Tuesday, June 5, 2012

aku bukan seperti itu




Genap seminggu aku resign . Yer, aku sudah menjadi penganggur semula . Duduk di rumah, menghabiskan beras dan makanan, serta berlatih menjadi seorang suri rumah yang berjaya kelak .


Mesti ramai yang memperlekehkan aku . Yerlah, kerja sebulan je? Macam tak boleh nak bergelar insan bekerjaya je gamaknya . Tapi aku ada alasan-alasan aku sendiri yang kukuh . Bukanlah untuk dijadikan alasan aku resign, tapi alasan-alasan itu yang menyebabkan aku mengambil keputusan untuk berhenti dari pekerjaan yang aku lakukan sebelum ini . Bukan kerana gaji . Alhamdulillah gaji yang pihak majikan beri padaku amatlah lumayan, memang agak setimpal dengan kerja dan tanggungjawab yang aku lakukan selama sebulan itu . Kadangkala memanglah gaji ni diberi berdasarkan kelayakan atau lulusan kita . Tapi kalau dah kelulusan tinggi melangit, buat kerja macam hampeh, tak guna juga kan ?

Aku bukan mahu mengata sesiapa, tapi aku mahu memperkatakan tentang diri aku sendiri . Yelah seorang yang berkelulusan diploma tetapi banyak benda yang aku tak tahu bila terlibat dalam bidang yang aku ceburi . Mungkin jugak sebenarnya aku tak banyak terlibat dalam 'small animal practise' berbanding dengan livestock management sewaktu belajar dulu ? Mungkin jugak  sebab aku belajar under fakulti pertanian, bukan fakulti perubatan veterinar . Entahlah . Yang pasti aku banyak belajar benda baru sewaktu bekerja di klinik dulu . Alhamdulillah, aku rasa majikan aku banyak bersabar dengan aku yang agak 'pending' sikit ni . Yerlah, sewaktu belajar dulu pon aku memang masalah bila ada je soalan tentang ubat-ubatan, penyakit dan alat-alat surgery . Mungkin juga terlalu banyak input yang perlu disumbat dalam tempoh beberapa hari training, dan aku bukan lah seorang yang cepat pick-up seperti seorang pekerja tu .

Menyesal ? Alhamdulillah setakat ni aku tak terdetik pon rasa kesal, menyesal atau sesal dengan keputusan yang aku buat ni . InsyaAllah perasaan tu tak akan datang di masa mendatang . Mungkin ada yang berpendapat aku terlalu ikutkan hati dalam membuat keputusan . Tapi apa orang kata, kita tak boleh halang . 

Aku taknak terlalu obses untuk bekerja dalam bidang aku, sehingga aku lalai dengan tujuan utama aku atas muka bumi ni . Bukan aku nak salahkan tempat kerja yang buatkan aku macam tu, sebenarnya itu semua atas kesilapan aku yang tidak pandai menguruskan diri dengan bijak . Tapi yerlah, 1st time bekerja, terus dihambat dengan pekerjaan yang seberat itu, mungkin lebih mudah dikatakan aku ni umpama terkena 'culture shock' . Aku lalai dan mula meringan-ringankan benda yang sepatutnya menjadi keutamaan dalam hidup aku . Bila dah lalai dan leka, hati pon senang dipaut oleh syaitan2 durjana. dan bermula lah episod menambah dosa ... Dan mungkin juga ulang-alik sejauh sejam membuatkan aku cepat letih dan penat sehinggakan aku mengambil ringan perkara sepenting itu dalam rutin harianku ..

- bersambung - 



* Cehhh ada pulak bersambung-sambung -.-' Padahal kepala dah ke arah lain ~ Jum layan running man lagikkkk ~







1 comment:

Hanie Abd Hamid said...

Kuatkan hati beb... pengalaman mengajar kita kan syg