Friday, March 16, 2012

sebab kenapa final lebih mudah dari test biasa



Assalamualaikum :)

Woaaarhhhh ! Tak sangka dah lepas azab tiga paper :)
Paper marketing, animal disease and meat production .. Habis je paper Animal Disease rasa macam dah kurang beban 60% dalam kepala otak .. 
Animal Disease killer subjek bagi semester 6 niiii -____________-'
Rasa sadis gilerrr hadap carry mark subjek AD yang tak seberapa ..
Cuma berharap dan tawakal saja lah, hopefully tak fail or jatuh gedebuk gedabak ~ 

Rasa-rasanya kan, sepanjang tiga tahun yang tak berapa nak tiga tahun study kat sini, time adanya ujian dan peperiksaan adalah time yang sangat menyiksakan fizikal mahupun mental ..
Terpaksa berperang dengan nafsu sendiri agar mengabaikan perkara-perkara yang melalaikan dan memaksa diri menghadap nota serta menghafal semua nama-nama pelik virus, bakteria, fungus dan sebagainya -______________-'

Yaaaa dan saya paling lemah jika sesuatu perkataan itu sukar disebut dan kena membelit2kan lidah untuk menghafalnya . Sebagai contoh Mycoplasma Myegridis, Craetagus laevigata, myasthenia gravis, dan sebagainya -,-'
Pernah dulu hampir separuh markah test ditolak hanya kerana salah pengejaan. Bak kata doktor, eja salah walaupun bunyi lebih kurang tetap salah ! Dan itu menyebabkan saya frust menonggeng lebih teruk dari putus cinta -,-'

Dan oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, saya melatih diri sendiri dengan menulis nama-nama yang sangat pelik bin ajaib tu berulang-ulang kali seperti kanak-kanak tadika yang baru belajar menulis dan mengeja . Practice Make Perfect right ? :) Tapi kadang-kadang kalau dah blur blank tu, tak boleh jawab jugak kan ? -,-' 

Kenapa FINAL lebih mudah dari TEST 1 atau TEST 2 ?
Tidak ada sebab yang kukuh dan saintifik mengenainya . Hehe . Sebenarnya sama je kot, kalau study main-main tetap tak boleh jawab jugak kan ? -,-'

Cuma yang mudah sebenarnya adalah dari segi MASA . Why ? Because dalam test 1 or test 2, biasanya masa yang diberi hanyalah sejam atau paling lama pon 1jam setengah . Dan itu membuatkan kita rasa masa itu ibarat road runner yang always lari dari coyote (looney tune) . Bila time final exam, masa yang diberi adalah fix untuk semua batch dan courses . Dua jam biasanya . 

Apa ekstra dapat masa panjang ? Firstly of course la kita dapat buat dengan tenang dan dapat mengulit tangan jemari kita supaya menulis dengan sopan dan cantik . (itupun kalau dapat jawab la,kalau tak dapat jawab macam saya, rasanya bagi lima jam pon tetap tak cukup masa dan tulisan macam ular kena palu) . Anda boleh masih boleh menggaris-gariskan apa yang boleh digaris, letak highlight ker, tukar-tukar warna pen ker . Yerlah, nak tarik minat lecturer kan ? Bak kata Dr Z,bosan tau tak menanda kertas yang warnanya putih, hitam dan biru saja . Tambahan dengan tulisan yang unik-unik ibarat budak baru belajar menulis -.-'

Secondly, kalau tak tahu jawapan atau tak ingat apa yang dibaca ataupun tak pandai nak reka ayat, ada masa lagi untuk fikir-fikir, ingat semula susunan slide dalam nota atau mengiang-ngiangkan suara doktor dalam kepala otak neh . Tak pon masih ada masa nak menggoreng, merebus atau memanggang jawapan-jawapan dalam paper tuh . Kalau masa sejam je ? Tak sempat dek ooiiii . Kau fikir-fikir je dah ambil masa setengah jam, setengah jam lagi nak menulis . Sudahnya benda yang ingat pon jadi tak ingat -__________-'
Sebab tu laaaa pentingnya merangka atau tulis conteng apa2 yang terlintas di fikiran di kertas soalan .

Thirdly, anda masih sempat minum atau makan gula-gula . Hal ni jadi masa exam apa ntah dulu . Seriously lupa nak bawak air atau gula-gula atau cekelat, dan kebetulan pagi tu apa ntah mimpi pergi ambil ubat dulu dan sudahnya aku hampir2 kena hypo pagi tuh . Sumpah menggigil gila tangan, aku rasa doktor tanda kertas aku mesti terbayang2 lukeworm ker,heartworm ker, lungworm ker . Sebab sumpah tulisan aku macam cacing-cacing . Dan ada seorang kawan ni bagitau satu petua . If kita blank, atau blur atau memang otak kosong gila macam tv tak dapat siaran tuh, petua terbaik ialah minum air . Baca basmalah, selawat banyak2, then teguk 2-3 kali air kosong . Air kan berfungsi sebagai metabolism transportation dalam badan kita . Air jugak salah satu bahan yang boleh balance suhu badan kita and dapat membantu kita dapatkan oksigen,sekaligus boleh tambah oksigen ke otak . So if blur atau blank time exam, digalakkan minum air . So bawaklah air kosong masuk exam okey ? :)

Lastly, kenapa final lebih mudah ? Sebab adanya study week before final exam . Huhu . Kalau dimanfaatkan sepenuhnya, maka final exam kita akan lebih mudah dari test2 biasa . Masa test biasa, maybe pagi tu kita ada presentation ker, kelas padat ker dalam minggu tu, kawan ajak pergi berfoya-foya ker, pakwe nak belanja makan ker, family ada pergi holiday manamana ker, then malamnya ada test . Tak ke naya ? Tapi aku rasa, bagi student2 yang 4flat, dean list (3.75 n above) test ker, final ker, sama jek bagi diorang    -___________________-' 
So manfaatkan lah masa anda terutamanya study week . Jangan mudah digoda oleh nafsu seperti owner blog neh . Kang nasi dah jadi bubur, tak boleh nak buat nasi goreng dah ~






Okeylah, jom sambung study Kesihatan Umum Veterinar :) 
Audiooooosssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss ! 











3 comments:

Aweyn said...

best of luck babe! :)

.feyra khamsah. said...

thanks dear ! :D

L said...

huhu.. mmg senang punn

jom tambah ilmu sambungan.=) http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/babi-puncanya.html