Tuesday, November 29, 2011

sila serik !




Assalamualaikum ~~~







mata kuyu, lesu dan seolah-olah mengantuk sepanjang masa  -,-
(akibat fokus pada lappy dalam jangka masa yang lama)






Sakit pinggang dan back hurt yang peringkat separa kronik oleh kerana terlalu lama duduk kerusi dan menghadap lappy untuk siapkan slide LI        ~,~




moral of the story : prepare slide awal-awal agar tidak merana di kemudian hari ~ dah dua kali kes berulang tak pernah serik2 kan ?!?!?!?!?! 
*marah diri sendiri





p/s : kau selalu tak puas hati bila org memekak,tapi kau dua kali lima je der ! memekak jugak~tolong hormat privacy orang lain der, please boleh ? perangai kau kdg2 sangat mengannoyingkan laa walaupun alu tak kenal kau lama dan rapat pon, tapi kdang-kadang jelik rasanya ! uhhh aku memang tak layak nak judge kau tapi aku rasa aku dah mampu nak teliti diri kau tuh melalui pandangan luaran dan cara kau ~ mood amarah !




Tuesday, November 22, 2011

wordless Wednesday ; don't worry, be happy :)










And don't forget, Allah is always be there :') Keep prays and make doa,InsyaAllah ~




Don't worry people ! BE HAPPY :) 







Monday, November 21, 2011

karma kot ?





Assalamualaikum :) 






WHAT GOES AROUND, COMES AROUND ~






Famous betul pepatah mat salleh kat atas ni kan ? Kalau bahasa melayu nya berbunyi, 






ADA UBI ADA BATAS, ADA HARI PASTI TERBALAS ! 






Hukum karma, biasalah ~ Kalau buat baik, dibalas baik .. Macam tu jugak sebaliknya kan .. 









' Maaf, GAMBAR tiada kena mengena dengan siapa'



Okey, bayangkanlah situasi diatas . Gadis bertudung biru sedang dilanda ujian, di mana dia diuji dengan perangai manusia yang pelbagai ragam . (Kita assume sajalah si tudung biru itu ditikam belakang oleh kawan baiknya sendiri) . Then dia pon bercerita kepada si tudung kuning (mungkin temannya,mungkin juga rakan sekelasnya) . Then bermulalah adegan bergossip, carut mencarut, tuduh-menuduh dan seangkatan dengannya laaa . Bila cerita dah berterabur, maka timbul lah cerita dari mulut turun ke jari lalu ditaip ke laman sosial, maka satu dunia tahu si tudung biru ini ditikam belakang oleh kawan baiknya sendiri ~

* Kenapa aku rasa cerita aku kat atas sangan pening untuk difahami ? -,-'


Okey, buat-buat faham sudahlah . Bila cerita tersebar, ramai yang berteka-teki, ramai pulak yang cuba menelaah dan meneka apa yang mungkin terjadi . Tidak ramai yang mencurah petrol ke api dan menokok nambah kehangatan cerita tersebut . 

Ayat yang paling common, WHAT GOES AROUND, COMES AROUND ~


'' Haaaaaaaaaa takpelah Bedah ! Si Joyah tu aderlah benda tak elok tuu jadi kat dia nanti ! Dasar 'tuutttttttt' tak sedar diri ! ''


'' Takpe, benda buruk dia buat, buruklah dia dapat ! ''


'' WGA,CA ~ Jangan risau Bedah, si Joyah tuuu memang macam tuuuu ! Tengoklah nanti dia dapat balasan lagi teruk ! ''


See ? Itulah komen-komen yang dapat kita lihat reaksi kawan-kawan si tudung biru itu tadi . Memang betul, kita cuba nak buat si tudung biru itu reda, tenang, dan cuba ingin membantu .. 

Tapi sedar tak kita, secara tak langsung, kita mendoakan benda tak baik berlaku kat kawan kita sendiri, saudara islam kita sendiri ! Kenapa tak kita cuba menjernihkan keadaan ? Tanya kedua-dua pihak . Mungkin di belah sini lain katanya, si belah sana lain pulak jawabnya .. 

Kadang-kadang jugak, apa yang berlaku kat kita ni, balasan dan peringatan untu diri kita sendiri .. Kita ni hambaNya, penuh dengan kekhilafan dan kelemahan diri .. Bila sesuatu ujian berlaku, tandanya Dia nak kita renungkan diri kita sendiri, bukan mencari kekhilafan orang lain .. Apa yang kita dah buat, mungkin kita pernah buat benda yang menyakiti hati orang, melukakan hati orang, tanpa kita sedari . Jangan hanya menilai buruk orang lain, nilailah buruk baik diri kita ni . 

'' Kenapa benda ni jadi kat aku ? Ada sebab Allah turunkan ujian ni ? ''


Dalam erti kata lain, maybe ujian ni HUKUM KARMA untuk DIRI KITA SENDIRI ???


TEPUK DADA, TANYALAH HATI ~


Sekadar renungan bersama, saya pon manusia biasa juga, ampuuuunnnnn :)











Saturday, November 19, 2011

rindu !



Assalamualaikum :) 

Biarlah gambar-gambar menceritakan segalanya ~
















Gambar si Owen dan adik comelnya next entry lah ! 
Lawas, I Miss Youuuuuuuuuuuuuuuuuu ! 

Wednesday, November 16, 2011

16112011 :') selamanya,insyaAllah ~








Assalamualaikum :)





Short entry for this wednesday :')

Alhamdulillah, thanks Allah cause lend me this person :') InsyaAllah aku sentiasa berdoa semoga dia menjadi milikku selamanya, menjadi yang halal untukku, menjadi pembimbingku ke jalanMu yang lurus, dan menjadi pendidik kepada anak-anakku :)


Hopefully happy ending berlaku antara kami,InsyaAllah :')


Terima kasih Mr KA kerana, sudi melayan kerenah saya, bersabar dengan perangai saya, sudi menerima segala kelemahan dan kekurangan saya, sanggup menerima takdir bahawa saya insan berpenyakit, banyak bersusahpayah dan berkorban untuk saya, dan sanggup memperbetulkan diri saya yang serba kedaifan dan membawa saya keluar dari zaman jahiliah, semuanya dengan kehendak dariNya :')


Saya mahu awak untuk 2tahun ini, tahun-tahun seterusnya, dan insyaAllah selamanya di dunia dan di akhirat kelak :') 


Aishiteru ~ Saranghaeyo my yeobo ~ ^_^





Yang ikhlas, Nabilah ~

















Monday, November 14, 2011




Assalamualaikum :)


EHEM, short entry . Malas lah pulak kan nak taip panjang-panjang . Otak dah tepu sebulan lebih tak menaip entry . Almaklumlah,jadi pekerja ladang sebentar :) Line phone susah dapat, kredit pon cun-cun je cukup call family (yelaaa sangat) then berukband pon susah dapat line . Aderla sekali dua online pakai phone tapi cekik darah la kan celcom tarik kredit . Sioottt gilaaa 
-_____________-'

Maybe situasi aku ni menyebabkan ada yang salah faham . Okey takpe, manusia memang hanya pandai membuat andaian tanpa bertanya berterus-terang . Senyum sahaja, tak perlu berkata apa-apa :) Okey, this sem, FINAL SEM for the FINAL SEMESTER ! InsyaAllah mudah-mudahan segalanya dipermudahkan olehNya . Jatuh tak semestinya tak boleh bangkit kembali,cuma perlukan ruang dan masa . Alhamdulillah dah boleh merangkak sikit-sikit :) FIGHTING !!! Nampak macam dah terlambat, tapi mana ada usaha yang terlambat untuk mencapai kejayaan kan ? 


Ouhh ada buah tangan sikit dari Lawas,sekadar penghias entry sahaja :P 
Nak upload banyak-banyak nanti ambil masa pulak lah .. Gambar ni pon bolehlaaa ;D 






Sekadar gambar hiasan ~ Teeetttttt wajah-wajah anak dara sunti di pagi hari raya Aidiladha :)






Last but not least, nak bagi sedikit pendapat, bagi aku pelayar tegar laman sosial mukabuku, aku rasa ......




'' LAMAN SOSIAL bukanlah satu MEDIA TERBAIK untuk BERBAIK ''



Nak terima pon boleh, taknak terima pon tak apa :) Sekadar pendapat . Aku dah lalui BANYAK PENGALAMAN melalui laman sosial neh . Kadang-kadang aku rasa laman sosial ni lah yang menambah memburukkan lagi keadaan kan ? Kadang-kadang gurauan pon disalah ertikan, situasi diputar belitkan, keadaan sengaja dicanang ke sana-sini menjadi semakin besar dan besar . Walhal perkara kecil yang boleh dibawa bincang bersama, menjadi semakin rumit ~ Pencampuran manusia-manusia yang pada asalnya tidak tahu menahu, menjadikan situasi semakin ekstrim . Haiihhh dunia-dunia ~ Sebab itulah kadangkala berdiam diri lebih baik . Bersangka baik kan bagus ? :)









*see my next entry lah nnt I post pasal 'anak-anak' I pulekkkk ;P