Hai, Assalamualaikum !
Ayat wajib blogger yang pemalas tahap gaban nak update blog, "huihh lama tak update blog!"
Okey, cukup !
Sebelum ni kan, aku rasa malu dan rendah diri kalau menulis blog dengan seratus-peratus menggunakan bahasa ibundaku sendiri . Sekarang dah tersedar, (now I realized gituuu) kalau bangsa sendiri tak bangga mengagungkan bahasa ibundanya, siapa lagi kan?
Maaf andainya ada yang berkata kolot jika menggunakan bahasa melayu baku . Siapa kata?
Sedangkan zaman kegemilangan Melaka dahulu kala Bahasa Melayu adalah bahasa perantaraan !
Mengapa mahu malu menggunakan bahasa sendiri ? Aneh bukan ?
'English language will make you look educated' . Is it ? Maaflah, langsung tak setuju .
Cukuplah intro untuk hari ini . Citt bahasa rojak juga yang keluar kan . Berbalik kepada sebuah perjalanan yang mahu dimulakan kembali . Cuma mampukah aku? Sebuah perjalanan yang ingin membuka lembaran baru dan mahu dicorakkan dengan tona warna yang lebih memberi sinar pada diri sendiri . Hidup bersandarkan pada ketentuanNya . Siapa kita yang perlu mempersoalkan segala takdir dari Dia kan? Hiduplah untuk belajar memberi, bukan hanya menerima !
Tajamnya duri,tercucuk berdarah,
Duhai diri, segeralah berubah !
Bukan susah nak berubah . Mudah, amat mudah tetapi tahukah apa yang menyukarkan? Istiqamah !
Perubahan mudah dilakukan, istiqamahnya Ya Allah perit mahu ku teguhkan . Hati ini umpama kapas .
Perubahan mudah dilakukan, istiqamahnya Ya Allah perit mahu ku teguhkan . Hati ini umpama kapas .
Hati ini Allah yg pegang . Kita yang mencorakkan . Mahu dicorakkan bagaimana? Hitam?Putih?
Semuanya terletak atas diri sendiri . Semuanya terletak atas kemahuan diri sendiri . Allahu aku lemah !
Semuanya terletak atas diri sendiri . Semuanya terletak atas kemahuan diri sendiri . Allahu aku lemah !
Bawa peti hingga ke Pilah
Duhai hati jangan cepat mengalah !
Aku mahukan kehidupan . Kehidupan yang mendapar keredhaan walau di mana aku berada .
Semoga dipermudahkan ! In Sha Allah :)
Listening to ; Hatiku Milikmu by Nera AF9
Sekian :)
1 comment:
ok apa bahasa melayu baku tu. layan.. :D
Post a Comment