Tuesday, November 6, 2012

^______^



Assalamualaikum WBT



Kadang-kadang mulut tersenyum ceria,
Namun dalam hati hanya Dia yang tahu ..

Kadang-kadang perilaku berlagak gembira,
Namun derita jiwa tak siapa pun tahu ..

Senyum, tak perlu kata apa-apa ..
Senyum itu sedekah, pengubat jiwa lara ..
Senyum penyembunyi hati jiwa yang terluka ..

Walau apa yang terjadi, bagaimana hebat pun dugaannya,
Kita masih punya ''seseorang''
Dia yang tidak pernah lelah mendengar rintihan kita ..
Dia yang tidak pernah muak mendengar luahan kita ..
Dia yang tidak pernah bakhil memberi ''ubat'' penenang ke dalam jiwa ..

Dia lah segala-galanya .. 
KetentuanNya adalah sebaik-baik kejadian ..
KeredhaanNya adalah sebaik-baik perjalanan ..

Terima kasih Ya Allah ..
Hanya Engkau lah 'pendengar' yang paling setia ..
Tiada apa pun yang mampu menandingiMu ..




'' Moga kebahagiaan itu menjadi milik kita, atau mungkin kau sahaja ''


^_______^



No comments: