Saturday, December 29, 2012

kena belajar bersangka baik



Assalamualaikum :)

Salam hujung minggu ! Semenjak final exam ni dah nak menjelmakan diri, hujung mingguku
tak bermakna apa-apa pun . Sadisssss T_T

Mood study ; Subjek Teknologi Maklumat 

Once upon a time . Alkesah bermulalah ceritera seorang gadis yang sangat meminati bidang komputer .
Cita-citanya pada suatu ketika dulu ialah menjadi seorang programmer yang berjaya . Apakan daya,
ketika beliau di form 4, meluahkan hasrat untuk masuk kelas IT, hasratnya telah ditentang hebat oleh
kedua orang tuanya . Oleh kerana tak nak menyesal di kemudian hari, maka beliau dengan paksa rela
memasuki kelas Sains Tulen .

Berpenat lelah selama dua tahun, cita-citanya bertukar untuk menjadi seorang guru, pensyarah ataupun
doktor gigi .  Apakan daya, keputusan SPM beliau hanya cukup makan, dan terus melanjutkan
pelajaran dalam bidang Animal Science . Walaupun pada asalnya beliau TIDAK MAHU LANGSUNG
meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar aliran Sains, namun takdir Allah itu tidak dijangkakan .

Setelah memasuki alam HAIWAN . ehhh . alam SAINS HAIWAN maka beliau menanamkan tekad 
dan azam baru . Beliau memilih untuk mengejar cita-citanya yang kelima iaitu menjadi seorang 
DOKTOR HAIWAN . Namun kita hanya merancang dan berangan-angan, Dia jua yang menentukan .
Atas faktor kesihatan diri, cita-cita kelimanya terpaksa dilupuskan dalam ingatan . Walaupun keinginan
itu ada, namun rezeki ke arah itu tetap tiada . Beliau tidak putus asa . Asalkan ada kaitan haiwan, beliau
sambung pelajaran dengan kurus . ehhh . kursus animal science juga tanpa tittle doctor di hadapan . 

Setelah memasuki semester pertama, beliau mula mengambil subjek berkenaan komputer . Setelah
belajar selama beberapa minggu, beliau mula menyesal tak sudah . Lagi-lagi apabila diberitahu sebenarnya
subjek tersebut boleh diberikan pengecualian sekiranya ada melakukan rayuan . Hal ini kerana beliau 
pernah mengambil subjek tersebut di zaman diploma dahulu kala . Dan beliau merasakan subjek itu 
aga sukar difahami dan susah untuk 'score' ketika exam . Walaupun beliau pernah berkeinginan untuk
menceburkan diri dalam bidang IT, beliau merasakan pada semester pertama ni subjek IT adalah subjek
yang paling dibenci oleh beliau . Hal ini juga berkait dengan kelemahan beliau untuk mengingati notes2 
subjek tersebut yang panjang berjela . Beliau juga lebih meminati ke arah praktikal berbanding teori 
yang memeningkan kepala otak beliau . 

Namun Allah itu Maha Mengetahui . 

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untuk kamu,
dan jangan kamu terlalu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui perkara yang tidak kamu ketahui "
Al-Baqarah ; 126



Setelah belajar sedikit demi sedikit khususnya pada bahagian html, beliau mula menanamkan minat
terhadap subjek yang pernah dibenci suatu ketika dahulu . Bagi beliau, benci permulaan tak semestinya
benci selamanya . Ya dokkk ????
Kini beliau mula sedar dan teringat . Suatu ketika dahulu benda alah ni lah yang pernah diinginkan sangat .
Beliau juga hampir-hampir memasuki foundation di KUIS atau UNISEL dalam bidang IT ini . Namun 
Allah itu adalah sebaik-baik perancangan . Apa yang Dia rancang sentiasa menjadi yang terbaik untuk kita .
Manalah tau permulaan yang sangat diminati dan disukai akhirnya menjadi perkara yang paling dibenci ?

Akhir ceritera, ditegaskan di sini haruslah kita sentiasa bersangka baik tak kira sesama siapa pun 
khususnya Dia Yang Maha Berkuasa . Sesungguhnya setiap jalan hidup kita telah ditentukan dan 
kesemuanya terletak pada diri kita untuk memilih yang baik dan buruk . Nauzubillah . 
Moga kita sentiasa berada di bawah payung lindunganNya dan berada di jalanNya yg lurus, InsyaAllah







(mood menitiskan air mata . mungkin kerana penyesalan atau mungkin kerana menahan mata
yang mengantuk mengadap slide berjumlah ratusan di hadapan lappy . mungkinlah mungkin) *menguap*









No comments: