Thursday, April 26, 2012

aktiviti panjat bumbung malam hujan lebat



Assalamualaikum :)


This is true story :

Pada suatu malam yang hening, jam menunjukkan pukul 2 pagi . Gadis itu sedang leka melayari laman sesawang yang kini menjadi tagihan ramai para pelayar internet, FACEBOOK . 



Tiba-tiba .....


'Meowww ~ meowwwwww ~ meoowwwwwwwwwwww ~'

'' Ahhh, kenapa pulak tu?'' desis gadis itu

Jeritan nyaring, sayu dan kecil itu semakin lama semakin kuat . Hatinya tidak lagi tenteram . Tumpuannya tidak lagi pada laman mukabuku tersebut . Lalu dia membuka pintu tepi rumahnya . Terlihat seekor kucing betina berada pada atas atap pondok di tepi rumahnya . Sambil seolah-olah cuba memberitahu sesuatu, kucing betina tersebut terus-terusan mengiau dan mengiau . Seperti ada naluri 'kehaiwanan', lantas si gadis segera berlari keluar untuk menyiasat situasi sebenar . 

'' Ahhhhhhhh, kenapa pulak ni ? Tak berani lompat ker ? Kenapa la kau gatai sangat pergi nyorok anak-anak kau yang comel tu atas bumbung rumah aku niii ? Kan dah hujan, kau sendiri tak berani nak lompat .. Haiiiiiiii mak kucing oooiiii !'' 

Lantas si gadis berlari naik ke balkoni atas untuk meninjau lokasi si anak kucing . Ternyata anak kucing itu berada di hujung bucu bumbung rumahnya, dalam keadaan basah lencun dek hujan lebat . 

'' Allah, macam mana niii ? Dahlah semua orang dah tidur . Panjat kang tak pasal-pasal aku pulak yang tersembam ke bawah . Conform masuk KOSMO! muka surat paling depan ni . Haii laa mak kucing, lain kali nak sorok anak pon, sorok lah bawah katil aku ker, dalam kabinet kasut ker . Yang pergi cari tempat tinggi-tinggi apehal ? Haishhhhh, ''

Dalam keadaan yang sejuk, tentu sekali si anak kucing tersebut berada dalam kesejukan . Hati si gadis dirundum pilu . Hendak di biar, dia yang tak tenteram . Hendak menolong, dia sendiri mati akal . 

'' Panggil bomba boleh tak ? Ish, kang kena gelak pulak nanti . Macam lah bumbung ni tinggi sangat . Alahai, macam mana ni ? ''

Lantas si gadis terus mengejutkan mama nya yang baru hendak tidur . Dengan segera mereka memerah otak mencari jalan penyelesaian . Dikejutkan pula ayahnya dan kakaknya . Hujan masih belum memberi tanda hendak berhenti . Jeritan si anak kucing berselang-seli dengan si ibunya pula semakin jelas dan kuat . Seolah-olah memohon simpati mereka . Berbagai cara telah dibuat . Panjat tangga, sudah . Suluh-suluh, sudah . Hendak memanjat bumbung, hujan dan licin membantutkan usaha tersebut . Si gadis tidak mahu berputus asa . Tubuh kecil yang lencun itu benar-benar membuatkan hatinya pilu . Lantas si gadis hanya mampu menyuluh ke arah si ibu kucing, dengan harapan si ibu berani melompat ke atas bumbung rumahnya . Hatinya tidak putus-putus berdoa agar keadaan menjadi reda . 

Selang beberapa minit selepas di suluh, si ibu kucing diberi kekuatan, lantas melompat dan terus meluru ke arah anaknya yang sudah kebasahan .

'' Alhamdulillah ! pandai pon kau lompat . Bukan licin sangat pon kan, ''

Lalu dengan pantas si ibu kucing membawa anaknya ke lokasi persembunyian mereka di atas bumbung tersebut . Masing-masing lega dan melangkah ke kamar masing-masing .

Namun ternyata si gadis tidak mampu tidur . Kesejukan dek terkena air hujan, membuatkannya  tidak lelap . Lantas dia membuka laman sesawang blogger.com dan mula menaip sebutir demi sebutir rentetan peristiwa sebentar tadi . Nahhhh, siap sudah sebuah peristiwa yang berlaku pada waktu hujan di awal-awal pagi buta :)





















6 comments:

haney said...

setelah membaca entri ini. lalu si pembaca pon meninggalkan komen. muahahha :D
baiknye fira ni :)

ezaezora rahim said...

hamboi! aksi stunt leh keje ngan bomba pasni ehehhe

~Hanie Ladyhlomanie~ said...

semangat... hahahhaa

.feyra khamsah. said...

kak haney :

si gadis tersebut mengucapkan terima kasih :)
hihiii . kesian pulak, kecik comel pulak tu ..

.feyra khamsah. said...

kak zora :
boleh apply kan ? haha . xdpt jd dr vet, ahli bomba pon ok la kot :p

.feyra khamsah. said...

hani bambammm :
mestila wehhh ! haha