Saturday, July 2, 2011

pasrah atau redha ?




Assalamualaikum (:


Lamaaaa tak menghupdate blog kan . Busy jek memanjang . ke ladang, ke kandang . nasiblah orang belajar kat fak pertanian belajar pulak pasal kehaiwanan . ni lah rutin harian dan mingguan yang memang dah termaktub dalam jadual . redha je la kan ?

Okeyokey bukan nak cerita pasal jadual ke hape ker . Hmmm tengah syok tengok drama 1 litre of tears . Actually dari sem lepas lagi dok mencari drama neh . Alhamdulillah de gak member yang ada cerita nih . Movies jipun *bak kata sabahan* memang mantaapp lagi-lagi yang motivated macam ni . Ada tiga lagi movies pasal motivate yang aku penah tengok dulu . Seriously sedikit sebanyak ada jugakla buat aku berfikir, termenung dan bertekad .




Cerita ni mengisahkan seorang gadis yang baru berusia 15tahun yang telah disahkan menghidap penyakit berkaitan neuron dia . Spinal Cerebellar Degeneration which is something wrong dengan cerebellum dia . Sadly beliau seorang yang sangat aktif dan pandai . *errr aku rasa rata-rata movie jepun buat macam tu, budak tu mesti aktif dan genius* . Tapi ni memang KISAH BENAR . Hasil yang diambil dari diary mendiang pesakit ni sendiri .



Bila kita ditakdirkan untukk terima ujian berat macam ni, apa yang terdetik dalam fikiran dan hati kita ? Akal fikiran yang waras cuba untuk ambil positif tapi kadangkala hati berdetik sesuatu yang berbentuk negatif . Itulah mentaliti . Yang penting kita kena REDHA . Yess memang amat sukar kita nak redha . Sama macam aku . Mula-mula dapat tau disease yang aku ada, aku susah nak accept . Just like Kitou Aya . Selalu terfikir, why this disease choose me ? Why not others ? Did i have enough strength to overcome all of the things ? Allah tak adilkah ?

Day by day, lepas hampir dua tahun aku hadapi, makin banyak kesan impak penyakit, aku makin pasrah dan redha . Not only pasrah dan menyerah kat Dia hundred percent . Tapi kita kena ikhtiar . Usaha dan akhirnya baru tawakal dan berdoa yang terbaik untuk diri kita sendiri . Susah ? Senang ? Entahlah . Memang banyak dugaan . Aku sendiri hampir ambil masa dua tahun .

But I knew it, Allah itu Maha Mengetahui . Setiap hamba pasti ada ujian yang tersendiri . After hayati betul2 cerita 1 Litre of Tears nih, aku mula sedar . Usaha diri sendiri untuk overcome disease yang dihidapi lebih penting berbanding mengharap doktor, atau orang lain yang bagi belas ihsan kat kita . ITS FINE IF I'M IN PAIN BY MYSELF . Bukan nak berlagak sendiri pandai jaga diri . Tapi manusia kan ? Sebaik-baik dia nak take care a lot kat kita, sampai bila ? One days aku rasa mesti manusia akan fed up . In case kalau kita lebih berputus asa, for sure mereka akan fed up nak jadi pemangkin semangat kita . So, MOVE ON ! Yang penting kita REDHA .

So guys, if something yang kita tak sangka, kita kena redha . Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang . Dia tahu yang terbaik (: Kadang-kadang ujian tu yang membimbing kita menjadi insan yang lebik sempurna . Ujian yang membuatkan kita kenal siapa diri kita yang sebenar . Ujian yang melatih hati kita tanam sifat kesabaran tan tawaduk dalam setiap keadaan .
Haaaa, jangan lupa saksikan 1 litre of Tears yang not bad dan insyaAllah motivate kat diri (:





TerimaKasih Daun Keladi sudi baca this entri ! (;


No comments: