Monday, August 15, 2016

Budak Haiwan #3 -- Eh, habis dah?


Assalamualaikum

*sambil sengih besar-besar*

Alhamdulillah! Finalyyyyyyy settle untuk internship enam bulan. Enam bulan hokeh, enam bulan. Ups and downs semua ku telan berketul-ketul. Bermula dengan internship di ladang ternakan puyuh selama tiga bulan, then diteruskan tiga bulan lagi internship kat ladang ternakan kambing/lembu tenusu. Ramai orang tanya, kenapa main tukar-tukar tempat meh? 

Ni laa puyuh umur less than 7hari. Kecik kan? Adalah juga pernah terpijak 2-3 ekor sampai arwah. Ampuuunnnnnnnnkan saya mungkin saiz but boleh dipersalakan huu.


Sebabnya, bidang sains haiwan yang aku ambil ni melibatkan dua jenis ternakan which is ruminan dan bukan ruminan. So haiwan ruminan tu ternakan yang mempunyai sistem penghadaman yang unik sikit berbanding sistem penghadaman biasa. Antara haiwan ruminan ialah kambing, lembu dan kerbau. Bukan ruminan pula adalah ternakan yang mempunyai sistem penghadaman yang biasa (tanpa empat chamber perut) contoh seperti kuda dan arnab. Selain tu, unggasan seperti ayam, puyuh, pun tergolong dalam haiwan bukan-ruminan.


Some of dairy goat breed Saanen (google Saanen breed for more info). Bagus breed ni, production susu banyak. Sekali perah boleh cecah 2L per head. Sedap pun sedap susu diorang ni nyummss!


Alhamdulillah enam bulan berlalu. Walau banyak pancaroba perlu aku lalui (cewahhh) Allah permudahkan semuanya untuk diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Penat lelah berpanas, berlegam, berhujan, berpeluh, dengan melayan kerenah manusia-manusia yang kadangkala mencabar kesabaran fuuhhhhhhh. Rasa melayan karenah haiwan-haiwan tu lagi seronok tau tak haha. 

Apa yang aku dapat enam bulan praktikal?

Peratusan perbezaan antara teori dan praktikal ni agak jauh. Secara teorinya kita dengar sahaja, tak berada di situasi sebenar. Hah kauuuu bila betul-betul kambing beranak depan mata, mau terkincit-kincit jadinya kahkah. So sebab tu praktikal agak penting bersama-sama dengan ilmu teori.
Practically memang sangat mencabar, lagi-lagi bila berada dalam industri ternakan ni. Involved in living things is not a joke! Dalam masa yang sama kau kena fikir untungrugi dalam penghasilan produk ternakan ni. Fuuuuhhhh kalau tiada modal tinggi, memang susah nak gapai impian memiliki sebuah ladang ternakan yang kebabommm. Tapi kalau bermula dari bawah, secara kecil-kecilan, bermodalkan sebuah kesabaran yang tinggi in sha Allah semua tak mustahil! Dan itulah antara impian aku untuk satu hari nanti. Amiiinnnnn!

Apa lagi aku dapat?

Haaaaaaa apa lagi, hadam dengan perangai manusialah! Haha!
Ada seorang staff ladang pernah nasihatkan aku, kerja ni memang bermain dengan psikologi. Kena kuatkan mental seiring dengan fizikal. Yerlah, manusia ni pelbagai ragam dan perangai. Sejujurnyalah, agak teruk aku kena secara mentally untuk satu tempat praktikal ni. Memang kena sabar, sabar dan sabar sebab manusia memang terkenal dengan sifat tak puas hati dan menuduh membabi buta. Lagi kita berdiam, lagi galak lah mereka bercerita. Ada yang talam dua muka. Tapi biasalah manusia, tiada yang sempurna.
Lagipun, kita tak boleh hanya melihat dari perpektif negatif kan, yang baik jadikan tauladan yang buruk kita jadikanlah sempadan. Tak gitu?
The best part is, bila kau dapat tambah kenalan. Seronok bila berkawan dengan orang-orang yang berbeza dari segi pandangan minda dan buah fikiran. Macam-macam boleh belajar. Seronok boleh tau dan belajar banyak benda, dan dalam masa yang sama kita dapat menambah silaturrahim sesama saudara islam. Ye dok? Ada juga kawan-kawan seangkatan yang siap boleh jumpa bakal jodoh masa praktikal ni! Alahaaiii kalau dah jodoh kan? Moga berkekalan lah hendaknya yer aicecehhh.


Presenting my partner in crime! Haha! Kakfisha ni selalu 'masuk air' dengan aku. Kaki jalan, kaki makan, kaki ngular (padahal tak mampu nak ngular pun). She's one of my buddy yang aku boleh shows 'the real me'. Tak semua orang dapat tengok part 'tampoi' dalam diri aku ni. Tu tempat pelupusan sampah tu, bukan calang-calang orang boleh ambil experience masuk situ! Huhu



In sha Allah next week dah boleh present semua tentang internship ni. Tapi bila part nak tulis report, nak buat slide presentation, kenapa blur semacam yer? Huwaaaa. Bak kata partner in crime aku, banyak sangat bercinta agaknya! Bercinta lah sangat padahal diri sendiri yang pemalas ya Rabbi ya Kariiimmm. Shuhhh shuhhhhh jauhkan dirimu syaitoooonnnn dari membisik kalimah malas kat aku! 



My partner untuk internship on ruminant phase. Yang belakang tu seketul Roy yang ada trademark perkataan 'fulamaakkk' dan 'hayoooo'. Dia ni simbolik keberanian warga Lampung tau, jangan main-main! Haha! 


In sha Allah, moga dipermudahkan urusan untuk hari-hari mendatang. Sebenarnya tengah nervous ni sebab ada kali ganda nervous. Nervous presentation plus nervous for interview. Moga semua baik-baik sahaja! 

p/s; ramai sangat pm tepi bertanya tentang kos sains haiwan ni. all the best kamu-kamu semua yang bertuah terpilih masuk bidang ni. u'll learn how to enjoy it later. usah gusar usah gentar, animal's science is awesome! congratulation adik2! 

No comments: