Wednesday, April 4, 2012

klinik manusia dik, bukan klinik haiwan



Haiii peeps :) Assalamualaikum ~


Almost one week stay rumah sudah :) Getting bored already . Hehe . Anadara malas mau mengemas, mau belajar jadi surirumah la konon . Puiihhh . Hampeh . Asyek dok kena bebel dengan mama . Then bagi excuse " mau rehat lagi la mama'' . Hekhek . Jahat kan ?

Sedang berfikir mau buat apa selama almost 5months ni . Dr W kata, kerjalah . Jangan biarkan otak kita berkarat . Yer aku mahu sangat-sangat kerja . But the biggest problem is, TRANSPORTATION takde . Transportation bagi aku ialah kereta hak milik keluarga :p
Bukan bas awam, LRT, monorel, mahupun kapalterbang . Bila takde kereta, macam mana mau pergi kerja ? Ada kawan suruh naik basikal (ala-ala kat UPMKB dulu) . Conform aku boleh racing dengan mat-mat bangla, nepal, pilipin, dan seangkatan dengannya . gelimat

Dan dan dan beberapa hari yang lepas, ada apply kerja pembantu klinik kat depan rumah . If jalan kaki about 10minutes je kot . Yang kelakar plus sentap nya, akak tu boleh kata :



'' Dik, anak kak idah yer ? '' (ohh mak aku selalu buat checkup kat klinik ni)

'' Yerrr kak'' (sambil menyengih)

'' Baru pas SPM ? or habis U ? ''

'' Baru habes U kak '' (ala-ala budak umur 5tahun jawab soalan)

'' Ohhh IC ~ ambik bidang apa ? farmasi ? nursing ?''

'' Bukan, ambik vet . Nursing vet '' (akak tu muka macam blur, 1st time dengar mungkin)

'' Laaaaaaa dik, kenapa apply kerja kat klinik manusia ? Pergilah try klinik haiwan . Hihihihihihihiihihihihihihihihiihihi''

(kau mesti dapat bayang dia gelak macam mana) -_____________-'

'' Alaaa kak, klinik ni dekat . Jalan kaki pun cepat . Boleh bakar kalori . Takdelah saya jadi 'comel' macam ni . Kereta takde kak nak kerja jauh-jauh .Saya tak kaya nak bawak2 kereta pergi kerja . Saya bukan anak datok ker, tan sri ker ''
 (okay yang ni tipu . aku cakap dalam hati jek)

'' Hehe, saja jer . Nak timba pengalaman . Lagipon klinik dekat dengan rumah . Bidang lebih kurang jer, cuma haiwan complicated sikit . Belajar basic fisio and farmateukal sama je ''

'' Adik, kenapa ambil bidang yang susah dapat kerja ? ''

'' Suka hati saya la kak !!!! Dah saya minat, kenapa ???? Nak bagi kerja ke tak ?!?!?!?!''
(okay yang ni pon tipu,gila berani aku nak makihamun macam ni)

Then minit-minit seterusnya perbualan diteruskan dengan aktiviti mengisi borang dan bercerita tentang kewujudan klinik-klinik vet yang ada di area Nilai . Kussss semangat nak cerita . Tapi until now macam tiada rezeki jek . Takperlah, La Tahzan :) Allah dah merancang benda yang lebih baik untuk aku :)

Cuma aku kadang-kadang susah nak terangkan kat orang, yang kadang-kadang susah nak faham bidang yang aku ambil . Yer ada yang kata aku ni peliks ! Sebab ambil bidang yang tak common macam engineer, akaun, nursing, cikgu ~ Tapi aku percaya, Allah bagi aku laluan ke bidang ni, mesti ada sesuatu yang terbaik untuk aku . Bukan aku nak sangat pon before ni, tapi kalau dah Allah tetapkan rezeki aku kat bidang ni, aku redha . Syukur Alhamdulillah sekarang aku dah minat gila-gila bidang haiwan ni . Yes, memang peluang kerja susah . Tu sebab tak ramai tau sebab tak commercial sangat . Tapi insyaAllah, walaupun tak commercial, aku tau bidang ni penting untuk sosio ekonomi dan ada je peluang kerjaya untuk graduan-graduan bidang aku ni .So if ada orang tanya lagi kenapa aku pilih bidang ni ? Sebab aku dah diberi rezeki di sini, dan aku nak teruskan berusaha untuk capai kejayaan dalam bidang ni :) 







I do LOVE animals soooooooo much ! How about you ?








2 comments:

haney said...

takpe2. sabaoo. nnt ade la tu rezeki keje kt mn2 :)

.feyra khamsah. said...

hihi :)
sokay, kte pon tak kesah sangat kakhaney ^^
InsyaAllah, Allah da tntukan yg terbaik ~