Saturday, August 7, 2010

otak ohh otak


Ada apa dengan otak kita ?
OTAK adalah salah satu organ yg terpenting kan ?
Ia mempunyai fungsi tersendiri sama seperti organ2
lain yg tersangat2 la penting seperti jantung , paru2 ,dsb ..
Otak juga berfungsi dalam nervous system kita di mana
neuron-neuron di hantar ke otak ..
Otak jugalaa yg meransang pemikiran kita dan
'tempat terpenting' di mana kita menyimpan segala
maklumat atau pembelajaran yg kita pelajari ..
Semua makhluk yg dicipta oleh Allah SWT
mempunyai otak .. NAMUN ! yang membezakan manusia
dan binatang adalah AKAL untuk kita berfikir dan MEMBEZAKAN
ANTARA YANG BAIK DAN YANG BURUK ..

Aku selalu usha satu page neh , di saat aku down
keseorangan kadang2 aku suka membaca something
yang boleh buat aku berfikir dan berfikir dan berfikir lagii ..
Kadang2 diselitkan motivasi untuk meningkatkan keyakinan diri ..
Dan tiba2 hari ni aku terusha pulak tentang perkara2
yang boleh membuatkan kurniaan Allah ini m'jadi semakin lemah dan lemah ..

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.


9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.


10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


So,hargailah kurniaan Allah SWT ini keyh !
Tanpa otak , kita ta boleh hidup kan ???
Tiadalah AKAL tanpa OTAK ..



*hari ini aku down sangat ..
kenapa ? biarlah ku pendam sendiri ..
ada masa aku post apa yg telah ku lalui dengan perit hari ni ..
Kenapa yer , everytime i'm not in my mood ..
Semua akan membilang aku mempunyai
masalah dunia dengan my Mr KA ?????
It's NOT TRUE okayyy !
Today, beliau laa yg membantu menenangkan aku ..
Thankssss a lot ^^
I'm so so sooooo sorry atas apa yg saya
pernah cakap kat awak dulu ..

Itu DULU ..
sekarang saya dah tau dunia yg sebenarnya ..
Apa yg kita anggap kt org , tak semestinya org
tuh akan anggap kita macam tu gak kan ??

Seriously , duduk berjauhan dr family ni
mengajar aku erti sebenar tentang kehidupan ,
keperitan perasaan yg dilalui
membuatkan aku berasa lebih matang ..
Bagi aku , berdiam diri adalah perkara
terbaikkkk dari aku melukakan hati banyak pihak ..
Biarlah hatiku yang terluka ..
Kan kan kan kan kannnn Mr KA ?? ^^


No comments: