Friday, March 9, 2012

FINAL exam FINAL year




Assalamualaikum :)

Lamanyaaaa tak hupdate status, yerlah student FINAL YEAR memang biasanya busy sikit :p

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah dekat tiga tahun stay mencari ilmu kat bumi Bintulu ni . Sedar tak sedar tak sampai sebulan lagi rasanya menghabiskan sisa saki-baki peluang nak menghirup udara UPMKB . Haihhhh pasti bakal merindui segalanya di sini :(

Exam pon laju je dah nak sampai waktu . Huhu . Tak menyempat langsung nak melekakan diri . Almaklumlah, lappy ni banyak benda-benda lagha yang mampu mengkhayalkan mata dan fikiran . Especially RUNNING MAN . Ahhhh sangat menggoda hokey . Kadang-kadang tu sampai terleka terlagha hadap running man sejam sampai 3 episod . Ouhyer dulu saya bukanlah seorang pelayan running man yang tegar, entah sejak bilae entah terjebak dengan kegiatan melaghakan diri . Alahaaaaaaaaaaiiiii .

Bersempena dengan FINAL EXAM untuk student FINAL YEAR ni kan, dengan merendahkan diri yang dah sedia rendah, nak memohon keampunan dan kemaafan kepada siapa-siapa yang mengenali diri EFIRA NABILAH BT KHAMSAH ni . Almaklumlah lidah ni kadang-kadang lebih tajam dari pedang . Bab-bab mengutuk dan mengata orang memang lajuuuuuu je kan ? terus gear 4 takdanya nak start gear 1 dulu . Maaf yerrr -________________-'

Dan andai ada terambil barang, makanan or apa-apa sahaja tanpa ingatan dari diri ini yang dah tua (usia dah 20-an) . Mohon dihalalkan . Sebak rasa hati bila teringat balik kenangan-kenangan sepanjang tiga tahun ni . Gembira, suka, duka, gaduh, pendam rasa, luah cinta, ehhhhhh ? HAHA . Tolong doakan jodoh saya berpanjangan ekk :p InsyaAllah kalau ada jodoh, boleh makan nasi minyak kenduri saya maybe 3-4 tahun lagi :)

Dan kepada kawan-kawan DKHP ker, DPH ker, DPT ker dan yang berpraktikal tuh, GOOD LUCK :)
InsyaAllah moga urusan kita dipermudahkan dariNya . Jangan sia-sia kan 3 tahun kita kat sini, moga kita dapat banggakan parents dengan segulung diploma dan buat mereka happy :)

Tadi lepas jogging rasa macam BANYAK je benda nak tulis kat blog ni, bila dah start menaip, rasa hilang pulak semua idea-idea -__________________-'

Ouhyer, banyak benda nak kena settle . IPTA punya dokumen lah, post barang balik semenanjung lah . Rasanya macam berkotak-kotak nak bawak balik sebab banyak kenangan dengan semua barang-barang tu . Tapi mama kata barang-barang dalam bilik kat rumah pon dah penuh, ni kan pulak nak angkut barang dari sini, jadi apakah bilik tu nanti ? Conform adik membebel-bebel sebab barang banyak mahu tolak ke tepi . Huehuehuehuheeee .






*Tanhniah lah yer sebab berjaya mentransfer RUNNING MAN ke dalam hardisk Mr Kanon . HAHA . Padan muka dah tak boleh melaghakan diri dengan khusyuk menonton RUNNING MAN . Takpe, takpe ada rezeki layan kat rumah . Lagi puas skrin tv lagi besaaaaaaarrr dari skrin lappy . Dah siap-siap suruh adik record every episode . Hihihihihiiiii ~


*Rindu nak menaip entry macam dulu-dulu tapi semenjak usia dah lanjut ni, keinginan asyik terbantut je . Ehhh, dah tua ker ?















No comments: