Friday, March 11, 2011

sama-sama kita renungkan



Assalamualaikum semuaaaa ..

Bangun bangun tidur tadi *okay anak dara memang tak elok tidur siang
Terus ngadap lappy then buka laa facebook, blog, paper online, etc ..
Then kecoh laa pasal gempa bumi yang berlaku kat Jepun ..
MasyaAllah ~ Teruk sangat sangat .. gempa bumi sampai 8.9 magnitud ..
Setakat ni paling teruk tak silap aku takdela lebih skala 8 magnitud kan ?








Thanks Encik GOOGLE untuk ihsan gambar gambar ini ..
Those pictures menunjukkan antara tempat tempat yang terjejas
akibat gegaran dan tsunami yang melanda Tokyo dan bandar bandar lain ..


Kalau sesiapa yang tak tau atau tak terbaca lagi just taip jelah
pasal gempa bumi kat Jepun tak pon buka Utusan online or BH online ..
Seriously sangat menakutkan bila tahap amaran tsunami dikeluarkan ..
Antara negara negara yang berkemungkinan besar di landa tsunami
Indonesia, Taiwan, Russia, Australia, New Zealand, Mexico, Hawaii ..
Dan ada juga khabar khabar angin mengatakan Sabah dan Labuan turut
berkemungkinan di landa tsunami hampir mencecah 4meter ! =.=

Apa apa pon sama-sama kita mendoakan keselamatan saudara saudara
kita yang berada di sana moga dilindungi dari musibah bencana alam ni ..
Sama sama jugak kita berdoa keselamatan kita kat sini, keluarga, sanak
saudara dan rakan taulan moga tidak di timpa malapetaka ..

So kepada sesiapa kat luar sana, janganlah berada dekat dekat dengan
kawasan pantai sebab amaran dah pun dikeluarkan berkemungkinan
tsunami akan melanda .. Walaupun Malaysia tak termasuk dalam senarai
tapi tak salahkan kita membuat langkah pencegahan awal ?

Dan sama-sama kita renungkan hikmah disebalik dugaan yang Allah turunkan
atas muka bumiNya ni .. Allah sayangkan hamba hambaNya sebab tu Dia
menurunkan petanda supaya kita tidak lalai dan leka dengan hasutan
dunia semata dan sama-sama kita berdoa supaya sentiasa
dilindungi dari sebarang malapetaka dan bencana alam sebegini ..

Sama-samalah kita renungkan (:


No comments: