Monday, November 21, 2011

karma kot ?





Assalamualaikum :) 






WHAT GOES AROUND, COMES AROUND ~






Famous betul pepatah mat salleh kat atas ni kan ? Kalau bahasa melayu nya berbunyi, 






ADA UBI ADA BATAS, ADA HARI PASTI TERBALAS ! 






Hukum karma, biasalah ~ Kalau buat baik, dibalas baik .. Macam tu jugak sebaliknya kan .. 









' Maaf, GAMBAR tiada kena mengena dengan siapa'



Okey, bayangkanlah situasi diatas . Gadis bertudung biru sedang dilanda ujian, di mana dia diuji dengan perangai manusia yang pelbagai ragam . (Kita assume sajalah si tudung biru itu ditikam belakang oleh kawan baiknya sendiri) . Then dia pon bercerita kepada si tudung kuning (mungkin temannya,mungkin juga rakan sekelasnya) . Then bermulalah adegan bergossip, carut mencarut, tuduh-menuduh dan seangkatan dengannya laaa . Bila cerita dah berterabur, maka timbul lah cerita dari mulut turun ke jari lalu ditaip ke laman sosial, maka satu dunia tahu si tudung biru ini ditikam belakang oleh kawan baiknya sendiri ~

* Kenapa aku rasa cerita aku kat atas sangan pening untuk difahami ? -,-'


Okey, buat-buat faham sudahlah . Bila cerita tersebar, ramai yang berteka-teki, ramai pulak yang cuba menelaah dan meneka apa yang mungkin terjadi . Tidak ramai yang mencurah petrol ke api dan menokok nambah kehangatan cerita tersebut . 

Ayat yang paling common, WHAT GOES AROUND, COMES AROUND ~


'' Haaaaaaaaaa takpelah Bedah ! Si Joyah tu aderlah benda tak elok tuu jadi kat dia nanti ! Dasar 'tuutttttttt' tak sedar diri ! ''


'' Takpe, benda buruk dia buat, buruklah dia dapat ! ''


'' WGA,CA ~ Jangan risau Bedah, si Joyah tuuu memang macam tuuuu ! Tengoklah nanti dia dapat balasan lagi teruk ! ''


See ? Itulah komen-komen yang dapat kita lihat reaksi kawan-kawan si tudung biru itu tadi . Memang betul, kita cuba nak buat si tudung biru itu reda, tenang, dan cuba ingin membantu .. 

Tapi sedar tak kita, secara tak langsung, kita mendoakan benda tak baik berlaku kat kawan kita sendiri, saudara islam kita sendiri ! Kenapa tak kita cuba menjernihkan keadaan ? Tanya kedua-dua pihak . Mungkin di belah sini lain katanya, si belah sana lain pulak jawabnya .. 

Kadang-kadang jugak, apa yang berlaku kat kita ni, balasan dan peringatan untu diri kita sendiri .. Kita ni hambaNya, penuh dengan kekhilafan dan kelemahan diri .. Bila sesuatu ujian berlaku, tandanya Dia nak kita renungkan diri kita sendiri, bukan mencari kekhilafan orang lain .. Apa yang kita dah buat, mungkin kita pernah buat benda yang menyakiti hati orang, melukakan hati orang, tanpa kita sedari . Jangan hanya menilai buruk orang lain, nilailah buruk baik diri kita ni . 

'' Kenapa benda ni jadi kat aku ? Ada sebab Allah turunkan ujian ni ? ''


Dalam erti kata lain, maybe ujian ni HUKUM KARMA untuk DIRI KITA SENDIRI ???


TEPUK DADA, TANYALAH HATI ~


Sekadar renungan bersama, saya pon manusia biasa juga, ampuuuunnnnn :)