Friday, April 29, 2011

experience !



Assalamualaikum semuaaa !

Mood tengah malas gila niiii =,='
Barang-barang dalam bilik banyak tak kemas lagi ..
Esok nak terbang dah ke KK risau banyak benda ni =.='
Malam tadi taktau la nightmare apa sampai terjaga and terbangun
then macam tercungap-cungap menggigil satu badan =.='
Ya Allah sumpah horrible tapi aku tak ingat langsung apa aku mimpi ..
Atau mainan syaitan je ? Yelah lupa nak baca ayat kursi sebelum tidur =.='

Esok ; papai BINTULU, hello K.KINABALU !
Tolong doakan aku selamat dan dipermudahkan segalanya okey ? (=
Cuak la juga first time duduk sendirian jauh2 berdikari kat tempat orang ..
Drive sendiri pergi kerja then duduk rumah sewa sendiri ..
Ya Allah selamatkan aku dari segala perkara yang buruk-buruk dan
permudahkan segala apa yang aku lalui sepanjang sebulan kat sana :')

Belajar experience baru menyeronokkan kan ?





Monday, April 25, 2011

hari ini,esok dan seterusnya




Assalamualaikum semuaaaa ;DD
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia kita kan ?
Bersyukur Allah masih beri kesempatan kat kita untuk terus beramal
dan mengumpul bekalan secukupnya untuk hari mendatang kan ? Alhamdulillah (:

Walaupun jari-jemari yang tembam buncit ni cramp, ahah alkesah paper
Produksi Poultry yang memerlukan aku memerah otak untuk merekacipta ayat terbaik .
Awal-awal sejam pertama relaks lagi sempat la berangan seminit-dua . Tapi bila lecturer
dah bising-bising kat depan baru aku sedar masa dah suntuk ! Arghhhhhh bertambah
tension bila lecturer dok bercakap je kat mikrofon sampai ayat-ayat yang aku reka
pon boleh lesap begitu sahaja . Ohh tolong jangan ada mikrofon dalam dewan exam boleh ?

Dengan pantas dan tangkas aku menulis . Serious macam nak tercabut tangan =.='
Tak habis-habis aku pohon Ya Allah bagi aku peluang nak perbetulkan apa yang silap :'(
Cuba bayangkan 15minit je tinggal tapi ada 3 soalan lagi tak jawab then satu soalan
tu markah dia sampai 20markah . Karangan apa pula aku nak reka dan 10 minit ni ? =.='
Then Alhamdulillah lecturer bagi masa tambahan 15minit ! Syukur sangat-sangat !
Haaaa mana ada orang lain buat final exam macam ni kan ? Ni laa untungnya golongan
yang terkecuali yakni golongan yang terpaksa melakukan exam seminggu lebih awal ! -,-

Balik tu dapat pulak berita mengejutkan . Even aku tak kenal, tapi tetap terasa
la sebab 1st case macam ni sampai melibatkan nyawa melayang . Sorang student
(senior ) telah kembali ke Rahmatullah semalam . Actually senior tuh dah pindah
pergi program anjuran IPTA aku jugak . Even tak kenal tapi terasa jugak sedih .
Lately ni banyak sungguh berita kematian satu per satu . Dunia akhir zaman .
Kematian boleh berlaku kat mana-mana kan ? Ajal maut ketentuan Allah . Kita
sebagai manusia hanya mampu berdoa agar hayat kita diberi kesempatan untuk
melakukan amal jariah sebagai bekalan kita kat akhirat kelak . Dan kita hanya
mampu memohon agar dimatikan kita dalam keadaan yang tenang dan cukup
sifat tubuh badan . Ajal maut tak kenal tua dan muda kan ? Bila Allah dah takdirkan
ajalnya, maka sampailah juga waktunya walaupun hanya seusia setahun di dunia .

Takut gak kadang-kadang dengar berita-berita kemalangan ni lagi-lagi melibatkan
nyawa melayang . Kadang-kadang tu kita tengok bukan salah arwah tu pon tapi
oleh kerana kecuaian orang lain, arwah jadi mangsa . Kesian kan ? Takpelah
yang penting kita mendoakan kesejahteraan rohnya dan semoga dia ditempatkan
dikalangan hambaNya yang diredhai dan dikasihiNya . Alfatihah untuk arwah ~


Okay hari ni hari Isnin . Means tinggal dua paper je lagi . Fuhhhh ! kestressan melanda !
Tapi aku bukan stress exam saja, dok fikir-fikir jugak macam mana nak survive time
praktikal kat Sabah nanti ? Huh ! Dulu macam kental je la kan ? Lately ni aku dah
makin fobia dengan macam-macam benda . Sampaikan duduk sorang pon aku tak berani =.='
Lama gila tak drive, kat sana nanti nak ke tempat kerja kena drive, rasa menggigil
la pulak . Lagi-lagi dengar macam-macam kes kemalangan sekarang ni buat aku
makin risau pon ada . First time hidup sendiri tanpa bantuan family . Arghhhh !
Mampu ker aku nanti ? Takut plus risau plusss sedih semua ada :'(

So guys, please pray for me . Doakan aku dipermudahkan semuanya yahh !
Cuak-cuak jugak kat tempat orang nanti . Doakan aku selamat pergi dan selamat
balik nanti yep ! InsyaAllah semoga kita hidup bersama dalam limpahan rahmat dariNya (:



Saturday, April 23, 2011

terapi haiwan (:



Assalamualaikum semuaaaa !

Penat tak study notes yang setinggi Gunung Fuji ? okey tipu . Setinggi Gunung Kinabalu
cukup la kan ? okey tipu lagi . Banyak dah dosa menipu ni . Haihhhh =.='

Okey sebenarnya aku pon dah penat nak baca macam2 berkenaan poultry . Disease,
welfare, reproductive, laying management blah blah blahhh . Okay tak lupa
other product of poultry selain chicken iaitu duck, turkey dan lain-lain . Korang pening ?
Aku lagi laa berjuta pening . Huahua . Ni tak masuk lagi notes Animal Health yang berjela2 .
Nak masuk sumbat pasal lessions lah, helminthes lah, bacteria, virus, pathogen,
blood protozoa, blah blah blaahhh . Arghhhhh ! Mau pitam atas bantal *okey tidur la tu ~

Tadi dah tension sebab baca 'hampas' pon tak masuk . Okey tukar la 'sarap' pon tak masuh .
Ehh, sarap tu apa ? Sarap tu untuk brooding poultry . Fungsi sarap ? Entahlaaa ! =.='
Ehh korang jangan ingat hampas tu hampeh tau . Ehh apakah ? Yerlah macam hampas
pelbagai jenis tumbuhan macam hampas nanas, soya tu berguna tau untuk makanan
ternakan macam lembu, kambing, babi . Ehh perlu ker mention babi ? Comel la kan ! :P

Okay apa aku buat kalau penat dah nak hadap nota ? Yer mula-mula layan lagu Maher Zain .
Then tukar mood layan lagu SuJu . Then Shinee . Then mula buka 'We Got Married' .
Then sudahnya nota terbengkalai atas katil . Okay bukan . Aku suka keluar bilik .
Then cari mana-mana makhluk yang boleh aku tempiaskan kestessan aku ni . First
come, first serve bebeh . Okeh jangan fikir lain pulak yer .

Then aku jumpa ABANG depan pintu bilik . WOW ! terus jumpa ABANG kan ?
Gila jangan fikir bukan-bukan . ABANG bukanlah sepeti yang korang bayangkan .
Fikir jejaka sekacak Tom Cruise ke hape ? Oh tidak Mr KA tetap jadi pujaan =.='

ABANG adalah TOM yang paling tua kat kolej kitorang . Yerla kot . Sebab dia paling
tua yang aku pernah jumpa . TOM = male cat . Then belai-belai, cehh boleh pulak
dia nak main-main kain dengan aku =.=' Tapi seriously walaupun jantan dan dah tua,
dia sangat manja . Sebab tu semua gadis suka panggil , '' Abaaaanggggggggggggg ''
kalau jumpa dia kat mana-mana . Sebab tu dia makin manja dan gatal .

Okay sebenarnya cuma nak berkongsi sesuatu . Korang pernah dengar tak terapi
bagi masalah depression, tekanan or lain-lain dengan menggunakan haiwan ?
Lebih dikenali sebagai 'Animal-assisted Therapy' . Terapi dengan menggunakan
haiwan sebagai medium utama . Tak perlu drugs or treatment dari psikatri .
Okey ikut laa tahap keseriusan penyakit tuh . Kalau kat overseas, terapi ni memang
dah biasa diamalkan . Kalau kat sini ? Aku pernah dengar gak ada kat kL tapi taktau
kesasihan maklumat tersebut . Terapi ni berkesan bagi melegakan segala
kesulitan masalah emosi yang melanda . Dan terapi ni kebiasaannya diberikan
kepada pesakit-pesakit kronik seperti leukimia dan sebagainya . Sebagai sumber
semangat kepada mereka untuk meneruskan kehidupan . Dan terapi ni terkenal
dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas . Kuda dan anjing biasanya menjadi pilihan .

Para saintis juga mengkaji , individu yang mempunyai haiwan peliharaan seperti
anjing, kuda, kucing dan sebagainya lebih mampu menangani stress merekaa dengan
lebih baik berbanding individu lain . Yerlah biasanya orang yang ada haiwan peliharaan
ini kan bersifat penyayang . Okay aku ada bela 3ekor kucing kat rumah tau :P

Dan kebanyakan aktiviti terapi ini dilakukan sewaktu beriadah di luar . Petang2
naik kuda kan seronok ? Cehh macam anak orang kaya la kunun . Tapi perasan kan
orang cina ramai petang2 bawak anjing diorang jalan-jalan kat taman . Kalau aku
jalan-jalan petang-petang bawak ayam ke taman boleh tak ? Tak pon ikat kambing
sekor then bawak jalan-jalan naik basikal keliling padang . Lagi tambah mereng =.='




Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk
kamu menunggangnya,dan untuk menjadi perhiasan;
dan Ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
(al-Nahl[16:8]).


Dan apa yang kamu tidah tahu mengenainya, berkemungkinan menjadikan haiwan ini
sebagai makan rohani kita kan ? Hiburan untuk rohani kita . Bukan berhibur
berteriak sakan tengok Justin Beber berteriak sakan datang negara ni kan ? Lagi
tambah dosa adalah . Penat dapat, suara hilang, duit terbang, batang hidung dia
pon kau susah nak tangkap gambar . Nak sangat bangga dengan idola kau macam tuh =.='

Okay-okay berbalik kepada cerita terapi dan haiwan serta kaitan dengan si abang .
Seriously dulu aku tak pernah nak usap-usap kucing lalu tepi koridor . Bukan geli,
bukan jijik . Takut kena serang hendap pulak . Tapi since dah masuk dua tahun belajar
banyak benda pasal haiwan, aku jadikan diorang sebagai salah satu medium untuk
tenangkan hati dan gembirakan hati . Bila usap-usap, mata bertaut, rasa tenang je .
Tu sebab stress hadap nota aku keluar then main-main dengan ABANG . Tak kisahlah
anak katak depan bilik pon aku usap jugak . Okey tipu ! Aku bawak penyapu adalah .

So korang, please, jangan aniaya haiwan . Kalau korang search kat youtube, banyak
dah rakaman2 aksi bodoh manusia yang takde perasaan menzalimi binatang .
Welfare mereka kita kena jaga . Sebaiknya jagalah mereka . Sebab mereka pon
macam kita . Ada perasaan . Tau sakit bila dianiaya . Kita ni manusia dikurniakan
akal fikiran untuk berfikir . Kalaulah haiwan2 tu boleh bercakap, dah lama kena
maki hamun agaknya . Kesian kan kalau kucing, anjing kena sepak2, tendang2 .




Ehh, ini pon kategori 'Animal-assisted Therapy' ker ? :P




Friday, April 22, 2011

...





'' U DESERVE MUCH MORE BETTER THAN ME ''


*sigh ~


'' I'M SORRY ''


*sigh again ~


'' I CAN'T TAKE CARE OF U JUST LIKE BEFORE ''


*sigh, sigh and sigh again ~



'' IF I HAVE A STRENGTH, I'LL LET YOU GO ''


*siighhhhhhhhhhhhh ~~~
























* Fokus la weeyy ! Apa kau merepek ni EfiraNabilah ? Haihhh !
( Sedang berusaha memendam apa yang berlaku dan sedang berusaha
untuk fokus kepada Final Exam ! Aja-Aja Fighting !!! )







notakakitembam : malam tadi aku mimpi buruk :'( kenapa lately ni aku
asyik mimpi benda yang sedih2 je ? tak boleh ke mimpi yang boleh buat
hari aku berbunga gembira bila terjaga aku semangat untuk study :'(
Mama, I really MISHYOU and LOVEYOU :'(




Wednesday, April 20, 2011

depression #1





DEPRESSION is a state of low mood and aversion
to activity that can affect a person behavior, feeling and physical well-being.


Hidup kita dipenuhi dengan perasaan . Perasaan dan diri kita memang tak dapat
dipisahkan . Am i right ? Sometimes kita happy, sometimes kita sedih,
kadang-kadang juga kita tak tau macam mana nak menzahirkan apa yang kita rasa .
Namun HIDUP TAK SELALUNYA INDAH . Bila masalah melanda, jiwa kacau bilau .
Tertekan, sedih, kecewa, berasa keseorangan . Gangguan perasaan ini boleh mendorong
kepada berlakunya masalah kemurungan dalam diri . Kemurungan bukanlah suatu
masalah yg boleh dipandang sebelah mata . Kdgkala lebih berat dari apa yang disangka .




Simptom-simptom KEMURUNGAN :

:: Kesedihan @ kekosongan perasaan yang berpanjangan ::

:: Hilang keseronokan atau semangat terhadap aktiviti yang
kebiasaannya menjadi hobi dan kegemaran diri ::

:: Sentiasa rasa sedih tanpa sebab terutamanya bila bersendirian ::

:: Sentiasa rasa putus asa dan TIDAK BERSEMANGAT ::

:: Mudah lupa, susah menumpukan perhatian, sentiasa mengelamun ::

:: Rasa bersalah, tidak berguna dan tidak diperlukan sesiapa ::

:: Mudah letih, lesu, kurang tenaga dan hilang keyakinan diri ::

:: Simptom2 fizikal seperti sering sakit kepala, sakit-sakit badan
dan mengalami masalah penghadaman ::

:: Gangguan selera makan (bertambah @ berkurang) ::

:: Gangguan waktu tidur ::


Kemurungan juga dikenali sebagai penyakit 'SELURUH JASAD' kerana
melibatkan kesihatan fizikal dan mental (fikiran, perasaan dan emosi diri)












Apa punca berlakunya KEMURUNGAN ? next entry lah aku cerita . Hmm maybe
boleh share based on my own experience ? Entahlah . Do i need bantuan
doktor untuk merawat masalah-masalah aku kat atas ? I've tried my best to prevent
all of those things ! Tapi kenapa kurang berkesan ? What i supposed to do right now ?
Tired already :'( And now, i've problem with my AUTOPHOBIA =.='


Dan aku tau, cara terbaik mengurangkan permasalahan ini, dengan mendekatkan diri kepadaNya .
Tenangkan diri dengan sentiada mengadu padaNya . Namun terlalu berat dugaan ini bagiku :'(









Ya Allah, please give me more strength ~
Aku hambaMu yang tersangat daif dan lemah disisiMu :'(







Saturday, April 16, 2011

pedoman




Assalamualaikum semuaaaa ..

Selamat berhujung minggu ! Ok sepatutnya hujung minggu adalah hari untuk
release tension kan ? Tapi memandangkan Selasa ni dah start final, so hari
Ahad ini adalah hari mentensionkan diri sendiri . Cehss study last minute punya hal .
Sempat lagi menaip blog, nampak sangat susah nak concentrate study . Membaca oke !
Dan saya paling tak suka study-study bab membaca ! Nak buek camno, dah course
ini memerlukan kemahiran mengingat yer anak-anak sebab majoriti subjek adalah
berkenaan biologi, fisiologi dan kepelabagaian lagi nota membaca . =.=

Okay sebenarnya nak memberi pendapat sedikit tentang cara study . Kalau dulu
time sekolah punyalah pergi motivation progam sana sini dok dengar berulang-ulang
'cara-cara study yang bagus' . Bila dah masuk U ni, kureng sikit laa nak ikut apa yang
dah pernah diamalkan dulu . Almaklumlah kalau dah lappy kat depan muka, apa jadik ???


Kalau adik-adik nak tau, akan-abang-makcik-tokwan yang study kat IPT ni
kebiasaannya mengamalkan 'stayup' atau 'overnight' . Taktau ? Nampak sangat
tidur awal selalu . Hehe . Actually mereka2 yang mengamalkan stayup ni selalunya
tak tidur atau berjaga sampai lewat pagi . Semata-mata nak study sebab alasan
waktu-waktu macam tu senang masuk dan faham . Lain orang, lain caranya la kan ?

Kalau AKU yang DULU, memang itulah AMALAN WAJIB setiap kali adanya musim
exam tak kiralah test 1 or test 2 or final exam . Berjaga macam burung hantu then
stayup sampai 3-4 pagi . Petua ? Minumlah secawan nescafe 3-1 yang paket2 tuh .
Tapi itu dululah . Sekarang ni semenjak usia dah lanjut (cehss padahal baru masuk 20an)
dah kurang amalkan macam tu . Sebab apa ? Sebab rasanya lebih banyak side effect
untuk long-term amalan ni . Bukan side-effect yang baik-baik tapi majoriti bawa
keburukan kat diri sendiri . Hah tu yang badan lembik macam ni tak menahan .

Kesan yang paling ketara ? Pertukaran waktu rehat korang . Kita manusia, sepatutnya
la kan diberi waktu malam untuk merehatkan otak dan badan pada waktu malam .
Iaitu dengan cara menidurkan diri . Tidur tu best kan ? Tapi macam kes aku dulu,
bila stay up sampai pagi-pagi buta, apa jadi ? Pagi yang segar tu adalah waktu untuk
aku membutakan mata . Katalah study sampai pukul 3-4 pagi . Then after subuh tidur .
Then conform laa pukul 11-12 tengahari baru terjaga . Betul tak ? Haa yang ni kira okeh
la lagi sebab dapat tidur . Tapi kalau yang terus study ? Conform tak tidur . Percaya
tak benda ni boleh mendatangkan kemudaratan kat sistem badan kita . Secara tak
langsung aktiviti harian kita akan terganggu . Untuk jangka masa panjang, badan kita
akan cepat lemah dan sistem imuniti semakin merosot . Ok ini yang aku alami sekarang .

Then tau tak sejam kita kekurangan tidur, masa yang menggantikan tidur tu
menyamai tiga kali ganda . Means kalau seharian tak tidur, kena ganti tiga hari tidur .
Itu pon aku pernah alami . Kesannya dah ku alami sekarang . Memang tak boleh
kurang tidur, habislah kepala ni main 'marry-go-round' . Haaa itu yang kebanyakan
student IPT ni kerap kena migrain laa, pening laa, demam laa time exam week .
Memang kesannya tak dapat sekarang . Bagi mereka-mereka yang sihat walafiat, maybe
10 tahun lagi ker, 12 tahu lagi ker . Tapi bagi berpenyakit macam aku, tak sampai
3tahun, dah rasa kesan dia . So fikir-fikirkanlah kesan dia keatas diri anda sendiri .

Okey ni yang paling common la kan . Pengambilan kafein . Yesss kafein memang
boleh membuatkan kita berjaga . Sampai ada orang ambil 3pack dalam satu cawan .
Pening lalat la aku kalau buat macam tu . Ayat yang paling common ;
'' Alaaa sekali sekala . Exam bukan selalu . Body aku kuat lagi ''
Banyaaakkkk la kau punya kuat ! Body kita ni pon kita kena jaga elok-elok . Apa
hukum membinasakan badan sendiri ? Sama la macam kes merokok . Jangan jadikan
alasan menimba ilmu untuk korang membinasakan diri . Kafein tu banyak sangat
side-effect dia untuk jangka masa panjang . Kafein ni ketagih la yang pasti .
Kadang-kadang ada orang yang tak boleh miss kopi dalam sehari . Kenapa kafein ?
Kafein ni meransang sistem saraf kita . Kita akan lebih menumpukan perhatian,
berjaga dan jadi cergas . Tapi percayalah, once kesan kafein tu hilang, badan kita akan
jadi lesu, penat dan lemah yang teramat sangat . Sebab ? Tubuh badan kita tak berehat .
Tak salah nak ambil secawan satu malam . Tapi kalau sampai setiap malam, maka
fikir-fikirkanlah . Kalau nak sangat, sanggup ker umur baru 30an nanti, dah ada
osteoporosis lah, insomnia lah, buah pinggang dan sebagainya . Yang paling ketara
dehidrasi sebab pengambilan kafein buatkan kita akan cepat terkencing (sori tak tapis) .
Itu baru kesan kafein tau sayang . Belum jumlah gula dalam sepaket tu lagi . Juling mata !

Aku ada pengalaman tak tidur sebab minum nescafe . Then taknak ngantuk dalam
dewan exam punya pasal, aku teguk lagi secawan nescafe pagi tuh . Nak tau apa
jadi ? Hareemmmm paper tu memang hancusss ! Nasib baik score okey lagi
tapi memang derita 2jam nak buat paper tuh . Berpeluh2, jantung berdegup laju gila .
Blurr, pening, rasa mual, nak muntak semua ada . Tak boleh langsung pandang
paper exam tuh . Apa yang dihafal dan keluar pon sangat susah . Menangis je la mampu .
Cuba bayang paper Fisiologi Haiwan yang berbelas2 tajuk masuk ? Mau tak meraung =.=

Then sekarang, aku lebih selesa mengamalkan konsep 'tidur awal, bangun awal' .
Tapi malangnya konsep tuh tak menjadi hari ini . Haha . Sebab terjaga pon pukul tujuh .
Ini pon sebab dah seminggu asyik pening dan mual . Taktau nak buat apa lagi .
Pinggang asyik sakit-sakit je nyilu nyahhh =.= Dugaan betul time final exam =.=

Haaa lagi satu pernah dengar tak kurang tidur menggemukkan . Sebab apa ?
Sebab bila kita tak tidur, kita akan rasa lapar . Otak tak rehat so meransang hormon
kepada perut then kita akan rasa lapar . Malam-malam apa ada ? Paling berat
pon megi je laa dan apa keburukan megi ? Tu belum lagi yang ngunyah2 cekedis .
Sebab tu laa tak tidur mendorong kepada faktor menggemukkan . Haa nak kutukla
tu orang gemuk bagi petua taknak jadi gemuk . I'm talking based on experience okey !


Okey laa apa-apa pun Good Luck untuk korang semua ! Yang penting,
JAGALAH KESIHATAN . Sebab once dah sakit, mudarat banyak sangat .
Serba serbi rasa tak kena . So prevent lah selagi termampu . Jangan menyesal .
Again, I'M TALKING BASED ON MY OWN EXPERIENCE ~ bai bai !





Tuesday, April 12, 2011

a wish !


Assalamualaikum semuaaaa ;DD

Even kesihatan diri masih terganggu, gagahi juga diri menaip khas untuk kawan-kawan
yang sama course, yang sama-sama nak ambil exam or siapa-siapa je laaa !


Ouhyea SELAMAT MAJU JAYA !!! *skema nyerr =.='
Hope we can achieve anything yang kita mahukan !
Good Luck you allsss ! Sama2 kita berusaha, berdoa, ikhtiar dan tawakal okey ?
Err tolong kasihankan kami student DKHP yang terpaksa start exam week seminggu
lebih awal sebab terpaksa bertolak ke Latihan Industri minggu ke2 exam =.='


To my friend ; fer-nurul-siyah-erin-siti-ainzah-ayu-ain-ada-teha


Dan kepada semua kawan yang lain ^^


Dan tak lupa juga kepada Mr KA (=


BEST OF LUCK !!!



















notakakitembam ; pray for my success ! tolong doakan juga aku cepat sembuh
seperti biasa :'( Please,please and please .. Aku dah penat sangat jadi macam ni :'(
Takut keadaan aku menjejaskan result final dan latihan praktikalku nanti ..
Ya Allah, please give me more strength :'(

Thursday, April 7, 2011

bila waktu makan diabaikan



Assalamualaikum readers ! :D

Bersawang sungguh blog yang memang tersedia penuh dengan habuk ni . Almaklumlah aku
bukanlah seorang blogger tegar yang sentiasa blogwalking ke sana sini . Hanya mampu menjadi
silent reader sebab aku ni pemalu . Haha sila stapler mulut aku sebab menipu besar ! :P
Bab pemalu tu jela penipu . Yang silent reader itu memang benar lagi benar dan benar .
Sebab tu follower tak naik-naik statik je kat situ . Seribu penghargaan kepada follower2
yang setia menemani dunia blog walaupun aku dah macam pencen sikit bila busy nih .

Okay . Sekarang nak cerita pasal aktiviti makan dan makan . Bukan sebab ada jamuan yer .
Tak habis-habis lagi ker dok nak post entry pasal jamuan la, dinner la, dating bersuap la .
Hidup ni bukan untuk makan yer tapi makan untuk hidup . Sekian kata-kata dari my mom .

Alkesah seorang pelajar yang suka buat kerja last minute . Siapa tu ? yer aku laa takkan
nak bercerita perihal ceritera orang lain pulak kan dalam blog aku . TAK KUASA NYAH !
Ni kira padan dekat muka plus batang hidung plus kaki dan tangan sebab tak serik-serik
ambik iktibar dari kes2 lepas . Sila jangan ikut yer kawan-kawan tabiat ni . Hanya orang
yang pakar dan berkelayaan macam aku ni je boleh buat ! huehuehuehuehuehuehuehue ~

Okay nak tanya la kat korang semua kan, berapa ramai yang suka bersarapan ? okay
kawan-kawan DKHP04 mesti korang dah rasa bohsan dengar soalan ni kan sebab
Dr Wong suka tanya pasal menda ni je selalu . Okay la yang pasti mesti tak ramai punyala .

''Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia
ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata
jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan''

Okay fine kenapa aku baru jumpa artikel ni bila usia aku dah lanjut ke 20 tahun ? Grrrrr !
Okayla tu bukan masalah utama . DULU memang aku tak suka sarapan . Setakat tegok
air milo secawan sebelum pergi sekolah dah memadai . Sampai sekolah pulunla apa
yang ada kat kantin melantak sakan . Haaaa tu yang badan sekarang tak ubah sebijik
tong drum yang time amali foraj aku guna untuk buat silaj pastura tu . Sebiji siot !

Aku mula berjinak-jinak dengan sarapan bila dah masuk U ni . Sejak aku ada disease ni,
aku mula terapkan amalan bersarapan pagi dalam hidup aku . Semestinya WAJIB sebab
sebelum pergi kelas aku dah sumbat ubat then kalau tak makan naya je collapse tengah
jalan . Ingat ada orang yang larat ke nak angkat aku ? Silap-silap Mr KA panggil jentera
nama 'buffalo' nak angkat aku kang . Okey sedikir hyperbola di situ . At least aku akan
makan beberapa keping biskut then minum air jarang . Kalau rajin bangun awal sempat
la buat secawan milo kosong buat lapik perut . Tapi kadang-kadang lecturer dok mengajar
aku kunyah-kunyah kat belakang . Hah lagi satu perangai buruk korang jangan ikut okey !

Apa yang pentingnya SARAPAN ?

Pakar pemakanan sependapat bahawa sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan
orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun,
bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

Okayla sebenarnya nak bercerita, dua hari lepas, adalah hari 'horrible' bagi aku .
Mana tak nya, malam bersengkang biji mata siapkan assignment then siangnya skip
waktu lunch sambung buat kerja kat library . Tau kan bila kita memerahkan otak
then secara tak langsung kita menggunakan tenaga . Dan bila dah banyak perah otak
(macam kes aku pada hari berkenaan) maka aku macam tak makan dua hari dah .
Sedangkan member-member yang lain steady je siap tak breakfast langsung kan . Tapi
aku ni janganla berani-berani buat macam tu . Mampuihh menyusahkan orang nak settle
hal aku pulak yang pengsan menggeletar macam orang kena parkinson .

Sebenarnya hari berkenaan, aku bukanlah skip sarapan . Pagi-pagi buta siap melantak
roti lagi dengan sup mushroom instant . Maybe pagi dah ambill ubat, tu yang jadi .
Seriously sumpah aku taknak dah jadi . Then after habis kelas, singgah foodcourt jap
beli sandwich sebijik . Ingat nak makan heavy tapi perut macam tak lapa mana pon .
Then buat kerja sampaila pukul 3 . Time tu memang perut dah lapar, kepala dah pusing .

Mama dah banyak kali pesan ; Dont u ever2 skip ur meal okeyyy !
Tapi oleh kerana taknak kerja bertangguh lagi, aku paksa diri gagahi menaip kerja .
Start pukul 4, tangan dah mula shivering . Kaki dah macam ais . Steady lagi taknak
siapa-siapa perasan . Memang tak pon semua kelam-kabut buat kerja . Okay Mr KA
pon dah tunggu kat aras bawah nak bagi air ubat . Dah siap semua, aku tunggu kat sofa .
Dia tengah solat, time tu memang aku rasa macam kosong gila . Aku macam dah tak
kenal siapa-siapa kat keliling aku . Datang Mr KA buat muka boring sebab tunggu aku .
Then ajak makan sebab aku dah skip lunch . Dia membebel2 apa pon aku dah tak dengar .
Aku berkeras taknak takut member-member nak mintak tolong pape . Then rasa
macam nak telan orang ! Tangan dah shivering gila . Dah tak mampu cakap .
Time tu pasrah, pengsan pon pengsan laa . Then dia perasan tangan aku shivering .
Syukur dia ada teros cabut belikan aku kuih tiga bijik . Serious kalau tak, taktau apa jadi .

Dapat apam balik tiga bijik then aku dah boleh back as normal . Inilah akibat bila
waktu makan diabaikan . Aku terlupa yang aku ni tak 'sekuat' orang lain . Nampaknya
kena reset balik memory then simpan betul2 apa yang aku WAJIB kena ingat !
Jangan pelik dengan apa yang berlaku kat aku sebab orang yang tau dan pernah
alami atau ada disease macam aku aje akan faham kenapa sampai macam tu sekali .

Alhamdulillah takde pengsan sebab abaikan waktu makan sendiri ~



So moral of the strory, janganlah skip meal especially breakfast . Bagi aku yang
ada disease ni maybe lebih horrible la side effect nyer . Tapi bagi korang yang
rasa diri sihat walafiat, bertindaklah sebelum terlambat (cehh mcm iklan kat TV) .



Okay Terima Kasih sudi membaca entry yang panjang gilaaaaaaaaaaa :)


Monday, April 4, 2011

pening @_@



Assalamualaikum semuaaaa ..

Motif posting untuk pagi-pagi buta ini adalah ..
PENING ..
PENING dengan POULTRY ..
(assignment last minute punya kerja)
PENING dengan PRAKTIKAL ..
Cari rumah sewa tak jumpa-jumpa ..
Errr, ada sesiapa boleh bantu memberi arah tuju ..
Area mana paling dekat nak duduk untuk ke Lok Kawi WildLife Park ?
Adoooiiii =,=


Masih lagi PENING dan PENING ..
Sekarang boleh la layan lagu PENING Ezlyn dan Dato M. Daud Kilau ~



Friday, April 1, 2011

harus !



Assalamualaikum semua readers (:

Alhamdulillah . Lepas beberapa rintangan dan aral yang aku lalui, insyaAllah segala
permasalahan dan persoalan yang membelengu diri kini dapat dikenalpasti . InsyaAllah
moga-moga Allah permudahkan segala urusan dan aku ingin segera sembuh seperti biasa :')

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL
Yesss, ditambah-tambah dengan berat aku yang dah sedia berat ni =.=
Setiap permasalahan yang melanda diri, kadang-kadang orang sekeliling tak perasan .
Bila tak perasan, maka ada sedikit masalah memahami di situ . Bila ada masalah
dengan memahami masalah yang melanda, mula laaa ada kesalah fahaman . Bila sudah
salah faham, maka timbul la pelbagai andaian sama ada negatif atau positif .
Takpelah, adat dunia, yang penting, kena kuat semangat dan yakin diri ! :D




'' Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba ''





Hidup tanpa ujian dan dugaan, umpama masakan tanpa asam, garam dan gula ..
Ujian dan dugaan bukan untuk membebankan, tapi mengajar kita untuk menjadi
seorang yang kuat dan belajar menggalas beban dengan hati yang redha ..

Ujian dan dugaan juga tanda dari Allah yang sentiasa menyayangi setiap hambaNya
dan sentiasa memberi kekuatan untuk berada pada landasan yang sebenar (: