Wedding Ceremony
Biasalah kan, bila datang satu masa ramai sgt yg kahwin dalam masa yg dekat . This week belah banting, next week belah klang, next month belah utara . Ada masa memang takde langsung jemputan dari mana-mana bakal pengantin . Bila umur dah menginjak lebih 20an, ramailah dikalangan ex-sekolah rendah. ex-asrama, budak sama fakulti, kawan2 pakwe (eh?) yg membina masjid . Alhamdulillah tumpang gembira dan mohon doakan aku dapat jodoh cepat. Agagagaga .
Harini, bawak mama attend wedding kawan lama dia, jiran seberang rumah zaman hingusan aku masa menetap di kL . Aku selalu berlagak dengan adik kakak bahawasanya aku anak kL hanya kerana dalam surat beranak aku tertera tempat lahir: HB Kuala Lumpur walhal hanya menetap sampai umur 4tahun jer . So dengan yakinnya hanya berpandukan gps yg semput dan senantiasa 'lost signal'. maka berlakulah adegan sesat barat dalam kL yg hanya sekangkang kera besarnya .
Lokasi hanya di Ulu Klang, semudah abc jika masuk melalui MRR2 . Oleh kerana 'anak jati kL' ni terlalu bijak sangat dengan jalan kL, maka terlepaslah lorong MRR2 dan terus masuk ke pusat bandaraya . Di sini sebuah kesabaran teruji bila setiap signboard di jalanraya tak menggambarkan lokasi sebenarnya . Memang betul, signboard kat Malaysia hanya utk orang yg dah mahir jalan . Aku mengaku secara terang, I'm a person yg ada kesabaran yg sangaatttt tipis dan nipis . I'm kinda nervous bila tersalah masuk jalan . Bukan apa, kL is not like Meru, Klang, S,Alam or Nilai . Bila salah masuk jalan, nak pusing semula dan menghadap jam boleh buat blood pressure aku mendaki tinggi . Di sinilah mulut yg tiada insurans ni terhambur apa-apa yg terlintas di hati . Nervous with panic attack, what can you expect ??
Sebuah kesabaran yg dimiliki oleh seorang ibu berjaya cool down kan panic attack aku . Amazingly, even thought almost 20years beliau dah tinggalkan kL, setiap ceruk jalan dia boleh tahu . Sebut saja, Jalan Ipoh Jalan Sentul Tmn Hot Spring Jalan Imbi O,U.G Jalan Genting Taman Melawati Zoo Negara semua dia tahu! Setiap inci jalan dia tahu, mana jalan yg tembus bandar baru sentul, mana jalan yg tembus Sentul lama, mana jalan shortcut, longcut ! Allahu Allah . Orang tua lebih tajam ingatannya berbanding kita . Bangga dalam hati . Setelah berhempas pulas gelakkan diri sendiri selama 2jam, alhamdulillah sampailah kami di destinasi .
Moral of the story, kita ni orang muda kadangkala memperlekehkan apa yg orang tua cakap atau bagitahu . Sedangkan mereka memang banyak makan garam dari kita, usahkan setiap inci jalan dan tempat, hati manusia pon kadangkala mereka dapat mengagak . Kita ni fikir zaman pemodenan begini seolah orang tua kita tak boleh nak get along and follow the trending . Kita fikir zaman kolot mereka takkan sama dengan zaman moden kita (kononnya) . Kita fikir kita jer betul, mereka tak berapa betul . Kita fikir gps dan waze lg power, sedangkan ingatan mereka lagi mahir dan tajam dr teknologi yg ada . Seriously, I'm proud with both of my parents especially bab selok belok jalan dan lokasi tempat . Makanya aku berharap kebolehan mereka itu boleh di 'inherit' kepada aku . Ada ker gene kemahiran macam tu ek?
Selepas ni, aku taknak membangga diri kononnya anak kL . Aku syg Nilai lagi . I'm proudly say, saya anak kg meru yg bermastautin di bandar Nilai dan pernah merantau hingga Bintulu demi sebuah kehidupan cewahhhh . Bikin malu saja belajar di Serdang tapi kL jiran depan mata pun jarang nak explore dan meninggalkan jejak . Mohon diri ini drive ke pelusuk kL supaya selepas ini boleh bangga bawak mama dan ayah ke setiap ceruk bandar kL . Bytheway, mereka sering buat perumpamaan kat aku; 'feyra dan sesat berpisah tiada' (-,-')
1 comment:
hi feyra! :D
Post a Comment