Sunday, January 1, 2012

jangan mudah membenci





Assalamualaikum :)


Kawan-kawan, sahabat sahabat blogger sekalian ~


Janganlah kita memandang hina pada insan yang sedang lalai, jauh dari agamanya (Islam) 
Siapa tahu, kelak dia balik kepada landasannya, dan menjadi lebih baik dari diri kita ....


Janganlah kita memandang hina orang yang bergelumang dengan maksiat, 
Siapa tahu, kita yang sering solat lima waktu di surau, masjid, bagaimana akhir usia kita ? 


HIDAYAH itu rahsia ALLAH, 

Kasih sayangNya melebihi kemurkaanNya ..



La Takhaf Wa Laa Tahzan, Innallaha Ma'naaa 
(Jangan takut dan bersedih, Sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu)






Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan sesama kita, aku bukanlah sesempurna manusia, dan aku bukanlah sebaik malaikat, tetapi kadangkala aku juga punya akal dan hati untuk diluahkan .. 

Inilah manusia, lebih mudah membenci dari mencuba untuk mendekati dan memperbaiki .. 

Mengapa perlu berkata belakang ? bercerita mengumpat segala keburukan orang jika kita sendiri tak mencuba untuk membimbing dan memperbaiki kelemahan diri mereka yang tersasar jauh dari landasan ?

Semua manusia punya kelemahan, selemah-lemah manusia namun punya juga kelebihan tersendiri ..

Jangan hanya pandai memandang benci, mencaci maki, memerli merli sedangkan kau tidak pernah cuba untuk memimpin dia ke arah kebaikan .. 

Jangan pula suka bercerita mencanang-canang kisah manusiamanusia lain kerna aku yakin, kelak benda tersebut berlaku kat atas diri kita sendiri .. Mungkin sama seperti apa yang kau canangcanangkan kisah orang dan mungkin juga lebih teruk lagi .. What goes aroung, comes around .. Jangan disalahkan orang lain jika perkara tersebut berlaku kat diri sendiri ..

Last but not least, samasamalah kita memperbaiki diri kita untuk samasama memberi bimbingan kat orang lain .. Aku bukanlah sebaik merekamereka yang lain tapi hati kecilku kadangkala menangisi setiap apa yang telah aku lakukan .. Aku tidak mampu untuk membimbing apatah lagi memperbaiki kerna diri ini masih banyak lagi perlu diperbaiki .. Tetapi bersangka baik itu kadangkala dapat membendung hati kita dari membenci .. 





* Maafkanku, kerna terpengaruh dengan merekamereka yang kurang menyukaimu .. Maafkanku kerna terleka dan teralpa dari kebaikan yang kau pernah lakukan padaku .. Kau kenalan yang baik .. Mungkin tidak pada matamata mereka yang lain, tapi iya dari pandangan mata hatiku .. Maafkanku kerna bersubahat, berdosanya aku kerana bersangka buruk denganmu .. :'(

























No comments: