Saturday, April 23, 2011

terapi haiwan (:



Assalamualaikum semuaaaa !

Penat tak study notes yang setinggi Gunung Fuji ? okey tipu . Setinggi Gunung Kinabalu
cukup la kan ? okey tipu lagi . Banyak dah dosa menipu ni . Haihhhh =.='

Okey sebenarnya aku pon dah penat nak baca macam2 berkenaan poultry . Disease,
welfare, reproductive, laying management blah blah blahhh . Okay tak lupa
other product of poultry selain chicken iaitu duck, turkey dan lain-lain . Korang pening ?
Aku lagi laa berjuta pening . Huahua . Ni tak masuk lagi notes Animal Health yang berjela2 .
Nak masuk sumbat pasal lessions lah, helminthes lah, bacteria, virus, pathogen,
blood protozoa, blah blah blaahhh . Arghhhhh ! Mau pitam atas bantal *okey tidur la tu ~

Tadi dah tension sebab baca 'hampas' pon tak masuk . Okey tukar la 'sarap' pon tak masuh .
Ehh, sarap tu apa ? Sarap tu untuk brooding poultry . Fungsi sarap ? Entahlaaa ! =.='
Ehh korang jangan ingat hampas tu hampeh tau . Ehh apakah ? Yerlah macam hampas
pelbagai jenis tumbuhan macam hampas nanas, soya tu berguna tau untuk makanan
ternakan macam lembu, kambing, babi . Ehh perlu ker mention babi ? Comel la kan ! :P

Okay apa aku buat kalau penat dah nak hadap nota ? Yer mula-mula layan lagu Maher Zain .
Then tukar mood layan lagu SuJu . Then Shinee . Then mula buka 'We Got Married' .
Then sudahnya nota terbengkalai atas katil . Okay bukan . Aku suka keluar bilik .
Then cari mana-mana makhluk yang boleh aku tempiaskan kestessan aku ni . First
come, first serve bebeh . Okeh jangan fikir lain pulak yer .

Then aku jumpa ABANG depan pintu bilik . WOW ! terus jumpa ABANG kan ?
Gila jangan fikir bukan-bukan . ABANG bukanlah sepeti yang korang bayangkan .
Fikir jejaka sekacak Tom Cruise ke hape ? Oh tidak Mr KA tetap jadi pujaan =.='

ABANG adalah TOM yang paling tua kat kolej kitorang . Yerla kot . Sebab dia paling
tua yang aku pernah jumpa . TOM = male cat . Then belai-belai, cehh boleh pulak
dia nak main-main kain dengan aku =.=' Tapi seriously walaupun jantan dan dah tua,
dia sangat manja . Sebab tu semua gadis suka panggil , '' Abaaaanggggggggggggg ''
kalau jumpa dia kat mana-mana . Sebab tu dia makin manja dan gatal .

Okay sebenarnya cuma nak berkongsi sesuatu . Korang pernah dengar tak terapi
bagi masalah depression, tekanan or lain-lain dengan menggunakan haiwan ?
Lebih dikenali sebagai 'Animal-assisted Therapy' . Terapi dengan menggunakan
haiwan sebagai medium utama . Tak perlu drugs or treatment dari psikatri .
Okey ikut laa tahap keseriusan penyakit tuh . Kalau kat overseas, terapi ni memang
dah biasa diamalkan . Kalau kat sini ? Aku pernah dengar gak ada kat kL tapi taktau
kesasihan maklumat tersebut . Terapi ni berkesan bagi melegakan segala
kesulitan masalah emosi yang melanda . Dan terapi ni kebiasaannya diberikan
kepada pesakit-pesakit kronik seperti leukimia dan sebagainya . Sebagai sumber
semangat kepada mereka untuk meneruskan kehidupan . Dan terapi ni terkenal
dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas . Kuda dan anjing biasanya menjadi pilihan .

Para saintis juga mengkaji , individu yang mempunyai haiwan peliharaan seperti
anjing, kuda, kucing dan sebagainya lebih mampu menangani stress merekaa dengan
lebih baik berbanding individu lain . Yerlah biasanya orang yang ada haiwan peliharaan
ini kan bersifat penyayang . Okay aku ada bela 3ekor kucing kat rumah tau :P

Dan kebanyakan aktiviti terapi ini dilakukan sewaktu beriadah di luar . Petang2
naik kuda kan seronok ? Cehh macam anak orang kaya la kunun . Tapi perasan kan
orang cina ramai petang2 bawak anjing diorang jalan-jalan kat taman . Kalau aku
jalan-jalan petang-petang bawak ayam ke taman boleh tak ? Tak pon ikat kambing
sekor then bawak jalan-jalan naik basikal keliling padang . Lagi tambah mereng =.='




Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk
kamu menunggangnya,dan untuk menjadi perhiasan;
dan Ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
(al-Nahl[16:8]).


Dan apa yang kamu tidah tahu mengenainya, berkemungkinan menjadikan haiwan ini
sebagai makan rohani kita kan ? Hiburan untuk rohani kita . Bukan berhibur
berteriak sakan tengok Justin Beber berteriak sakan datang negara ni kan ? Lagi
tambah dosa adalah . Penat dapat, suara hilang, duit terbang, batang hidung dia
pon kau susah nak tangkap gambar . Nak sangat bangga dengan idola kau macam tuh =.='

Okay-okay berbalik kepada cerita terapi dan haiwan serta kaitan dengan si abang .
Seriously dulu aku tak pernah nak usap-usap kucing lalu tepi koridor . Bukan geli,
bukan jijik . Takut kena serang hendap pulak . Tapi since dah masuk dua tahun belajar
banyak benda pasal haiwan, aku jadikan diorang sebagai salah satu medium untuk
tenangkan hati dan gembirakan hati . Bila usap-usap, mata bertaut, rasa tenang je .
Tu sebab stress hadap nota aku keluar then main-main dengan ABANG . Tak kisahlah
anak katak depan bilik pon aku usap jugak . Okey tipu ! Aku bawak penyapu adalah .

So korang, please, jangan aniaya haiwan . Kalau korang search kat youtube, banyak
dah rakaman2 aksi bodoh manusia yang takde perasaan menzalimi binatang .
Welfare mereka kita kena jaga . Sebaiknya jagalah mereka . Sebab mereka pon
macam kita . Ada perasaan . Tau sakit bila dianiaya . Kita ni manusia dikurniakan
akal fikiran untuk berfikir . Kalaulah haiwan2 tu boleh bercakap, dah lama kena
maki hamun agaknya . Kesian kan kalau kucing, anjing kena sepak2, tendang2 .




Ehh, ini pon kategori 'Animal-assisted Therapy' ker ? :P




No comments: