Sunday, January 6, 2013

luah rasa ; maafkan aku




Betul . Benar . Tepat sekali .

Susah . Memang payah . Teramat sukar .

Nak cari teman sejati yang sanggup harung susah senang bersama .

Sedih . Pilu hati . Sakit jiwa . Merana diri .

Kadang rasa diri dikelilingi ramai teman . kadang rasa gembira ada kawan gelak bersama .

Kadang hidup ni rasa seindah pelangi . Kadang rasa diri semeriah dalam Running Man .

Tapi ada satu ketika, kita jatuh . Kita hilang semangat diri . Kita rasa dunia kosong .

Dan kita perlukan teman . Yer teman yang dahulu boleh gelak gembira bersama .

Teman yang kita rasa sangat kamceng dengan jiwa nurani kita .

Kawan yang boleh membincangkan segalanya bersama .

Bila kita jatuh, tergapai-gapai, sukarnya meraba tangan yang mampu menarik tangan kita .

Sukarnya mendengar ucapan kata-kata semangat yang boleh memulihkan semangat kita .

Jauhnya untuk mencari semangat sendiri bila tiada siapa mampu mendengar luahan hati ini .

Semuanya menjadi sukar . Semuanya menjadi payah . Semuanya meraba-raba sendiri .

Ketika itu baru tersedar dari lena yang panjang, hidup tak selalunya seindah pengakhiran drama korea .

Kadang ianya sangat pahit ditelan sepahit teh hijau jepun yang pekat . 

Kita memang selalu sendiri . Susah sendiri . Perlu mebina jati diri sendiri . 

Berdiri di atas kaki sendiri . Beroleh semangat diri sendiri . Tanpa mengharap bantuan sesiapa . 

Jika diluah dalam mukabuku, hanya status kita akan di 'LIKE' sahaja . Memadaikah untuk

memadam hati dan jiwa yang sedih ? Mampukah membina kembali semngat yang terbang ?

Jika ditulis dalam laman twitter, hanya mampu di klik 'fovourite' sahaja . Selesaikah segalanya ?

Tidak . Hanya diri sendiri yang perlu menanamkan kekuatan . Bulatkan tekad dan azam .

''Aku mampu harungi sendiri, insyaAllah''

Berbekalkan kata-kata semangat dahulu kala, aku cuba melangkah walau permulaannya merangkak .

InsyaAllah . InsyaAllah . InsyaAllah .

Mungkin dilihat senang, mampu segalanya ada dalam tangan .

Tapi tak siapa tahu ujian demi ujian yang bertimpa . 

InsyaAllah . InsyaAllah . Allah sentiasa menilai kita . Allah sentiasa ada untuk aku . Yer, Allah kan ada :')


#memorandum dari hati turun ke pena

#dikala semangat diri terbang, cuba mendengar dendangan lagu Hall of Fame untuk bangkit semula




No comments: