . Nak tau aku sarung apa ? baju kurung pinjam dari mama sudaahh .
Rasa macam nak pergi kenduri orang menikah pulak kan . Orang macam aku ni,
manalah reti nak sarung baju-baju yang glamorous segala bagai tu . Kalau
berhabis sampai beratus semata sebab dinner yang hanya satu malam tak
sampai 10jam, BERBALOI-BALOI kahhh ? baik la duit tuh aku buat makan .
Lagipon aku dah rasa aku 'glamour' pakai baju kurung, apa ada hal ?
Its more better dari pakai pakaian yang macam tak cukup kain . Kau sibuk
jaga tepi kain nak mengata orang pakai tak ikut tema walhal kain
kat pakaian kau tuh tak cukup bawa-bawa laaa pakai yang molek sikit .
Haihh tak pasal-pasal ada pulak sesi mengumpat dalam blog aku neh =.=

Okey okey dah tak ada sesi mengumpat dah (: Mari senyum beramai-ramai
sambil layan suasana dalam Dewan Sri Kenyalang kebanggaan kampus aku
di samping melihat gelagat kami berempat, bersepuluh dan beberapa-berapa lah !








:: Tuan rumah yer . Mask tu ? handmade je weh . takde duet nak melabur
benda yang tak mustahak . even bukan tangan aku yg buat, tapi banggala jugak ::


:: ohh tolonglah jeleous ! haha padahal makanan takdela hebat mana . tapi
bagi aku yang jarang makan sedap, heaven jugakla rasa dan kredit untuk
para juniors DKHP yang arrange . korang memang terbaik ! :D ::



'' pic kredit to Hanif sorry ciplak ''
:: half of my batch ; DKHP semester 4 . ramai jugakla yang melaram sakan .
macam mak datin pon ada . artis hollywood pon ada kan ? anyway semua
boleh tahan la dressing, make up, yang laki2 pon taknak mengalah makeup ! ::



'' pic kredit to Hanif sorry ciplak ''

:: Dan ini adalah antara barisan para senior yang kami raikan . mereka semua
sangat vogue okey ! etika pakaian pon boleh tahan dan mereka semua
cantik-cantik belaka . almaklumla majlis untuk mereka kan ? mestila
dan haruslah melaram sakan . takpela tunggu masa aku dua tahun lagi :P ::


:: okay you alls jangan gelak sakan lagi yer . siap ada gelaran untuk kami .
nasyid band ? uhhh padahal semua action je lebih ! haha takpela syok sendiri pon
janji kami rasa bahagia bersama :P ::


Dan seterusnya layan jela suasana-suasana sepanjang malam tu (:






















okayyy FINISH ! sekarang masa untuk memulun segala assignment
dan test2 yang sudah terhidang di depan mata =,=
Please pray for my health . aku mahu sehat seperti biasa .
dan mahu menjalani pengajian dengan penuh semangat seperti biasa :')


Monday, March 14, 2011

walau hanya



Walau hanya dengan huluran tangan ..

Sudah mampu buat aku terasa dihargai ..


Terima kasih atas huluran tangan itu ..

Maaf jika aku menjadi sang 'penjual ikan' ..

Bukan sengaja mempamer emosi yang tak terkawal ..










*mau pulang segera :'( mana jalan penyelesaian ?
macam mana aku nak harungin benda ni sendirian ?



Friday, March 11, 2011

sama-sama kita renungkan



Assalamualaikum semuaaaa ..

Bangun bangun tidur tadi *okay anak dara memang tak elok tidur siang
Terus ngadap lappy then buka laa facebook, blog, paper online, etc ..
Then kecoh laa pasal gempa bumi yang berlaku kat Jepun ..
MasyaAllah ~ Teruk sangat sangat .. gempa bumi sampai 8.9 magnitud ..
Setakat ni paling teruk tak silap aku takdela lebih skala 8 magnitud kan ?








Thanks Encik GOOGLE untuk ihsan gambar gambar ini ..
Those pictures menunjukkan antara tempat tempat yang terjejas
akibat gegaran dan tsunami yang melanda Tokyo dan bandar bandar lain ..


Kalau sesiapa yang tak tau atau tak terbaca lagi just taip jelah
pasal gempa bumi kat Jepun tak pon buka Utusan online or BH online ..
Seriously sangat menakutkan bila tahap amaran tsunami dikeluarkan ..
Antara negara negara yang berkemungkinan besar di landa tsunami
Indonesia, Taiwan, Russia, Australia, New Zealand, Mexico, Hawaii ..
Dan ada juga khabar khabar angin mengatakan Sabah dan Labuan turut
berkemungkinan di landa tsunami hampir mencecah 4meter ! =.=

Apa apa pon sama-sama kita mendoakan keselamatan saudara saudara
kita yang berada di sana moga dilindungi dari musibah bencana alam ni ..
Sama sama jugak kita berdoa keselamatan kita kat sini, keluarga, sanak
saudara dan rakan taulan moga tidak di timpa malapetaka ..

So kepada sesiapa kat luar sana, janganlah berada dekat dekat dengan
kawasan pantai sebab amaran dah pun dikeluarkan berkemungkinan
tsunami akan melanda .. Walaupun Malaysia tak termasuk dalam senarai
tapi tak salahkan kita membuat langkah pencegahan awal ?

Dan sama-sama kita renungkan hikmah disebalik dugaan yang Allah turunkan
atas muka bumiNya ni .. Allah sayangkan hamba hambaNya sebab tu Dia
menurunkan petanda supaya kita tidak lalai dan leka dengan hasutan
dunia semata dan sama-sama kita berdoa supaya sentiasa
dilindungi dari sebarang malapetaka dan bencana alam sebegini ..

Sama-samalah kita renungkan (:


Thursday, March 10, 2011

tak boleh MAHAL lagi ker ? =,=



Assalamualaikum ~


Satu perkara yang aku suka buat bila dah sign in ke UsempOt ni ..
Taip www.airasia.com atau malaysia airlines ..
Then usha usha tarikh kat kalendar kuliah ..
Then berangan angan kalaulaa cuti mid sem boleh pulang ..
Then alihkan pandangan ke arah skrin lappy ..
Then terbelalak mata tengok harga tiket flight balik kL sahaja ~







Then bila dah tengok harga, mula laa rasa kecewa plus sedih ..
Kenapa ? Mengapa mahal sangat ? Tak boleh lagi mahal ?
Mula laa rasa sayu menerpa diri .. Haishh kenapa laa gatal buka
laman sesawang flight ni ? Kan dah mudaratkan diri sendiri =.=
Aku bukan anak orang kaya-loaded-anak datok menteri segala bagai
yang mampu balik tiap tiap minggu ~

Ini la masalah bila nak sangat belajar ke seberang laut ..
Dah dapat, gatal pula nak pulang ke rumah la kan ..
Mula la nak sumpah seranah kenapa LI / praktikal kos aku
kena buat time cuti sem bukan time waktu kuliah macam kos lain ? =.=

Haishh mula laa nak merungut tak reti nak bersyukur ..
Kan dah start dah tak reti nak redha dengan apa yang dah ada ~


Errrrr kerajaan tak teringin ker nak buat bridge terpanjang di dunia
yang menghubungkan antara semenanjung Malaysia dengan kepualauan borneo ?
Tak pon perkhidmatan kereta api merentasi laut china selatan ?
*okey anda semua boleh gelakkan aku sekarang


notakakitembam : tiba tiba rindu MIRI ~ what the heckkkkk ?!?!?!?!
(Alhamdulillah apa yang aku cari cari selama ni akhirnya telah ku temui .. Thanks Mr KA
bersusah payah tolong ringankan dugaan yang aku lalui sekarang ni .. Moga segala usaha
kami membuahkan hasil dan dapalah aku menjalani hidup seperti orang orang lain :')




Sunday, March 6, 2011

CONTEST LALALOVY #1- EDIT PHOTO CONTEST

Assalamualaikum semuaaaaaaaa ;DD

Okay ni dah contest ke berapa pon tak ingat dah ..
Di tag oleh sahabat saya yang TEMBAMMMM haha ..
Dan pembuat atau pemilik contest ini ialah Cik Dyla ~
Dan ini adalah syarat-syarat penyertaan contest ini yep ~

1) Write the title " CONTEST LALALOVY #1 "
because there are 4 type of contest.

2) Put the edited picture that you want . Just 1 !

3) And also, put the picture before you edit it.

4)
Don’t forget to put the banner and
link ke blog Lalalovy and tag 3 blogger !





Ini adalah Banner dari Cik Dylla untuk contest nehh ..
Dan kamu kamu yang bertuah kena tag, toksah laa right click just click
kat banner yang cantik kat atas nii then boleh terus ke page Cik Dyla (:

And this is my picture ~

BEFORE

AFTER


Actually i'm not a pakar dalam bab bab mengedit ney =,=
Seriously dah lama dah teringin nak belajar dari orang yang
super duperb pakar tapi macam takde pon yang sudi menghulurkan bantuan ~
Aku buat buat jer taktaula nice or tak dan sebenarnya
nak mengedit gambar ni perlukan masa yang tengah hepi hepi gitu kan ?
Mood kena baikkk punya barulah hasilnya memberansangkan ..
Tapi kalau dah tangan tu memang pakar giler mood
tengah ngantuk pon aku rasa 'menjadi' jugaklaa gambar gambar tu kan ?

Aku suka pic atas ni sebab pemandangan belakang dia yang sangat best ^^
Walaupun da lebih sepuluh kali menjejakkan kaki ke pulau lagenda tu,
aku tetap sukaaaaaaaaaaaaaaa pergi sana sebab pemandangan yg cantik !



Now nak tag 3 orang yang cantik cantik ;))





Saturday, March 5, 2011

it was a story, just a story










.Love Story in Harvard.

Seriously movie yang lain dari yang lain ..
Ohhh FALL IN LOVE dengan cara couple dalam ni bercinta ^^
Impian dulu then baru cinta kan ? *okeh cakap je lebat
Sangat best, best dan best okeyy !
Even aku tau movie ni dah lama dah dari zaman form2 form3 ..
Kalau KA tak suggest movie ni conform aku taktau sangat ..
Banding dengan movie BOF laa, MyGirl sume tuh ni jauh lebih matured ..

Kenapa aku suka ? SItuasi heroin drama ni macam aku sikit kot ..
Cuma she's more more more strong and kuat semangat ..
AKu ni LEMBIK, LEMAH dan NGADA NGADA sikit *okey banyak sebenarnya
Tapi in reality i'll try to become more more n more stronger okey ?
Arasssooo Mr KA ? ^^
Sakit tu tak boleh dijadikan halangan untuk terus kejar impian kan kan ?
Sakit tu dugaan hidup kan ? Dugaan adalah perencah dalam kehidupan ..
Drama ni banyak motivate dan inspirasikan diri aku sendiri ..









Ohhhhhhhhhh patutlaa suka mengayuh basikal ni mesti kes terpengaruh
dengan movie ni yerr haaaa kan dah kantoi dah :P
Patutlaa dengan aku sekali terkena hasut mengayuh basikal petang petang ~
Takperlaa kan menyihatkan badan sambil menyedut udara segar ..
Takdelaa jadi dugung je atas katil *bak kata mama
Then takdeala menyedut udara kepam dalam bilik then mulaa laa nak lelap je ..
(Tuu memang habit aku dalam bilik study study boleh terus TERtidur -.-)

Thanks Mr KA for suggest this movie then thanks to Balqis for da CD ^^

pssstt, suka tengok 'couple' dalam movie nie sweet je study sama sama,
then share probs sama sama, kayuh basikal pergi kuliah sama sama ^^ ..
Sumpah tak larat kalau aku nak mengayuh naik basikal panjat bukit UPM ni ..



Friday, March 4, 2011

mari buaaaattt ! :D



Assalamualaikum !

Jom jom jom jom buat tag dari cik Yus (:

Siapakah nama penuh kamu ?
Tak kisahlah sampai nama datuk, moyang kamu ~

Efira Nabilah bt Khamsah bin Mohamed Som
(sorry tak ingat laa nama moyang hehe)

Kamu suka warna pink tak ?

SUKA SUKA SUKAAAAAAAAAAAAAA !!! ^^

Kalau kamu ditakdirkan bertemu dengan si pemberi
taggie ni, apa kamu nak cakap dengan dia?


Yus, mau ka beli perfume dan detox saya ? huahua :P

Siapa paling comel? Maher Zain atau kamu?

Lorrr kenapa mesti Maher Zain yang hensem tuu ? =.=

Mana lagi sedap? Kek atau aiskrim?

Aiskrim kot sebab pelbagai perisa dan rasa ^^
Tapi da truth, dua dua tu aku kena pantang makan dan tak boleh makan sangat ..
how sadisssssnyaaa =.=

Bila tarikh birthday si pemberi taggie ni?
(Kalau kamu ingat, kamu memang hebat)


11 Oktober 1991
- ada betul kaaaa ? haha

Ain Maisarah, siapakah dia?

Dah tanya ni baru laa aku dok selongkar siapakan gerangan Ain Maisarah ni ..
Kalau ikut Encik Google, beliau ni seorang penulis .. ye ke ?
Beliau juga mempunyai blog silalah terjah yerrrr ~

Ceritakan sejarah kamu membuat blog, ikutlah sampai perenggan pun.

Hmmmmmmmmmmmm ..
Sebenarnya ada seorang ni yang memberi aku inspirasi nak taip blog ..
Siapah gerangan ? biarlah rahsia sebab tu kenangan lama sahaja ..
Mula mula insan tuh cerita cerita tentang blog kepunyaannya then
macam berminat gila nak berjinak jinak sebab aku ni tak pandai
nak meluahkan macam macam perkaara melalui percakapan ..
Aku hanya pandai melalui perbuatan dan penulisan so blog ni maybe
media terbaik untuk aku meluahkan apa yang ada dalam diri aku ^^

Apabila harijadi kamu, kamu nak saya (pemberi taggie ini) beri apa pada kamu?

Walaaluwuiii birthday aku dah LEPAS dah =,=
Next year kalau panjang umur insyaAllah bolehlah
kek secret recipe sepotong kan kan kan kan ? :P

Taggie ni ada sepuluh soalan jadi wajib tag sepuluh orang ye!

*huh ramainyeeeeeeeeeeeeeee !!

- Farah-
- Nurul-
- Sizta Nyot -
- Hani bambamm -
- Siz Haney-
- Eira (ummus) -
- Waney -
- Balqis -
- Kak Zora -
- Baya -








DONE ! ^^









Thursday, March 3, 2011

kesian AWAK :'(





Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ~

Hmmmmmmmmmmmmmmmm ..
AWAK , umur awak da setahun da kan ?
Masuk hari ni, kalau tak silap umur awak setahun 15bulan ..
Wahh kalau baby betul dah pandai berjalan dah kot ? *erk yeke
Tapi awak ? Duduk jela kat atas katil dalam bilik nih ..
Kadang awak tergolek, kadang awak tersembam, kadang awak
nampak comel je duduk kangkang tepi bucu katil ..
Kadang waktu malam awak jadi mangsa kat kaki ..
Kadang awak lemas kena peluk ketat ketat dengan saya ..
Tapi apa saya peduli ? Dah memang tuan asal awak bagi saya
untuk saya peluk ketat ketat dan teman saya tiap masa :')

Awak COMEL, awak TEMBAM, awak GEBU, awak WANGI ..
Kadang kadang bila saya geram + marah + sedih + bengang ..
Kesian awak jadi mangsa saya, tapi awak ada perasaan ker ? hehe
Saya sayaaaaangggggggggggggggggggggg awak, sama macam saya
sayang 'dia' .. Alaahh, 'dia' ? takkan tak kenal 'dia' kot ?
'Orang' tuu laa yang mula mula beli awak then nak bagi kat saya ..
Simpan awak dalam locker kat bilik dia kan ? *bersepah tak locker dia? :P

Tapi kesian awak, awak macam dah makin comot .. =.=
Dulu bersih lagi, putih krim krim gebu dan suci murni ..
Sekarang ? Ada sikit kotor kotor la kot maybe warna bulu bulu awak
tuuu krim krim putih so senang melekat kekotoran or debu debu ..
Hari tuuu balik semenanjung ingat nak hantar awak pergi laundry
tapi kesian awak duduk terperap je dalam bilik kat rumah tu kan ?
Kadang kadang je saya peluk awak ketat ketat sebab saya jarang
sangat tidur bilik sendiri selalu terlelap depan tv kesian awak sendirian ..

Awak, awak ingat tak dulu dulu tangan awak pernah patah ?
Sedih sangat time tuh tercabut terus then saya terus buat operation
khas untuk awak biar awak nampak sempurna segalanya :')
Saya pernah campak awak kan ? Sebab saya tension sangat plus sedih
then awak jugak jadi mangsa tapi saya tambah sedih pulak tengok
awak terkangkang atas lantai tuh so saya ambil balik then peluk ketat ketat ^^

This sem pon saya banyak abaikan awak kan kan kan kan ?
Yerlah macam busy jer kadang kadang tertidur sendiri sebab masalah
insomnia yang melanda diri ni tidur tak tetap sampai awak pon boleh tercampak
jatuh bawah katil .. macam saya terabaikan awak la pulak :'(
This sem saya banyak sangat dugaan hidup kadang kadang awak laa
jadi tempat curahan air mata air saya ni haha tu sebab bau awak pon dah lain :P
Bila sakit sakit saya datang malam malam saya peluk awak kuat kuat
then berzikir dan berdoa banyak banyak mohon kurangkan derita saya time tu :')

Apa apa pon jangan risau saya takkan cincang cincang awak macam saya
buat kat teddy sebelum ni time tuh perikemanusiaan kurang sikit ..
Sebab setiap inci awak kadang kadang menggambarkan tuan lama awak ..
Mata coklat, idung mancung kembang sikit *hidung jawa then mulut hihi ..







Ehhh, ni bukan tuan awak yang asli ~

















































Haaaaaaaaaaaaaaa yang ni barulaa tuan empunya awak ^^