Friday, April 1, 2011

harus !



Assalamualaikum semua readers (:

Alhamdulillah . Lepas beberapa rintangan dan aral yang aku lalui, insyaAllah segala
permasalahan dan persoalan yang membelengu diri kini dapat dikenalpasti . InsyaAllah
moga-moga Allah permudahkan segala urusan dan aku ingin segera sembuh seperti biasa :')

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL
Yesss, ditambah-tambah dengan berat aku yang dah sedia berat ni =.=
Setiap permasalahan yang melanda diri, kadang-kadang orang sekeliling tak perasan .
Bila tak perasan, maka ada sedikit masalah memahami di situ . Bila ada masalah
dengan memahami masalah yang melanda, mula laaa ada kesalah fahaman . Bila sudah
salah faham, maka timbul la pelbagai andaian sama ada negatif atau positif .
Takpelah, adat dunia, yang penting, kena kuat semangat dan yakin diri ! :D




'' Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba ''





Hidup tanpa ujian dan dugaan, umpama masakan tanpa asam, garam dan gula ..
Ujian dan dugaan bukan untuk membebankan, tapi mengajar kita untuk menjadi
seorang yang kuat dan belajar menggalas beban dengan hati yang redha ..

Ujian dan dugaan juga tanda dari Allah yang sentiasa menyayangi setiap hambaNya
dan sentiasa memberi kekuatan untuk berada pada landasan yang sebenar (:







No comments: