Monday, April 25, 2011

hari ini,esok dan seterusnya




Assalamualaikum semuaaaa ;DD
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia kita kan ?
Bersyukur Allah masih beri kesempatan kat kita untuk terus beramal
dan mengumpul bekalan secukupnya untuk hari mendatang kan ? Alhamdulillah (:

Walaupun jari-jemari yang tembam buncit ni cramp, ahah alkesah paper
Produksi Poultry yang memerlukan aku memerah otak untuk merekacipta ayat terbaik .
Awal-awal sejam pertama relaks lagi sempat la berangan seminit-dua . Tapi bila lecturer
dah bising-bising kat depan baru aku sedar masa dah suntuk ! Arghhhhhh bertambah
tension bila lecturer dok bercakap je kat mikrofon sampai ayat-ayat yang aku reka
pon boleh lesap begitu sahaja . Ohh tolong jangan ada mikrofon dalam dewan exam boleh ?

Dengan pantas dan tangkas aku menulis . Serious macam nak tercabut tangan =.='
Tak habis-habis aku pohon Ya Allah bagi aku peluang nak perbetulkan apa yang silap :'(
Cuba bayangkan 15minit je tinggal tapi ada 3 soalan lagi tak jawab then satu soalan
tu markah dia sampai 20markah . Karangan apa pula aku nak reka dan 10 minit ni ? =.='
Then Alhamdulillah lecturer bagi masa tambahan 15minit ! Syukur sangat-sangat !
Haaaa mana ada orang lain buat final exam macam ni kan ? Ni laa untungnya golongan
yang terkecuali yakni golongan yang terpaksa melakukan exam seminggu lebih awal ! -,-

Balik tu dapat pulak berita mengejutkan . Even aku tak kenal, tapi tetap terasa
la sebab 1st case macam ni sampai melibatkan nyawa melayang . Sorang student
(senior ) telah kembali ke Rahmatullah semalam . Actually senior tuh dah pindah
pergi program anjuran IPTA aku jugak . Even tak kenal tapi terasa jugak sedih .
Lately ni banyak sungguh berita kematian satu per satu . Dunia akhir zaman .
Kematian boleh berlaku kat mana-mana kan ? Ajal maut ketentuan Allah . Kita
sebagai manusia hanya mampu berdoa agar hayat kita diberi kesempatan untuk
melakukan amal jariah sebagai bekalan kita kat akhirat kelak . Dan kita hanya
mampu memohon agar dimatikan kita dalam keadaan yang tenang dan cukup
sifat tubuh badan . Ajal maut tak kenal tua dan muda kan ? Bila Allah dah takdirkan
ajalnya, maka sampailah juga waktunya walaupun hanya seusia setahun di dunia .

Takut gak kadang-kadang dengar berita-berita kemalangan ni lagi-lagi melibatkan
nyawa melayang . Kadang-kadang tu kita tengok bukan salah arwah tu pon tapi
oleh kerana kecuaian orang lain, arwah jadi mangsa . Kesian kan ? Takpelah
yang penting kita mendoakan kesejahteraan rohnya dan semoga dia ditempatkan
dikalangan hambaNya yang diredhai dan dikasihiNya . Alfatihah untuk arwah ~


Okay hari ni hari Isnin . Means tinggal dua paper je lagi . Fuhhhh ! kestressan melanda !
Tapi aku bukan stress exam saja, dok fikir-fikir jugak macam mana nak survive time
praktikal kat Sabah nanti ? Huh ! Dulu macam kental je la kan ? Lately ni aku dah
makin fobia dengan macam-macam benda . Sampaikan duduk sorang pon aku tak berani =.='
Lama gila tak drive, kat sana nanti nak ke tempat kerja kena drive, rasa menggigil
la pulak . Lagi-lagi dengar macam-macam kes kemalangan sekarang ni buat aku
makin risau pon ada . First time hidup sendiri tanpa bantuan family . Arghhhh !
Mampu ker aku nanti ? Takut plus risau plusss sedih semua ada :'(

So guys, please pray for me . Doakan aku dipermudahkan semuanya yahh !
Cuak-cuak jugak kat tempat orang nanti . Doakan aku selamat pergi dan selamat
balik nanti yep ! InsyaAllah semoga kita hidup bersama dalam limpahan rahmat dariNya (:



No comments: