Sunday, April 1, 2012

si penganggur


Alhamdulillah :D

30 mac hari tu selamat sampai kt kLia . Sebak sangaaatt masa depart dari Bintulu Airport . Mengalir airmata . Tskktskk . Sayu mungkin ? Yerlah dah macam-macam experiences, bad and sweet memories . Bumi Bintulu dah mengajar saya macam-macam erti hidup sebagai seorang hamba yang kerdil atas muka buminya ni :') Kat sana jugaklah saya kenal dengan lebih mendalam salasilah perangai dan habit manusia-manusia atas muka bumi ni . Mana kaca, mana permata . Mudah dimadahkan, tapi nak menilai dan membezakannya memang sangat sukar :')

Sesampainya di rumah, saya menjadi amat jakun (bak kata adik) . Sebab rumah ni dah jadi macam rumah orang lain -,-' . My mom and dad dah tambah bahagian tepi, then dapur dibesarkan . Pening pulak first time masuk haritu . Sampai tak terbayang dah design rumah lama . Yerlah, setengah tahun tak balik, macam ni lah jadinya . Sampaikan jalan area BBN pon boleh lupa, laluan2 highway pon keliru2 . Dahsyaaattttt -________-'

First benda nak kena buat, settlekan UPU . Mana tak settle, pandai sangat pegi hilangkan sijil beranak . Bak kata Incik KA, dah jadi baby balik . Baby yer bukan babi . Then nak kena post dokumen2 dan barang yang kawan-kawan mintak tolong . Actually kesukaran utama saya bila sampai rumah, takde kenderaan . Since ahkak aku dah grade dan kerja, makanya kereta kelisa dah kena kebas . Then innova pulak ayah bawak pergi kerja . Maybe around 2-3 minggu lagi Ucu hantar motor yang dia amanahkan saya untuk jaga, tapi kalau sampai kL tu memang harapan la kan nak bawak motor . Agaknyer nak pergi Giant or Tesco pon aku tak berani . Masa kat Bintulu dulu bolehlah jadi heroin . Kat sini, nonsense ! 

Haaaaa, lagi satu, aku memang TAK SUKA langsung cara pemanduan rakyat Malaysia ni . Especially area kawasan aku dan kL . Kenapa ?
Kalau memandu kat mana-mana jalan besar, sila pandu dengan kelajuan lebih 80km/j yer kawan-kawan . Sumpah seriau ! Tau tak, haritu saya drive kelisa around 60km/j kat jalan bandar, I mean bukanlah lebuhraya . Setakat jalanraya biasa yang hadlaju 80km/j je pon kan . Then siap kena highbeam lah, kena hon lah, macam nak kena sondol je dari belakang . Ouhh helooo, dahlah jalan ada dua lane sahaja, then kau nak sondol2 aku apekehal ? Kalau nak bawak laju, then accident segala bagai, pergi accident sendiri-sendiri sana laaaaaaaaaaaaaaaaa ! 

Sangat hangin ! Dahlaahh kereta kelisa tu, ermmmm, macam dah koma-koma sikit la kot ? Haha . Kalau bawak innova pon, aku tak pandai bawak lebih 100km/j . Entahlah . Fobia sangat asyik dengar berita pasal accident sana sini . Dengan kesilauan mata yang mendadak naik, susah gilaaa nak drive waktu malam . 

Selepas selesai UPU, maka bermulalah episod melatih diri menjadi surirumah yang berjaya . Harhar . Dah gatal nak kahwin hoooiiiiii . Ehh, kahwin tu wajib tau kalau dah sampai seru ^^ Saja nak menajamkan skill memasak kat rumah  . Hihi . Nak memasterkan diri dengan semuaaaaa menu ^^

Kalau boleh, nak apply kerja jugak . AVO kat klinik vet macam best . Tu lah aim sebenar . Bak kata Dr Wong, jangan biarkan otak kita karat sampai tunggu degree . Kena polish hari-hari . Hmmmmmm nak bela kuceng mama pulak tak bagi, tu pon salah satu cara nak polish pengetahuan yang ada jugak kan ?

Okey, dah hampir waktu subuh . Seriously tak tidur semalaman nehh . Have a great daaayyy people ! :D   













No comments: