Wednesday, May 7, 2014

just take care of yourself


Hai, assalamualaikum

*malas study ekonomi, so melagha kejap update blog -_-



 Pathetic week ! Berderet-deret paper . What to do, selagi masih bernama pelajar inilah tanggungjawab yang perlu digalas kan? Tak cukup tidur, terkejar-kejar, mata sembap, bad mood, tak cukup makan atau terlebih makan tu semua simptom2 waktu test menjelma . Oleh kerana Malaysia (mungkinlah) gunakan sistem 'test & exam itu lebih penting dalam aspek pembelajaran' maka nya ramailah (atau hampir semua) students 'belajar untuk exam' . Termasuklah hamba yang naif ini . Mungkin kesedaran penuh belum diperoleh . Takperlah, yang penting dalam hati kena tanam satu suara halus, 'buat semua kerana Allah' . Lillahi ta'ala . 

Bila rasa exam itu sangat penting, perjuangan dunia atau peperangan dalam pembelajaran, kadangkala aspek kesihatan kita abaikan . Tak cukup tidur, tak tidur berhari-hari tu dah perkara biasa . Luarbiasa sikit kalau terlebih tidur . Jadual makan tak teratur, makan tak ikut kepentingan nutrisi, ahhh semua tu kena diketepikan dulu . Yer, kita masih muda . (muda ker?) . Tapi sakit tu tak kenal usia . Baby boleh sakit, kanak-kanak boleh sakit . Betul, semua tu takdir Allah . Tapi bukan ker Allah suruh kita berusaha ? Pencegahan itu pun salah satu usaha dari diri kita untuk diri kita . *Cakap macam bagus* HAHA

Sebenarnya, ini lah yang pernah berlaku satu ketika dulu . Masa zaman muda remaja, mental masih kuat, body immunity masih tinggi, selalu 'terabaikan' benda penting macam ni : 

" Ohh, banyak chapter lagi belum cover . Takpe, nescafe 3bungkus malam ni, conform tak ngantuk sampai esok !" kengkonon feeling heaven lah dapat nescafe ?

Of course, the amount in which we can consume will vary from person to person, as well as our physical reaction to this particular substance, but caffeine, for the most part, doesn't really pose much of a threat for the majority of the population. Yet for some people, their systems actually have an intolerance for the stuff. And for others, caffeine can elicit an allergic reaction, which will inevitably prompt certain symptoms that can indicate whether or not you have a caffeine allergy.

Ihsan dari SINI . Setelah hampir 3tahun mengamalkan tabiat macam tuh, caffein allergy is my friend right now . Bukan nak menakutkan, tapi berpada-padalah yer . All the best thing doesnt come out with a great feedback . Kesimpulannya, walau macam mana pun sesuatu yang kita kejar, belajar teruk-teruk, demi sebuah kejayaan, kesihatan diri sendiri jangan diabaikan. Dapat pointer tinggi-tinggi pon, konon untuk menggembirakan hati parents, but suddenly you have been detect with some or any disease akibat dari diri sendiri yang tak pernah nak fikirkan kesihatan sendiri . Contohlah kan, teruk teruk belajar sampai skip makan, last2 dapat gastrik acute punya sampai parents pun always risaukan kita, kegembiraan mana lagi kita dapat bagi kat parents ? Ada tak parents yang rela tengok anak dia tertonggeng terbalik belajar sampai kurus melidi tak makan, tak pun sampai pengsan-pengsan, high blood pressure sebab stress study . Agak-agak ada tak ? 99.9% tiada . Nak bagitau probability jugak ke ?

Entahlah, tiba-tiba terdetik nak sedarkan diri dan orang sekeliling tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan ni . Bila sihat, in sha Allah mentaliti kita pon sihat . Bila semua sihat, nak beribadah senang, hati riang dan tenang, semua jadi smooth and steadyyy je kan . Takde bad mood, takde pengsan-pengsan . Poyo je cakap pasal sihat - sihat kan padahal diri sendiri pon tak terurus . Heeewwww . Sebab dari diri sendiri lah ni, kita (aicehhh) nak kawan-kawan kita yang masih sihat walafiat tanpa penyakit (bukan macam kita) ni jaga diri, jaga kesihatan . Ingat, bila Allah dah tarik nikmat sihat tu, perit rasanya .

Ingat senang hati sangat nak skip-skip kelas tiap kali ada appointment untuk venipuncture (ambil darah), jumpa doktor semua ? Memanglah kalau student dapat mc untuk skip kelas happy kemain (me too) . Tapi bila dikemudian hari tu ada jugaklah keburukannya .Health status pon always upside down . Sometimes feel okey sometimes not . Bukan nak mintak simpati, tapi kadang-kadang kita tak ada kat tempat orang tu kan, kita tak tau feeling nya macam mana . Tapi bagi orang yang dah biasa (aku lah kot) jadilah alah bisa tegal biasa (ye ke peribahasa ni)

 
 Benci ubat ni -_- Sampai mama kata, 'membazir kau ambil dahlah tak makan buat habis duit kerajaan je'


Untuk sesiapa yang senang jatuh sakit, or memang sakit, bertabahlah . Allah sedang menguji . Ujian Allah itu perit rasanya, tapi bila diambil positifnya in sha Allah manis hasilnya . It's not easy to take care of ourself . Lagi-lagi manusia yang pemalas tahap beruk macam tuan blog ni (kesian beruk jadi mangsa) . Ubat tu kalau malas nak cucuk, takdelah di cucuknya . Elok-elok doktor adjust 2kali sehari, jadi sehari sekali . Ubat tu tak reti makan . Kadang-kadang jemu mungkin . Tapi kesedaran tu kadang-kadang wujud la jugak (macam sekarang) hewhewhew . Siapa lagi nak jaga diri kita kalau bukan sendiri yang bikin ? Maybe kita diuji sebegini, orang lain Allah letakkan ujian lain yang mereka mampu pikul . Kadang kita rasa orang lain lagi senang hidup, tapi kita taktau disebalik hati dia macam mana kan ? So sentiasa husnuzon dengan Allah :)



*Hmmmm, I'm a person with thallasaemia, maybe carrier or trait (tak ingatlah) and another one disease yang biarlah rahsia buat masa ni :) Remember, just take care of yourself peeps !













No comments: