Thursday, January 1, 2015

typical human

Assalamualaikum 

4.26 am 
Memandangkan bilik kat kolej tu memang penjuru alam terceruk berbelakangkan hutan ladang buahan nadir yg upm kedekut nak bagi student masuk makanya line internet memang sangat tak memberansangkan . Orang lain pung pang pung pang cerita berita sensasi, aku melanguk je la mendengarnya . Almaklumlah phone pun smart phone paling cikai yg boleh install whatsapp dah penuh memory . Sadis . 

Next paper isnin, undang-undang keluarga islam . Mengharapkan keajaiban untuk dapatkan A sebab first test haritu jawab sambil nangis2 . Sadis . Maka kita balik rumah dulu sempena new year, buka lappy yg dah sarat tunggu masa untuk diformat, baca semua news, dan buat conclusion dalam blog sendiri dan sedar bahawasanya tiada sesiapa mahu membaca blog yg semakin bersawang ni *double sadis* 

Semua kecoh kan tentang air asia Indonesia yg terhempas . Aku tau kalau aku buat review pun orang still baca details dr awani, bernama, kosmo, metro dan lain2 . So aku malas nak review atau bagi opinion sendiri . Cuma bagi aku, benda ni memang takdir dari Dia . Secanggih mana pun alatan yg manusia cipta, takkan mampu tandingi canggihnya jalan takdir yg Dia tentukan . Sebab apa? sebab Dia nak kita sedar, kita ni masih hamba yg penuh kedaifan . Perlu mengharap pada Dia . Jangan bongkak, jangan action lebih . Sifat mazmumah bangga diri tu sangat bahaya . 

Konspirasi? Wallahualam . Aku tau, dunia akhir zaman ni, MORE HUMAN WITH LESS HUMANITIES . Aku tau aku baca aku selidik . I'm google addicted yaw . Everything di hujung jari ahak ahaksss . Memang betul, kalau nak dikatakan secara kebetulan selang 4-5 bulan ada jer nahas pesawat ni memang tak berapa logik . Tapi syurga neraka Allah tu kalau fikir dengan otak akal cetek kita ni rasa-rasanya logik ke tak heh? Macam mana kita nak kata semua tu logik? Senang jer . Nabi kita, dah tinggalkan dua benda sbg panduan hidup kita . Al-Quran dan As-sunnah . Kita jer yg nak atau tak nak hidup berpandukan dua benda tu . Tepuk dada tanya diri :)

Aku tau, aku bukan tak nak percaya langsung konspirasi semua tu . Aku bukan tak nak melibatkan diri dengan berfikir kejahatan2 manusia zaman sekarang yang terlalu tamakkan semua benda sampai nyawa dan kehidupan orang lain menjadi pertaruhan . Manusia ni sebenarnya, memang tak nak kalah dengan sesiapa pun . Tapi satu je, kekalahan manusia ni selalu dengan nafsunya sendiri . Sedih tak? Sedih sangat . Sebab aku pun selalu dan kerap sangat kalah dengan nafsu aku sendiri . Penyesalan tu hanya aku dan Dia je yang tau . Percayalah, kita sebenarnya paling penting kena lawan dengan diri sendiri . Berbalik kepada konspirasi, aku suka sangat baca pendapat dan konspirasi orang lain . Ada yg aku rasa logik, ada yg aku rasa tak berapa nak logik, dan ada yg aku rasa langsung tak logik. 

Tapi satu jer . Konspirasi ni selalunya menuding jari pada sesiapa pun yg kita nak . Kita tuduh negara ni, kita tuduh si polan tu, kita tuduh menteri ni tak buat kerja, kita tuduh pilot tu tak tau handle emergency situation dan macam-macam lain . Sedar tak sedar kita salahkan orang lain dan tak tahu lah benda tu betul atau tak . Senang cerita, sifat menuding jari ni memang dah azali dalam life kita . Taknak mengaku salah sendiri . Suka salahkan orang lain . Nampak??? 

Macam kejadian banjir kat pantai timur . Tuding sana tuding sini . Kadang-kadang bencana yg menimpa tu atas khilaf kita sendiri . Allah nak 'tegur' kita dengan cara paling senang . Sayangnya Allah, dia 'tegur' kita cara halus . Mungkin bencana tak tertimpa kat kita, sebab hati kita tak sekuat tak setabah mereka yg ditimpa . Kuatnya Allah jaga hati mereka kat sana, jadikan mereka cekal . Sebab tu bila turunnya hujan, kita kena mengharapkan Allah bekalkan kita payung yg lebih kuat dan besar, bukan mengharapkan Allah berhentikan atau redakan hujan tu . Sebab hujan tu pembawa rahmat untuk kita . Salah satu waktu mustajab doa kan semasa turunnya hujan :)




Sekali sekala belanja gambar apa salahnya kan? hihihi . Teringat balik kenangan belajar jauh . Satu-satunya pengangkutan utama untuk pulang ke keluarga hanyalah flight . Nak tak nak takut ker apa kena gagahkan diri . Tapi sesungguhnya impian aku dari kecil memang nak sangat berulang-alik selalu dengan naik flight . Alhamdulillah impian aku tercapai . Tak rasa apa pun sebab aku memang suka naik flight *realiti kehidupan*. Sekarang memang aku takut . Siapa tak takut kan dengan tragedi-tragedi macam tu, yg secara logiknya rasa macam dah disusun untuk berlaku kat negara kita atau berkaitan kita jer . Susunan tu sama ada dr manusia yg kekurangan kemanusiaan atau Allah aturkan untuk kita dan yang pasti itu semua takdir Allah :) Tapi takut atau tak, kematian akan sampai bila waktunya . Tak kira kat mana kita berada, buat apa . Cuma kita ni manusia yg berharap padaNya, so kita sentiasalah berdoa dikembalikan padaNya dalam keadaan husnul khatimah :)


*next paper is on Monday, undang2 keluarga islam . next on tuesday diary science and the lasstttt one is on thursday swine science . Please be nice to me . Rabbi yassir wala tu assir .

*Kau tau, dia selalu kecewa . Kecewa sebab kau pergi tanpa apa2 berita . Apa salah dia? apa kurang dia, apa lebih engkau ? Apa yg kau perjuangkan sampai silaturrahim kau longgarkan ? perjuangan itu tak salah, tapi jangan kau lupa hubungan kemanusiaan pun tuntutan dariNya ~





2 comments:

Anonymous said...

Salam. Nak tnya ok tak subjek Undang - Undang Keluarga Islam tu? *baru nak ambil sem ni*

.feyra khamsah. said...

okey jer cik anonymous :)