Assalamualaikum semua!
Musim jerebu kian menipis, in sha Allah moga semuanya sihat dalam lindungan Allah SWT
Kita hold dulu ceritera Perth yer, walhal dah berbulan-bulan punya postpone! Bila mana nak menaip, mula lah rasa malas ni menular. Cisss dasar pemalas menaip >.< So, entry kali ini nak story sikit tentang apa yang aku alami this few weeks. Bila mana Allah nak menguji, adalah hikmah disebaliknya. Kita ni hambaNya, siapa kita untuk mempersoalkan apa yang dikehendakiNya, tak gitu?
Last two weeks aku diserang demam. Sebenarnya aku ni jenis susah nak demam berpanjangan sampai tiga ke empat hari. Paling lama pun dua hari. Kemungkinan musim jerebu, terkena hujan jerebu, hujan jerebu di kL pula, hasilnya berdemamlah seminggu termasuk sekali masa raya Haji. Semasa raya, rasa demam dah sedikit kebah. Tapi rendang, lodeh itu semua tak berpeluang nak masuk perut. Tapi keesokan harinya, tak tau angin puting beliung mana datang aku mengalami nausea yang agak teruk. Tau nausea? Nausea ni boleh dikategorikan sebagai mual beserta perasaan ingin muntah. Semua yang aku makan, semua nak keluar balik. So aku berfikiran mungkin ni feedback dari berhari-hari aku tak berapa makan atau kurang makan makanan berzat. Positif la konon kan. Tapi day by day, nausea aku tak juga hilang tak juga kebah. Mula lah panik, ye dok?
Sebenarnya, aku ni jenis too concern and too fast too panic kalau berkenaan dengan body health ni. Maybe sebab memang aku ada disease, so concern tu lain macam sikit. Bagi yang jarang sakit maybe kurang nak ada perasaan macam ni, kalau yang ada penyakit macam aku ni maybe ada perasaan yang macam tu. Tapi pendapat aku, concern tu boleh cumanya janganlah terlalu panic attack sangat macam aku ni hewhew.
Isnin aku start class balik, rasa macam boleh go on time pagi, time pagi jelaa tapinya. Bila dah petang, bila makanan dah start masuk, aku jadi nausea balik dan bermulalah stress panic attack aku ni.Paling stress masa drive tak boleh fokus, lepas makan semua rasa nak keluar balik, minyak angin tak paya cerita memang best friend aku hari-hari. Mulanya memang aku hilang punca, apa asbab penyebab nausea aku ni. Setiap hari aku mohon kat Allah, bagi aku ruang untuk aku cari jalan penyelesaian masalah aku ni. Mungkin ni kafarah dosa-dosa aku sebelum ni. Sedih je fikir, kerdil sangat aku ni beserta amalan-amalan aku yg tak seberapa. Alhamdulillah one fine day ni, aku terbuka satu blog (aku lupa url blog apa dan siapa) berkenaan dia yang ada masalah sama macam aku. Angin puting beliung sesuka hati berpusar dalam badan, nausea, tiada selera makan, dsb lagi.
Aku suspect diri aku ni mengalami GERD. Apa itu GERD? gastro-esophageal reflux disease nama panjangnya. Lebih kurang macam acid reflux la kiranya tapi in chronic condition. Aku malas nak ulas panjang pasal GERD ni, pandai-pandailaa search kat pakcik Google, boleh?hewhew. Okaylah aku bagi pembayang sikit. Macam ni, sistem pencernaan kita ni terdiri dari mulut ke esophagus ke perut ke usus kecil ke usus besar dan seterusnya pembuangan sisa tinja. Makanan yang kita kunyah akan membentuk satu gumpalan, gumpalan makanan tu masuk ke esophagus. Pernah tak terfikir macam mana esophagus tu bawa gumpalan makanan tu ke perut? Haaaaaa inilah kuasa Allah SWT. Allah ciptakan satu pergerakan otot untuk bawak makanan dari esophagus ke perut. Dalam perut kita ni sebenarnya dipenuhi acid (Hydrochloric Acid) yang mengandungi banyak enzim pencernaan especially untuk pencernaan karbohodrat dan protein. Acid tu hanya dibenarkan berada dalam perut okay, dalam perut. Acid tu dilarang sama sekali memasuki ruangan esophagus mahupun usus kecil. Bagi penderita-penderita acid reflux, keadaan dah jadi luarbiasa. Macam mana tu? Acid yang sepatutnya duduk diam-diam dalam perut telah berjaya naik sedikit dan masuk ke dalam esophagus. Macam mana acid tu boleh naik ke esophagus? Okay pertemuan antara hujung esophagus ke permulaan perut sebenarnya ada satu otot yang berfungsi seperti pintu. Pintu tu sepatutnya tutup sepenuhnya kalau tiada makanan yang perlu disalurkan ke dalam perut. Kira macam lif lah, tiada isi so pintu akan sentiasa tertutup. Tapi bagi orang yang mempunyai GERD atau acid reflux ni, pintu tu mengalami sedikit masalah. Macam mana? pintu tu dah sedikit longgar. Maknanya pintu tu tak tertutup sepenuhnya. Oleh sebab tu, acid yang sepatutnya duduk diam-diam dalam perut berjaya curi-curi naik masuk ke esophagus! Masalah pintu tu dikira anatomical problem, sebab dia melibatkan organ yang kita tak mampu nak control. Allah ini bukan pembayang dah aku bagi ni, huahua. Harap faham lah yer?
So aku ambil langkah untuk check-up kat hospital. Pergi Columbia Asia kat Seremban, dapat appointment untuk buat endoscope dan test darah semua. Jangan tanya pula endoscope tu rupa macam mana sebab makngah ni dah penat menaip hewhew. Tapi takperlah, tak rugi kongsi ilmu, ye tak?? Okay yang ni seriously pembayang je aku bagi okay. Endoscope ni adalah satu prosedur non-surgical di mana ada satu kamera kecil dimasukkan ke dalam sistem pencernaan kita, dimasukkan melalui mulut. Sakit? I dont know! Sedatif masuk, aku pun lena dan sedar-sedar dah ada atas kerusi hewhew. Alhamdulillah all is well. Memang Dr cakap aku ada GERD, dan pintu esophagus ada sedikit longgar. Prescribed with some medicines, moga Allah bagi kesembuhan kat aku dan mereka-mereka yang sakit di luar sana.
Why? Why?
Kenapa aku nak share benda ni?
Aku ada dengar kat pentas dakwah, sebenarnya kebanyakan penyakit dalam diri kita ni semua berkait dengan perut. Bila berkait dengan perut, maka kuat kaitannya dengan pemakanan. So apa-apapun, kawal lah pemakanan kita. Ambil yg Halalan Toyyiban, ambil yang berzat, jangan terlalu berlebihan dan jangan pula terlalu dikawal. Yang penting, kesederhanaan. Rasulullah SAW sendiri selalu tekankan kita tentang kesederhanaan kan? Bagi pengamal-pengamal diet, amalkanlah diet yang sihat, yang tidak membebankan. Seikhlasnya aku nasihatkan, berpada-padalah walaupun azam kita tinggi melangit. Jangan terlalu taksub (macam aku lah jadinya nanti). Bila sampai waktunya Allah menegur, maka terimalah dengan redha. Mungkin ada sesuatu yang kita alpa atau leka, yang Allah nak kita sedar tentang sesuatu itu. Jangan lupa, semua mesti Lillahitaala. Semua kebergantungan letak sahaja pada Allah, Dia yang Maha Mengetahui segalanya :)
notakakimakinkurus: masih dalam proses pemulihan, mengawal emosi sebaiknya, mengatur rencana semoleknya, sandarkan semuanya pada Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani :)
2 comments:
Hi Feyra, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)
Thx infonya
Post a Comment