Monday, June 3, 2013
Baginda sayang kita semua
3 Jun 2013
Assalamualaikum :)
Permulaan hari yang agak memenatkan, baru selesai pulang dari field trip di PD..
Terima IM dari seorang rakan, sebuah video tentang pelajar yang bermimpi menemui Rasulullah . Oleh kerana line Usempot yang tak habis-habis semputnya, lalu aku buka sebuah website yang menceritakan benda yang sama .
Ingin aku kongsikan pengalaman saudari Syamimi yang diberi nikmat oleh Allah . Nikmat kesakitan yang bertahun-tahun beliau tanggung, dibalas dengan nikmat ketenangan selepas bermimpi berjumpa Rasulullah SAW . Setiap kesabaran itu Allah pasti gantikan balik dengan ganjaran yang berganda2 besar . Allahuakbar :')
Malas nak taip panjang-panjang, bolehlah KLIK sini :)
Selepas baca, hati sebak . Lebih sebak dari sebak putus cinta . Kasih sayang Rasulullah SAW tak terbayar dari kita . Sehinggakan nyawa di hujung halkumnya, baginda masih mengingati kita . KITA????
Apa yang telah kita buat selama ni untuk baginda ? Apa yang telah aku buat selama 22 tahun ini ???
Sedih rasa hati . Baru diuji sikit dengan Allah, hati dah memberontak . Malunya aku pada Rasulullah SAW . Hebatnya dugaan yang baginda terima sejak dari baginda belum dilahirkan lagi .
Aku hidup dengan keluarga yang hampir sempurna, kasih sayang yang melimpah, kawan-kawan sekeliling, makan yang tak pernah tak sedap, duit yang sentiasa ada, kemudahan di sana sini, sesak yang seringkali berpenghujung, NIKMAT Allah tak pernah putus . Tapi aku LALAI, LEKA, ALPA ! Hidup di dunia yang dihujani segala nikmat duniawi yang takkan pernah padam . Aku lalai untuk ikut segala sunnah baginda agar sentiasa BERSEDERHANA . Aku lupa masih ramai lagi yang menderita . Aku lupa masih ramai yang memerlukan nutrient yang mencukupi, bukan sekadar makanan sedap sahaja .
Aku leka, leka dengan permainan duniawi . Aku alpa tugas sebenar Allah hantar aku atas dunia ni . Aku jadi lupa yang asal semua ni hanyalah atas belas ihsan dari Allah sahaja . Aku lupa nikmat yang Allah bagi ni dalam sesaat, sekelip mata sahaja boleh ditarik balik . Allahurabbi, kerdilnya hambaMu ini :'(
Marilah kawan-kawan bloggerku sekalian, cubalah kita renungkan setiap pengorbanan Rasulullah, kesakitan baginda, keperitan dan kepayahan baginda dalam menegakkan agama Allah . Kasih sayang baginda yang tiada berpenghujung untuk kita, hatta umatnya yang tak pernah baginda jumpa . Baginda tunggu kita, tunggu kita kat akhirat kelak . Moga kita semua mendapat syafaat baginda SAW .
"Ya Rasulullah, aku sangat, teramat merinduimu :')"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment