Tuesday, March 10, 2015

Budak haiwan #2


Hai penghuni dunia sekalian
Assalamualaikum ~

Pada usia 24tahun kan, ramai kawan-kawan sebaya yg dah menempuh alam pekerjaan . Soalan logik yg bakal keluar antara satu sama lain, 
"Jahh, kau kerja kat mana sekarang?"
Kalau soalan itu ditujukan kat aku, dengan senyum simpul kearah senyum kambing aku menjawab, "Oh study lagi la weh, belum ada mood nak kerja" 
Lalu mereka pasti membalas, 
"Wahhh sambung master ker?"
Aku pula kembali membidas,
"Belum lagi, doakan lah . Aku ex-diploma dulu tu yg lambat habis"
Mereka pula pulangkan paku buah keras,
"Ehh bukan diploma 3tahun, degree 2 tahun ker?"
Di saat ini aku membayangkan alangkah bagusnya kalau aku dapat stapler mulut insan berkenaan . Dengan senyuman berbaki di mulut aku menjawab lagi dan lagi,
"Emm tak lah . Sistem universiti aku tak boleh macam tu"

Kalau pertemuan ni berlaku kat majlis kahwin, memang topik utama aku dan pihak berkenaan hanyalah berkisarkan 'kenapa aku tak habis belajar lagi' . Big SIGH  

Apapun bagi aku lambat ke cepat belajar, semuanya atas rezeki . Kalau cepat habis, Allah bg rezeki tempat lain . Bagi aku, tak menjadi masalah besar pun kalau lambat habis belajar . Belajar ilmu ni, bukan sampai grade universiti je kan . Ilmu ni kita kena korek sampai mati . Cari ilmu ni dituntut syarak tau . Walaupun kita ni asalnya tak berharta, dengan ilmu lah kita boleh mendapatkan harta . Sebab tu orang zaman dahulu takde harta pun mereka boleh hidup senang bahagia walaupun sekolah tak habis . Sebab mereka ambil kepelbagaian cara menuntut ilmu dalam diri sendiri . Mereka lagi hebat, tanpa teknologi macam kita sekarang . Sekarang ni, duduk lecture dalam kelas pun boleh google cari info . Semua dihujung jari la katakan kan kan . 

Lagipun, aku dah pernah tempuh alam pekerjaan habis diploma dulu . Rasanya aku tak menyesal pun habis belajar lambat walaupun usia dah boleh ada anak berderet . Ehhh . Apapun semua terletak dalam diri kita sendiri . Kalau kita kata kita boleh, maka bolehlah kita . Kalau banyak berdalih, habuk pun tak hingin nak datang kat diri kita, ye takk?

Aku berkelulusan Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan di UPM kampus bintulu . Kalau sebut DKHP kat sana in sha allah semua orang tahu HAHA . Then I continued with degree in animal science kat UPM serdang . Kalau sebut, in sha allah ramai yg masih terpinga-pinga LOL sangat . Yerlah, orang kenal Dr Vet, orang tak kenal budak animal science ni kan . LOL again . Takpa takpa . Impian aku in sha allah satu hari nanti aku akan jadikan course ni salah satu course yg bebudak berlumba-lumba nak apply . Animal Science and Veterinary Medicine takdelah jauh beza sangat dik oii . Cuma setakat ada tittle doktor, belajar lima tahun, susahnya lebih kurang jugak . Cuma bila dah grade orang akan pandang kau megah lah kan . Oooo doktor veterinar . Kalau ada orang luar tanya aku belajar apa dan kat mana, aku jawab animal science . Nanti orang tu pun jawab, "Oooo doktor veterinar!" Aku senyum jelah . Kang terang panjang lebar susah jugak . Amiinnkan sahaja dalam hati . Hikhooksss . 


NotaKakiSendiri

                Mari menjinakkan diri dengan dengar kuliah agama lebih kerap . Tu pun ilmu Allah jugak   tau . Takpa, tak perlu orang ajak baru kita terhegeh-hegeh nak pergi . Nanti dikatanya tak ikhlas pulak yer . Cuma dalam dunia ni, kita jangan berada dalam dunia kita sahaja . Luaskan pemandangan, luaskan fikiran . Kenali setiap inci jiwa manusia lain . Kau berkawan dengan kaki perempuan, janganlah kau ikut berkaki sekali dengan dia . Berkawan, mengenali jiwa mereka, kalau mampu mentarbiyah, tarbiyahlah . Dakwah secara ringkas pun tiada salahnya . 
           
              Kadang-kadang aku fikir, mahu sahaja aku melupuskan ingatan 3tahun di sana . Manusia memang mudah berubah . Selagi tak ditegur, selagi tu sentiasa fikir dia benar belaka . Sigh!






34 comments:

komunikasidanpenyiaranislam said...

Assalamualaikum . Nak ambik bidang ni memang guna aliran sains tulen je eh? 😊 Kalau untuk orang yang aliran perdagangan nak ambik bidang ni macam mana eh? 😊

Unknown said...

hahahahaha..sy dkhp sem 1 kt upmkb.. nice to read ur blog..

.feyra khamsah. said...

Hai Syazwina, mostly memang coursemates saya dulu budak aliran pure science..tapi why not try apply, kalau rezeki in sha Allah ada :)

Unknown said...

Akak???Saya orang Sarawak..lepasan spm 2014..Dulu time form 5 saya Art's student...Math saya dpt D..so sy kena msuk persediaan sains sebelum masuk diploma..

Unknown said...

Tak susah ke course tu akak?ya la..sbb sy bukan dri kelas science dulu...then,klau untuk diploma je then mcm mana pekerjaan saya boleh ceburi..??sy hrp akak dpt balas secepat yg mungkin..

Unknown said...

Tak susah ke course tu akak?ya la..sbb sy bukan dri kelas science dulu...then,klau untuk diploma je then mcm mana pekerjaan saya boleh ceburi..??sy hrp akak dpt balas secepat yg mungkin..

Unknown said...

Akak???Saya orang Sarawak..lepasan spm 2014..Dulu time form 5 saya Art's student...Math saya dpt D..so sy kena msuk persediaan sains sebelum masuk diploma..

.feyra khamsah. said...

Jenny Dinda..
Dear, I can't open ur blog so akak reply kat sini jer lah ya..
Actually for Art's student memang susah sikit nak ambil course ni, tapi don't worry UPMKB ada sediakan pre-diploma for 1year before you ambil diploma :)
Why not try? Kalau adik score time pre-dip, maybe senang untuk apply course DKHP ni..
Soal susah atau tidak, atas diri sendiri dik :) Sejujurnya course ni yang paling tough banding course-course lain sebab banyak main medical terms, anatomy physiological n so on..so basic sicence kena kuat sikit..tapi kalau dah dapat masuk, don't worry, all the lectures are awesome! How I miss my lectures there! Sobsss
Tentang peluang pekerjaan, kalau diploma holder macam2 kerjaya dik..For government, memang dikhususkan pembantu pegawai veterianr gred 27 untuk course kita ni :)
Kalau swasta, adik boleh apply jadi veterinary assistant kt klinik vet, animals keeper, zoo keeper, consultations kt petshop and banyak lagi la! peluang sangaaaattt banyak tau!
Kalau berpeluang, you boleh apply utk sijil vet nurse bila adik kerja kt klinik haiwan, dan sijil tu diiktiraf worldwide..so boleh apply kerja overseas! hihi
Akak harap adik try lah peluang utk ceburi bidang ni tau! All the best dik <3

Unknown said...

Salam. Akak, nak amik course ni memang dkt upm bintulu je eh??

Unknown said...

salam akak. nk mintak email blh x?

Unknown said...

sy bdk lpsan spm. skrg tgh kompius nk ambik pe. antra vet dgn animal science. mne lagi best akak?

❤Iffah Rabihah❤ said...

salam kak, yuran bagi course ni bnyak tak?

Anonymous said...

As salam kak..akak ade ws x?sye nk no akak boleh?sye nk tanye akak psl course ni...

Unknown said...

nak tanya kalau dh guaduate ani.sc blh ambil course veterinar lagi di local uni atau oversea dgn sijil ani. sc
atau blh tukar course selepas beberapa sem kemudian?
ataupun continue master untuk menjadi vet dgn degree ani. sc

.feyra khamsah. said...
This comment has been removed by the author.
.feyra khamsah. said...

Maksud saudari/saudara ani sc utk diploma or degree yer?
Kalau utk diploma, dpat score bagus utk cgpa in sha allah boleh apply vet medicine..
Kalau overseas boleh, sbb de kawan further overseas in equine management..berkenaan tukar kos bberapa sem tu atas budi bicara fakulti di universiti..
Kalau master in vet medicine, agak payah kalo degree ani.sc..tapi y not mencuba kan? Tp rasanya master in animal science lg meluas contohnya aspek nutrition n management..anyway all the best! :)

.feyra khamsah. said...

Bagi akak vet agak mencabar dari segi pengetahuan ttg medicine dan health of the animals..ttapi scope tidak seluas animalscience yg boleh merangkumi mcm2 dr management, breeding, nutrition, marketing, n so on..
Bg akak, of course animalscience lg best sebab related dgn food industries, n agriculture :)
Apapun pilihan di tgn adik

.feyra khamsah. said...

Boleh..efiranabilah@yahoo.com
Maaf dik late reply ;)

.feyra khamsah. said...

Kalau diploma, yes kt bintulu sahaja..
Kalau degree, upmserdang :)
Unisza, umk, ums dan unimas pon ada jugak..

.feyra khamsah. said...

Jenny Dinda..
Dear, I can't open ur blog so akak reply kat sini jer lah ya..
Actually for Art's student memang susah sikit nak ambil course ni, tapi don't worry UPMKB ada sediakan pre-diploma for 1year before you ambil diploma :)
Why not try? Kalau adik score time pre-dip, maybe senang untuk apply course DKHP ni..
Soal susah atau tidak, atas diri sendiri dik :) Sejujurnya course ni yang paling tough banding course-course lain sebab banyak main medical terms, anatomy physiological n so on..so basic sicence kena kuat sikit..tapi kalau dah dapat masuk, don't worry, all the lectures are awesome! How I miss my lectures there! Sobsss
Tentang peluang pekerjaan, kalau diploma holder macam2 kerjaya dik..For government, memang dikhususkan pembantu pegawai veterianr gred 27 untuk course kita ni :)
Kalau swasta, adik boleh apply jadi veterinary assistant kt klinik vet, animals keeper, zoo keeper, consultations kt petshop and banyak lagi la! peluang sangaaaattt banyak tau!
Kalau berpeluang, you boleh apply utk sijil vet nurse bila adik kerja kt klinik haiwan, dan sijil tu diiktiraf worldwide..so boleh apply kerja overseas! hihi
Akak harap adik try lah peluang utk ceburi bidang ni tau! All the best dik <3

.feyra khamsah. said...

Standart for all UPMians punya yuran hehe..
For diploma, around 800++
For degree, aroun 1400++

Unknown said...

Hai

Saya ingin bertanya adakah cik seorang Dr Veterinar atau yang boleh memiliki klinik haiwan sendiri? Saya ingin bertanya jika cik berminat untuk menjalankan klinik haiwan secara sharing profit. Jika berminat untuk perbincangan lanjut, sila hubungi saya firdausjl99@gmail.com

NSR said...

Assalamualaikum, saya nak tanya, kalau graduan dlm bidang sains haiwan, apa pekerjaan yg boleh diceburi ye? Saya minat sgt utk ambil kos ni tapi tak berapa pasti ttg pekerjaan selepas graduate. Hihi

.feyra khamsah. said...

Wsalam w.b.t
Boleh kerja sbg eksekutif kt ladang-ladang peternakan yg ada kt Malaysia ni contohnya ayamas, dinding, farmfresh, CP n lain2. Itu kalau berkaitan pengeluaran produksi lah. Boleh jgk jd vet nurse kt klnik2 haiwan tp yg ni agk terhad peluangnya. Boleh jgk apply ke mana2 company yg include animals nutrition dlm tu sbg R&D atau eksekutif2 lain.

Unknown said...

akak!Kalu nak apply pre dip tu cne?ape nme pre dip tu?pre dip kesihatan haiwan dan peternakan ya?

Unknown said...

akak dah tukar no ye?Bole tak nak mintak no?Ada benda nak tanya ni

Anonymous said...

Hi akk ..Bole tinggalkn no atau email akk yg masih aktif??

Unknown said...

Akak nk tanye macm mane belajar dia? Memng sush ke?

ns_zack said...

Assalamualaikum akak. Saya tengah berfikir2 untuk tukar kos dari deg farmasi (UKM) kepada Veterinar/Animal sc. (UPM), Kalau saya mohon/dapat degree animal sc boleh ke saya tukar kepada vet? Or dip an/sc je yg boleh sambung kpd vet? Harap sgt akak dpt tolong jawab, terima kasih

Unknown said...

Akak sambung degree ke animal science ?
Akak graduate akak akan berkerja sebagai apa?

Unknown said...

Assalamualaikum akak, apa syarat utk amik diploma veterinar?

Azlina said...

Mcm mn kehidupan kat kampus sana.perjalanan dari KL.hostel...anak saya berminat dgn kursus ni.blh email saya azlinamatroh@gmail.com

Anonymous said...

Nak tanya. Dari diploma tu xleh transfer credit ke masa degree tu?

Shaf said...

Assalamualaikum,boleh saya bertanya skarang akak kerja bidang ape ye?Saya sedang belajar course sains haiwan,tapi buntu lepas habis belajar nak kerja mana dan apa..