Monday, January 31, 2011

weird sungguh







Sangat PELIK =,=

Kenapa 'MUKABUKU' macam nak sabotaj aku je ni ?
*yer aku taula aku ni jahat tapi janganla kejam sgt


Kenapa ramai friend aku tiba-tiba dah takde pon
dalam friendlist aku oohhhhhhhhhhhhhh ?
Bukan sorang dua tapi kalau ku kira kira lebih kurang
dalam dekat dekat sepuluh orang la jugak ..
Last few days encik KA sekali TERhilang dari
friendlist aku termasuklah adik perempuan aku sorang ..


Woaahhh tau laa aku ni buta bab bab IT nie !
Tapi sangat pelik laaa takkan ada orang tau p/w aku kot ?
Sampai ada sorang member tuh macam tuduh aku buang dia pulak kan =,=

Tapi kalau dah orang tu yang remove aku, ada apa hal ?
ADA AKU KESAH kau block or remove aku ?
Tak luak pon hidup aku kalau kau block aku dari 'mukabuku' kau ~
Sound macam tak puas hati aje kan walhal siapa laa aku
ni orang nak berkawan kan kan kan ~

Aku bukan nyer hebat pon berkata kata dan bersosial neh :P

Anyway kepada sesiapa kawan kawan yang perasan
macam aku ni dah tak jadi kawan kau, MINTAK MAAF (:







pelajar haiwan mengail ikan




Assalamualaikum readerrrrrrsssssssssss ;DD

Mood kenyang gila dengan dua ekor ikan talapia
goreng sweetsour dengan nasi penuh ! haha ~
Okay TIPU DI SITU sebab ikan tu alkesah semalam ~
*okey cik Siti anda bolehlaaa ketuk kepala aku sekarang'

jugak sebab tak dengar cakap awak suruh sauk lagi banyak ikan ~

Err kawan kawan ikan tu spesis haiwan jugak kan ?
Sebab tu laa kot Jabatan Fakulti aku bertittle ;
Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan ? heheeee
Tapi kan ikan di laut, asam di darat kan ? ehh ?

Sebenarnya nak bercerita sedikit pengalaman yang BEST GILA !

Memang macam orang gila je kot haha ..
Alkesah bermula bila cik Siti mengajak bertandang ke kolam ikan ..

Actually pusat penetasan ikan khas untuk student2 course perikanan ..
Sebab apa ? sebab nak menyauk ikan ! mood kelaparan ..

So bergeraklah ke sana dengan menunggang motor cik Siti ..
Kebetulan hari ahad so tempat tuh seolah2 kami yg punya ..
Mula mula sampai bantula cik Siti ni bersihkan kolam

anak ikan keli kesayangannya yang comel comel belaka ..
*erk time nih baru aku tau anak2 ikan keli melantak eggyolk rebus ~

Lepastuh mula laa operasi menyauk ikan ikan talapia di kolam ..
Geraammmmm ko nyahhhh tengok ikan ikan macam main

''auuu cakk auuu cakkkk'' dengan kami berdua ..
Geeezzzzzzzz ! macam rasa nak melompat dalam kolam tuh ..
*haishh tak pasal pasal jadi kisah si ikan kaloi pulak kang ~

Selepas bermandikan keringat dan air hujan, dapatla 10ekor ..

Okey time nih rasa cik Siti tamak gila sebab dia kata makan
enam orang conform tak cukup ! eyhhh biar bonar bodak neh ?
Lastly lepas kena hasut dengan aku mengalahlah cik Siti haha ..
Dalam keadaan kuyup dan bau bau ikan hanyir ya Rabbi busuk gila,
pecut motor pergi supermarket beli b
arang untuk main masak2 ..





:: ikan ikan masih segar dan masih terlompat lompat lagi masa
menyiang bak kata orang ; nyawa nyawa ikan la konon kan ? ::




:: ikan siap diadun ~ ehhh, siap diperap bersama rempah rahsia haha !
rahsia la sangat kalau setakat serbuk kunyit,

serbuk kari dengan garam .. anak buah aku pon tau kot ? ::





:: yahhh proses menggoreng ikan sampai sekarang
aroma ikan campur minyak tuh terbau bau adehhssss ::



:: sweetsour dah nak habis ; menunjukkan keasyikan kami
melantak, meratah dan menikmati juadah haha ::


Ribuan, jutaan terima kasih diucapkan kepada cik Siti
kerana sudi memberi kami peluang merasa keenakan
ikan ikan segar dan sudi jadi room maid kami sekejap haha :P
Lain kali sauk la lagi okeyh, seriously enam orang makan
sepuloh ekor memang tak cukup ! tsk ~ tsk ~ tsk ~
Ribuan maaf kepada saudari Asiyah kerana tak sempat
tunggu ko balik dari camp so next time jela jangan sedih2 :P

ouhyea kepada adik adik janganlaa tiru aksi kami ni ~
''berani berani takut'' je ni almaklumlah aktiviti
main masak masak ni kira aktiviti haram laa jugak kan :P




P/S :
motif posting mau kasi jealous punyaaaaaa !
sama siapa ? sama itu sizta nyot juga haha ..
pssttt, aku pon boleh makan ikan segar kt sini tawww :P


Saturday, January 29, 2011

salam takziah



Assalamualaikum ~

AWAK ..
Takziah atas pemergian salah seorang dari ahli keluarga awak ..
Maybe terasa sedih sebab tak dapat nak balik walaupun
masa ni merupakan cuti mid sem kita kan ?
Takpelah kita boleh sedekahkan al-Fatihah dan surah Yassin
untuk roh arwah agar arwah ditempatkan dikalangan
hamba-hambaNya yang soleh dan diredhai Allah ..



Kita hidup kat dunia ni sementara sahaja ..
Ajal dan maut hanya Allah Yang Maha Mengetahui ..
Sama2lah kita menambah amal jariah sebagai bekalan di sana ..
Moga kita semua dimatikan dalam cara yang sempurna dan baik ..
InsyaAllah (:




p/s : mendiamkan diri adalah lebih baik dari berkata-kata
sebab aku taknak menyakiti hati orang lain lagi ..
Cukuplah pengalaman lalu menjadi pedoman dlm
hidup aku dan menjadikan aku lebih dewasa dalam
menentukan sesuatu perkara yang hak dan yang batil ..
Ya Allah, kuatkanlah semangatku dalam menghadapi dugaanMu ..
Sesungguhnya aku berusaha untuk melakukan apa sahaja
dengan ikhlas dan niatkan hanya keranaMu ..
Aku sedaya taknak orang memandang aku seorang
yang menjengkelkan kerana aku dah rasa bagaimana
memandang dan menganggap orang itu
sebagai seorang yang amat menjengkelkan ..




Thursday, January 27, 2011

wakena lorr !



Assalamualaikum readers (:
Kisah yang bakal ditayangkan dan ditonjolkan
di bawah ini sama sekali jangan dijadian teladan
dan ikutan yer khususnya kepada adik adik
yang bakal melanjutkan pelajaran ke menara gading
mahupun yang baru setahun jagung popcorn
masuk ke alam pembelajaran kuliah ni yeppp ~

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|







Sungguh ku terkedu, terharu, terpegunnnn ..
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAA !
Nampak sangat tak boleh nak dijadikan contoh pelajar bertauliah :P

Okeh okeh okeh okehhhhhhhhh ~
Alkesah situasi di atas berlaku pada pagi tadi ..
Pagi tadi yer sewaktu berlangsungnya kelas yang bermula jam 8.30 am ..
Kelas paling sempoi yakni 'Genetik & Pembiakbakaann Ternakan'

Tak perlu laa nak meneliti seorang demi seorang ..
Yang penting tuan punya blog ni ada jugak dalam barisan tuh haha !
Seriously time tuh bukanlah semasa lecture tunjuk slide ..
Tapi masa lecturer bagi five minutes break dan tanpa
membuang masa kami berempat yang lagaknya seperti
ibu ibu yang keletihan melayan dan menjaga anak masing2 ~
*Walhal anak ayam kami telah membesar dengan rakusnya !

Gambar candid ini telah disnap secara senyap2
oleh salah seorang course mate ku yang sangaaattttt nakal !
Mau kenal ini budak nakal ? tekan nama *yushy boo* ini ;P
Seriously kami berempat TAK PERASAN LANGSUNG yang
aksi ayu dan menawan kami ini telah disnap secara senyap ..
Haiiyyoooooo pandai kau yekk Yus !

Memang time class pagi tadi nafsu tidur aku melonjak lonjak ~
Memang habis ke laut dahhhh fikiran aku sampaikan
boleh sempat berangan nak makan apa lunch nanti ..
Nak kata subjek bosan, genetik quite menarik jugak ..
Cuma entahlaaa syaitan tengah berusaha menghasut kami
dengan gaya terhebat la kot kan sampai kepalaku berat
menahan kengantukan kelas selama 3jam pagi tadiiii !

So rakan rakan sekalian, jangan jadikan ini
sebagai ikutan ketika pensyarah mengajar kat depan yer ..
Even pensyarah atau syarahan beliau tu agak membosankan,
at least tunjuklah rasa hormat kepada mereka yang
telah berusaha mencurahkan ilmu kat kita nihhhh ..
Kalau nak bising, borak borak hal isu semasa negara sekalipun,
simpanlaaa dulu untuk diceritakan masa lunch atau lepaklepak ..
Kalau dah ke laut sekalipon fikiran tuh, buatlah macam aku ..
Mata pandang skrin, fikiran selamat melayang jauh merantau :P
Tapi kalau boleh, sentiasalah fokus dan niat kan datang ke kelas
untuk menimba ilmuNya yang sangat luas atas muka bumi nihh ..

Tapi kalau nak tiru aksi 'comel' kami ni masa break boleh laaa :P
Tapi nampak agak kurang sopan laaa kot kan kan kan kan kan ? hihi



Tuesday, January 25, 2011

Syukurrrrrr (=




Assalamualaikum to all readers (=

Moga anda, anda dan anda sihat walafiat
dan hidup dibawah payung rahmat dariNya, insyaAllah ..
Bersyukurlah kita masih dikurniakan usia yang panjang,
masih berpeluang untuk mengumpul amalan dan kebaikan
sebagai bekalan kita hidup kat sana pulak kan ?
Bersyukur jugak kita masih diberi kesempatan untuk

menikmati segala nikmat dan kelebihan serta bermacam
jenis rezeki yang terbentang luas di hadapan mata kita ..
Bersyukur jugak kita masih berpeluang merasai pengalaman
hidup sebagai hambaNya dan berpeluang untuk menjadi
insan yang lebih kuat dan tabah melalui ujian2 dariNya (':

Syukur sangat sangat sangat sangaatttt praktikal
utk batch aku bukanlah setakat buat kat
Taman Pertanian Universiti belakang blok aku nehh ..
Kinda boring laaaa kan ? duduk sini sebulan dengan

bertemankan kesunyian student2 lain menikmati
kehidupan dan kebahagiaan di rumah masing-masing ~


Syukurrr sangat sangat sangat sangat apa yang aku
impikan, angankan Alhhamdulillah hampir tercapai ..
Thanks Allah coz give me this opportunity
and insyaAllah aku akan jadikan dia sebagai
kenangan manis dan pahit dalam hidup aku (':

Apa yang aku impikan?angankan ? idamkan ?

Rumah banglo ? duit berkepuk ? pakwe hensemmm ?

*aiicehcehhh AWAK, saya SAYANG awak sorang je laaa ^^

Aku selalu berangan nak mendekatkan diri dengan wildlife ~
Wildlife as gajah, harimau, orang utan, badak, etc etc etc ~
Seriously sangat berminat dengan hidupan2 seperti mereka (:

Dan dan dan aku juga pernah mengimpikan ambition utk
menjadi seorang zoologist .. Pray for me keyh ? (:


Aku selalu berangan gak nak buat praktikal kat
tempat yang jauhhh jauhhhhhhhhhhhhhhhhh ~

Haaaaa ambikkk dapat yang memang jauhhh ..
Dan yang pasti seriously jauh dari rumah ! sobsobss ~
Actually aku memang berkeinginan nak buat LI ni
kat SABAH sebab tertarik sangat sangat masa holiday

kat sana hari tuuu dan ada cita2 nak pergi sana lagi ~

So, Alhamdulillah syukur sangaaattt apa yang aku

inginkan hampir tercapai dan insyaAllah moga
dipermudahkan segala urusan olehNya keyh ? (:







Kenapa mesti WILDLIFE ???
Sebab wildlife kat atas muka bumi ni
makin hari makin dikecam, dan makin pupus :(
Kasihan mereka selalu menjadi mangsa mangsa
kerakusan manusia yang terlalu mengejar
harta dan wang dunia serta pangkat dan darjat ..
Hasilnya, makhluk-makhluk Allah yang tak berdosa
ni jugak jadi mangsa kerasukan manusia sendiri =____='

Kita sendiri termasuklah aku sendiri sometimes
tak sedar yang kita pon turut melibatkan diri
dalam operasi yang menyebabkan hidupan2 liar
kat sekeliling kita nih makin dipupus ditelan pemodenan ..
Beg beg branded, kasut kasut kulit, carpet sagala bagai ..
Lagi lagi yang diperbuat seratus peratus tulen ..
Manusia kadang kadang lupa yang kita hidup atas

muka bumi Allah ni perkongsian bersama jugak
dengan makhluk makhluk Allah yang lain seperti mereka ..
Kadangkala mereka2 tu tak pernah pon bagi ancaman
kat kita tapi kenapa mesti kita mengancam habitat mereka ~

Sebagai khalifah atas muka bumiNya ini kan,
kita sebagai manusia kenalah bertindak sebagai

makhluk Allah yang telah dikurniakan nikmat
akal fikiran yang mampu berfikir dan membezakan
mana satu yang baik dan juga sebaliknya ..
Kasihanilah mereka kerana mereka juga mempunyai
perasaan dan janganlah kita sewenang wenangnya
merosakkan dan merampas segala kehidupan mereka ..

Bukan sahaja untuk mereka, malahan
kita nak ker generasi mendatang yakni
anak anak cucu cicit kita tak lagi kenal
apa itu badak sumbu ? apa itu gajah ?
apa itu orang utan ? apa itu penyu ?
Kita jugak yang penat kan nak menerangkan
kepada mereka satu persatu tentang
kehidupan haiwan haiwan tu kat mereka ~



So gusy ~ comes let save our wildlife ~
Bukan wildlife sahaja malahan haiwan haiwan
lain pon sepatutnya kita kena lindungi dan kasihi
mereka sebab mengasihani haiwan merupakan
amalan yang boleh membawa kepada kebaikan (:
Senang cerita, lets SAVE OUR NATURE ! ;DD



*this sem praktikal dah ambil non-ruminant
so that next sem praktikal kena lak ambil
kambing, lembu, biri2 means ruminant ..
erk, babi pon boleh kan ? mereka pon
makhluk Allah jugak laaa kan cuma haram disentuh (:

Monday, January 24, 2011

-



Ya Allah ~
Hanya Kau Yang Maha Mengetahui
Segala yang tercipta di langit dan di bumiMu ini ~
Hanya Kau Yang Mengetahui segala hikmah
atas ketentuanMu dan takdir yang kau turunkan
kepada setiap hamba-hambaMu yang lemah ini ~

Ya Rabbi ~
Berikanlah aku sumber kekuatan ~
Bantulah aku dalam memulihkan semangatku ini Ya Tuhanku ~
Bantulah hambaMu ini dalam mencari kekuatan dirinya sendiri ~
aku hanya hambaMu yang lemah ~
Bantulah aku dalam mencari ketenangan diri, kelapangan fikiran
dan kekuatan fizikal dan mental ~
Kuatkan rohaniku Ya Rahman .. kuatkan semangatku Ya Rahim ~






:: masih mencari ketenangan diri .. masih mencuba menguatkan diri .. ::


Wednesday, January 19, 2011

this is what we called ; nature







So this is my place ..
Yahh tempatku menuntut ilmu ..
Tempatku menuntut pelbagai jenis ragam pengalaman ..
*Ehh bukan di ladang kongsi 2 ni tapi di UPMKB Sarawak ..
(Gambar telah disnap sewaktu pulang dari amali poltri di ladang kongsi 2)
Kenapa aku suka study kat sini ? *walaupun kadang2 mcm mengeluh je kan?
Sebab keliling dia dipenuhi kehijauan yang mengasyikkan *haha
I mean UPMKB nih surrounding dia semua hijau, banyak pokok2, banyak tanaman ..

Tenang je kalau jalan-jalan petang-petang menyedut udara yang segar ~
Okeylah dah nama pon FSPM kan ? Peliklah kalau fak agriculture

tapi surrounding dia tak menghijau dan tak mempersonakan kan kan kan kan ?

Jika ditanya kat orang-orang luar, apa yang dia minat dan suka pasal UPMKB nie ?

Diorang akan cakap ; TERTARIK DENGAN PADANGNYA ~
Ada apa dengan padang kami ? haha ~ padang kami sangatlaa luas dan besar ~
Walaupun aku hanya jejak kaki kat padang ni kalau ada acara sukan uniPUTRA
atau berjalan pergi amali kat ladang ~















Psssttt ; ada gaya petani atau peternak moden tak ? hihihihi

Monday, January 17, 2011

please


Assalamualaikum ~

Perubahan, penghijrahan, changing ..
Ahhhh semua tu merujuk kepada benda yang sama kan ?
Nak contoh senang jer, kau duduk di KL since lahir,
then terpaksa pindah atas urusan tertentu ke Kedah ..
Perubahan jugak la kan ? Dari tempat yang sesak, padat ..
Ke tempat yang agak pedalaman, sunyi, tenang ..
Positif atau negatif penghijrahan tuuu ?

Ahhhh malas nak merepek lama-lama nanti makin stresssssssss ~

Berubah ? You alls penah tak lakukan perubahan untuk diri sendiri ?
Maksud aku mestilah from negative to the positive ..
Kita kena ambil dari yang bagus dan bertauladan ..
Kalau berubah dari mat rempit kepada mat ganja tu takyah beritahu la kan ..

Korang rasa la kan, nak BERUBAH tu senang tak ?
Ada tak senang macam order roti canai dengan teh tarik kt kedai mamak ?
Atau order nasi goreng pataya kat restoran depan rumah korang ?
Tak pon sesenang korang suap makanan yang enak lagi menyelerakan dlm mulut korang ?

Kenapa aku bagi soalan berdasarkan situasi makanan jek ?
Sebab aku rasa, situasi memenuhkan perut adalah situasi paling senang dlm hidup ..
Paling senang la kan, macam aku ni turun KK2 nak order kuetiow bandung ..
Sanggup tunggu laahhh berama jam minit hata sekalipun ..
Asalkan selera dipenuhi, permintaah ditunaikan, perut dipuaskan ..
Mudah je kan nak makan dan minum ni ?
betapa perit sekalipun situasinya kita tetap bersabar, rasa okay lagi
sebab kita nak makan, nak puaskan nafsu makan, nak penuhi lonjakan perut ..

Macam mana dengan perubahan yang memeritkan ?
Adakah semudah korang bersabar tunggu makanan yang tak sampai2 ?
Adakah sehebat korang tahan amarah bila rupanya makanan yang
ditunggu tak kunjung datang rupanya belum dimasak pon ..

Senang cerita, PERUBAHAN, PENGHIJRAHAN bukan sesuatu yang MUDAH ..
Ia amat memeritkan .. amat menduga hati dan ketebalan kesabaran kita ..
Tak kisahlah apa jua perubahan dan penghijrahan sekalipun ..
Sama ada kau nak berubah dari seorang siswa yang PEMALAS kepada SKEMA ..
Tak pon nak berubah dari seorang yang KAKI SHOPPING kepada WINDOW SHOPPING jek ..
(Korang pernah tonton movie 'Shopaholic' kan ? peritnya nak berubah ..)
Berubah kepada dari freehair kepada pakai tudung takde 'on off on off' dah ..

Penghijrahan korang dari tempat yang korang rasa heaven ke tmpt pedalaman ..
Penghijrahan korang dari kaki merambu malam ke anak yang duduk diam2 kat rumah ..
Perubahan perangai dari pemalu kepada periang ..
Bukan senang ! Betul, seriously ..
Perlukan kerelaan hati ..perlukan masa .. perlukan step by step ..

Memang selalu orang cakap, '' Manusia boleh berubah sekelip mata''
Memang betul, tapi jangka hayat perubahan tu berapa lama la sgt ?
Dan kalau yang betul-betul boleh constant dan istiqamah perubahan tuh,
korang perhati, lihat dan amati berapa keratlah sangat kan ?
Dan yang pasti, perubahan sekelip mata tu ada peringkat peringkatnya jugak ..

Perubahan bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa ..
Macam seorang anak kecil yang dah terbiasa jalan merangkak,
nak ubah dia kepada pandai berjalan dan berlari , boleh ke paksa paksa ?
Boleh ke mak dia paksa dalam masa sehari wajib boleh berlari dah ?
Kalau anak tuu taknak pon, kena laa bersabar dan kena pelan pelan
sabar then barulah bagi dia rela nak berjalan sendiri ..
*Normally memang anak kecil memang nak belajar berjalan la kan ?
Ada ker budak kecil yang memang taknak belajar jalan sampai da tua bangka ?

Aku cuma nak BERKONGSI pendapat kalau-kalau ada antara
kamu, kamu dan kamu ni yang dah rasa fed up nak lakukan perubahan ..
Tak kisahlaa perubahan apa jua sekalipun .. Tapi yang penting,postive changing ..
Memang memeritan kadangkala membosankan ..
Tapi percayalah, Allah sentiasa di sisi hambanya yang ingin
melakukan penghijrahan kepada perkara yang lebih baik ..
Memang tu antara ujian dan dugaan untuk kita ..
Kadang2 hati kita pon rasa nak memberontak lagi2 bila ada yang
menyuruh, mengarah, dan sentiasa berharap ..

Buat mereka mereka yang macam berharap perubahan dari seseorang tuh ..
Fahamilah, bukan senang kalau hati kita tak terusik lagi nak berubah ..
Cakap, suruh, arah2 memang senang .. Tapi kau rasa ker semua tuhhh ?
Kau rasa ker buat benda yang bukan kerelaan kau sendiri ?
SEKSA sangat nak buat perkara yang hati kita sendiri tak rela nak buat ..
Sometimes nampak luaran orang tu macam hati batu ..
Tapi dalaman, siapa yang tahu ? Merintih dalam diam ker ..
Menangis dalam hati ker .. Terseksa jiwa raga ke kan ?

Please, belajar laaa untuk menerima dan memahami ..





Perubahan perlukan pengorbanan ..
perlukan kerelaan ..
Bukan keterpaksaan atau dipaksa ..
Please understand me ..
please accept myself for who i am ..
Pleaseeee pleaaseee and pleaaasseeeeee




Saturday, January 15, 2011

the weather ! =.=







Bila cuaca jadi tak menentu ..

Kesihatan diri pon jadi terganggu ..

=____________________________='


::::: Selsema :::::

then ?

::::: mata jadi panassssss :::::

then ?

::::: kepala berdenyut denyutttt :::::

then ?

::::: Rasa nak DEMAM :::::

then ?

::::: sakit tekak :::::

then

::::: sakit-sakit badan :::::

tapi ?

TAK DEMAM ponnnnnnnnnnnnn !


seksanya diri Allah je tau +__+
luaran nampak je gagah perkasa ..
haishhh inilah jadinya kalau sistem imuniti badan semakin lemah ..
takpe, ini tandanya Allah sayangkan kita (:
harus jadi TABAH ! ^^





Friday, January 14, 2011

chikchikchikchikkyyy




''ANAK laaaa AYAM''

''ANAK AYAM turun LIMA PULUH
''

''mati seekor .. mati seekor ..''


''tinggal laaa EMPAT PULUH SEMBILAN''

*ehhhhhh masih kekal LIMA PULUH EKOR laaaa ! (:

- lirik lagu di atas tiada kena mengena dengan insan-insan yang berkelah
di atas kabin reban ayam dalam gambar di atas tauuuuuuuuuuuu !
mereka merupakan ibu-ibu ayam, bapa-bapa ayam *opsssss
dan juga makcik,pakcik serta pak mertua dan mak mertua anakanak ayam -

p/s : mari kita layaaannnnn gambar-gambar anak2 saya yang kiut miut ~
ehhhh silap silap ! ANAK2 AYAM saya yang kiut miut sihat lagi menawan (:
















Jika anak-anak ayamnya kiut miut comel lote tentulah ibu-ibunya pon sama ! *haha
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi ? (bukan Kuah, Langkawi yepp)
Now kita zoooooommmmmmmmmmmmm in gelagat siswa siswi DKHP
tentang keterujaan masing-masing mendapat anak-anak sendiri *hikhik





Ada apa dengan ANAK ANAK AYAM ?
Mereka akan kami bela dengan sihat walafiat *insyaAllah
dan akan kami belai dengan penuh kasih sayang *hakkhakkkkk
Aicehcehhh actually this sem ada subjek 'Produksi Poltri' maka dengan itu,
kami dikehendaki membela serta menternak sebanyak 50ekor ayam
dari mula-mula lahir *ehh ? hinggalah tunggu masa nak disembelih ~

Tolong doakan ANAK ANAK AYAM kami yang comel seperti
ibu ibu bapak bapaknya ini sentiasa sihat dan membesar dengan jayanyaa !

:: Kami mempunyai difat 'keibuan' yang tinggi haha! ::


Dan seperti biasa fotoshoot adalah HOBI utama kami ! cheeessseeeeeeeeeyy wedges !











Notakakicomelkepam : Tengok anak-anak ayam tibatiba rasa RINDUUUUUUUUUUU
sangat kat omel,ontot dan omot ~ Apa khabar kalian semua ? +_______+
ohyeaaa my mom already change nama omot kepada tomok ..
ehhh bukan sebab tomok masuk AJL hari tuh tapi disebabkan dia
sekor-sekornya anak kucing yang bertompok dan sangaaattttt gemok = TOMOK

Thursday, January 13, 2011

igauan ngeri


Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :))

Mood ada baik tak ? hihi
Anyway dah start this week sangat sangat sangaatttttlah busy yaww !
Busy - dizzy - crazy ~

Last sabtu start buat foraj then dah kena buat herbarium ..
Then tadi si anak-anak ayam yg gebu montok dah selamat sampai

melalui penerbangan MASkargo setelah terkandas semalaman kat Kuching ~
*Nanti aku story mory lagi alkesah reban ayam keyh (:
Senang cerita hidup agak terumbang-ambing gak laaa sebab busy *haha
Padahal jadual takdelah pack mane sangat pon ..


:: muka menahan kepenatan haha *pakaian ladang ::

Ehhhh you alls ada baca berita tak ?
Kalau yang merajinkan diri tuh, mesti ada baca pasal flight tergelincir tuh ?
Alaaaaaaaa flight airasia yang tergelincir then terbabas masa landing ..
Kejadian berlaku kat KIA *Kuching International Airport ..
Cuak sehhhh dengar story buruk pasal flight2 neh haihhhh ..
Hal ini kerana flight adalah satu-satunya pengangkutan yang
boleh bawak aku balik ke rumah halaman kesayanganku sobsobbss ..

Mula-mula baca berita ney ada sedikit terkejutlaaa *ehh tak! terkejut banyak ..


Takut pon ada gak, fobia ? trauma ? belum masuk kes tu lagi kot ..
Alhamdulillah laa sepanjang panjang experience aku naik flight ni
jarang sangat sangat sangat laa ada kes macam ni ..
Aku cuba gak berimaginasi kalau kalaulaaa kejadian mcm tu
jadi time flight nak landing kat airport Bintulu nihhhh ..
Nak tau apa jadi ? Alamatnya rempuh ladang kelapa sawit laa ..
Tak pon selamat jerrrr masuk ke dalam lautan sambil ada bunyi *pluupppppp*
Sebab aku rasa airport Bintulu ni lebih kurang 3kali ganda kecil la kot

banding dengan airport Kuching tuhhh *yelahh international la katakan ~





:: aisehhhh terbabas ke kawasan rumput ::



:: kalau tengok dari position neh conform nampak macam tragis gilerrrr ::



:: usaha untuk mengalihkan pesawat ::


Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan ..
Cuma ada yang cedera ringan sedikit maybe sebab terkejut kot ~
*kalau aku dalam flight tuh,aku laa antara orang yang tercedera sbb inertia besar :P
Haishhh kalau aku ada dalam kabin tuh conform fobia kot ?
Hati dah lega da selamat landing tupptupppp sayap ada percikan api
then dengar story kabin berasap plusss bagasi atas kepala tu berterabur ~
waaaaaaaaaa terbayang cerita siri final destination yang first *__________*

Kemalangan ni turut menyebabkan airport Kuching ditutup sementara
dan yang paling penting anak anak ayam kami yang sepatutnya tiba
semalam turut terkandas ~ *haihhh penat jek bangun awal gila panjat bukit ke reban
So penerbangan anak anak ayam kami turut terkandas dan delay ke hari ini ~

Apa-apa pon sebelum memulakan perjalanan eloklah kita berdoa
supaya perjalanan kita selamat dan lancar dan segala urusan kita
dipermudahkan olehNya ~ InsyaAllah keyh ~ ((:




Monday, January 10, 2011

ketentuanNya



Assalamualaikum readers ~
All my followers or the silent readers teheeeeee ~
*cehcehcehhh macamlaa ada silent readers nak jengah blog sepi neh ..

Tajuk entry tak boleh belah kasi bikin gempak mcm tittle novel kan ?
Actually saja nak berkongsi rasa atas apa yang dah terjadi hari ini ..

(boleh tak tunggu next post entry sebab hari dah larut malam malas
nak menaip dalam kesamaran lampu study ku yang sedikit romantik)
*haiyooo saya dan rumet memang suka beromantik2 tawwww kahkah !

Cuma mahu berkongsi rasa dan pendapat sepanjang liku-liku
kehidupanku berjauhan dari family, menempuhi hidup
dengan bergantung pada ubatan, dan berulang-alik ke hospital every few months ~

Ramai jugak sudah merisik2 khabar *haha* bertanyakan apa
penyakit aku yg sebenar benar benar benarnya ..
But aku rasa tak semua dalam hidup ni perlu dikongsi bersama kan ?
Kadangkala kita berhak untuk merahsiakan perkara yang
sometimes kita sendiri belum bersedia nak meluahkan kat orang lain ~

*except for my besties and Mr KA .. Thanks sangat2 becoz selama
ni AWAK sudi melayan kerenah saya dan sudi bertahan dengan
kelemahan dan kesedihan saya .. TERIMA KASIH banyak banyak :')

Masa mula-mula dapat offer further study, hati mengeluh ..
'' Kenapa aku mesti futher benda yang aku KURANG BERMINAT ??? ''
Apa yang aku tak minat ? COURSE SAINS ~ everything about science ..
Dulu aku pernah suarakan pendapat nak bersara dari bidang sains ni ..
Tapi dihalang bulat bulat oleh my sizta nyot and my love dad ..
Pelbagai alasan yang mereka bagi kat aku .. Tapi biasalakan hati tengah batu time tuh ..
Alhamdulillah segala alasan yg mereka bagi tu, ada hikmah dan kebenarannya utk aku ..

Memang betul dan tepat .. Allah tu Maha Mengetahui ..
Setiap apa yang dijanjikan untuk hambaNya, pasti ada hikmah ..
Baru sekarang aku sedar HIKMAH BESAR aku ditetapkan sebegini ..
Syukur kepadaMu Ya Allah :') Hanya Kau Yang Maha Besar ..

Dulu aku macam menyesal, kesal dan sesal ..
Macam menyesal ambil jalan yang aku ambil nihhhh ..
Yelah, belajar jauh, course sedikit perit, berdikari sendiri ..
Menghadapi hari-hari sukar dengan pendirian sendiri ..
Siapa kata senang ? Cuba angkat kedua dua belah kaki anda ~

Mula-mula datang sini, aku tak rasakan sangat keperitan itu ..
Tapi bila dah makin naik sem, makin berserabut, makin banyak problems ..
Makin meningkat dewasa, makin banyak yang perlu difikirkan sendiri ..
Makin banyak dugaan yang Allah bagi nak uji tahap kesabaran kita ..
Bila makin banyak dugaan dan rintangan, makin banyak la kita berfikir ..
Bila makin banyak kita berfikir ? Hati tak tenang, kacau-bilau ..
Inilah pertunjuk yang Dia nak bagi kita .. Agar kita lebih mendekatkan
diri kita kepadaNya .. Sayangnya Allah kat kita kan ? :'))
Dengan sedikit dugaan Dia dah bagi petunjuk untuk
tunjukkan betapa sayangnya Dia kat kita .. Tak pernah sekalipun
Dia lupa dan alpa tentang kita hambaNya yang teramat lemah ni ..:')

Macam tulah kes sepanjang aku kat perantauan niiii ..
Bila dah banyak benda aku belajar, aku teladani dan aku teliti ..
Terlalu banyak .. tersangat-sangat banyak proses pembelajaran
yang aku alami, yang aku lalui, yang aku tempuhi ..
Dari masalah studies, masalah duit, masalah relation etc etc etc ..
Tapi tuh semua proses .. Proses pembelajaran dalam kehidupan ..

Dulu aku cakap, aku KURANG SUKA science kan ?
Tapi sekarang aku bersyukur ditempatkan dalam akademi ni ..
Kenapa ? even aku ambil matriks sekalipun, tetap berkecimpung jugak
dalam bidang sains melainkan degree aku futher benda yang lari dari matriks ..
Sebab, banyak dah subjek yang aku study, ambil dalam course nie ..
Contoh fisiologi haiwan .. Banyak benda yang aku belajar ..
Pesakit seperti aku, bile didedahkan dengan pelbagai pendedahan,
lagi-lagi macam jantung, lung, hormon2 dlm badan, etc etc etc ..
At least mata kita sedikit terbukak ~

'' Ohh patutlah organ aku mcm ni, mcm ni , sebab tu laa aku
kadang-kadang rasa mcm tu, mcm ni sebab hormon tuh bertindak
mcm ni, mcm tu dalam badan .. Ohhhh PATUTLAAAAHHH ! ''

Dah berapa juta kali words '' Ohh Patutlaaahhhh '' keluar dari dlm diri aku ..
Semua ketentuanNya ada hikmah yang terselit ..
Cuma kita perlu sedikit bersabar dan tabah dalam menjalani hidup ..
Mula-mula doct diagnosis aku ada sakit niyyy, kena ambil ubt ini,
tak boleh buat itu, makan ini, kena selalu macam ini ..
Orang yang sakit takkan sembuh sepanjang hayat macam aku,
mula-mula dapat khabar berita memang memeritkan kan ?
Tapi Allah takkan uji hambaNya lari dari kemampuan hamba itu sendiri ..
Lama-lama aku sedar, satu kebetulan aku ditakdirkan hidap disease nih ..
Dalam masa yang sama, satu takdir menemukan aku dengan
pembelajaran yang banyak membuka mata aku tentang apa yang
perlu dan tidak untuk hidup aku sendiri sometimes utk family aku ..

Peristiwa hari ni banyak bagi aku hikmah dan mengajar aku
erti kesyukuran dalam kehidupan ..
Apa peristiwa hari ini tuh ? hiiiiiiiiiiiii tunggu next next next entry la ..
Papepon satu takdir jugak menemukan aku dan si dia di sini ..
Kat Bumi Kenyalang ni laaaaa kan ? ;DD
*Aisehhh mood gatal dah datang dahhhhhhhhhhhhhh !!! :P
Bak kata kawan aku or his cousin, '' Kalau dah Jodoh tak Kemana ''
Thanks also to my family yang jadi semangat untuk aku terus BERJUANG ! ;DD








:: AWAK, terima kasih banyak banyak banyak banyak ..
AWAK dah banyak ajar jadi seorang yang kuat dan berani hadapi kenyataan
AWAK dah banyak bimbing saya jadi manusia yg sebenar ..
AWAK dah banyak berkorban perasaan, masa untuk saya ..
AWAK dah banyak meniupkan semangat untuk pesakit mcm saya ..
AWAK dah banyak buka pandangan dan fikiran saya ..
TERIMA KASIH .. saya sayang AWAK ♥ ::





Friday, January 7, 2011

8th januari ~



Happy birthday to you !
Happy birthday to yooouuuuuu !
Happy birthday to MAMA and ALING !
Happy birthdaaayyyy to yoooooouuuuuuuuuuuuuuuuuuu !





Today(8th Jan) : birthday my mom and my lil bro ~
Both of them share tarikh birthday yang sama ^^
So sad tak boleh nak celebrate sama2 kat steamboot depan giant mlm td -,-
*But my lil bro also tak boleh balik lolx so celebrate mama je la hihi

So for my beloved mama and lil bro ;
May Allah bless our life together ~
Have a great and happy life forever ..
Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki InsyaAllah (:


p/s : kakiku sering sejuk dan lenguh-lenguh waktu malam ~
belakang badan sangat sakit dan berat sampai susa nak breath ..
susah sangaaaaatttttttttttttt mau tidur =___=
kalau kat rumah boleh consider lagi la sebab duduk relax jek ..
kat sini ? alamat menguap-nguap la sepanjang kelas aishhhh !
sesiapa ada petua atau cadangan atas masalah yg ku hadapi nih ? :'(



Thursday, January 6, 2011

perasmian



Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaa ~


Hari ini merupakan hari bersama bilik kesayangan ..
Because of what ? Because hari ini tiada kelas langsung yep !
Ulang semula, TIADA KELAS LANGSUNG untuk hari jumaat ~

Sound GREAT right peeps ? NO WAY men !
Sebab esok Sabtu jadual sangat padat dengan kelas
from early in the morning until late evening .. Fuhhhhhh !


Begini lah nasib kami yang bergantung kepada lecturer luar ..

Terpaksa korbankan hari minggu dan malam hari dengan kelas ..
Tapi yang menguntungkan waktu petang tiada kelas hihiii ..

So hari ini sangat mengidam nak melantak lempeng ..
Kebetulan my mom bekalkan sambal tempe + bilis sebekas ..

So teringin nak menikmati lempeng bersama sambal tersebut ..
Jadi ramuan untuk membuat lempeng kosong :

- Tepung gandum -
- Air suam -
- Sedikit garam -

- Sedikit serbuk perasa -


Dan juga memerlukan sedikit kesabaran dan ketelitian yah ..
Hal ini kerana memasak dalam bilik hanya menggunakan hot plate ..
Tidak seperti di rumah yang menggunakan dapur api yang boleh dikawal ..




Dan juga dengan ini saya, Efira Nabilah bt Khamsah ..
MERASMIKAN kuali baru yang mama belikan kt Langkawi hari tu ..
See?tanda harga pon sayang lagi nak buang biar jela melekat :P

PINK PINK PINK plate !
I loiikeeeeeeeeeeeee it ! ;DD

Thanks mama then bolehla gunakan kuali ni dikala kemalasan melanda ..
Ouhyea thanks jugak kepada Mr KA belikan tepung gandum hihi ~




Okay this is the lempeng when its done ..
Yahh ada sedikit 'geseng' di situ *means hangus ~
Dan dengan penuh excitednya mahu melantak bersama sambal tersebut ..
Tetapi sayangnya sambal tersebut sudah ada aura-aura mahu basi :'(
Oleh kerana taknak kecewakan hati sendiri, ambil juga sesudu dua
buat cukup syarat agar tak kempunan di hari mendatang ..

So dengan ini kuali PINK baru tersebut telahpun dirasmikan ^^
So lepas ni bolehlah makan lempeng kalau selera makan terganggu lagi ~
*Iskiskisk teringat sambal tumis mama =__________________=
Sedap melantak lempeng dengan sambal tumis dah cukup kenyang ~

:: lepas ni nak buat kepelbagaian jenis lempeng pulak ::





notakakicomel : mood sentiasa datang dan pergi dengan sesuka hati ~





Wednesday, January 5, 2011

seperti yang ku jangka terjadi ~


Assalamualaikum ~

Hari ini,5th February 2010 ~

Muet punya result keluar sudahhhhhhhh ~

Dan seperti ..
Yang ku jangka terjadi ..
*aisehh mcm lirik lagu KRU la pulak ~





AND THE RESULT IS ------------------------------->>>>>>









OKAY ! boleh laa tuhhh ~
Sebab memang aku buat macam separuh hati jugak laa time tu ..
Kenapa yerp ? Because of the final exam punya stresssssssssss !

'' Feyra PENIPU ! Kau mozaic band berapa yang kau dapat ! ''
-kata si poland,pulund,pilind dan pundannndd-

Laaa yeke ? huahua ! serious tak nampak ?
Means aku taknak you alls semua tahu la tuuu hiihiii :P

Ehehehe kenapa ada pulak satu lagi result tu yep ..
Siapa lagi kalau bukan Mr KA punya laa hahaa :P
First2 check taknak check sendri punya ..
Log in guna itu Mr KA punya IC juga laaaa ~
*Tu la siapa suruh nombor belakang IC kita lebih kurang sama kihkih

Nyway congrates kepada yang dapat band yang gempak-gempak ..
Yahh ku tahu nak futher ambil VPM kat UPM Serdang at least
kena gapai menggapai dan mencapai band4 kan kan kan ?
I have noticed that yang aku mcm dah tiada nafsu nak futher VPM
=___________________________________='

Ini bukan omongan kosong tanda menyerah kalah yer makcik2 dan pakcik2 ~
Tetapi aku sedar tahap kemampuanku kian memuncak saat2
proses pembelajaran di peringkat diploma ini makin ke penghujungnya ~

*Dalam kelas Animal Health aku dah makin suka mengelamun bila tak faham

Dan juga sedikit advice dari doktor yang merawat aku hari tuh ~
Terkejot berok monyet tapir tenuk siakap senohong bigfoot
nampaknya bila aku beritahu yang aku terlibat berkaitan haiwan ..

'' U know virus,bacteria,etc etc etc dari animals more dangerous dan blablabla ''

'' If u punya body kena cakar, gigit, etc etc etc susah nak sembuh blablabla ''

Begitulah juga antara sebab kenapa nafsu untuk teruskan perjuangan
dan masuk ke alam VPM semakin kian longgar dan terurai shisshhhhhh !
Ohhh bukan alasan malahan aku juga sedar peluang untuk futher
ke pengajian perubatan veterinar amatlah payah susah dan lelah ..
Terlalu banyakkkkkkkkkkkkkkkkk persaingan lahhh haihssssshhhh ~

*Ehh boleh aku tanya kalian2 kenapa dari bab muet beralih ke bab futher degree ?

Okay lah anyway hidup kita atas muka bumi terlalu banyak yang
perlu kita timba samaada ilmu duniawi atau persediaan akhirat kelak ..
Jatuh, gagal, kalah tak bermakna kita down, down, down selamanya ~
''Baby are you down down down down ~ dowwnnnnn ~ downnnnn ~''
Means setiap ujian yang Allah bagi kita kena hadapi dengan ikhlas ..
Tenang, redha, senyum dan terima dengan ikhlas .. Allah The Mighty ..
Only He knows the best best best best best thing in our own life ..

Setiap hambaNya dikurniakan ujian yang berlainan ~
Ada yang tampak tenang dari luar, rohaniahnya tersiksa ..
Ada yang tampak susah dan resah dari lahiriah ..
Bila kita diuji, means Allah sayangkan kita,ingat kita sbg hambaNya ..
Sayangnya Allah kat kita kan ? Diturunkan ujian biar kita mengingatiNya ..
Allah tu Maha Pengasih n Penyayang ..







:: Aku redha ujian rohaniah yang Kau berikan ni Ya Rabbi ..
Berikan aku kekuatan agar terus mengingatiMu dan mendekatkan diri denganMu ::




Monday, January 3, 2011

sesungguhnya sangat MERINDUI mereka !






AMARAN KERAS :

''kepada kamu, kamu dan kamu yang mempunyai anak kucing
yang comel-comel tolonglah jangan show off kepada aku ~
Sesungguhnya aku amat MERINDUI si omot, omel dan ontot
yang berada di rumah nun jauh di semenanjung sana''


psstt ; boleh tak taip entry kali ni sambil air mata berjuraian menahan rindu ?

Wahai sang arjuna, aku bukan berjuraian air mata kepadamu ..

Ngahaha arjuna mana laaaa yang nak kat aku tu huh ???
Rindu pada mereka amatlah mendalam meskipun baru beberapa
hari menjejakkan kaki ke bumi kenyalang yang penuh dengan
cabaran, rintangan dan dugaan hidup nihhh =_______________='

Bunyi macam gelabah gila kalau menangis sebab rindu kat anak2 kucing ~
Heyyyy aku dah ada jiwa kehaiwanan tautautautauuuu !


Bukan jiwa kebinatangan okeh ~ *refer kdp org tidak berperikemanusiaan ~

Oleh kerana mereka sangat comel plus mengada plus gedik manja ..
Penah sehari tuh aku tertidur kat sofa luar sambil si omot dan ontot
dengan selesanya berbuai atas perut aku tumpang lena sekaki ~
* Ahhhh bahagianya ketika itu ku rasakan ! huahua ~
Kelmarin pergi mall beli barang tengok kat part jual makanan2 haiwan
terus rasa nak nangis sebab RINDUUUUUUUUUUUUU kat mereka huwaaa ~




:: si omot yang gemukkkkkkkkk! ::


:: omel dan ontot =) ::


:: omel si itam legam hihi ::


notakakicomelku : baru beberapa hari jejak kaki hati dah ada masalah ~
mengapa mesti begini ? :'( cepatcepatlaaa habis seluruh 3tahun di sini
aku dah tak berdaya nak menanggung dah ~ Hanya Dia yang Maha Mengetahui ~
Thanks to Mr KA for being a good listener (: sarangae laaaa <3


Sunday, January 2, 2011

this is what we call ; HOMESICK


Assalamualaikum dan salam tahun baru ;DD


Entry agak berhabuk untuk wish hepy new year kan ?
Tapi last entry dah wish dah kan so tiada hutang keyh hihi ~





Entry gila menyampah gedik kalau family aku baca huahua ..
Tapi betol laaa rasa tiada mood untuk duduk di sini sudaaa sobssobss ~
Sesiapa yang tak study jauh-jauh tu bolehlaa gelakkan aku kankankan ?
Meh aku campak kau jauh2 sampai filipin ker, indon ker, india sana ker ~

Semalam sampai-sampai rasa mcm nak nangis sudaaa sobsss ..
Maintain cover cun depan Mr KA haha taknak tunjuk airmata ~
Then balik bilik kemas-kemas rasa macam dah tak sanggup arghhh !
Dahlah semakin naik sem subjek course makin susa gila kentang =_____='
Sem lepas je dah menunjukkan zaman kejatuhan aku tergolek2 ~

Semenjak dua menjak niy ke'blurrrr'an aku menjadi2 lak ..
Fikiran pon macam tak tenang jek tak rasa happy ~
Kenapa ni kenapa ni kenapa niiiiiyyyyyyy =____________='
Duduk rumah mcm tu, sampai sini lagila nyer ..
Ya Allah kuatkan semangat hambaMu ini :'(
Semangatku sudah terbang ke mana entah tak sempat nak gapai ~

Bila dah jadi macam tu kepala pon dok berdenyut nyut nyutttt sajaaa ..
Mula-mula mcm kat hidung then naik atas kepala then kiri dan kanan ..
Mata pon berat jer macam mana laaa aku mau ke kelas nehh ~
Macam dah kena simptom2 gangguan mental da wuuuuu ~
*Erk taknak duduk hospital bahagia sebab mcm tak bahagia je duduk situ -,-

Nyway terima kasih kepada 'beliau' yang sudi jadi peniup semangat saya ..
Hihi sudah puas shopping habis RM+++ bersama beliau ~
Padahal sem ni memang kena ikat perut sebab yuran da naikkk woooo!

*Woihhh yuran sem ni naik dekat seribu laaa apa kes haaaa ?
Macam nak sabotaj kami-kami ni je dahlaaa cuti sem praktikal ~
Timbang rasa la sikit kami bukan anak dato', anak ikan, anak blablablahh ~


Sekian laaa aku merepek hari ini sebab kepala pusing2 denyut2
nak mintak bantal, tilam dan selimut kot ?
*Kat sini takde comforter mcm kat bilik tiap2 malam laa menggigil jwbnye :'(