Friday, December 31, 2010

bila tahun baru menjelang ~



Bila tahun baru menjelang ~

Aku pun sudah siap sedia untuk pulang ~

Menyediakan diri untuk berjuang ~

Supaya menjadi insan yang cemerlang ~





:: Selamat Tahun Baru masihi kawan-kawan ::




Semoga kedatangan tahun baru membawa seribu keberkatan
dalam hidup kita dan melatih diri menjadi insan yang lebih
cemerlang, gemilang dan terbilang ~ Hoyyeaahhhhh! ;DD


Doakan perjalanan penerbangan pulang ke Bintulu esok
berjalan dengan lancar yep ~
Yeahhh pulang bersama Mr KA seperti biasa (:




Wednesday, December 29, 2010

bila teringatkan kisah lama .......



'' a FRIEND is a feeling FOREVER in the HEART ''







Dari sekolah rendah ke sekolah menengah ..
Dari alam menempuhi zaman kanak-kanak ke zaman remaja ..
Hinggalah dari alam remaja ke zaman meningkat dewasa ..
Biarpun tidak bersua muka, tidak berbual bicara ..
Ukhuwah yang dibina teguh berdiri ..
Perkenalan dari zaman hingusan hinggalah ke menara gading ..
Tidak sekali membuatkan kami terus melupakan sejarah silam

This is how we call a memory (:

Yahhh mereka adalah teman sepermainanku sejak kecil ..
Dari zaman sekolah rendah, sekolah menengah
hinggalah ke zaman alam pengajian tinggi ..
Kami tidak pernah terputus hubungan biarpun seorang di utara,
sorang di selatan dan seorang lagi tercampak nun jauh di Borneo -__-



'' Senang hati makcik tengok korang macam ni, harap korang
akan tetap setia berkawan sampai bila-bila pon ''




Terngiang-ngiang lagi kata-kata ibu si Ayu ~
InsyaAllah kami akan pegang kata-kata itu hingga hujung nyawa (:
Dan aku tetap bersama mereka sehingga kini, Alhamdulillah ^^

Seronok kan kalau ada teman berbicara mengenangkan
kisah-kisah silam ketika zaman kecil-kecil dulu ? (:
Bila kami bertemu, kisah lama terkenang kembali ~
Seronoknya kalau boleh backspace kembali ke zaman kanak2 hihi ~


'' TRUE friends LAST forever ''



Monday, December 27, 2010

:: kisah TRAUMA ::



Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaaaa (:

Hari ini (isnin, 27th disember 2010) ~
Sudah keluar sama semua kawan2 baik aku time sekolah rendah ..

Woowoooo RINDU BANGET sama kalian ! :DD
Satu hari round satu TS then masuk laa pekebenda ntah nama
tempat tuh tapi yang pasti SUMPAH bosan *melayang RM12


Bangun2 tido si Nadiya kata da keluar rumah tapi aku

malas-malas lagi atas katil umpama puteri yg sedang beradu huahua ~
Mata mcm da bengkak dan sembam angkara peristiwa semalam =____=
Tuptup aku sampai kL sentral dulu *tuuu laaa korang tipu aku lagi !

Kebetulan pula time tunggu train kat stesen terserempak dengan
Hani Bambammm so decide nak balik sama sebab dia drop kat Mid ..

*actually kisah TRAUMA ini akan jadi lebih dramatik jika Hani tiada hihi :P

Okay dah sampai TS round2 dengan Nadiya, Ayu dan member ayu sorang ..
Snap-snap gambar, menggila dengan si nadiya yg sama kepala dgn aku ..
Tak sangka aku dah round satu TS tuh dengan mereka ~


-merekalah teman sepermainan ketika kecil sampai besar(: -


Okayyy takmau panjang lebar then masuk laa ke bab TRAUMA ku ..
Balik pon sudah agak lewat ; kindy mengadaaaa la kan bak kata 'dia' ~
Singgah Mid jap beli tsuyu na bawak balik Bintulu *melantak dgn megi ..
Dijadikan cerita masuk train bersama hani bambamm dan semestnya
kami memilih coach khas utk wanita harhar ~
Tapi menyampahhhhh bila ada mat bangla siap tidur lagi dlm coach tuh huh !


Mulanya perjalanan agak lenggang dan lancar ..

Aku dah siap berkelah atas kerusi dalam train tuh wuhuuuu ..
Tiba-tiba ...... BANG! (bunyi dramatik gila)
Aku taktau laa mana arah bunyi tuh tapi bolehla buat

jantung aku berdegup macam lari padang acara 1000meter =,=
Ketika itu train baru melepasi stesen Salak Selatan ~

Dan tidak semena-mena train makin perlahan ..

Lampu dalam coach dah ala-ala cerita hantu ..
Main liplapliplappp pulak dah dahlaa time tuh gelap sbb mendung ~
Dan train tersebut BERHENTI serta BERUNDUR perlahan-lahan ..
(Ouhyeaa ketika saat ini kalau dirakamkan wajahku conform
akan ingat aku ternampak hantu dalam train tuhhhhhhhh )


Seriously muka dah berpeluh2 (aircond dlm train pon turut terpadam)

Tangan aku dah memang macam orang parkingson haihhh ~
Sampaikan si hani bambamm yang pada mulanya stay and cool gila
dah berubah jadi CUAK selepas pegang tangan aku yg sejuk dan gigil huahua ~

Time tuh dalam kepala hanya terbayang macam2 dahhh +_________+
Teringat movie 'final destination' laa, iklan youtube laa , blablaaa ..
Seriously boleh pulak train stuck tengah2 rail tuh kot nya train belakang
hentam train yg aku naik tuh ? Makkkkkkkk tak kahwin lagi (-_-')
Mula laaa fikir benda bukan2 kot2 train meletup laaa , train
belakang langgar hentam laaa, haishhh dahsyat sungguh ..
Memang mulut terkumat-kamit zikir dan mengucap kot-kot
itulaaa kali terakhir aku naik train dan hayatku berakhir dalam tuh ='(


Lepas beberapa jam (actually beberapa minit tapi aku rasa lama gila)
train tuh berundur perlahan-lahan patah balik ke stesen Salak Selatan ..
Syukur sangat train tuh stuck dekat2 stesen kalau dibuatnya stesen jauh ?
Huhhhhhhhhhhhhh time tuh debaran tak hilang lagi rasa nak nangis sobsob ~
Saat tuh mesti Hani tahan sabar layan kerenah aku yg dok merengek2

nak keluar laa, nak patah balik kL sentral then ambil ERL laaa ..
Haha sabar jelaaaa kawan baik aku sorang tuhh syukur dia ada kat sisi aku (:

So jadilah kami pelarian sebentar ala-ala PATI berlonggok tepi railway ..
Aku dengan Hani bambamm ambil port atas tangga sebab kaki
dah macam na tercabut dengan barang2 kat tangan =_____='
Time tuh aku masih dalam TRAUMA dan ketakutan kot-kot train

berlanggar dari belakang kami yg berlonggok ni jugak jadi mangsa ~

Dipendekkan cerita kami pulang selepas lebih dua jam (yelakot ?) stuck ..
Sampai Nilai pon dah gelap dah haihh kaki rasa mcm nak tercabut !
Tapi bila diingat2 balik rasa nak gelak guling-guling ..

Syukur kebetulan Hani bambamm pon keluar gak arituh ..
Seriously kalau tak memang aku menangis tak berlagu sorang-sorang ~




:: saat ketika happy sebelum TRAUMA ::


:: reaksi cuak, fobia, trauma, ketakutan, kebosanan hahhhhhh ::



*Dah lamaa tak naik train KTM sebab asyik gerak serembaan drive sdiri ~
Takpun nak gerak kL ambil ERL or KLIA ekspress senang tapi
disebabkan poket kering kusam paksa diri gak naik KTM =_____='

(maaf entry kisah TRAUMA ini agak panjang dan membosankan)

Friday, December 24, 2010

apa itu namanya ? errr CONTEST !




Assalamualaikum (:

Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada rakan kampus saya,
CIK MIZAH HUSSEIN
kerana telah TAG saya sekali lagi untuk join contest

salah seorang blogger yg saya baru nak kenal jugak laa
yakni CIK FARA (=

Ini adalah SYARAT dan TERMA nak join contest nihh

:: haruslah menjadi follower blog ini ::
:: copy banner diatas & letak di sidebar
berserta link contest ni ::
:: Pic yang ingin dipertaruhkan haruslah mempunyai simbol "peace" ::
:: peserta harus tag 5 orang kawan untuk join contest ni ::

|
|

|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|

|
|


|

Tentang gambar di atas ini ;

Kenapa aku suka gambar ni ? Kenapa pilih gambar ni ?
Kenapa mesti dengan Mr Clown bukan dengan Mr KA ? Huahua

Hal ini kerana rasa macam 'COMEL' jek suasana gambar ni hihi ~
Penuh dengan kepelbagaian keceriaan (:
Zaman ni kanak-kanak lagi tak reti dreesup, taktau pakai shawl huhu ~
Dan yang paling penting selepas snap gambar nih, Mr Clown
bagi aku coklat dalam basket tuh banyakk-banyakkkk taww !
Terbaekkk laa ;DD
*Tapi tuh zaman aku boleh melantak coklat banyak2 =_________='

Nyway nak tag LIMA ORANG yang saya nakkkkkkkk ! :DD

- Farah Kemetot -

- Cik Eira -

- Mira Nisa -

- Aweyn -

- Aen -


Terima kasih daun pinang , Harap2 saya boleh menang ~ Hihi ;DD





Thursday, December 23, 2010

LACK of !


Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaaaa

Lately ni macam banyak mengeluh je kan ?
Haihhhhhhhhhhh macam tak bersyukur jek -__________-'
Tak tak actually macam ada tekanan jiwa pulak
semenjak dua menjak nehh haiiyyoooooooo ~

Tadi, petang tadi baru pulang dari ambil result darah ..

Yahhh orang yg 'sakit' sepertiku sentiasa kena ambil
sampel darah serta urine kemudian dihantar ke makmal
dan kemudian tunggu beberapa hari dan kemudian dapatla result !

Ingat tak last few days ada post entry pasal 'lake of vitamin C' ..
Kalau taktau boleh laaaaa klik SINI tau tau tauuuu (:

Hoho gelak macam evil orang yg baca entry aku tu kan ?
Sebab orang bodoh english konon2 nak taip entry post punya
title guna bahasa inggeris tuptuppp salah ejaaaa bapakkkkkkk malu =.=

Petang tadi pon post status kat fb pasal benda yg sama jugak ..
Tapi lain sikit sebab kali ni dikesan kekurangan zat besi dalam darah ..
So aku dengan bannganya menaip ''lake of zat besi'' ~
*ada sedikit bahasa rojak di situ yahhh perosakk bahasa *_____*
Dan nasib baik kawan ku nor shuhada a.k.a peng tegor kalau tak
conform2 kena gelak evil lagi laaa kan ? haihhhh ~


Kalau buka mana-mana siaran radio rtm or TV
mesti ada je iklan pasal penggunaan bahasa kebangsaan ..
Zaman sekarang ni kan kalau guna bahasa melayu je dianggap kolot ..
Kalau orang tu pandai speaking gila dipandang hebat
walaupun cakap melayu berterabur sedangkan duduk kat Malaysia !
Haha ni bukan kes pasal politik atau apa2 jela eah cuma
menyuarakan sedikit pendapat *mentang2 aku tak hebat speaking ~

Okay apa2 pun kepada rakan-rakan sekalian ..
Silalah jaga kesihatan anda sekalian *buat iklan keshtn lak~
Yerlah jangan jadi mcm aku yer lack vitamin C laaa,
lack zat besi laaaa (kejap lagi aku melantak milo byk2)
Kalau kamu semua nak tau mcm mana nak kesan

kekurangan zat besi dalam badan niii, senang sahaja ~

1) Mudah letih,lesu,tak bermaya
2) Kerap pening tanpa bersebab
3) Degupan jantung laju dari biasa
4) Hilang selera makan dan sesak nafas

Kaum hawa dikatakan kerap dikesan kekurangan zat besi ..

Ini mungkin kerana kitaran haid (darah keluar kdg2 bawa zat besi)
atau ibu2 yang melahirkan anak atau menyusukan anaknya ..
(sebab susu ibu tu kan hasil dari darah kan dan mesti ada zat besi utk baby)
Jadi kenala rajin makan tiram, kerang, unggas (ayam,itik) daging merah
tanpa lemak, sayur bayam yang paling banyak kandungan zat besi ..

Kalau kekurangan zat besi ni diabaikan maka akan jadi
makin teruk dan boleh menyebabkan anemia ~

Kalau dah sampai tahap anemia (kekurangan hemoglobin)
boleh effect kat jantung tau dan semestinya bahaya ..

Cara terbaik untuk buat zat besi ini berfungsi dengan baik
dalam badan kita senang je ! Cuba campurkan element
makanan yg kaya zat besi beserta makanan yg kaya vit C ..

Contoh paling simple daging panggang dengan bayam ..
Alaaa nak senang masak je daging kicap dan tumis bayam air (:

Jangan ingat zaman muda remaja boleh hentam makan apa saja tau !
Diri anda adalah dari apa yg anda makan ! Hihi (=






*Yang dalam kotak merah tuu result ujian darah
dan yg star2 tiga bijik tuh tunjuk aku ni kurang zat besi -_____-'



Wednesday, December 22, 2010

gangguan


Maaf tuan empunya blog ini masih dalam proses
untuk meng'upgrade' segala apa yg ada dalam blogger ini ..

Oleh kerana tangannya telah tergatal mendelete segala
template sebelum ini makanya dia terpaksa menanggung risiko
untuk mencari semula idea-idea simplenya untuk mengupgrade blog ..

Buat tempoh tertentu blog ini kelihatan sedikit hodoh + berserabut ..
Maka dengan itu segala kesulitak amatlah dikesali ..
Terima kasih ..

*Internet pon mcm dah semput tak sempat pakai inhaler


-__________________________________-'

show time !




Sehari before pergi trip ke Langkawi budak kecik potpottt
neh
sambut birthday party dia yg ke-4 kat rumah ..
Haha conformlaaa rumah meriah gila sebab my siz (her mom)
and my aunt yang jaga dia every weekdays pon ada sekali ..
Next year dah boleh masuk tadika dah dan beliau

semakin kuat membebel macam makcik dia yg INI huahua :P



Aisehhh konon-konon dia boleh jadi model nak photoshoot
tapi ngada-ngada je lebih makin menggedik lak bodak neh ~






Before dia datang rumah, aku dengan sizta nyot
and makcik serta adikku sibuklah merayau sampai ke Jusco Seremban2
menjamu selera sambil cari hadiah
si bodak potpottt neh ..
Dan akhirnya jumpalaa
sebijik botol air yg boleh nyottnyottt tuh
dan boleh sangkut
kat leher .. Bolehlaaa dibawa ke tadika next year hihi

* Kalau aku bawak pergi kuliah agak2 apa org kata ?







STEP 1 - bukak pembalut hadiah *tekun & excited



STEP 2 - jengjengjenggg muka terkejut + happyyyyyyyy



STEP 3 - okay sekarang belajar cara2 nak gunakan botol air niyy (:




STEP 4 - okay dah boleh sangkut tali kat leher



STEP 5 - okaaaaaayyyy siap ! boleh nyotnyottt air dan ke tadika !


nyway HAPPY BIRTHDAY Qistina Batisyah !
May Allah bless u always ~ lurve youuuu (:




Thursday, December 16, 2010

tag dr cik mizah (:



Assalamualaikum pembuka bicara (:
hahaaa kali ni kena tag dr cik mizah kita ..
sila klik pada nama jika ingin berkenalan *tp bkn utk menggatal :P
Undang-undang untuk membuat tag ini :
-copy ayat korea yg ada pada blog beliau
then bagi
LIMA SEBAB kenapa saya jatuh cinta pada si dia-
(awwwww suka gila buat benda nihh sebab boleh menggedik huahua)



'' 내가 당신을 처음 본 이후로, 당신을 사랑합니다. 첫눈에 사랑하지? ''

bacaan nyee , ,
:- naega dangsin-eul cheoeum bon ihulo, dangsin-eul salanghabnida.
cheosnun-e salanghaji?

terjemahan nye . .

:- sejak pertama kali saya lihat awak , saya suka dengan awak .

love at first sight ?






Siapakah jejaka yg sungguh bertuah atau malang itu ?
haha
jengjengjenggggg BIARLAH RAHSIA >_<
okayy LIMA SEBAB kenapa saya fall in love dgn si dia awwww :P


:: first met kt birthday party kawan baik syameem

dan si dia actualy cousin of my bestfriend

dan dan dan dan si dia puji saya sangat cantik pada malam itu
*kembang gila huahua ::

:: mula2 jumpa muka dia agak kebudak2an dan
TERSANGATLAH comel dan innocent haha ..

tapi sekarang comel lagi kot ? ::

:: jumpa 2nd time tapi kira love first sight gak la kan
jatuh
hati sebab si dia sudi ajar teknik2 belajar menunggang motor
dengan lebih cekap, berhemah dan betul *blushing ::
(ini mungkin kerana dia dah tak sanggup nak gelakkan aku
yg kekok gila baboon bawak moto kot? )

:: kerana apa lagi yer ? kerana dia suka menolong dan tersenyum2
walaupun time tuh aku memang buat muka
jual mahal
gila-gila sebab cover blushing :P ::

:: dan yang paling penting, aku tidak jatuh hati kerana pangkat,

rupa dan hartanya tetapi apa yg ada dalam hatinya itu
sukar ku perolehi dari insan-insan lain
yg pernah aku temui *aicehh jiwank gila! ::

*si dia sudah bertakhta dalam hati >_<




oppaaaaa ! saranghae ! ;DD haha gatal :P


OKAY DONE and special thanks for cik mizah ;DD


Wednesday, December 15, 2010

ouh missing you !



WHAT SHOULD I DO ?


You ask me how my day
was as if it is same everyday
I say I’m okay but you
really don’t know how I feel
Do you think I’ll be okay without you?
Are you okay without me?
The world without you is so hard
that I blame myself for still breathing

What should I do?
Even now,
I live each painful days
because of your words
Tell me if this is
a bad thing to do
Are you living each day
painfully like I am?
You and me

Are we too late?
Do we not have a chance?
I still think about you
and you might know this
Finally is this it?
Are we going to end like this?
Is it okay with you?
I don’t think I can do it.
The love I find with you,
I won’t find it anywhere even if I die

What should I do?
If it isn’t you no one else can hold my heart
Please hold me.
And you know that even though
the whole world tries to
No one can erase your memories.




So please hold me


* love this song sooo much :')

Friday, December 10, 2010

am i lack of vitamin ?



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia (:


Pernah tak korang-korang nih didetect kekurangan vitamin?
Tak kisahlaa vitamin apa2 abjad sekalipun ..
And so do I .. Last few days jumpa doct ..
After doing certain test yahhh semua sihat2 belaka *Alhamdulillah

Tapi masa pergi pharmacy dia utk ambil ubat ..
Mak aihhhh banyak gila ubat *antaranya selsema even aku takde flu pon!
(nie mesti kes hospital nak cekik poket ayah aku)
Then tiba2 dia bagi vitamin C .. *betul ker nehh ?
Maybe sebab aku batuk2 tapi tak terokkk pon laaa!

Then yang aku tau laaa ada beberapa effect kalau body kita
lake of certain2 vitamins especially vitamin C ..
Antaranya sengal-sengal badan, lemah sistem imuniti (means sng sakit)
bengkak gusi, hidung berdarah dan mcm2 lagi laa ..
Haaaaa vitamin C ni pon perlu untuk kurangkan
or mencegah dari kena serangan asma, lelah dan seangkatan dengannya ..
Beside that, vitammin c ni pon membantu dalam sistem kardiovaskular kita ..
Sistem jantung, injap2 dalam jantung kita, blood circulatory ..

Erkkk tapi aku just mengalami dua simptom pertama tuu jek ..
Kalau sampai hidung berdarah tuuu takde laa pulak ..
Maybe betol kot aku ni lake of vitamin c haihhhhh =.=

So nak menangani masalah ni kenalaa banyakkan makan sayuran hijau,
brokoli, kentang, kobis bunga, kobis (tapi semua tuh feveret aku lorr) ..
Papepon badan kita memang memerlukan banyak vitamin coz vitamin
tu laaa sometimes prevent kita dari certain disease especially kanser ..

So amalkan gaya pemakanan yg sihat keyh (:






by the way pil niy sedaaaaaaaapppp kuang3 ~


Thursday, December 9, 2010

:: debaran itu ::



Assalamualaikum ~

Salam sayang kepada readers2 skalian :)
Mood agak tenang balik dari hospital petang tadi *tipu kot???
Hoyeahhh sempat singgah tesco baru bukak kat seremban2 nun ;)

Okeh pagi tadi buka FB semua da busy2 cerita pasal result ..
Alamak RESULT ? tak suka! tak suka! tak sukaaaaaaaaaa!
*Walau tak suka tapi itu laaa hakikat yang kena terima~
Budak Uitm, UKM semua dah boleh check dak kot ..
Dengar cerita budak serdang *i mean main campus UPM
result diorang dah keluar dah ponggggggggggg .. Haihhh =.=

*persoalannya sekarang kampus bintulu bila lagi nih ?

Wahhhhhhh tanya tanya mcm laaa result boleh gempak kan ?
Hampeh laaa kalau boleh cecah dekan, NC ape laaa lagi ..
Cecah ujung buku lali pon tak boleh jamin sebab serious sem lepas
memang sangat mencabar sampaikan derita gila fizikal dan mental =.=

Alaaaaaaaa kau ingat ambil diploma ni boleh buat
dengan hanya tutup sebelah mata ker ?
Asal ambil diploma je orang kata senang,lenang,lenggang ..
Okayyy FINE buat medic, engine, dentist blahblahblah baru susa la eah?
'' Meh sini aku cucuk mata kaw dua2 macam itu kassim selamat! ''

Okay laa tadi dah try buka web portal student UPM tapi mcm tak boleh ..
Maybe traffic giler jam kot ? heeeeeeee ..
Nyway kepada sesiapa yang mcm taktau seb portal tuh ..
Anda bolehlaaa KLIK di sini yerrrr ^^




:: Berdebar-debar gilaaaaaaaaaa takut kalau ada paper yg kena repeat -.- ::



Wednesday, December 8, 2010

soalan saya


KENAPA ?

:: biskut kering SEDAP bili cicah dengan air ? especially teh'o panas ::
(maybe sebab biskut tu namanya biskut 'kering' kot ?)

KENAPA ?


:: bila masak kari mesti ada sambal belacan sekali ? ::
(sedangkan kari adalah masakan india dan smbal blacan org melayu punya)

KENAPA ?

:: bila hidang chicken chop mesti ada fries tak pun mashed potato
dan mesti WAJIB disertai dengan coeslow,timun dan tomato ::
(kenapa tak letak bayam ker, sawi ker, kailan ikn masin ker

dan kenapa tak letak mashed keladi takpon keledek ? teheeee )

KENAPA ?

:: benda yang kita makan panjang2, kenyal2 tuu namanya
'HOTDOG' atau 'SOSEJ' bukan 'HOTCAT' ker, 'HOTHORSE' ker ::

( ouh 'dia' sgt tak suka aku menggelar makanan tu 'hotdog'
konon-konon macam tak senonoh bunyiknyaa gituuu tapi tu hakikat kan? )

KENAPA ?

:: roti canai enak dijamu bersama teh tarik dan pada waktu pagi
sebelum ke pejabat dan bukan waktu malam atau minum petang ::


KENAPA ?

:: aku suka tanya soalan2 PELIK mcm ni ? ::
(sebab suka hati I laaa this is my blog :P )








KENAPA ? pelahap atau gelojoh sering disinonimkan dengan makhluk
di atas ? adakah kerana makhluk di atas makan apa sahaja ?
oh semestinya tidak ! setahu aku sepanjang belajar 'animal nutrition'
takde pulak makhluk di atas ni diklasifikasikan sebagai binatang
yang membantai apa sahaja yang ada dihadapan matanya ..
Their group also kinda cerewet you know dalam bab-bab makanan nih ..
Kasihan sang khinzir kerana sering menjadi mangsa ..
Heyyyyyyyyy mereka pon makhluk Allah jugak tau !
p/s : mereka ada 'sedikit' cute gituuuuu ;))





:: sila samak screen lappy atau pc anda after baca entry nih kehkehkeh :P ::



Tuesday, December 7, 2010

sorry to say



Kinda bohsan duduk rumah =.=
Nak keluar akaun pulak tak memberansangkan ..
Kawan-kawan samua busy kerja,exam, prakitikal and so on ..
Tengok tv adik-adik pulak nk tengok feveret diorang ..
Nak hadap internet sampaikan taktau dahh nak buka apa =.=

Balik Bintulu sana ?
Start fikir pasal study (arhhh mcm benci jek)
Memang best ada kawan-kawan ..
Ada 'seseorang' yahhh seseorang itu :')

Tapi bila aku teringat 'something' ..
Terus rasa MENYAMPAH nak balik sana ..
'Something' refer to 'someone' atau 'sesuatu' ..
Entahlaaaa .. Aku tak punya ramai teman mahupun taulan ..
Itu yang membuatkan kadangkala bila teringatkan 'something' itu ..
Terus hati rasa terbakar dan bagai disiat2 *arghhh tragisnyaaaaa !

Maafkan aku tak dapat melupakan semua tentang itu ..
Tapi aku takkan lupa bila ada yang ;
''Berkata-kata tanpa memikirkannya dahulu''
Senang cerita ''MAIN CAKAP IKUT SEDAP MULUT''


p/s : aku MANUSIA bukan MALAIKAT
(yahh ternyata aku memang bukan sebaik seperti yang lain)


:: jika aku meluahkan 100% takut ada yg dapat tangkap apa
yang tersirat sekian lama dalam hati .. Cuma satu aku mau
ungkapkan, biarlaa aku seorang sahaja yg simpan semua
hinggalah ianya menjadi daki .. &%$#@&!?!?!?!?! ::



Monday, December 6, 2010

for you :)



For the rest of my life ..
I'll be with you ..
I'll stay by your side honest and true ..
Till the end of my life ..
I'll be loving you ..

For the rest of my life ..
Through day and night ..
I'll thank Allah for open my eyes ..
Now and forever I'll be there for you ..

I know that deep in my heart ..
I feel so blessed when i'm think of you ..











keratan lagu ; Maher Zain [ for the rest of my life ]



:)










Assalamualaikum wbt :)
Salam maal hijrah .. Salam tahun baru ..
Salam awal muharam kepada semua umat islam :)

Bermulalah perjalanan kehidupan kita di atas muka bumi Allah
dalam tahun baru, dengan semangat yang baru, keazaman yg baru ..
Semoga kehidupan kita sentiasa dilimpahi keberkatan dan kerahmatan

dari Yang Maha Esa dan semoga dapat memelihara
dan memperbaiki hubungan kita sesama makhluk ..

Cakap pasal Maal Hijrah, ianya pasti mengenai penghijrahan ..
Dari yang kurang baik kepada baik ..
Yang baik kepada lebih baik ..
Dan menambah segala kebaikan yang sudah tersedia baik ..

Jika tahun baru masihi kita boleh excited nak sambut ..
Pergi ke konsert2 untuk menyambutnya ..
Berhimpit-himpit, melalak-lalak ..
Belum termasuk yang sambut dalam pub, kelab ..
Berlumba haram baik yang berlumba mahupun yg menonton ..
Semua itu hanya menyumbang kepada salah laku dan
keburukan keperibadian seseorang individu ..

Dengan kedatangan awal Muharram ini, tidak salah jika
kita menyambutnya dengan penuh rasa kesyukuran ..
Bersyukur masih mampu bernafas dan diberi peluang
untuk hidup dan meneruskan perjuangan di atas muka bumiNya ..
Masih diberikan peluang untuk terus beramal ..
Masih diberikan peluang untuk terus menikmati segala nikmat dariNya ..
Alhamdulillah semua itu takkan dapat kita kecapi tanpa kasih
dan sayang serta cinta dari Illahi ..

So dikesempatan ni, ana Efira Nabilah bt Khamsah ..
Memohon ribuan maaf kepada sesiapa yg pernah
terkecil hati, tersinggung atau apa2 jelaaa ..
Moga kedatangan tahun baru ni dapat kita nikmati bersama
dan memelihara perhubungan kita ..
Marilah kita renung2kan bersama hikmah kedatangan tahun baru
ini dalam hidup kita dan bersyukurlah dengan apa yg ada ..
InsyaAllah :))




Friday, December 3, 2010

i am ?



I AM ???


S.I.M.P.L.E

but


COMPLICATED to UNDERSTAND


got it ?!?!?!?!






THANKS ! :')


kisah aku dan doktor






:: gambar di atas tiada kena mengena dgn entry :P ::









Alkesah malam ini : perbualan aku dan seorang doktor


Doktor : You know actually hormon yang dikeluarkan oleh pancrease
or a.k.a insulin adalah antara hormon yg paling jahat dalam
body kita. This is because bila seseorang makan makanan yg
terkandung gula, lemah, karbohidrat or etc dengan banyak,
insulin akan dirembeskan oleh pancrease dengan banyaknya
dan membuatkan intestine kita menyerap segala mcm benda
especially yang tidak diperlukan sgt oleh body seperti lemak.
Thats why seseorang itu boleh menjadi seorang yg sangat obes.

Aku : (sambil termangu-mangu sendirian) ohyea ? jahat jugak insulin
ni sebenarnya kan walaupun actually dia membantu kita dengan
membantu merendahkan paras gula dalam darah kita tapi dalam
jangka masa yg sama dia juga boleh jadi sangat jahat.







Ahah, actually aku jumpa doctor because several reasons ..
Takut kot2 aku da mcm kena symtomp2 hyperthyroid ..
( sedar lepas belajar fisiologi pasal secretion of several hormones in body )
Alhamdulillah doktor tuh kata thyroid aku mcm takde pape ..
Maybe sebab resdung or gain of weight aku kesan dr ubat yg aku ambil ..
Huh because of this problem seriously tak berselera nak makan ..
Haaaaaaaahhhh suka laaa dia tuhh kalau aku tak naik badan cuti nih ..

Then berceritalah antara aku dan doktor tuh dan terkeluar pasal insulin ..
To kamu-kamu-kamu sekalian, jagalah kesihatan anda okay ..
Makan beringat, jangan bak kata orang, 'hujung lalu melintang telan' ..
Beruntunglah anda, anda dan anda sekiranya anda sihat walafiat ..
Kerana sesungguhnya menjadi orang sakit or berpenyakit ..
Sangat perit, pedih dan menyedihkan ..
Ketabahan hati dan kesedaran yg amat tinggi perlu diterapkan ..
'' Mencegah Lebih Baik dari Mengubati kan kawan-kawan ??? ''

Kalau kita perhatikan orang2 jepun, korean ramai yg dah
berkerepot pon masih gagah perkasa seperti raksasa ..
Ni sebab mereka mengamalkan pemakanan yang sehat ..
Dan jepun especially suka minum teh2 herba dan teh hijau ..
OoooooUuuuu I looooooikeeeeeee teh hijau jepun yumyummm ..
Kaum cina kat dalam negara kita pon lebih kurang ..
Sometimes umur dah menjangkau 80an tapi still nampak
macam 30tahun *ehhh tipuuuu actually mcm still 60an ..

Kalau memasak pon, kurang2 kan laaa minyak ..
Kalau nak jugak minyak tuh amalkanlaa ambil minyak
yang berkhasiat mcm minyak mozella or etc ..
Kurangkan pengambilan GULA .. ulang sekali lagi GULA ..
Amalkan gaya hidup sihat keyh ?
Apa yang anda makan, itulah diri anda !

pupyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ;DD
Assalamualaikum ~







Thursday, December 2, 2010

okeyyyyyyyy amik :D


erk ?
hahaaaa blog aku tak berapa nak cantik laa yunk =.=
kosoonggg je ney banding blog you .. huuu ..
nyway thanks taw sudi bg award neh :)
credit to miss waney ~ saranghae ~ ;DD


ehhhhhhhhhh ada TASK jugak kena buat eah ?
alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ...... haha ;DD

::: 7 Things About Me ? :::

. si tEmbam .
. lOve animals (huahua) .
. kaki makan .
. stUdy jaUhhh yawwww :P .
. kaki tidOr .
. hantU movies kOrean .
. loveyOu Lee Min Ho (oppsss) .




of course laa sbb i'm a vet's student ^^



Selasa hari tuuuuuuuuuuuu ..
Kelmarin la kan ?
Went to Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism kt serdang ..
Alaaaaaaaaa yang sebelah UPM Serdang tuh, bukan UPMKB yeppp =.=

Dengar-dengar cerita ramai yg mengeluh penat laaa, panas laaa ..
Menyesal datang laaa coz ramai,sesak, padat, rimas blahblahblaahhh ..
Dah kalau kau tak minat, buat apa pergi kan ?
Duduk jelaaa rumah pergi je shopping complex feveret kau tuh ..

Since dari kat Bintulu ramai budak2 nih cadang nak pergi ..
Ada yang ambil flight lambat so boleh terus pergi MAHA ..
Ramai gak yang ajak aku pergi since rumah aku dekat gak dgn Serdang ..
Tapi maaflah family aku nk pergi so better pergi dgn family ..
Sebab poket pon dah pokai pergi dgn mama ayah boleh beli mcm2 .. heeee

Bila dah sampai terusssssss cakap OMG ! OMG ! OMG !
Kenapaaaaaaaaaaa ramai gila ahbeng orang ..
*OMG = Oh Menarrikkkkkk Gilaaaaaaaaaaa

Sampaikan nak cari parking pon ambil masa dekat setengah jam ..
Nasib baik cuaca tak berapa panas ..
First tempat yg we all serbu of course laaa tempat binatang kan ?
Livestock centre or tempat ternakan ..
Macam2laaaa lombu2 yg bapakkkkkkkk besar gila !
Hoihhhhhhhh lembu upmkb pon kurus gilerrrr la weyy !



*memandangkan sorang adik aku tuhh minat gilaaa dan maybe
sebab aku ni student animal health la kot kan ?


jangan konfius yer anak2 .. ni bukn swine tp ox .. wakaka ..
rmai makcek2 dan pakcek2 kt situ kata lombu ni cm b**i .. :P

kalau sembelih kambing neh, seminggu makan pon tak habis :P

actually ada banyakkkkkkkkkkkk lagi pix2 yg snap kt MAHA tuh ..
tapi malas nk upload kt blogger neh coz complicated gilaa ..
so boleh laaa click kt sini kalau nk tengok eah ! ^^

Kepada sesiapa yg nak berjinak2 dlm bidang pertanian, bolehlaa
ke MAHA nihh .. Yang tak minat pon boleh datang ..
Macam2 produk dan pelbagai benda menarik ada ..
Tapi kalau tak minat berhimpit2, sesak2, konon2 putri/putera lilin,
toksah pergilah yerrrr .. Perlukan kesabaran yg tinggi ..
Tapi berbaloibaloi tawwwww *kalau yg berminat laaa yer ..