Tuesday, January 21, 2014

kisah khailan dan ikan masin tawau


Hai, assalamualaikum

Walaupun heboh pasal kangkung 2-3 hari yang lepas, kali ni malas nak story pasal kangkung . Sebab family aku bukan pencinta kangkung yang tegar . Hikhookkk . Kami lebih menggemari khailan berbanding kangkung . Maybe masa kecik2 kami adik-beradik sering tercekik kangkung . Kalau kat luar pun still order khailan nope kangkung . Begitulah fanatic nya kami pada kangkung ehh khailan .


haaaa ini lah KHAILAN bukan KANGKUNG . ihsan dari sini 




haaaa ini lah KANGKUNG . kangkung goreng belacan . bukan kangkung Najib yer . tapi memang tak dinafikan kangkung dan najib berpisah tiada lagi . huaaahuaaaaa . ihsan dari sini jugak 



Semalam, ayah balik dari Tawau atas urusan kerja . Lepas pickup dari kLia, adelah beberapa buah tangan dari sana . Ayah memang perangai macam ni, mungkin kerana dia seorang 'ayah', maka sikap semulajadinya macam ni . Walaupun dah berpuluh kali dia pergi Sabah, kami pon sering ke sana, tetap dia belikan sesuatu dari sana . Asalkan bukan tangan kosong . Itulah istimewanya seorang insan bergelar ayah :')

Maka nya beliau membawa pulang sebungkus ikan masin tawau dan beberapa bungkus seaweed . Pagi tadi, seperti biasa, beliau akan beli barang untuk dimasak . Salah satu perangai ayahku ini, beliau never, never and never bagitau beliau nak makan apa . Tapi satu anak beranak dia dah faham, apa yg dia beli dari pasar, sebenarnya itu lah yang dia teringin nak makan . Alhamdulillah beliau takdela cerewet mana .

So pagi tadi ada 3 ikat khailan beserta 3 keping tempe . Tempe adalah makanan ruji kami sebagai keturunan jawa . Haha . Setelah berfikir sejenak, maka terhasil lah idea memasak sup ayam + khailan tumis . Sebenarnya sejujurnya aku lupa sangat333 yang ayah ada membawa pulang ikan masin dari tawau . So dengan senang hatinya aku masaklah khailan tu tumis sos tiram . Tiada langsung unsur ikan masin di dalamnya . Seusai maghrib, bapaku pulang dari kota la la la lalaaaa . Lalu beliau terus ke dapur seperti biasa untuk melihat menu yang ada . 

" Siapa masak sayur tu Tan?" 
" Intan la, kenapa?masin ke?"
" Kan ada ikan masin semalam ayah bawak balik . Sebab tu pagi tadi ayah beli khailan..."

Pada mulanya aku agak blur . Bukan agak, tapi memang blur . Bila masa ayah aku beli ikan masin ???
Okey fine aku terlupa langsung tentang ikan masin tawau tersebut . Mungkin sebab masih berbungkus dalam surat khabar di dalam peti ais . Seingat aku hanya ada terubuk masin yang ku beli dari Kuching dulu .
Nahhh terasa bersalah di situ . Bersalah kerana tak pandai nak tangkap apa yang ayah nak makan dan bersalah sebab malas sangat nak selongkar peti ais kat rumah . Peti ais dua bijik menambahkan kemalasan aku nak menyelongkar . Makanya aku pon berjanji untuk memasak khailan ikan masin pada esok harinya . Ataupun kangkung ikan masin? Wait and see sajelah . Weheeeeee :)



Marilah berbakti kepada orang tua, bukan pada ibubapa sahaja, nenek atok makcik pakcik semualaah :)
Renung2kan dan selamat beramal ! Wasalam ~




No comments: