Tuesday, December 25, 2012

kerja aku memang balik rumah je kan ?



Assalamualaikum


Minggu ni STUDY WEEK . korang tau STUDY WEEK kan ? STUDY WEEK means CUTI 
Ahhh peduli apa aku . Memang aku suka cuti then asal cuti memang aku suka balik rumah .
Huntonggglaaahhhh . Tuli dah aku dengar word tu . Sumpah tuli . Nak kata untung, entahlah .
Cuma aku rasa banyak hikmah aku dapat Serdang dan dekat dengan rumah . 
Dekat-dekat pon bukan pejam mata lima saat dah sampai UPM . Kalau drive ulang-alik
bolehlah mengebaskan punggung, jari jemari dan kaki kau . Tapi aku okey jaaaah .



30 minutes lah perjalanan . Mr Google Maps la bagitau . 
Tu belum masuk traffic light . belum letak tol beratur panjang .
Tak masuk kereta mabuk yang jalan mcm siput dduk line kanan .


Aku memang homy person . ehh betul ke ejaan homy ? lantak lah . Kenapa ?
Maybe aku satu-satunya anak mak pak aku yg tak dpt sbp n mrsm kot .
Sekolah biasa-biasa je tp Alhamdulillah kat sekolah tu la aku boleh belajar sampai
upmkb n upm serdang lembut hati nak ambil aku belajar dalam universiti diorang . 
Kat sekolah tu jugaklah aku dapat kawan-kawan yang memang boleh baca isi hati
tersurat tersirat aku . Serious susah nak dapat kawan yang ngam macam kawan sekolah .

Dulu . Dulu masa kat Bintulu, aku bolehlah nak rindu rinduan . Tapi sebab memang 
dah tak boleh balik kan, so aku ni redha dan pasrah je la kot . So aku takdelah merengek2 
nak balik lah, homesick nak mam*** lah . Serious konon-konon macam berdikari lah kan .

Tapi since dah kat Serdang, boleh kata setiap weekend aku balik rumah . Yes balik dan tidur .
Dan since parents aku bagi kebenaran bawa kereta, so aku memang kaki nak jejak rumah jer .
Dah memang aku homy person, nak buat camane? 

Lagi satu memang orang nampak aku huntong, ada kereta . Senang nak pecut balik rumah .
Itu huntong yang mereka nampak . Tapi mereka tak nampak apa yang aku buat every weeks .
Mereka tak nampak macam mana aku kena ulang-alik ambil ubat aku yang di simpan dalam
peti ais kat rumah . Kolej aku bukan mewah nak sediakan peti ais . Harap bayar je mahal .
Mereka tak nampak aku kena balik sebab awal2 pagi nak kena beratur untuk ambil darah .
Mereka tak rasa apa yang aku kena buat every month jumpa doktor pakar .

Yang aku dengar, hanya words ; Huntonnggglaaahhhhh . Hakikatnya aku je yg tahu .

Aku tak suka nak jaja cerita sendiri semata nak tutup mulut orang . Biarlah orang terdekat
aku je yang tau . Dan aku mohon yang dah tau please jangan bantu sebarkan .
Kadang benda tu dah transfer-transfer sampai kat orang last, terus jadi cerita lain . 
Bukan aku tak pernah alami . Bukan Mr KA tak pernah bagitau aku . Lelah wehhh .

Aku bukan nak mengeluh . Bukan tak suka . Aku tak kisah . Cuma kadang aku penat .

Ikutkan aku tak nak bawak kereta . Aku tak suka . Salah satu sebabnya aku ni kaki jalan .
Nafsu asyik meronta je nak berjalan even dalam wallet macam nak kering . 
Tapi sebab aku ada kepentingan aku . Yerlah aku bukan normal sihat sangat macam 
orang lain . Itu pon aku rasa ada hikmah aku dapat dekat dengan rumah .

Jadinya, aku bukan suka hati nak balik rumah selalu . Kadang aku rasa balik rumah
aku dapat hilang stress . Kadang aku rasa kat sana aku takda tempat luahan rasa .
Maybe sebab aku tak ramai kawan . Aku bukan peramah . Aku bukan baik hati sangat .
Aku bukan muka senyum . Aku bukan orang yang suka ambil hati orang lain .
Kayu kot ? Haha -.-'

So memang kerja aku balik rumah jer lah . Tapi biasalah bila balik rumah rasa heaven .
Buktinya sekarang lah, habuk pon tak study apa lagi . Update blog rajinlah pulaaaa .
Siap usha lagi tiket fligt ke Bandung sebab khabarnya mak pak mau ke sana .




 Cehhh flight MAS pon dah jadi macam air asia jugak 
Propaganda je letak harga murah begitu . I tertipuu tawwwwwww . Nyampahsss







No comments: