Friday, August 20, 2010

lauk si pemalas ~


Hari ini hari Jumaat ~
20 Ogos 2010 ..
Bersamaan 10 Ramadhan 1431H ..
Sudah 10hari aku berpuasa di perantauan =.=

Hari ini amali fisio dkt klinik UPM je ..
So memang tak melangkahkan
kaki ke pusat fakulti ..
So bila Efira Nabilah bt Khamsah ini
sudah berada dalam bilik dan berbaringan ..
Maka beliau pon tidurlaa sampai tak ingat dunia ~

* ouww actually topup tidur time study fisiologi kelmarin

Bila bangun je jam sudah menunjukkan
pukul 3.30 petang dan masih mamai2 lagi
(itupun setelah dikejut berkali2 oleh Mr KA)
Dan beliau menggesaku study anatomi haiwan ..
Tapi memandangkan tidak tidur semalaman ,
selepas solat mata pon terkatup semula dengan semulajadinya ..

*okayy memang sepetang tidak sentuh notes anatomi lgsg!
BAGUS dan SYABAS sebab ikutkan nafsu pemalas anda !

Maka terjaga setelah tersedar hari sudah
menjelang waktu selepas solat asar ..
Oleh kerana tidak mahu menjadi gila + nyanyuk ..
Rakan-rakan yang lain sudah selamat membeli juadah berbuka ..
Tinggallah aku bersama roomateku yg terlajak tidur ..

Masing-masing memang malas tahap cipan
nak melangkah kaki menuju ke food court ..
Sejurus terpandang rice cooker dan tin sardin
(barang2 haram yg kami jadikan halal dlm bilik kami)
Maka timbullah idea si pemalas yakni aku untuk
memasak nasi dan berlaukkan sardin untuk juadah berbuka ..

Maka jadilah kami suri rumah yg berjaya
memasak sardin dan bilis goreng ..
So menu berbuka untuk si pemalas hari ini,
nasi berlaukkan sardin dan bilis bawang goreng ..
(Juadah nii selalu mak aku masak time nk sahur)

Alhamdulillah ~ perut tetap kenyang dan itulah
rezeki kami untuk hari ini ~

AMARAN KESIHATAN : sardin tidak baik untuk kesihatan
jangka masa panjang .. So , sila rajinkan diri anda
untuk menikmati juadah berbuka yg lebih berkhasiat ..




No comments: