Tuesday, August 31, 2010

mudah sahaja ~


Bila sorang wanita

mengatakan dia sedang
bersedih,tetapi dia tidak
menitiskan airmata,itu
bermakna dia sedang menangis
di dalam hatinya




Wanita sukar nak cari benda
yang dia benci tentang orang
yang paling dia sayang



Wanita sukar meluahkan apa
yang mereka
rasa.Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah
mereka meluahkan isi hati
mereka



Selepas sorang gadis jatuh
cinta,dia akan sering tertanya-
tanya kenapalah aku tak jumpa
lelaki ini lebih awal



Wanita memang sukakan
pujian tetapi selalu tidak tau
macam mana nak menerima
pujian



Bila lelaki yang dia suka dan
cinta merenung tajam ke
dalam matanya, dia akan cair
seperti coklat




















this lovely picture ~
credit tO ; my Mr KA ~

i really love the way you make me smile
i really love the way you make me happy
and i really love you forever and ever ~







Saturday, August 28, 2010

:'(


hati sangat-sangat-sangat sakit ~

sangat-sangat-sangat tersiksa jiwa ~

tiada siapa dapat memahami ~

hanya aku dan DIA sahaja tahu apa yg ku rasa ~

*sigh~



*aku tau aku terlalu banyak melakukan kesilapan ..
tapi salahkah aku menjadi aku ? salahkan ? salahkah ?
kenapa keyakinan diriku makin terjunam jatuh hari demi hari ..
kenapa dan kenapa ? kenapa engkau tak pernah memahami ?
aku tak pernah berniat untuk menyakiti hatimu ..
aku adalah aku ..



Wednesday, August 25, 2010

terkurung bagaikan kambing di dalam kandang ~



Kenapa entry kali ini berbaur ke'haiwanan' ?
Adakah kerana aku 'budak haiwan' ..
*Actually animal health's student yeyeaahh

''Terkurung seperti kambing di dalam kandang''
atau
''Terperap seperti ayam2 di dalam reban''
dan mungkin
''Terkepam seperti sardin di dalam tin''
ErrrkkKKK ??!!!!!!

HoOooooo000ooOooooooiiiiiiii
AKU SANGAT TERKEPAM TAK BOLEH KELUAR !

Meronta jiwa dan tersiksa batinku ..
Meraung-raung untuk mencari ketenangan
melepaskan tensionku sambil mencuci mata
dari satu kedai ke satu kedai di dalam shopping mall ..
*Walaupun sedia maklum hny ada Park City Mall
sahaja dalam area bandar Bintulu nehhhh =.=

(okay aku mengaku aku memang seorang yg
suka merayau dan tersangat laaa tak suka
terperap dalam rumah or bilik or papejela)

Dan semestinya kalau ke mall aku akan singgah
dari satu kedai ke satu kedai dan round2 cuci mata ..
Kadangkala 2-3 kali gak laa masuk kedai uhh ..
Kalau setakat pasaraya or kedai2 uhh dari satu rak
ke satu rak aku teliti dan amati serta perhati ~

Mungkin itu satu habit yang Mr KA akan mengeluh
bila keluar beli barang bersama-sama ..
'' I'm s0o0o s0o0oooooo s0rryyyyy''

okey sudah merepekk da sekarang ..
sila kembali ke jalan yg sebenarbenarnyaa ..
actually aku susah sgt nk keluar sekarang ..
kenapa ????
tak perlulaa mention secara terang-terangan ..
*kang tak pasal-pasal nama aku femes satu kampus ~

cuma yg pentinggggggg ..
aku tak gemar sangat menggunakan
perkhidmatan van sewa yg ada melainkan
kalau aku satu geng (seramai sembilan org)
nak keluar berbuka or beli barang bersama-sama ..

bukan nak berlagak or hape2 jelaa cuma
aku memang kurang berkenan dengan driver yg
kurang mesra pelanggan banding dengan pakcek2
teksi especially pakcek cina yg da berumur sedikit
memang suka melayan cerita2 menarik diorg ~

memanglaa kadar sewa teksi more expensive
banding dengan perkhidmatan van tapi bagi
aku memuaskan hati laa bagi keselesaan
dan ketepatan waktu lagi2 kalau aku yg suka
tiba-tiba je nak keluar merayau-rayau ..
(sudah belajar sama roomate aku)

apa lagi ekkkk ??
ohyeahh malu laa nak mention tapi
aku kan kan kan kan kadang2 keluar berbuka
dengan Mr KA dan farah serta prince kesayangannya ..
*means kami tak keluar berdua keyhh sebab
ada empat orang yang dalam teksi tuhhh ~
so cam pelik jelaa empat orang nak naik satu van ..
van tuhh at least kena ada enam orang la kot ..

haishh haiishhhh haissshhhhhhh ..
kenapa ?? kenapa ??? kenapa ??????????
bagi aku teksi adalah pengangkutan utama kami
di sini as student sebab tak semua berkemampuan
nak beli motor or kereta or kadang2
ada emergency case kena keluar mendadak ..
Takka nak tunggu van datang tepat waktu then
kena cukupkan penuh satu kenderaan tuhh baru leh bertolak ..

haiiiyyaaaaaa efira nabilah sangat confiusssss okeyh ! =.=


Monday, August 23, 2010

them !











Rindu sama cik Peng , cik Hanie
Tembammm dan cik Una sengal ;)
Sama cik Aniss jugaaa ..
dan cik Alia (eah,perlu ker miss kau yg dkt neh?)
bahahaha maaf laa cik Alia Syafiqah ;)

Tak kesahlaaaa yang PENTING balik nih
mau meronggek dan merendek keluar
hangOut bersama2 mereka ...
*Mari-mari serang Alamanda tengok movies ~
Tak larat dah nak naik komuter berhimpit2 gi Mid ~

Mereka ANNOYING ???
Sudah semestinya TIDAK kerana aku sentiasa
tenang , happy dan gelak mcm org gila bersama mereka ..

Really miss my haney baney and una tingtongg ..
Bila boleh aku bergelak dan menangis lagi bersama kalian ?

Ohhhhhhhhhhh 6Sept bilalaa nk menjelang ney !
Sudah sik sabar kamik mau pulang ke rumah =.=





































ehhh , tak lupa juga buat saudari Fiani yg berada di UiTM S.Alam ~
Sila gemok2kan diri anda okeyhhh !
Walau rumah belakng-depan jek ..
Susah betul nak bersua muka =.='








Teheee kenapaa laa tangan aku automatik
boleh terdelete entry before ney ??
Maybe tangan taknak buat dosa marah2 org
time bulan2 puasa neyy ..
Okeylaa , BERSANGKA BAIK itu sifat mulia kan ???

TAPI ...........................................................





*Kalau asyik jaga hati orang, HATI aku mcm mana ?




Sunday, August 22, 2010

bonda :'(


BONDA , MAMA , IBU , UMI , EMAK ..
semua tu menggambarkan panggilan2 yg
tak pernah lekang dari mulut kita ..
Mama , panggilanku untuk heroin kesayanganku ..
Tahu apa yg ku rasakan sekarang ini ???

Mahu segera pulang ke rumah di Nilai ..
Menghabiskan sepanjang masa di rumah ..
Walaupun tidak sepenuhnya akanku luangkan
masa bersama heroin kesayanganku ..
Tapi aku tau dia 'ada' dalam rumah itu ..
Hati berasa tenang , gembira ..
Tidak pernah ku rasakan ketenangan itu di sini ..
Aku mungkin tidak pandai bermadah kata ..
Mungkin aku jenis straight to the point ..
Tidak dapat menzahirkan apa yg ku rasa ..
Jika sedih , menangis .. Jika gembira , ketawa ..

Tapi apa yg berada jauh dalam hatiku ..
Hanya aku dan Allah sahaja yg tahu .
.Betapa rindunya aku untuk pulang ke rumah ..
Merasa masakannya , kata-katanya , gelak ketawanya ,
marah-maranhya , nasihat2nya , dan nyanyian2nya ..

Yahh ku akui aku bukan seorang anak yg baik ..
Kadangkala emosi dan ego menguasai diri ..
Kadangkala arahan dan nasihat sukar ku turuti ..
Walaupun ku tahu semuanya ada benar dan baiknya ..
Tapi seperti orang lain juga ..
Lama kelamaan pasti menyesal dan terkenang ..
Ku tahu , ku mampu jadi lebih baik dr semua itu ..

Siapa tahu ???
Setiap kali rindu datang bertandang ..
Hanya tangisan yg dapat merungkaikan segalanya ..
Selepas penat menangis , menatap gambarnya ..
Selepas itu barulah ada kekuatan untuk mendengar suaranya ..
Selepas puas menghilangkan rindu ..
Tidur sahajala yg dapat mengubat hati yg lara ..

Ohh , aku memang rindu MAMA ! :'(


Orang selalu kata aku 'copy-paste' sebijik-sebijik
wajah mama .. Melalui potret ini , yahh memang ku akuinya !











* To kakhana @ kakbunga ..
Salam takziah atas pemergian bonda tercinta ..
Moga dirimu tabah menharungi dugaanNya ..
InsyaAllah , doakan arwah berada di samping roh2 org yg soleh ..
Al-Fatihah untuk bonda Nurul Hana bt Nordin ..






Saturday, August 21, 2010

akhirnya!



AKHIRNYA !!!




















Selamat sudah menjalani kesemua
paper untuk ujian 1 semester 3 nihh ..

















RESULT ???


















Fikir nanti2 jelaaa ... hakhak xP





































Ayuh ! siapkan segala assignment dan
report amali yg tergendala ~










The most important thing !!!
















MASAK NASI yer Efiraa oii ..
Esok takkan nk sahur beras kot ???
*sigh ~








Friday, August 20, 2010

lauk si pemalas ~


Hari ini hari Jumaat ~
20 Ogos 2010 ..
Bersamaan 10 Ramadhan 1431H ..
Sudah 10hari aku berpuasa di perantauan =.=

Hari ini amali fisio dkt klinik UPM je ..
So memang tak melangkahkan
kaki ke pusat fakulti ..
So bila Efira Nabilah bt Khamsah ini
sudah berada dalam bilik dan berbaringan ..
Maka beliau pon tidurlaa sampai tak ingat dunia ~

* ouww actually topup tidur time study fisiologi kelmarin

Bila bangun je jam sudah menunjukkan
pukul 3.30 petang dan masih mamai2 lagi
(itupun setelah dikejut berkali2 oleh Mr KA)
Dan beliau menggesaku study anatomi haiwan ..
Tapi memandangkan tidak tidur semalaman ,
selepas solat mata pon terkatup semula dengan semulajadinya ..

*okayy memang sepetang tidak sentuh notes anatomi lgsg!
BAGUS dan SYABAS sebab ikutkan nafsu pemalas anda !

Maka terjaga setelah tersedar hari sudah
menjelang waktu selepas solat asar ..
Oleh kerana tidak mahu menjadi gila + nyanyuk ..
Rakan-rakan yang lain sudah selamat membeli juadah berbuka ..
Tinggallah aku bersama roomateku yg terlajak tidur ..

Masing-masing memang malas tahap cipan
nak melangkah kaki menuju ke food court ..
Sejurus terpandang rice cooker dan tin sardin
(barang2 haram yg kami jadikan halal dlm bilik kami)
Maka timbullah idea si pemalas yakni aku untuk
memasak nasi dan berlaukkan sardin untuk juadah berbuka ..

Maka jadilah kami suri rumah yg berjaya
memasak sardin dan bilis goreng ..
So menu berbuka untuk si pemalas hari ini,
nasi berlaukkan sardin dan bilis bawang goreng ..
(Juadah nii selalu mak aku masak time nk sahur)

Alhamdulillah ~ perut tetap kenyang dan itulah
rezeki kami untuk hari ini ~

AMARAN KESIHATAN : sardin tidak baik untuk kesihatan
jangka masa panjang .. So , sila rajinkan diri anda
untuk menikmati juadah berbuka yg lebih berkhasiat ..




Wednesday, August 18, 2010

cepatlah berlalu ~


SAK2001
VPM2006
VPM2010

cepatlah berlalu wahai exam ~
sudah malas mahu menghafal ~
sudah malas mahu membelek notes ~
asyik teringat nak balikkk je weh ~

memang suka subjek2 nehhh ..
tapi , tapi dan tapi ..
TAK SUKA AMBIL EXAM !!!

=.=

Dr Wong , Dr Cheng ..
Bagilah soalan yg mudah-mudah ekk ..
Saya budak lemah bio dan
bab hafal menghafal ney
=,=
Kasihanilaaa saya ..
Pleaseeee , pleaseee , pleaaasseeeeeee ~
Saya sangat meminati dan gemar
sama anatomi dan fisiologi ..
Cuma saya tak suka EXAMMM !!! *_*







*Ohhhhh kenapa situasi sekarang sangat menganggu
study dan emosiku .. Cukup-cukuplaaa ..
Malas suda mahuuu fikirkan tentang itu ..
Biarlah masa yang menentunkannya ~
Manusia serba serbi penuh dengan kelemahan ..
Kita boleh memperbaiki untuk ke arah yg lebih baik ..
Tetapi perlukah BEGINI ? kenapa dan kenapaaaa ?
APAKAH SALAH DAN DOSAKU ???





Sunday, August 15, 2010

thanks ! :')


Seronoknya berbuka kat luar ! :D

Thankss ~

I really enjoy my meal :)
Kita berbuka sama-sama ..
I still can remember ur expression when
saya tak bagi tentang 'sesuatu' itu ~
Muka penuh kehampaan + kekecewaan xD

Saya memang kejam kan? kan? kan? ;P

After solat , kita makan aiskrim sama2 ..
Tunggu teksi tepi jalan .. haha ~
Tak boleh ingat benda tu , buat saya sengih
sorang-sorang macam kerang hanyir ^^

Ouhyea , about that ice-cream's ~
Pretty awesome right honey ??
Even only 50cents for one flavor and
70 cents for two flavors ~
Sangat sedap dan memuaskan hati !
* Awak kedekut belikan saya aiskrin 50sen je =.=
Tapi itulah aiskrim paling murah saya jumpa kt Bintulu ~

*Ouhhh , saya tak sengaja buat awak
terasa hati sebab sebuk main dengan rabbit
gemoxxx yg ada kt kedai tuh ..
Its really cute and chubby !
Hey, saya kan student DKHP ~ xD
Then awak merajuk dan belikan saya
aiskrim 50sen je yer ??? kejammmnya ~ haha xD


Hey , THANKSSS for that precious moment in my life
:')

As usual , AISHITERUUUU honey ~




Friday, August 13, 2010

ahlan wasahlan ya ramadhan (:


Ehhhh , ehhh ,eeehhh ..
Masih belum terlewat kan ? kan ? kan ?
Nak wish and ucap ~
Salam Ramadhan Al-Mubarak :)

Moga pada bulan yang penuh kerahmatan nih ..
Dapatlah kita mempertingkatkan amalan kepadaNya ..
InsyaAllah :)

Sama-samalaa kita topup segala lubang-lubang
agar amalan kita ketika di dunia dapat memberikan
kita kebaikan dan kesejahteraan hidup di akhirat sana ~

Kepada sesiapa yang pernak terasa or sakit
hati baca atau geledah blog ney ..
Ampun maaf dipinta dan halalkan yang berkenaan yer :)
Bulan baik , kita peliharalah hubungan sesama saudara muslimin
dan muslimat kita agar dapat kerahmatan dan keredhaanNya ..




*Mood sekarang dengar2 lagu2 raya nehh ..
Woiiii , puasa baru tiga hari kot ????
Sedang study Statistik Untuk Sains Haiwan ..
Tapi rakan2ku yang lain sudah tumbang =.=
Tinggalku keseorangan melayan lagu raya sambil
bermain dengan calculator dan berjinak dengan nombor ~



Monday, August 9, 2010

wahwahwahhh !


YEAYYYYYY !!!







Dah boleh tengok, usha, menghendap YOUTUBE woiiiii :P










hahahahahahahahahahahahaha (gelak kerbau)









(Syndrome akibat sebulan takleh bukak youtube)















woiii , buat2 lupa lak exam animal nutrition lusa !








(*_*)



Saturday, August 7, 2010

otak ohh otak


Ada apa dengan otak kita ?
OTAK adalah salah satu organ yg terpenting kan ?
Ia mempunyai fungsi tersendiri sama seperti organ2
lain yg tersangat2 la penting seperti jantung , paru2 ,dsb ..
Otak juga berfungsi dalam nervous system kita di mana
neuron-neuron di hantar ke otak ..
Otak jugalaa yg meransang pemikiran kita dan
'tempat terpenting' di mana kita menyimpan segala
maklumat atau pembelajaran yg kita pelajari ..
Semua makhluk yg dicipta oleh Allah SWT
mempunyai otak .. NAMUN ! yang membezakan manusia
dan binatang adalah AKAL untuk kita berfikir dan MEMBEZAKAN
ANTARA YANG BAIK DAN YANG BURUK ..

Aku selalu usha satu page neh , di saat aku down
keseorangan kadang2 aku suka membaca something
yang boleh buat aku berfikir dan berfikir dan berfikir lagii ..
Kadang2 diselitkan motivasi untuk meningkatkan keyakinan diri ..
Dan tiba2 hari ni aku terusha pulak tentang perkara2
yang boleh membuatkan kurniaan Allah ini m'jadi semakin lemah dan lemah ..

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.


9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.


10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


So,hargailah kurniaan Allah SWT ini keyh !
Tanpa otak , kita ta boleh hidup kan ???
Tiadalah AKAL tanpa OTAK ..



*hari ini aku down sangat ..
kenapa ? biarlah ku pendam sendiri ..
ada masa aku post apa yg telah ku lalui dengan perit hari ni ..
Kenapa yer , everytime i'm not in my mood ..
Semua akan membilang aku mempunyai
masalah dunia dengan my Mr KA ?????
It's NOT TRUE okayyy !
Today, beliau laa yg membantu menenangkan aku ..
Thankssss a lot ^^
I'm so so sooooo sorry atas apa yg saya
pernah cakap kat awak dulu ..

Itu DULU ..
sekarang saya dah tau dunia yg sebenarnya ..
Apa yg kita anggap kt org , tak semestinya org
tuh akan anggap kita macam tu gak kan ??

Seriously , duduk berjauhan dr family ni
mengajar aku erti sebenar tentang kehidupan ,
keperitan perasaan yg dilalui
membuatkan aku berasa lebih matang ..
Bagi aku , berdiam diri adalah perkara
terbaikkkk dari aku melukakan hati banyak pihak ..
Biarlah hatiku yang terluka ..
Kan kan kan kan kannnn Mr KA ?? ^^


Friday, August 6, 2010

pagi yang tak buta


*sedang buat tutorial statistik utk haiwan


ngantoookkkkkkkkkkkk ~
tapi oleh kerana tak siap lagi ..

terpaksa lupakan angan2 untuk tido awal ..
sumpahhh , pening gila nak buat =.=

dah boring2 , nak cari bahan yang leh buat
hilang tension dan pening kepala ..


searching ...... searching ...
..

appppp ! jumpa pix2 haiwan2 yg sangat comel


*saya budak animal health lolxxx ^^


kepada yang suka melantak 'hotdog' ,
inikah 'HOTdog' yang sebenar-benarnya ? :P


wahwahh .. ni mesti cik zebra mls nk berjalan ..
heyy mr girrafe,can i being like that also ? :P


Kitten pon tau ttup mulut nak menguap ! ^^

Siapa yang mengajar siapa ? both of them are very cute ! ^^

Taktau mengapa dan kenapa, minat gila dgn baby2 orang utan ..
nak LI kt sepilok boleh tak ?


Eh , macam iras2 situasi aku masa tengah
post entry neyyyy !!! aiyyak ~































okaayyyy efira !
sambung balik buat kerja kau laa weh !
*sigh*








Thursday, August 5, 2010

kambinggg ohh kambingg =.=


Saya budak DKHP =.=
Budak haiwan bak kata student2 upmkb neh ..
Saya budak kesihatan haiwan ..
Kesihatan haiwan ???
Mestilah ada chemistry dengan haiwan2 kan ?
Lagi2 dengan haiwan ruminan peternakan
seperti lembu,kambing dan sebag
ainya ..
Sebab major saya bahagian pertanian ..
So saya lebih terdedah kepada bahagian peternakan ..

Semalam amali Anatomi Haiwan ..
Subjek yang agak killer bagi diri saya neh =.=
Malam semalam kami semua didedahkan dengan
pelajaran bahagian2 muscle haiwan ..
Dr Cheng hanya cakap nk bedah kambing utk
lihat bahagian2 muscle haiwan uhhh ..
Tapi dia tak mention apa2 pasal nk 'post mortem'
kambing tersebut .. Atau melapah bangkai tersebut ..
Yahhhh !!! 'MELAPAH' kambing yang telah
mati dan telah dibekukan selama dua bulan =.=


Sila lihat gamba2 di atas ini ..
saya tahankan juga isi perut yg nak
terkeluar bila menatap gamba2 ini ..
(saya bukan mengada2 tapi ini realiti !)
secara jujurnya saya bukanlaa seorang penggeli
atau penjijik atau yg sama waktu dengannya ..
Tapiiiii ..................................
Saya pun pelik + musykil dengan
diri saya sendiri ..
Kenapa saya FOBIA dengan sangat333 teruk sebegini ???
Sampaikan nak beli lunch lepas claz td ..
Terlihat ada lauk daging masak kari rendang ..
Terussss tak teringin langsung nak amik lauh uhh ..
Sedangkan sebelum2 ni daging adalah lauk feveret saya !

Kenapaaaa fikiran saya tak boleh lari
dari apa yg saya bau dan lihat timeamali malam tuhh ???????
Sometimes tiba2 macam terbau busuknya
kambing yang telah dilapah2 tuh ..
Seriously, macam mana nk jadi dr vet or
pegawai vet nanti nihhh =,=
Oh Tuhan ..
Tak ku sangka begini teruk effectnya !
Hope sangat lepas ni kalau ada amali
post mortem or apa2 sahaja laa ..
Perut jangan mengada2 meragam nk
termuntah or hidung jangan mengada2 sangat ..
Nerve impulse saya terlalu hyperaktif ker ?
=.=
*waktu melapah guinea pig sem lepas relax jekk ~
tiba-tiba jadi allergic terhadap kambing
yang dah mati dua bulan yg lalu :'(



effect mabuk kambingggggggg =,=

Monday, August 2, 2010

Pak Sheikh :)



I already have a great day todayyyyyyyy !!! :D

Itulah kata-kata semangat yg mesti,wajib kita
luahkan pada diri kita setiap hari ! ^^
Thanksss to Pak Sheikh for that words ..
He was a really3333 greatest man ..

Who was him ???
Professor Dato' Dr. Sheikh Omar Abdul Rahman ..
Pengarah Perancangan Korporat &
Pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar ..
He was an educated person dan ilmu
yang di milikinya sangat2 laa buat aku kagum
atas kehebatan dan kecekalan dirinya ..

Thank to Allah ..
Syukur Alhamdulillah di saat aku downdownn ..
Allah permudahkan urusan aku ..
This morning , Pak Sheikh dengan berbesar hati
sudi berkongsi pengalaman dan pelajaran
dengan student2 DKHP kt upmkb nehh ..
Alhamdulillah syukur sangat2 semangat aku da makin pulih ..
Guess what ???
Aku rasa lebih berkeyakinan dan sangat2
bersyukur perjalanan hidup yg aku ambil nih ..

Segala kata2 Pak Sheikh takde satu pon
yg membuatkan kami ni expecially course DKHP01,03,05
berasa rendah diri bcoz hanya berstatus budak diploma ..
Untuk meneruskan menjadi mahasiswa fakulti Per. Vet
perjalanan we all sangat2 laa panjang dan Pak Sheikh
tak pernah memandang rendah pada kami malahan
beliau lebih berbangga dengan jalan yg kami ambil sekarang ..

Kisah hidup dia buat aku tambah respect dan
tersangat2 laa kagum dengan semangat yg beliau miliki..
Dan aku bersyukur Allah masih kurniakan aku kesempatan
untuk menimba ilmuNya yg sangat luas ni walaupun
kadang2 aku suffer mcm2 kesakitan ..
Masih bersyukur mampu belajar dengan selesa
dan banyak kemudahan yg aku perolehi wpun jauhh dr family ..

Kalau dulu , aku macam dah give up nk teruskan
bidang Vet untuk degree ..
Tapi after pagi tadi , aku lebih berkobar2 nk
sahut cabaran untuk bergelar Veterinar ..
Doesnt matter laa walaupun tak mampu
jadi Dr Vet tapi sekurang2nya aku nakkk
sangat menceburkan diri dengan lebih
mendalam dalam bidang kesihatan haiwan ..

Can i be a pet lover huh ????

Tak kisah la kan ????
Anywhere tips yg paling memikat aku ,
To be a success person ..
You must OPEN ur EYES ..
OPEN ur EARS ..
OPEN your ARMS ..
OPEN ur MIND ..
and OPEN ur HEART ...

Yahhhhhhhhhhhhhh !!!!
I'll Do MY BEST and let Allah swt do the rest !

Life in only 10% about you ..
And 90% is about what do you do about it !!!