Monday, July 11, 2011

HAKIKAT itu PAHIT


Assalamualaikum ..

Berhabuk sungguh blog nih . Busy yang amat sampaikan aku dapat rasa badan aku menjerit-jerit terlolong mintak untuk berehat . Bukan penat fizikal tetapi penat otak berfikir dan mental yang tertekan oleh longgokan assignment dan laporan yang perlu disegerakan . Inilah HIDUP .


Ehm . HAKIKAT itu kadangkala PAHIT untuk ditelan kan ? Aku rasa aku dah mula rasa kepahitan HAKIKAT tuh . Tak perlu berselindung, tak perlu berlakon seolah-olah ianya manis .




Ehmm . Umpamakan kita berada dalam satu konflik jiwa . Sang kekasih atau suami telah membuatkan kita kecewa dengannya . Tak kisahlah curang ker, hape ker . Yang penting, hati kita kecewa . Tapi kita kan perempuan, hati perempuan diumpamakan macam kerak nasi . Kelak lembut juga . Tapi kerak nasi dibiar berbulan-bulan susah jugak mau lembut bukan ?

Okey, kisah diteruskan bila sang arjuna/suami berjaya pujuk kita . Berjaya kononnya buat hati kita dah tak kecewa . Berjaya buat kita menyayanginya semula . Tapi hubungan kita rasanya ada macam dulu tak ? Lagi-lagi masalah curang nih . Ada ker ? pasti HAMBAR bukan ?


Begitulah perumpamaan bagi kisah aku . Bukan kisah aku dan Mr KA . Atau sesiapa sahaja yang bergelar sang arjuna . Tapi ini kisah tentang KITA . KITA yang dahulunya GEMBIRA . KITA yang dahulunya SUSAH dan SENANG bersama . KITA yang dahulunya saling lengkap melengkapi . KITA yang dahulunya BERGELAK KETAWA bersama . KITA yang dahulunya TERSENYUM GEMBIRA . KITA yang dahulunya sering BERGURAU SENDA . KITA yang dahulunya sering berJANJI sesama lain . KITA yang dahulunya pasti menangis kerana HUBUNGAN JIWA yang terjalin mesra .


KITA yang dahulunya pasti ada perselisihan faham . KITA yang dahulunya berlarutan perselisihan faham . KITA yang dahulunya sering berburuk sangka . KITA akhirnya TIDAK BERTEGUR SAPE . KITA yang akhirnya umpama MUSUH KETAT . KITA akhirnya tidak memandang satu sama lain . KITA yang akhirnya bagai TIDAK PERNAH BERSAMA . KITA yang akhirnya bagai BUKAN KITA .


Alhamdulillah . KITA akhirnya kembali menjadi KITA yang dulu . Tapi tidak sepenuhnya KITA yang dulu . Kerna HAKIKAT itu memang kadangkala PAHIT untuk diterima . Tidak semua HAKIKAT itu MANIS . KITA mampu BERGELAK KETAWA . KITA mampu BERGURAU SENDA . Tapi KITA yang sekarang sudah tidak mampu menjadi KITA yang DAHULU . Itulah HAKIKAAT yang PAHIT untukku TELAN dan HADAPI . Tak perlu MARAH, tak perlu MELATAH . Kerna inilah HAKIKAT SEBENAR . Walaupun KITA tetap mahu menjadi seperti KITA yang dahulu, KEJANGGALAN jelas terasa . Benarlah kata orang, KENANGAN LALU SUKAR BERULANG . KITA tetap KITA (:







P/S ; is currently listening to a song named 'SAHABAT' by Aizat AF and suddenly the tears rolls down my face . I hate it . Really hate it because it makes me remembered all the memories :'(


1 comment:

shazzy :) said...

salam babe, jom la join http://senozea.blogspot.com/2011/07/shes-no-you-giveaway.html :)