Monday, January 10, 2011

ketentuanNya



Assalamualaikum readers ~
All my followers or the silent readers teheeeeee ~
*cehcehcehhh macamlaa ada silent readers nak jengah blog sepi neh ..

Tajuk entry tak boleh belah kasi bikin gempak mcm tittle novel kan ?
Actually saja nak berkongsi rasa atas apa yang dah terjadi hari ini ..

(boleh tak tunggu next post entry sebab hari dah larut malam malas
nak menaip dalam kesamaran lampu study ku yang sedikit romantik)
*haiyooo saya dan rumet memang suka beromantik2 tawwww kahkah !

Cuma mahu berkongsi rasa dan pendapat sepanjang liku-liku
kehidupanku berjauhan dari family, menempuhi hidup
dengan bergantung pada ubatan, dan berulang-alik ke hospital every few months ~

Ramai jugak sudah merisik2 khabar *haha* bertanyakan apa
penyakit aku yg sebenar benar benar benarnya ..
But aku rasa tak semua dalam hidup ni perlu dikongsi bersama kan ?
Kadangkala kita berhak untuk merahsiakan perkara yang
sometimes kita sendiri belum bersedia nak meluahkan kat orang lain ~

*except for my besties and Mr KA .. Thanks sangat2 becoz selama
ni AWAK sudi melayan kerenah saya dan sudi bertahan dengan
kelemahan dan kesedihan saya .. TERIMA KASIH banyak banyak :')

Masa mula-mula dapat offer further study, hati mengeluh ..
'' Kenapa aku mesti futher benda yang aku KURANG BERMINAT ??? ''
Apa yang aku tak minat ? COURSE SAINS ~ everything about science ..
Dulu aku pernah suarakan pendapat nak bersara dari bidang sains ni ..
Tapi dihalang bulat bulat oleh my sizta nyot and my love dad ..
Pelbagai alasan yang mereka bagi kat aku .. Tapi biasalakan hati tengah batu time tuh ..
Alhamdulillah segala alasan yg mereka bagi tu, ada hikmah dan kebenarannya utk aku ..

Memang betul dan tepat .. Allah tu Maha Mengetahui ..
Setiap apa yang dijanjikan untuk hambaNya, pasti ada hikmah ..
Baru sekarang aku sedar HIKMAH BESAR aku ditetapkan sebegini ..
Syukur kepadaMu Ya Allah :') Hanya Kau Yang Maha Besar ..

Dulu aku macam menyesal, kesal dan sesal ..
Macam menyesal ambil jalan yang aku ambil nihhhh ..
Yelah, belajar jauh, course sedikit perit, berdikari sendiri ..
Menghadapi hari-hari sukar dengan pendirian sendiri ..
Siapa kata senang ? Cuba angkat kedua dua belah kaki anda ~

Mula-mula datang sini, aku tak rasakan sangat keperitan itu ..
Tapi bila dah makin naik sem, makin berserabut, makin banyak problems ..
Makin meningkat dewasa, makin banyak yang perlu difikirkan sendiri ..
Makin banyak dugaan yang Allah bagi nak uji tahap kesabaran kita ..
Bila makin banyak dugaan dan rintangan, makin banyak la kita berfikir ..
Bila makin banyak kita berfikir ? Hati tak tenang, kacau-bilau ..
Inilah pertunjuk yang Dia nak bagi kita .. Agar kita lebih mendekatkan
diri kita kepadaNya .. Sayangnya Allah kat kita kan ? :'))
Dengan sedikit dugaan Dia dah bagi petunjuk untuk
tunjukkan betapa sayangnya Dia kat kita .. Tak pernah sekalipun
Dia lupa dan alpa tentang kita hambaNya yang teramat lemah ni ..:')

Macam tulah kes sepanjang aku kat perantauan niiii ..
Bila dah banyak benda aku belajar, aku teladani dan aku teliti ..
Terlalu banyak .. tersangat-sangat banyak proses pembelajaran
yang aku alami, yang aku lalui, yang aku tempuhi ..
Dari masalah studies, masalah duit, masalah relation etc etc etc ..
Tapi tuh semua proses .. Proses pembelajaran dalam kehidupan ..

Dulu aku cakap, aku KURANG SUKA science kan ?
Tapi sekarang aku bersyukur ditempatkan dalam akademi ni ..
Kenapa ? even aku ambil matriks sekalipun, tetap berkecimpung jugak
dalam bidang sains melainkan degree aku futher benda yang lari dari matriks ..
Sebab, banyak dah subjek yang aku study, ambil dalam course nie ..
Contoh fisiologi haiwan .. Banyak benda yang aku belajar ..
Pesakit seperti aku, bile didedahkan dengan pelbagai pendedahan,
lagi-lagi macam jantung, lung, hormon2 dlm badan, etc etc etc ..
At least mata kita sedikit terbukak ~

'' Ohh patutlah organ aku mcm ni, mcm ni , sebab tu laa aku
kadang-kadang rasa mcm tu, mcm ni sebab hormon tuh bertindak
mcm ni, mcm tu dalam badan .. Ohhhh PATUTLAAAAHHH ! ''

Dah berapa juta kali words '' Ohh Patutlaaahhhh '' keluar dari dlm diri aku ..
Semua ketentuanNya ada hikmah yang terselit ..
Cuma kita perlu sedikit bersabar dan tabah dalam menjalani hidup ..
Mula-mula doct diagnosis aku ada sakit niyyy, kena ambil ubt ini,
tak boleh buat itu, makan ini, kena selalu macam ini ..
Orang yang sakit takkan sembuh sepanjang hayat macam aku,
mula-mula dapat khabar berita memang memeritkan kan ?
Tapi Allah takkan uji hambaNya lari dari kemampuan hamba itu sendiri ..
Lama-lama aku sedar, satu kebetulan aku ditakdirkan hidap disease nih ..
Dalam masa yang sama, satu takdir menemukan aku dengan
pembelajaran yang banyak membuka mata aku tentang apa yang
perlu dan tidak untuk hidup aku sendiri sometimes utk family aku ..

Peristiwa hari ni banyak bagi aku hikmah dan mengajar aku
erti kesyukuran dalam kehidupan ..
Apa peristiwa hari ini tuh ? hiiiiiiiiiiiii tunggu next next next entry la ..
Papepon satu takdir jugak menemukan aku dan si dia di sini ..
Kat Bumi Kenyalang ni laaaaa kan ? ;DD
*Aisehhh mood gatal dah datang dahhhhhhhhhhhhhh !!! :P
Bak kata kawan aku or his cousin, '' Kalau dah Jodoh tak Kemana ''
Thanks also to my family yang jadi semangat untuk aku terus BERJUANG ! ;DD








:: AWAK, terima kasih banyak banyak banyak banyak ..
AWAK dah banyak ajar jadi seorang yang kuat dan berani hadapi kenyataan
AWAK dah banyak bimbing saya jadi manusia yg sebenar ..
AWAK dah banyak berkorban perasaan, masa untuk saya ..
AWAK dah banyak meniupkan semangat untuk pesakit mcm saya ..
AWAK dah banyak buka pandangan dan fikiran saya ..
TERIMA KASIH .. saya sayang AWAK ♥ ::





No comments: