Thursday, January 19, 2012

hidup bila tiada fb



Assalamualaikum ~



Zaman moden era IT ni, penggunaan laman sosial teramatlah meluas . Especially penggunaan mukabuku . Sampaikan aku rasa segala maklumat tentang kelas, assignment, report amali, blablablaablaa semua update kat fb . Kalau takde fb tuh, memang masak laa . Lagi-lagi kalau takde siapa yang baik hati sudi bagitau kelas batal ker, kelas tukar tempat ker, lecturer datang lambat ker dan sebagainya . Maklumat2 pasal exam or assignments pun banyak hupdate by fb jek . Eish tahu tak aku baru tak usha fb tak sampai 24jam macam-macam *bendasuwei* aku dapat ? #sigh




Pagi tadi tengah syok syok membuai mimpi bertinju dengan orang, tup tup dapat calling dari one of my coursemate .. Beliau tiada mukabuku makanya beliau tak tahu pun yang pagi ini tiada kelas Kesihatan Umum Veterinar . Dan dengan itu beliau menelefon aku dan bertanya kelas ada or tak, kelas kat mana ? Then aku mamai2 jawab, 




'' Ehh Tikah (bukn nama sbenar), pagi ni takde claz ! Sorry sangat333 lupa inform Tikah . Tikah kat mana ni ? Kt kelas dah ker ? ''




Dan aku ? serba salah hingga tak mampu nak sambung mimpi bertinju dengan orang #sigh




See ? Contoh yang nyata bila tiada fb ataupun tak hupdate dengan perkembangan fb ..




Then semalam masa amali Akua, aku dengan selumber dek dek nya jalan pantas menuju ke dewan taklimat . Konon rushing dah terlambat la kan . Haaa nasib baik telinga aku masih berfungsi dengan baik bila sorang coursemate aku berteriak panggil nama aku ..




'' Firaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! kelas tukar kat BK2 laaaaaaaa ~ ''




Dengan muka tak bersalah then tersengih macam kupang separuh busuk, aku pon berpatah balik menuju ke BK2 . Dan tak silap aku, Dewan Taklimat tu ada orang guna buat program apekejadah entah . Bayanglah kalau aku dengan selumbernya masuk Dewan Taklimat tu ? Malu tak ? Maluuuuuuuu laaaa weyyy #sighagain




Dan banyak banyak lagi laaaaa perkara-perkara yang telah pon berlaku sebelum sebelum ini . Kadang-kadang tu tercengang-cengang tau tak bila orang sibuk dok bercerita-cerita benda yang kita tak tahu melalui fb . Lagi bengang bila orang kata kita ni tak huptodate . #apekahh???




So secara kesimpulannya, follow laa perkembangan fb agar tidak tersilap masuk kelas, tidak menjadi tipah tertipu dan sebagainya . Selain menjadi medan untuk berkongsi maklumat, fb juga adalah medan luahan perasaan dan sindir menyindir . Ye kannn ? Yelah sebab aku pon selalu buat laa jugak . Seronok jugak kalau terkena batang hidung sendiri .










# Ouhyer ada perkhabaran gembira, kelas Kesihatan Umum Veterinar petang pon cancel ! Hoyeaah hoyeaaaahh . Jom isi borang UPU ?!?! 


# Aku suka layan twitter Imam Muda Asyraf sbb kadangkadang ustaz suka buat lawak even ada jugak orang suka tanya soklan yang budak sekolah rendah pon tau . Tapi bak kata ustaz, tak semua berpengetahuan mendalam selok belok agama ni kan ? Aku respect lah insan2 yang bertanya tu dari orang-orang yang tak tahu tapi buat-buat tahu *sombongbodoh* namanya ..


# Aku memang jahat, sekian ~ 









































2 comments:

ezaezora rahim said...

lelaju sikit isi upu huhuh

.feyra khamsah. said...

hahaaaa, takmaaauuuu ! :P