Sunday, May 8, 2016

In memory of Adek *heartbreaking*




Ini Adek. Adek adalah seekor kucing, bukan manusia yang sering menggunakan ganti nama adik kepada seseorang yang berusia lebih muda. Terlalu banyak kenangan aku bersama kucing yang bernama Adek ni. Adek adalah peneman aku seusai aku tamat diploma kira-kira 4tahun yang lalu. Bermula dengan kakak aku yg membawa sepasang anak kucing hasil pemberian rakannya. Malangnya 'kakak' kepada si Adek ni mati kira-kira setengah tahun aku membela mereka. Adeklah peneman suka-duka aku. Dari sekecil tapak tangan, dia membesar hingga sebesar peha :') 
Dari seekor kucing yang manja, peneman tidur setiap malam, mengiau2 setiap pagi dalam sangkar minta dilepaskan, hinggalah menjadi 'abang kawasan' yang sering berlagak hero tapi sering kalah dalam pertarungan, merayau semalaman hingga puas keliling taman aku mencari, selagi tak jumpa selagi tu aku takkan boleh tidur, kadangkala geram dengan perangai jantannya yang sering mengejar betina yang tidak langsung tertarik padanya sedangkan dia abang kawasan yang sangat fluffy :')
Pernah sekali, kakinya terseliuh kerana dilanggar kereta, kuatnya Adek ni sekejap je mampu recover dari kesan seliuh itu. Adek juga seringkali hilang 3-4malam mencari pasangan, namun pulang bila kelaparan :')
Suara Adek ni memang rare, sebab dia suka mengeow sambil berlari mengejar orang ke dapur. Habit dia pula selalu panggil orang ke dapur sambil menunggu di hadapan peti ais sebab dia tahu di situlah tersimpannya wetfood dalam tin yang aku selalu simpan :') How I really miss you Adek ~
Adik juga pernah orang ingat dia adalah seekor stray cat, hingga jiranku memanggilnya dgn nama boboi, memandikannya dan memberikannya makan. Ahhh Adek, patutlah pernah hampir seminggu kau tak pulang, rupanya dah jumpa pengganti Tuan yer :')

Adeklah permulaan kepada keturunan kucing-kucing di rumah ni. Sehinga pernah mencecah hampir 16 ekor kesemuanya, hasil usaha Adek sebagai abang kawasan bersama bininya si Oreo. Adeklah kucingku yang paling kerapku bawa ke klinik Vet, hingga Doktor pun mampu kenal dengannya oleh kerana corak 'rare' marblenya yg hanya setompok itu. Kerana marble setompok itulah wujudnya si Kuaci, kucingku yang bercorak marble. Itu pun hasil keturunan Adek jugak :')

Selepas aku mula praktikal, Adek seperti tidak terurus. Kurap di badannya makin teruk. Dia makin kurus tapi makan banyak :') Wetfood memang sering ku suakan, hari-harinya sentiasa ada di rumah tidak lagi merayau. Semua orang dalam rumah sayangkan Adek :') 

Namun

Semalam ku mendapat perkhabaran yang tidak indah. Bibik mengatakan dia menemui Taro (anak Adek yang corak warna badannya seperti Adek tetapi berekor panjang) sudah mati dilanggar. Ketika itu aku masih di tempat praktikal. Sedihku bukan kepalang. Namun kesedihan terubat bila ayah menghantar gambar 'whatsapp' menunjukkan Taro telah pulang. Persoalannya, kucing mana yang bibik jumpa dan tanam tu?
Adik lelakiku memberitahu Adek dah tidak pulang 3hari. Walhal hari-harinya sebelum ini hanya menepek dirumah sahaja baring di dapur. 
Aku terfikir, mungkinkah kucing yang disalah ertikan Taro itu sebenarnya Adek? 
Hatiku diruntun pilu. Walaupun jauh di sudut hatiku berbisik kucing itu bukanlah Adek, tetapi secara logik akal fikiran kucing yang bibik jumpa dan tanam itu sebenarnya memang Adek :'( 
Aku sahaja selalu terkeliru antara Adek dan Taro, inikan pulak bibik. Logik akalku kuat mengatakan kucing itu adalah Adek.
Hampir lima tahun, terlalu banyak kenangan antara aku dan Adek. Terlalu banyak. Jika ditanya kucing yang mana menjadi kesayanganku sepanjang hidup, akanku sebut nama Adek sampai bila-bila. Forever and ever.  

*maafkan tuan tanah sangat beremosi ketika ini, kucing kesayangan mati bukan didepan mata lebih memeritkan jiwa. Jika manusia lain sering mempersenda aku boleh menangis teresak-esak hanya kerana kematian kucing,terpulanglah. Ingat, dunia ini ada kafarah dariNya

Dear Adek, kakak sayang Adek :') *tearing up*

Adek in Memories (2011-2016)



No comments: