Thursday, April 7, 2011

bila waktu makan diabaikan



Assalamualaikum readers ! :D

Bersawang sungguh blog yang memang tersedia penuh dengan habuk ni . Almaklumlah aku
bukanlah seorang blogger tegar yang sentiasa blogwalking ke sana sini . Hanya mampu menjadi
silent reader sebab aku ni pemalu . Haha sila stapler mulut aku sebab menipu besar ! :P
Bab pemalu tu jela penipu . Yang silent reader itu memang benar lagi benar dan benar .
Sebab tu follower tak naik-naik statik je kat situ . Seribu penghargaan kepada follower2
yang setia menemani dunia blog walaupun aku dah macam pencen sikit bila busy nih .

Okay . Sekarang nak cerita pasal aktiviti makan dan makan . Bukan sebab ada jamuan yer .
Tak habis-habis lagi ker dok nak post entry pasal jamuan la, dinner la, dating bersuap la .
Hidup ni bukan untuk makan yer tapi makan untuk hidup . Sekian kata-kata dari my mom .

Alkesah seorang pelajar yang suka buat kerja last minute . Siapa tu ? yer aku laa takkan
nak bercerita perihal ceritera orang lain pulak kan dalam blog aku . TAK KUASA NYAH !
Ni kira padan dekat muka plus batang hidung plus kaki dan tangan sebab tak serik-serik
ambik iktibar dari kes2 lepas . Sila jangan ikut yer kawan-kawan tabiat ni . Hanya orang
yang pakar dan berkelayaan macam aku ni je boleh buat ! huehuehuehuehuehuehuehue ~

Okay nak tanya la kat korang semua kan, berapa ramai yang suka bersarapan ? okay
kawan-kawan DKHP04 mesti korang dah rasa bohsan dengar soalan ni kan sebab
Dr Wong suka tanya pasal menda ni je selalu . Okay la yang pasti mesti tak ramai punyala .

''Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia
ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata
jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan''

Okay fine kenapa aku baru jumpa artikel ni bila usia aku dah lanjut ke 20 tahun ? Grrrrr !
Okayla tu bukan masalah utama . DULU memang aku tak suka sarapan . Setakat tegok
air milo secawan sebelum pergi sekolah dah memadai . Sampai sekolah pulunla apa
yang ada kat kantin melantak sakan . Haaaa tu yang badan sekarang tak ubah sebijik
tong drum yang time amali foraj aku guna untuk buat silaj pastura tu . Sebiji siot !

Aku mula berjinak-jinak dengan sarapan bila dah masuk U ni . Sejak aku ada disease ni,
aku mula terapkan amalan bersarapan pagi dalam hidup aku . Semestinya WAJIB sebab
sebelum pergi kelas aku dah sumbat ubat then kalau tak makan naya je collapse tengah
jalan . Ingat ada orang yang larat ke nak angkat aku ? Silap-silap Mr KA panggil jentera
nama 'buffalo' nak angkat aku kang . Okey sedikir hyperbola di situ . At least aku akan
makan beberapa keping biskut then minum air jarang . Kalau rajin bangun awal sempat
la buat secawan milo kosong buat lapik perut . Tapi kadang-kadang lecturer dok mengajar
aku kunyah-kunyah kat belakang . Hah lagi satu perangai buruk korang jangan ikut okey !

Apa yang pentingnya SARAPAN ?

Pakar pemakanan sependapat bahawa sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan
orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun,
bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

Okayla sebenarnya nak bercerita, dua hari lepas, adalah hari 'horrible' bagi aku .
Mana tak nya, malam bersengkang biji mata siapkan assignment then siangnya skip
waktu lunch sambung buat kerja kat library . Tau kan bila kita memerahkan otak
then secara tak langsung kita menggunakan tenaga . Dan bila dah banyak perah otak
(macam kes aku pada hari berkenaan) maka aku macam tak makan dua hari dah .
Sedangkan member-member yang lain steady je siap tak breakfast langsung kan . Tapi
aku ni janganla berani-berani buat macam tu . Mampuihh menyusahkan orang nak settle
hal aku pulak yang pengsan menggeletar macam orang kena parkinson .

Sebenarnya hari berkenaan, aku bukanlah skip sarapan . Pagi-pagi buta siap melantak
roti lagi dengan sup mushroom instant . Maybe pagi dah ambill ubat, tu yang jadi .
Seriously sumpah aku taknak dah jadi . Then after habis kelas, singgah foodcourt jap
beli sandwich sebijik . Ingat nak makan heavy tapi perut macam tak lapa mana pon .
Then buat kerja sampaila pukul 3 . Time tu memang perut dah lapar, kepala dah pusing .

Mama dah banyak kali pesan ; Dont u ever2 skip ur meal okeyyy !
Tapi oleh kerana taknak kerja bertangguh lagi, aku paksa diri gagahi menaip kerja .
Start pukul 4, tangan dah mula shivering . Kaki dah macam ais . Steady lagi taknak
siapa-siapa perasan . Memang tak pon semua kelam-kabut buat kerja . Okay Mr KA
pon dah tunggu kat aras bawah nak bagi air ubat . Dah siap semua, aku tunggu kat sofa .
Dia tengah solat, time tu memang aku rasa macam kosong gila . Aku macam dah tak
kenal siapa-siapa kat keliling aku . Datang Mr KA buat muka boring sebab tunggu aku .
Then ajak makan sebab aku dah skip lunch . Dia membebel2 apa pon aku dah tak dengar .
Aku berkeras taknak takut member-member nak mintak tolong pape . Then rasa
macam nak telan orang ! Tangan dah shivering gila . Dah tak mampu cakap .
Time tu pasrah, pengsan pon pengsan laa . Then dia perasan tangan aku shivering .
Syukur dia ada teros cabut belikan aku kuih tiga bijik . Serious kalau tak, taktau apa jadi .

Dapat apam balik tiga bijik then aku dah boleh back as normal . Inilah akibat bila
waktu makan diabaikan . Aku terlupa yang aku ni tak 'sekuat' orang lain . Nampaknya
kena reset balik memory then simpan betul2 apa yang aku WAJIB kena ingat !
Jangan pelik dengan apa yang berlaku kat aku sebab orang yang tau dan pernah
alami atau ada disease macam aku aje akan faham kenapa sampai macam tu sekali .

Alhamdulillah takde pengsan sebab abaikan waktu makan sendiri ~



So moral of the strory, janganlah skip meal especially breakfast . Bagi aku yang
ada disease ni maybe lebih horrible la side effect nyer . Tapi bagi korang yang
rasa diri sihat walafiat, bertindaklah sebelum terlambat (cehh mcm iklan kat TV) .



Okay Terima Kasih sudi membaca entry yang panjang gilaaaaaaaaaaa :)


No comments: