Assalamualaikum
Hai dan hai
Rasanya aku jarang nak story kisah aku as budak haiwan . Bukan berjiwa binatang, aku pencinta haiwan okay . Hanya seorang budak yg mengambil jurusan Sains Haiwan di UPM . Mentaliti orang, kalau berkaitan haiwan je, doktor vet . Asal nama vet jer, doktor . Muakkk ! Ingat dalam dunia ni doktor vet je ker berfungsi . Kalau haiwan tak sakit, takde doktor vet tau ! Habis management semua siapa nak jaga? ni haa ni haaa kami ni haaaa *sambil jari teluntuk tunjuk-tunjuk kat hidung sendiri*
Aku tak bangga pun ambil jurusan ni . Waima aku pemegang segulung diploma sains haiwan pun, aku belum mampu bangga . Sebab apa, sebab negara kita tak ada apa pun yg nak dibanggakan dengan perindustrian peternakan ni . Aku masih belum mampu bantu negara, cewahh tinggi harapan . Satu hari nanti, in sha Allah siapa tahu kan?
Ni dah tahun ketiga aku kat sini . Semester kedua untuk tahun ketiga . Pejam celik dah tiga tahun aku kat Serdang ni . Sesuatu yg aku tak pernah angan-angan pun . Sebab aku berangan dulu yg aku takkan jejak tangan ni untuk menulis lagi bab2 sains ataupun applied sains . Siapa tahu kan semua kuasa Allah . Kalau dia dah tentukan, maka tercampaklah kita kat dalam bidang yg kita tak sangkakan. Dulu aku serik dengan word kimia, fizik, biologi . Rasa macam nightmare tahu? sekarang ni dah jadi beautiful nightmare lah kot , Mana tak nya, lima tahun woii aku dalam bidang ni . Nak kata pakar tu takdelah sangat , Tapi benda simple in sha Allah aku tahu . Tapi jangan kau tunjuk sekor kucing ker arnab ker kambing ker lepastu kau tanya, ''haaaa kalau bijak kalau rasa2 budak animal science, berapa bulan binatang ni ngandung?" memang aku panggg kau pakai parang . Boleh aku memang boleh tahu, tapi ada caranya . Bukan estimate dengan guna deria mata jer . Ingat aku ada sixth sense ker haperrr . Experts have their own waysss bebeh . Cewahhhh
Sem ni, sem mencabar . Sem ni, sem stress . Sebab semua student batch aku kena buat fyp . Final year project . Cipta laa apa-apa project berkaitan haiwan . Yang penting, projek tu mesti ada benefit kat industri . Contoh, macam mana nk increase pengeluaran susu utk setiap laktasi . Tak pun macam mana nk tingkatkan kualiti telur ayam ke itik ke puyuh ker , Macam-macam lagi lah . Tapiiii dalam kepala aku ni satu pun tak masuk lagi . Oranglain dah eksaited pungpang2 aku diam jer . Sebab aku tak boleh gelabah-gelabah ni . Serabut woiii . Kalau boleh nak buat diam-diam, fikir dalam-dalam sampai masak . Bila nak masak tu tak tahulah . Doa-doa kan lah . Mood sekarang pon down sahaja .
Masuk sem baru, belajar sesuatu yg baru . Tak perlu ikut telunjuk orang lain sangat . Kalau dia kata dia boleh, tak semestinya kita boleh . Kalau dia kata dia tak boleh, tak semestinya kita tak boleh . Gagal sekalipon tak bermakna kita tak mencuba . At least, we'd tried ! Itulah yg aku belajar dulu . Subjek orang tak ambil, aku ambil atas dasar minat . Sekalipun tak score tinggi, sekalipun dapat cercaan, aku redha jer . Benefit kat aku, aku jer tahu . Kau tahu apa??
Aku terngiang-ngiang kata seorang kawan ni,
"Feyra, jangan mengejar orang atau sesuatau yg abaikan dan tinggalkan kita, jangan sampai kita lupa atau terabai dengan orang yg sentiasa di belakang kita"
Aku sebak, sebab aku tau, dia antara orang yg sentiasa ada dibelakang aku . Kenapa aku perlu mengeluh, kalau orang tu nak berjaya sendiri, buat apa aku nak jelous? Rezeki setiap manusia Allah dah tentukan . Kenapa aku nak cuba jadi macam orang lain sedangkan ada orang yg boleh terima diri aku sendiri seadanya . Aku pernah terhantuk, bila orang yg selama ni aku jaga sebagai kawan, blah macam tu jer untuk kepentingan diri sendiri . Aku tahu, aku takkan faham, sebab aku memang taknak faham langsung . Kalau aku faham pun, menyakitkan hati buat apa? Aku sedar, aku tak sebaik mana , Aku bukan pujaan ramai, aku bukan mulut manisan . Tapi aku pun ada hati perasaan . Aku belajar, aku taknak jadi selfish dengan mengharapkan orang faham diri aku . Aku taknak selfish, tapi aku taknak jugak bergantung kat orang . Ataupun aku taknak lah jadi orang yg suka sakitkan hati oranglain walaupun orang fikir aku ni macam malaikat . Mohon Allah tak jadikan aku orang macam tu .
Sekian, aku budak sains haiwan bukan pelajar doktor veterinar!
AniSc7 Student, UPM Serdang
2 comments:
Salaam dik.
Belajar utk faham dan bila keluar kita kena 'faham'kan masyarakat.
Betul tu, industri ternakan negara kita ni masih di tahap tidak boleh dibanggakan pun. Baaaaaanyak benda kita-kita as animal science graduate nak kena buat.
Hmmmm. Besar tu tanggungjawap. Akak pun mcm dah makin jauh je dari industri sains ternakan ni.
All the best, dik. :)
Terima kasih kak syuhadaa . I'll keep ur words ! :)
Post a Comment