Tuesday, June 10, 2014
dalaman atau luaran ~_~
Hai, Assalamualaikum !
Dah lama meninggalkan minat menulis . Berhabuk . Berzaman . Mungkin sekarang masanya
*sigh*
Dalaman atau luaran ? yang mana lebih penting ?
Ini isu masalah jiwa . Bukan sakit mental, bukan ! Ini masalah identiti diri . I don't know if
everyone will go through this process in their life or just me ? Allahu Akhbar sebenarnya berat
perasaan ini .Berat sebab tiada self confidence untuk meluahkan .
Sebab orang lain tak rasa sama apa yang kita rasa .
Kalau ada pon, maybe they have their own way to overcome this problem .
Luaran atau dalaman ? mana yang lebih mustahak ?
Katakanlah, kita mencari sesuatu barang . Emmm bukanlah . Memilih restoran ?
Dengan keadaan yg sangat lapar, mulalah episod mencari .
Semua deretan kedai kita teliti . Fast food, gerai tepi jalan, restoran mewah .
Kita teliti . Kita carik . Memilih, mencari dan terus mencari .
Adakah kita menilai dari sudut pemandangan tempat makan tersebut ?
Cantikkah ? Menarikkah ? Ramai orang kah ?
ATAU
Burukkah ? Nampak suram kah ? Tidak ramai orang kah ?
Aku pasti, dan terlalu pasti . Pasti ramai yang memilih kedai makan yang cantik .
Restoran yang nampak segalanya menarik . Hiasan yang menarik .
Papan tanda yang kreatif . Kelihatan ramai orang makan . Lampu bersinaran .
TETAPI terjamin kah kesedapannya ? terjaminkah kebersihannya ? harganya ?
Kita takkan dapat jamin selagi kita tidak mencuba makan di dalam kedai tersebut .
Sebab apa ? Sebab kita hanya boleh menilai secara LUARAN sahaja segalanya .
Secara DALAMAN kita hanya mampu tahu selepas kita mencubanya . Hmmmmm .
Nampak cantik tetapi tak semestinya sedap . Nampak ramai orang singgah makan,
tetapi tak semestinya kunjungan ramai, mungkin servisnya agak lembap . Siapa tahu??
Aku juga pasti, pasti ada juga yang lebih suka kedai makan yang kelihatan biasa .
Bukan kedai makan yang lampu bersinaran nampak sempurna luaran dalaman .
Kerana mentaliti kita selalunya, kedai cantik selalunya mahal . Sedap tapi mahal .
Gerai makan tepi jalan lebih murah . Mungkin portion nya lebih banyak . Sedap mungkin .
TETAPI terjamin kah tahap kebersihannya ? kesedapannya ?
Order nasi goreng ayam RM3 . Sangat murah pada zaman sekarang .
Sedap di makan, enak di telan . Terjaminkah segalanya ?
Orang sering mengatakan gerai tepi jalan kotor, jijik, banyak kucing .
Betul ke kotor ? Mungkin hanya nampak suram di luar, mana tahu dapurnya
kadangkala lebih bersih dari kedai fast food di deretan kedai-kedai cantik .
Siapa tahu kan ? Hanya yang mencuba dalaman gerai itu yang lebih tahu
Maaf seribu kali ampun . Aku bukan nak menilai secara sarkastik . Aku hanya
memberikan contoh mentaliti kita zaman kini . Adakalanya aku sendiri berfikiran
seperti pemilih si kedai cantik, dan selalu juga aku berfikiran seperti pemilih si gerai .
Persoalannya di sini, LUARAN atau DALAMAN yang penting ?
Begitu juga manusia . Entahlah . Aku taknak menjadi seorang hipokrit .
Hipokrit pada diri sendiri . Akulah diri aku . Yang tahu tentang diri sendiri .
Cerita beriye pada orang pun mereka takkan mahu ambil peduli .
Hal kau, suka hati kau lah . Syurga neraka kau yang pilih . Aku ada jalan aku .
Kadangkala aku terfikir, bukankah orang sekeliling juga memainkan peranan .
Bukankah di kubur nanti kita di soal apa tanggungjawab kita pada saudara seagama???
Berbalik luaran atau dalaman, yang mana pertama sekali kita mahu menilai ?
Si dia yang berkopiah sepanjang masa, berpurdah ke mana sahaja .
Si dia yang hanya sering perkatakan tentang hal duniawi, si dia yang free hair .
Layakkah kita untuk menilai DALAMAN mereka ?
Layakkah kita untuk meletakkan status hanya melihat LUARAN mereka ?
Aku teringin menjadi seorang yang mempunya LUARAN secantik DALAMAN
Bukan hanya LUARAN sahaja . DALAMAN belum perform sebaik mungkin .
Atau bukan hanya DALAMAN tetapi LUARAN masih mampu belum dizahirkan .
Entahlah, cuma aku rasa aku mungkin ada prinsip
Dalaman boleh MEMPENGARUHI luaran . Sebab diri kita bermula dari dalam kita .
Allahu Rabbi . Masih lemah . Masih belum punya kekuatan .
Dan aku rela menilai orang itu pada dalaman dari luaran . Luaran hanya boleh 'dilihat' .
Sedangkan dalaman boleh 'didekati, didalami, dan dihayati' . Sekian, wallahualam
'Walaupun manusia adalah sebaik-baik kejadian, tetapi kita masih bergelar HAMBANYA
Siapa kita untuk menilai dan menghukum orang lain ? Tuhan kah kita ? Sempurnakah kita ?
TEPUK DADA, TANYA HATI TANYA DIRI TANYA DALAMAN SENDIRI
Yang ikhlas, si keliru yang masih keliru ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Ko jgn putus asa saje walaupun kekdang dtg rasa ragu2.. Orang lain boleh kasi pandangan tpi hujung2 kita jugak yg menentukan...~ huhuhu~ rerajin la bergaul. anti boleh share kt aku~ wink3.. muehehhe
Post a Comment