Monday, March 21, 2011

the masquerade night



Assalamualaikum readers ! :D
Bersawang gila la blog aku ni kan . Mana tak nya Usemp0t tak boleh connect
langsung dengan laman sesawang google mahupun blogger . puaslah aku garu2 kepala
macam mana nak cari information lebih untuk buat assignment yang menimbun
setinggi gunung fuji kat jepun tu . hah ! hiperbola betul kau ni kan feyra ?!?!

Bila dah boleh akses blogger, peghh rasa gembira semacam . assignment belambak
tolak ke tepi dah awal awal kan sibuk pulak nak buat exercise jari jemari
yang ketot lagi tembam ni menaip blog pagi pagi buta . ehh, pukul 10 tu
masih di kira pagi-pagi buta lagi kan ? heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee :P

Okay sekarang kamu kamu zoom out dan zoom in laa gambar2 di bawah
ni masa dinner course hari tu . Masquerade night this sem dengan tema
'Grammy Ballroom' . Nak tau aku sarung apa ? baju kurung pinjam dari mama sudaahh .
Rasa macam nak pergi kenduri orang menikah pulak kan . Orang macam aku ni,
manalah reti nak sarung baju-baju yang glamorous segala bagai tu . Kalau
berhabis sampai beratus semata sebab dinner yang hanya satu malam tak
sampai 10jam, BERBALOI-BALOI kahhh ? baik la duit tuh aku buat makan .
Lagipon aku dah rasa aku 'glamour' pakai baju kurung, apa ada hal ?
Its more better dari pakai pakaian yang macam tak cukup kain . Kau sibuk
jaga tepi kain nak mengata orang pakai tak ikut tema walhal kain
kat pakaian kau tuh tak cukup bawa-bawa laaa pakai yang molek sikit .
Haihh tak pasal-pasal ada pulak sesi mengumpat dalam blog aku neh =.=

Okey okey dah tak ada sesi mengumpat dah (: Mari senyum beramai-ramai
sambil layan suasana dalam Dewan Sri Kenyalang kebanggaan kampus aku
di samping melihat gelagat kami berempat, bersepuluh dan beberapa-berapa lah !








:: Tuan rumah yer . Mask tu ? handmade je weh . takde duet nak melabur
benda yang tak mustahak . even bukan tangan aku yg buat, tapi banggala jugak ::


:: ohh tolonglah jeleous ! haha padahal makanan takdela hebat mana . tapi
bagi aku yang jarang makan sedap, heaven jugakla rasa dan kredit untuk
para juniors DKHP yang arrange . korang memang terbaik ! :D ::



'' pic kredit to Hanif sorry ciplak ''
:: half of my batch ; DKHP semester 4 . ramai jugakla yang melaram sakan .
macam mak datin pon ada . artis hollywood pon ada kan ? anyway semua
boleh tahan la dressing, make up, yang laki2 pon taknak mengalah makeup ! ::



'' pic kredit to Hanif sorry ciplak ''

:: Dan ini adalah antara barisan para senior yang kami raikan . mereka semua
sangat vogue okey ! etika pakaian pon boleh tahan dan mereka semua
cantik-cantik belaka . almaklumla majlis untuk mereka kan ? mestila
dan haruslah melaram sakan . takpela tunggu masa aku dua tahun lagi :P ::


:: okay you alls jangan gelak sakan lagi yer . siap ada gelaran untuk kami .
nasyid band ? uhhh padahal semua action je lebih ! haha takpela syok sendiri pon
janji kami rasa bahagia bersama :P ::


Dan seterusnya layan jela suasana-suasana sepanjang malam tu (:






















okayyy FINISH ! sekarang masa untuk memulun segala assignment
dan test2 yang sudah terhidang di depan mata =,=
Please pray for my health . aku mahu sehat seperti biasa .
dan mahu menjalani pengajian dengan penuh semangat seperti biasa :')


No comments: